L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: My Job Experience

Saturday, 3 May 2014

My Job Experience


            Lepas SPM mesti semua orang pernah keja kan? Yela kan, nak buat time nak tunggu result? X kan dok rumah ja kot? Lagipon x kan x nak duit kot? Haha..sambil2 tu dapat jugak pengalaman yang bermakna bila kita keja, nanti bila nak keja tetap at least kita dah boleh deal dgn masalah2 keja. Aku pon penah keja dulu sebelum masuk poli. Ni nak cita sikit pengalaman keja aku.....


December 2011 (2 weeks): Promoter (Billion Kota Permai)


            Lepas beberapa hari aku amik SPM, aku ngan best friend aku pakat nak keja kat Billion, keja pertama aku sebagai promoter. Walaupon agak jauh dari rumah aku tapi aku gagah jugak p demi kawan aku haha. Aku ngan member mintak keja sama2 tapi kawan aku cepat dapat keja drpd aku (x aci gila). Kat situ majoritinya Cina yg keja, aku ingat aku ngan kakak sorang tu ja yg Melayu kot. Keja kat situ agak membosankan, mana taknya lepas abih lipat aku x dak benda nak buat tambah2 lagi x dak customer. Bila aku abih lipat seluaq jeans aku main la fon pastu kantoi ngan bos haha. Aku berenti sebab aku x dapat off 3 hari nak holiday ngan family kat Langkawi.
Aku punya department (sempat tangkap gambaq time x dak customer haha)

Januari 2012 (1 day): Kitchen staff (Black Canon, AEON Seberang Perai City)


            Sehari ja keja kat Black Canon? Yup, sebab mak aku x bagi keja kat situ. Mak aku kata barang2 dia dibuat dari Siam so x tau sumbeer dia apa (ingat babi la tu). Aku pon x dak choice so terpaksa la berenti walaupon baru sehari.

January 2012 – March 2012: Back up (KFC Tesco Seberang Jaya)



            Dah beberapa minggu aku x dak keja aku pon try la cari keja kat internet. Aku pon bukak laman website KFC secara tiba2 pastu aku search tempat yg berdekatan. Try call KFC kat Tesco pastu dia suruh aku mai isi borang. Keesokan arinya aku pon isi and then aku pon diterima keja. Aku jadi back-up (keja yg blkg cashier), belajaq buat burger, masak fries, curi2 makan..haha. Ada sorang tu dia back-up sekali ngan aku, still aku jumpa dia kat poli (Haha x sangka hubungan x berakhir di situ). Keja KFC ni lagi penat kalau nak compare ngan keja2 lain. Aku selalu keja sampai closing, kena cuci macam2 sampai seluaq aku abih basah (everytime!). Ada ari tu masa besday aku ada sorang mamat ni dia tuang ayaq ayam tas pala aku, abih basah satu baju aku..huhu seday. Aku berenti sebab nak rest sebelum ambik result SPM.

April 2012 – July 2012: Sales Assistant (Kitchen department, AEON Seberang Perai City)


         Aku dapat keja ni pon sebab kawan sekelas aku yg promote. So dia dapat bonus sebab promote member2 datang keja kat AEON (err...dia x share pon bonus tu, cis!). Mula2 aku belajaq susun baran, then cuci barang guna bulu ayam sambil pakai mask, buat tanda harga, scan harga barang..macam2 lagi la. Keja ni best tapi masalahnya terlalu banyak prosedur (kena senyum selalu). Time aku keja aku selalu rakam guna fon aku untuk buat kenangan sampai kena marah ngan kakak kat area department aku haha. Aku pon dah kena audit dah sekali sebab x senyum bila jumpa customer..haha. Time tgh keja tu ada la training khas untuk staff (ajaq macam mana nak deal dgn customer & sebagainya). Dalam training tu jgak ada la aktiviti berkumpulan (best jgak dapat kenal staff lain). Aku dapat jgak berkenalan ngan sorang awek..haha. Mula2 aku ingatkan sama umuq, tapi dia tua setaun dari aku daa (tertipu dengan ketinggian). Kami pon makin rapat semenjak aku dapat no tepon dia,  kami break sama2, lepak kat Popular baca buku sama2 sampai staff yg lain semua dok bergosip pasai kami..haha. Part paling best.Tapi tu x lama, lepas dia berenti keja nak sambung study kat UiTM Melaka kami pon x cakap dah. Besa la org x perlukan kita aku pon buat x tau je la (bunga bukan sekuntum..cewwaah). Aku berenti sehari sebelum aku masuk poli.


Department aku kat AEON.
Keja memang memenatkan tapi kadang2 bila kita terdesak nak duit ataupon kita memang suka keja tu sebab ramai kawan, kita boleh lupa penat lelah keja. seriously aku rindu lak kat geng keja dulu, rindu nak gelak2 buat lawak ngan depa. Aku anggap depa macam family aku sendiri. Aku rasa aku x keseorangan haha.



0 comments:

Post a Comment