L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Football
Showing posts with label Football. Show all posts
Showing posts with label Football. Show all posts

Saturday, 22 February 2020

Selepas mengharungi 26 perlawanan liga Liverpool masih lgi gah di puncak liga dengan jurang 22 mata. Selama 12 tahun jadi penyokong Liverpool aku boleh kata season ni season yang Liverpool paling perform. Menang 25 dalam 26 game, seri sekali dan still tak kalah lagi, fuh memang power gila Liverpool season ni. Liverpool cuma perlu menang 5 game ja lagi utk bergelar juara EPL dan aku rasa agak impossible la kalau team no. 2 liga, City boleh potong Liverpool, dengan yakinnya aku boleh kata season ni dah over haha. Tinggai lagi 12 game ja lagi, kalau Liverpool still tak kalah dalam 12 game ni Liverpool dah menyamai rekod Invicible Arsenal masa season 2003/2004 zaman kegemilangan Thierry Henry. 

Penyokong Liverpool dok nanyi lagu "We're Gonna Win the league". Kalau la aku boleh dok dalam crowd ni kan best...

Sebenaqnya aku tak kisah pon dengan rekod tanpa kalah ni, janji dapat jugak Liverpool tamatkan kemarau tak menang liga selama 30 tahun. EPL ni satu-satunya piala yang semua penyokong Liverpool idam-idamkan, piala lain mampuih p kalau tak menang pon, Champions League dah menang dah tahun lepas, kalau tak menang tahun ni pon takpa, kalau boleh menang tu kira bonus la. Apa pon aku tak sabaq nak tengok Liverpool julang piala EPL nanti. YNWA.

Monday, 13 May 2019

Selama 11 tahun menjadi penyokong kelab Liverpool, bagi aku season ni season yang paling perform utk performance Liverpool. No. 2 dalam liga dengan 97 mata, cuma kalah sekali, rekod tanpa kalah di Anfield, tapi tu semua masih belum mampu menangkan Liverpool kejuaraan EPL tahun ni, disebabkan oleh performance City yang jugak perform. 97 mata meletakkan Liverpool di tangga ke-2, hanya dipisahkan oleh City 1 mata ja, gila kan? Memang tadak luck la Liverpool nak tamatkan kemarau 29 tahun tanpa kejuaraan liga, macam dah terkena sumpahan lak, hahaha. Dan aku juga kagum dengan performance pemain-pemain Liverpool, si Salah dan Mane yang menang Golden Boot dengan jaringan 22 gol, Van Dijk lak menang Player of the Season terus, lagi hebat, dan Alisson lak menang  Golden Glove dengan 21 clean sheet. 1 hb Jun nanti final UCL lak, Liverpool dengan Spurs, final ke-2 utk Liverpool dalam tempoh 2 tahun. Tahun lepas kecundang di tangan Madrid, harap  tahun ni Liverpool dapat balas dendam balik la. Kalau menang UCL nanti kira dapat la ubati rasa kecewa tak menang liga. Harap season depan Liverpool dapat kekalkan rentak kemenangan season ni dan menang EPL, satu-satunya trofi yang lama penyokong Liverpool idamkan. #YNWA 


Monday, 15 April 2019

Liverpool tak pernah menang dekat tempat sendiri bila lawan Chelsea sejak dari 2012 lagi, so dah 7 tahun dah sampai la semalam Liverpool akhirnya menang lawan Chelsea dengan jaringan 2-0, 2 gol dalam masa 2 minit, Mane score hasil hantaran dari Henderson and then Salah dengan gol roketnya yang tak dapat diselamatkan oleh penjaga gol Chelsea, Kepa Abracadabra. Aku tengok live semalam, memang risau jugak la sebab si Hazard tu sikit lagi nak score, terkena palang, memang dia tadak luck semalam. Chelsea main park the bus so aku takut Liverpool jadi tak tentu hala sampai la si Mane score baru la rasa lega sikit, pastu Salah lak score memang melompat la aku. 





