L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Superb Season

Sunday 18 May 2014

Superb Season

          Orait..post kali ni nak cita pasai bola. Semalam aku tgk FA Cup final, Arsenal lwn Hull City. X sampai 10 minit Arsenal kena 0-2 dah, time tu aku x rasa lagi Arsenal akan kalah sebab 90 minit game macam2 boleh jadi. Minit ke-17 Santi Cazorla buh gol free kick, memang padu gila. Kemudian minit ke-71 Koschielny (defender) equalized time corner kick, dia score lepas tu dia injured sbb keeper tertumbuk kaki dia. Dah masuk extra time aku x tgk, petang tadi tgk kat Facebook ja. Haha 9 years trophy drought just ended yesterday and Liverpool's league title joke continue (like I give a fuck). 

No more Arsenal's trophy drought jokes!

          Dalam hari yg sama ada lagi cup final, kali ni piala German yg membabitkan perlawanan antara Bayern Munich & Borrussia Dortmund. Aku x tgk game tu, just tgk highlights ja. Bayern menang 2-0 hasil jaringan Robben & Muller, kedua2 gol terhasil dalam extra time. Tapi sebelum game masuk extra time Dortmund dah sumbat 1 gol tapi referee x sahkan sebab ada defender tendang kluaq time bola tu masuk gol. Cuba hgpa tgk highlights kat YouTube memang konfem gol, aish nampaknya Jerman pon kena apply goal line technology la lepas ni.


Gol kontroversi yg x disahkan oleh pengadil. Gol ka x gol?

         
          Meanwhile kat Sepanyol lak pada hari yg sama jugak berlangsungnya perlawanan penentuan juara liga Sepanyol iaitu La Liga. Perlawanan antara Atletico Madrid menentang Barcelona yg berlangsung di stadium FC Barcelona, Camp Nou. Sebelum tu Atletico berada di kedudukan first dalam liga dgn 89 mata manakala FC Barcelona lak 86 mata tapi kalau Barcelona menang game tu, depa akan menang La Liga walaupon sama mata tapi perbezaan jaringan gol. First half Atletico hilang 2 tonggak utama depa selepas Costa (striker) dan Arda Turan (winger) terpaksa kluaq sebab injured. Ini menyukarkan lagi Atletico untuk menjaringkan gol. Barcelona mengambil peluang tersebut dgn meledak gol pertama perlawanan dan juga merupakan gol ke-100 dalam liga pada minit ke-34 hasil jaringan Alexis Sanchez. Namun begitu pada minit ke-49 Godin menyamakan kedudukan dengan menanduk bola masuk ke gawang Barcelona hasil sepakan sudut. Perlawanan berkesudahan 1-1 and Atletico akhirnya menang La Liga dalam tempoh 18 tahun, kali terakhir menang tahun 1996.



          Well tahun ni bola memang best sebab banyak rekod tercipta. Arsenal menang first cup dalam 9 tahun, Atletico memecahkan dominasi Barca dan Real Madrid dalam liga tapi kan best kalau Liverpool pon menang liga jugak, dah 24 tahun x menang kalau x season ni memang akan bertambah superb! Tapi apa2 pon x sabaq nak tunggu World Cup lak..haha time World Cup start dah posa dah arap2 boleh tahan la aku.

0 comments:

Post a Comment