Wow, hangout lagi!? Yup..memang aku ngan best friend gila sikit..haha. so hari ni dah kali ke-3 berturut-turut kami kluaq jalan2. Bukan senang nak kluaq sama2, maklum la nanti best friend aku nak masuk U x lama lg..kalau dpt yg jauh2 punya susah la jumpa. Memandangkan kwn aku ni off 3 hari so kami guna kesempatan ni untuk kluaq sama2 buat gila..haha. Post kali ni aku nak cita sikit apa yg kami buat sepanjang ari ni...kat..Penang!
Mula2 aku bangun pukul 6 stgh solat, mandi and then pukul 7:20 aku kluaq rumah. Pastu p rumah kawan aku sampai dalam pukul 7:50 pagi. Tapi bila dah sampai rumah kawan aku terpaksa la tunggu mak dia balik sebab dia x ada kunci (x kan nak tinggai rumah x berkunci kot?) So lama jgak kami tunggu dalam pukul 9 lebih baru mak dia mai, pastu kami p breakfast dulu kat Nasi Kandaq Pelita Kebun Sireh.
Kawan aku kata dia memang suka sangat kari kat kedai nasi kandaq ni..haha. |
Habis makan dalam pukul 9:45 kami gerak ke Quensbay. Ari ni jugak aku first time guna Waze (app untuk GPS). Best jgak guna benda tu, bukan setakat senang nak tau jalan..nak tau jalan mana jem x jem pon boleh..kita sebagai user Waze pon boleh share maklumat kalau ada apa2 berlaku dekat area yg kita drive.
Kami sampai Quensbay dalam pukul 10:23, pastu jalan2 sat kat area arcade game dalam Quensbay sementara nak tunggu wayang bukak. Bila dah boring dah tgk game (x main pon, semua mahai gila!) kami pon tggu depan2 kaunter wayang. Pukul 10:40 sebaik saja depa bukak kami pon serbu beli tiket (ada orang lain jugak yg awai drpd kami..haha).
So sementara tunggu movie start kami pon jalan2 kat area Quensbay, tangkap selfie..haha. Pastu nak dekat 11:40 tu kami terus p wayang, beli ayaq (kawan aku beli mash potato skali). Time nak bagi tiket kat guard yg bertugas dia mintak IC pulak sebab movie tu 18+. First time jugak depa mintak IC, kalau kat tempat lain x mintak pon..haha. Habis tgk dalam pukul 1:35, aku pon suruh kwn aku cari Surau sama2 sebab nak solat Zohor. 20 minit jugak kami cari surau x jumpa2 tapi alhamdulliah jumpa jgak. Habis sola dalam pukul 2:05 kami pon gerak ke destinasi seterusnya.
Still 2, cerita seram Thai..baru ari ni ja kluaq kami dah tgk..haha |
Next destination kami p Gurney Paragon lak (first time ari ni kami p sana). Mungkin ada yg x pernah dengaq kan tapi tempat tu sebelah ja ngan Gurney Plaza. Tempat dia agak menarik tapi x la secantik Gurney Plaza, mungkin sebab ada yg x siap lagi..banyak lagi kedai2 yg dijangka akan bukak. Kami p sana pon saja nak tgk tempat dia camna sebab memang first time kami p situ, aku pon x tau tempat tu tapi kwn aku yg bagitau. Bila perut dah mula berbunyi kami pon p Gurney Plaza cari mkn (Gurney Paragon x ada banyak choice).
Tiket parking Gurney Paragon. Tempat dia masih baru lagi, ada banyak kedai lagi yg x bukak. |
Dalam Gurney Plaza kami mkn kat Burger King (tingkat 7 sebelah dgn wayang). Kami ambik set yg murah pon (RM5 lebih ja), tapi memuaskan walaupon x berapa kenyang. Lepas makan kami ronda2 dekat kedai juai alat2 elektronik (depan Burger King). Aku pon nampak headphones Beats pastu try la dengaq lagu kat fon aku guna headphone tu. Memang ohsem tahap gaban dia punya sound quality tapi harga dia pon tahap gaban la..hahaha.
Bilik Spider-man yg terbalik, khas untuk orang yg nak bergambar. |
Dekat ja nak pukul 5 kami pon balik. Time tu ujan so memang sejuk gila dok dalam keta. Jalan pon agak jam jgak la. Time nak otw balik tu dekat jalan mana ntah ada sorang pemandu dia macam mabuk ja, dia dengan suka ati bawak keta macam jalaan tu tok nek dia punya masuk simpang, dah la time tu tgh sesak dia boleh suka ati masuk, ingat main GTA ka apa..haha. Time nak otw balik tu kwn aku ni tertidoq, kesian penat. Sampai rumah dia dalam pukul 5:50 and then balik ru mah aku sampai dalam pukul 6:20.
0 comments:
Post a Comment