Kemenangan semalam menjadikan Liverpool sebagai pendahulu liga dengan 85 mata, lebih 2 mata dari City yang kurang satu game. Sebagai peminat Liverpool aku akan support 100% team MU dengan Spurs untuk mencuri at least satu mata dari City nanti, hahaha. Tinggai lagi 4 game ja lagi ni, debaran semakin terasa, kali ni memang fight jugak la Liverpool berbanding season sebelum ni, season ni Liverpool berada dalam landasan yang terbaik untuk menamatkan kemarau 29 tahun liga, harap Liverpool dapat kekalkan momentum kemenangan ni untuk game seterusnya, Insya Allah. #YNWA

Thursday, 28 February 2019

Semalam Liverpool menang dengan jaringan besaq 5-0 ke atas Watford. Mane score 2 bijik, Origi sebijik dan yang paling hebat Van Dijk yang main defend pon boleh score sampai 2 bijik. Aku lebih kagum dengan kehebatan Arnold dan Robertson yang power cross yang bantu Mane dengan Van Dijk score. Lepas 2 kali seri tanpa jaringan aku rasa lega Liverpool dah mula tunjuk taring balik dan sekaligus menutup kritikan penyokong-penyokong lain tentang persembahan hambar dari Liverpool. Tinggai lagi 10 game ja lagi untuk saingan liga EPL, Liverpool sekarang no. 1 dalam table, cuma 1 pt ja leading dari Man City yang dok no. 2 liga. Memang sengit jugak la title race kali ni, Man City walaupon ada banyak game lagi kena main, FA Cup dengan Champions League tapi tu bukan penghalang bagi depa sebab depth skuad City lagi better dari Liverpool yang kurang pemain yang cukup power. Aku harap lepas ni Klopp rombak balik pasukan Liverpool, tak semestinua kena harap 100% kat first team, kena ada second team jugak untuk saingan Piala Liga or FA Cup supaya tak perlu nak abaikan piala lain semata-mata nak menang liga. Tapi bagi aku tak kisah kalau tersingkir awal dari Champions League asalkan EPL champion, sebab EPL memang terlalu dinanti-nantikan oleh fans Liverpool dari dulu lagi sebab dah hampir 3 dekad Liverpool tak menang. Apa-apa pon harap Liverpool terus focus dan kekalkan momentum kemenangan besar 5-0 atas Watford ni untuk game yang akan datang. Salam YNWA.

Tuesday, 15 January 2019

Dah 2 minggu dalam bulan 1 tapi setakat ni masih tadak pemain baru yang masuk Liverpool. Ramai defender Liverpool yang injured sampai Klopp terpaksa gunakan Fabinho sebagai defender. Memang tak perlu dipersoalkan lagi posisi mana yang Klopp akan beli, sudah semestinya posisi centre back. posisi left back tak perlu risau sebab si Milner boleh tolong cover, right back pulak kena ada pemain baru jugak yang tolong cover sebab si Arnold ja pilihan yang ada. Lagipon si Arnold ni muda lagi, aku rasa dia tak layak lagi main first eleven walaupon dia ada potensi jadi player world class. Dia perlukan masa lagi nak improve. So bagi aku 2 player pon kira cukup la, centre back dengan right back, kalau nak beli striker lagi sorang pon okay jugak sebab takut si Firmino injured or tak fit nak main at least ada sorang back up, lagipon Klopp dah jual Solanke. Yang aku pelik sebab apa Klopp p loan out si Clyne tu pon tak tau. Mungkin dia nak beli player baru kot. 


Sejak kehadiran Van Dijk dan Alisson dalam skuad Liverpool, season ni Liverpool muncul team paling sikit bolos dalam liga. Tak boleh terlalu harapkan depa dorang ni kena ada at least sorang atau dua orang lagi defender yang level world class bagi memantapkan lagi barisan pertahanan skuad Liverpool.


Aku tak tau Klopp nak beli sapa tapi aku letak 100% keyakinan aku kepada Klopp utk beli pemain baru sebab pemain yang dibeli selalu menjadi contohnya Salah dengan Shaqiri. Aku tau masih banyak game lagi dalam liga tapi kalau bulan 4 ni Liverpool still no. 1 dalam liga boleh kata Liverpool dah satu kaki je lagi nak rangkul gelaran juara liga EPL yang memang dinanti-nantikan oleh fans Liverpool sejak hampir 30 tahun tak menang. This year will be ours! #YNWA

Sunday, 27 May 2018

Secara jujurnya aku agak kurang kecewa sikit walaupon Liverpool kalah 1-3 dengan Real Madrid final Champions League, sebab aku tak letakkan harapan yang tinggi dekat Liverpool untuk merampas gelaran juara dari team yang dah menang 4 kali Champions League dalam tempoh 4 tahun. Real Madrid atas kertas sememangnya jadi team favourite untuk menang Champions League tahun ni berbanding dengan Liverpool yang buat kemunculan di final Champions League buat pertama kali sejak 11 tahun (last time main kat final result tak memihak kat Liverpool jugak). Untuk post hari ni aku nak huraikan sikit punca Liverpool kalah dan apa yang Klopp, pengurus Liverpool boleh belajar sesuatu dengan kekalahan yang agak memalukan ni.



