Today aku ngan best friend aku keluaq tengok wayang setelah hampir 2 bulan x jumpa disebabkan minggu sebelum ni bizi ngan final exam preparation. Jadi aku p amik dia kat umah pastu p makan and then tgk wayang cita 'The Amazing Spider-Man 2. So aku nak cita sikit la camna cita Spiderman ni, bagi yg x tgk tu mohon jangan baca sebab nanti x saspen..haha.
Okay cita dia camni..mula2 kan..aku pon x tau sebab aku masuk wayang lambat skit..haha. Tapi apa yg aku sempat tgk ada 2 laki tgh gaduh dalam flight, seorang laki tu adalah ayah Peter yg sedang mengupload sesuatu data menggunakan laptopnya dan seorang lagi cuba nak rampas laptop tersebut. Emm apa yg cuba dirahsiakan oleh ayah Peter?
Pastu ada adegan Spiderman kejaq perompak yg mencuri barang2 milik syarikat Harry, kawan Peter. Time tu la Peter selamatkan Electro ataupon dikenali sebagai Max, watak jahat dalam cita tu tapi time tu dia cuma manusia biasa yg juga merupakan peminat fanatik Spider-man. Wow, ni memang lawak, sampai aku tgk dia ni pon macam overdosed ja..haha.
|
Max Dillon, merupakan staf yg bekerja di syarikat Harry juga merupakan peminat fanatik Spider-man lepas dia diselamatkan oleh Spider-man daripada hampir dilanggar treller. |
|
|
|
|
Max bertukar menjadi Electro selepas dia terjatuh ke dalam tangki yg penuh dengan ikan belut ketika cuba membaiki kerosakan di makmal. |
|
Adegan lawak di mana ada sorang polis tanya mana Spider-man..tengok2 dia jadi bomba pancut air kat Electro (salah satu cara untuk melemahkan Electro). |
|
Peter & Harry merupakan kawan rapat. Time ni Harry x tau lagi yg Peter adalah Spider-man. |
|
Harry cuba mintak darah Spider-man sebab dia nak pulihkan diri sendiri tapi Peter x benarkan. Harry marah dan dia pergi ke penjara di mana Electro dikurung dan melepaskannya supaya dia dapat masuk semula ke syarikat Oscorp untuk mengambil bisa labah2. |
|
|
|
Peter Parker & aweknya, Gwen Stacy, banyak adegan2 depa dalam movie ni. Kalau nak tau Gwen ni la yg bantu Spider-man kalahkan Electro dengan memberi idea dengan mengingatkan Peter apa yg mereka dah belajaq dalam kelas tentang kelemahan elektrik. Tapi lepas mereka kalahkan Electro, Green Goblin datang buat kacau. |
|
Harry yang bertukar menjadi Green Goblin lepas dia suruh stafnya cucuk bisa labah2. Dia datang nak bunuh Spidey sebab Peter x mau tolong dia. Time tu jgak dia tau yg Peter adalah Spidey. |
|
|
|
Spider-man cuba selamatkan Gwen yg terjatuh time dia fight ngan Green Goblin. Tapi malangnya Gwen x dapat diselamatkan dan mati di tempat kejadian sebab badan dia terhempap kat tanah walaupon jaring Spidet lekat kat badannya. |
|
Part last sekali di mana ada sorang budak yang memakai kostum Spider-man dengan beraninya pergi ke tengah jalan ketika polis tengah fight ngan sorang penjenayah yang menggunakan robot badak milik syarikat Oscorp. Penjenayah tu pon gelak dan akhirnya Spider-man muncul setelah 5 bulan dok kat umah x buat pa..haha. |
Amacam? Best x cita ni? X best? Sebab pa x best? Sebab heroin mati? Come on la superhero doesn't need a girlfriend..haha. Heroin mati mungkin sebab actor nak curi perhatian penonton pompuan sebab pompuan memang suka bab2 ni, betui x? Cita ni mungkin ada sambungannya sebab aku rasa Harry x mati lagi. X sure la sama da Harry ni masih benci ngan Peter ataupon x. Pa2 pon nantikan sambungan citanya pada tahun hadapan...err..mungkin 2 taun lagi kot..haha.
0 comments:
Post a Comment