REASONS WHY LIVERPOOL LOST



1. Awful Performance


Punca utama kekalahan Liverpool terletak kepada prestasi goalkeeper Liverpool, Karius yang sungguh mengecewakan. First goal Real Madrid yang dijaringkan oleh Benzema terjadi sebab Karius yang tak peka dengan kehadiran mamat tu dok betul-betul kat depan dia, tapi si 'genius' ni dengan rasa konfiden dia p baling bola pastu terkena Benzema lalu bola melatun masuk dalam gawang Liverpool. Kejadian seperti ni lebih-lebih lagi masa final tak sepatutnya terjadi. Gol ke-3 Real Madrid yang dijaringkan oleh Bale pon silap Karius sebab dia gagal tepis or tangkap bola dengan kemas. Kesilapan-kesilapan macam ni tak sepatutnya berlaku bagi pemain bola sepak professional. Gaji je tinggi tapi main tahap Sunday League baik tak payah, dok rumah main FIFA lagi better.


2. Missing Key Player


Tanpa kelibat pemain sensasi dan top form, Mohamed Salah di atas padang menjadikan Liverpool sebagai team cap ayam. Liverpool hilang kuasa dan posession sebaik saja Salah keluaq dari padang sebab injured. Liverpool season ni sememangnya nampak bahaya dengan adanya pemain yang menjaringkan 31 gol dalam liga Perdana Inggeris, tanpa kehadirannya ada apa sangat  la dengan Liverpool?


3. The Bastard


Sergio Ramos, pemain pertahanan Real Madrid sememangnya layak letak dalam kategori orang-orang yang paling celaka sekali dalam dunia ni. Disebabkan tindakannya yang tak professional Salah terpaksa dikeluarkan dari padang. Aku 100% menyarankan agar Ramos tukar karier jadi ahli gusti atau jadi seorang pelakon atas kebolehannya yang pandai berlakon di atas padang. 


4. The One Who Never Understands Anything


Kalau aku hepi bila Liverpool kalah ada satu ja sebab, Jurgen Klopp. Yes, manager Liverpool yang cukup ego dan yakin dengan pemainnya yang sememangnya tak boleh pakai. Dia terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi dengan pemain yang sedia ada sampai mengakibatkan kekalahan yang sungguh memalukan. Liverpool dari dulu lagi ada masalah defence, lebih-lebih lagi dekat posisi goalkeeper. Sepatutnya Klopp dah sambaq keeper baru masa Januari ari tu tapi dia still ketegaq jugak percaya dengan keeper yang sedia ada. Karius tu still baru lagi, experience pon kurang and si Mignolet memang dari dulu sucks.




Setiap kekalahan yang dialami oleh Liverpool terselit dengan harapan yang tinggi, harapan agar Liverpool boleh memperbaiki kesilapan dan bangkit menjadi kuat untuk season yang akan datang. Walaupon aku geram dengan Klopp tapi kadang-kadang aku rasa kesian jugak sebab dia tak dak luck bila team dia main kat final. 3 tahun dia manage Liverpool dah 3 kali Liverpool kalah kat final termasuk final Champions League ari tu. Aku sebagai peminat tegar Liverpool akan terus support dan mendoakan agar Liverpool boleh buat dengan lebih baik lagi untuk masa akan datang. YNWA.

Saturday, 7 April 2018

Kelmarin lepas, Khamis, 05/04/2018, perasaan aku penuh dengan debaran bila aku nak bukak laman web footyroom nak tengok result game Champions League antara Liverpool dengan Man City yang berlangsung di stadium Liverpool, Anfield. Nafasku terhenti seketika, mata aku terbeliak sikit, aku seakan-akan tak percaya apa yang aku tengok kat screen monitor aku. 3-0, yes.. 3-0 berpihak kepada Liverpool! Time tu aku agak hepi gila rasa macam nak melompat-lompat sambil jerit 'YES!!!' tapi aku sedaq aku dok dalam ofis kang member aku kata aku gila lak nanti. Perasaan aku bukan setakat hepi ja, rasa konfius pon ada jugak sebab tak percaya macam mana Liverpool boleh menang besaq ngan Man City, clean sheet lak tu, dah la Man City ni power, almost every game depa score, dah la Liverpool punya defend selalu ja kena kondem, bila dapat clean sheet lawan dengan team power ni memang miracle jugak la. Overall possession Man City yang pegang, tapi result tak berpihak kepada depa. 3-0 ni dah kira selesa dah, boleh kata dah satu kaki dah nak ke semi final. Tapi still tak boleh sure lagi sebab ada game timbal balik, lepas ni lawan kat tempat Man City lak, walaupon dah ketinggalan 3-0 aku rasa Man City masih mampu padam advantage yang dimiliki Liverpool, bergantung kepada prestasi depa dan jugak prestasi Liverpool. Apa taktik yang Kloop nak pakai masa lawan kat stadium Etihad nanti? Adakah cuma defend the whole game which I think mungkin tak, sebab Liverpool bukan macam Man Utd yang keja dia asyik defend ja kat tempat lawan, lol. Aku rasa mungkin Klopp akan gunakan taktik yang sama masa lawan kat Anfield ari tu, mungkin lah. Apa-apa pon taktik yang digunakan aku harap Liverpool boleh masuk semi final dalam saingan Champions League, kalau berjaya masuk final tu dah kira bonus dah, kalau menang kat final tu kira 'dreams come true'. Come on Reds!!! #YNWA #LFC



Gol pertama Liverpool dijaringkan oleh pemain sensasi dan top form player, Mohamed Salah


Oxlade-Chamberlain menjaringkan gol ke-2 Liverpool dengan 'screamer' yang agak superb




Sadio Mane melengkapkan kemenangan Liverpool dengan gol dijaringkan hasil tandukan padunya ke dalam gawang Man City

Thursday, 15 February 2018

Aku memang expect yang Liverpool boleh menang game Champions League lawan dengan team FC Porto semalam tapi tak sangka pulak Liverpool menang sampai 5-0. Yes, serius shit, 5-0, lawan kat tempat FC Porto lak tu, dasyat beb. Aku terkelu jugak bila aku bukak page footyroom tengok result walaupon pada mulanya aku rasa kecewa bila tengok Real Madrid menang dengan PSG 3-1. Dulu aku tak suka dengan si Mane sebab masa lawan dengan game Everton ari tu dia selfish, tapi semalam dia la hero Liverpool, hattrick hero, walaupon gol dia bola 1 goal keeper gagal tangkap dengan kemas 1 lagi goal bola muntah, tapi kira okay la dia boleh score goal, 3 bijik lak tu. And the best part Liverpool dapat jugak keep clean sheet, selalu kena bolos ja, aku sebenaqnya lebih suka clean sheet kalau nak compare dengan 5 gol tu. Karius sekarang dah jadi keeper utama Liverpool dan aku rasa dia dah konfiden dah jaga gawang Liverpool. Aku harap Liverpool terus kekal dengan rentak cemerlang ni dan boleh p jauh lagi dalam Champions League. Liga lak aku tengok dah semakin dekat ngan MU yang dok 2nd place, kalau boleh pintas MU or stay no. 3 liga dah boleh rasa selesa la untuk nak layak ke Champions League musim depan. 





Tuesday, 30 January 2018

Alright guys hari ni aku nak sentuh pasai bola pulak. Pasukan feveret aku, Liverpool dah kalah 2 kali berturut-turut, first kalah dengan team tercorot liga, pastu dalam saingan F.A Cup lak kalah dengan tinpot club kat tempat sendiri, cukup memalukan! Sapa lagi yang patut dipersalahkan, tak lain tak bukan manager Liverpool, Jurgen Klopp. Aku memang panas ati dengan dia sebab dia still tak nak beli goalkeeper sorang. Van Dijk, latest signing Liverpool pon masih gagal fix isu pertahanan skuad Liverpool. At least perlukan sorang lagi defender dan goalkeeper baru boleh kekalkan top 4 dalam liga dan boleh p jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Dana yang ada hasil jualan Coutinho ke Barcelona sepatutnya digunakan untuk menguatkan lagi barisan pertahanan Liverpool, attacking dah okay sebab dah ada ramai midfielder, kalau nak beli sorang striker lagi pon tadak masalah. Aku harap dengan kekalahan Liverpool dalam dua game berturut-turut ni dapat bukak mata si Klopp supaya dia beli player yang top class yang membolehkan Liverpool stay top 4 liga and at least boleh sampai semi final Liga Juara-Juara Eropah.

Monday, 11 December 2017

Tengok bola semalam memang frust gila. Liverpool lawan Everton, Merseyside derby. 79% possession tapi last-last seri 1-1. Memang wtf gila. Punca dia si Lovren tolak pemain Everton dalam kotak penalti. Pastu si Wayne Rooney lak yang score penalti yang membuatkan aku lagi panas. Kalau la si Mane tak tamak haloba masa first half kan dah boleh menang. Panas hati aku dengan Lovren lagi panas hati aku dengan si Mane. Masa nak half time Liverpool ada pleuang nak tambah gol tapi si Mane ni tak mau pass kat si Salah, dia shoot terus. Kalau gol takpa la jugak tapi miss kot. Kalau dia pass kat Salah boleh gol kot, at least ada peluang cerah nak score. Memang dia ni selfish cunt betul. Walaupon salah player tapi aku still 100% blame manager, Klopp. Aku tak tau sebab dia still bagi peluang si Lovren main, dia ni selalu buat mistake. Salah Klopp jugak sebab bagi dia main. Aku tak tau bila lagi dia belajaq dari kesilapan. Kalau aku buat list defender yang patut dia beli tak guna jugak, bukan dia nak baca pon. Aku memang harap-harap sangat la yang pintu hati si Klopp terbukak nak beli defender baru masa bulan January nanti.

Monday, 11 September 2017

Hari Sabtu lepas, 9hb, ada game antara Man City dengan Liverpool hyang berkesudahan 5-0. Sapa yang 5 sapa yang 0? Sadly team kesayangan aku la yang dapat teloq ayam. Awat teruk sangat sampai kena 5-0? Seorang player Liverpool, si Mane kena red card sebab terajang keeper, tak boleh nak salahkan dia sebab 50-50 challenge, keeper MC keluaq dari kawasan petak penalti, Gary Neville (bekas pemain Man Utd) pon kata tak sepatutnya red card, aku tak tau awat la orang lain menafikan kata-kata Neville, macam la depa pernah main professional football, Neville dah lama main so dia paling arif la bab ni. Tapi takpa la benda dah berlaku, aku harap kekalahan yang memalukan ni jadi pengajaran buat Klopp supaya next time dia akan beli defender baru. Aku baca komen-komen kat Twitter bukan orang marah dengan performance player-player Liverpool, tapi lebih ramai orang yang marah sangat dengan Klopp sebab tak mau beli defender baru, sebab defender yang sedia ada tak boleh lakukan tanggungjawab depa dengan baik, masa lawan dengan Man City hari tu si Klavan memang flop gila, goalkeeper pon tak boleh baca bola p kat mana, senang sangat kena bolos. Aku sebagai die hard Liverpool memang suggest sangat kat Klopp supaya beli sekurang-kurangnya sorang keeper and sorang defender, so total 2 orang ja, midfielder kalau nak beli sorang pon beli la yang stail main and tactical dia denfending tinggi, baru la tak senang kena bolos, 5 bijik teruk sangat kot, kan tak pasai-pasai kena masuk gua tempat Arsenal dok lepak minggu lepas, hahaha.

Thursday, 27 July 2017

Semalam hari Rabu, 26 haribulan Julai, macam biasa aku balik keja pukui 8 setengah malam. Masa tu jam lebih kurang pukui 6:45 si Adila tanya aku nak pakai sat komputer aku, dia nak buat jadual untuk geng assembly punya. Tambahnya lagi Abang Ucop nak jumpa aku so aku pon bagi la si Adila guna komputer aku sat, lagi pon aku tadak barang urgent. Aku pon p turun bawah (ofis aku ada kat tingakt atas) jumpa Abang Ucop. Dia tanya aku ada barang urgent tak kat atas aku kata la tak. Dia suruh aku tolong jalan sat mesin sample cutter aku pon tolong la dia jalan barang assembly. Aku memang boring dok kat dalam ofis lama-lama sekali sekala jalan mesin tak la boring sangat. Masa tengah jalan mesin sambil tu kami sembang-sembang. Tengah dok sembang Abang Ucop boleh lak ajak aku p tengok bola kat Stadium Batu Kawan, game antara Penang dengan Pahang. Aku pon agak surprise jugak la sebab rare kot orang ajak aku p stadium bola, ni kira first time orang ajak aku p stadium. Aku pon agak excited la nak p tengok sebab aku pon dah lama tak jejak kaki kat stadium, last aku p pon aku dah lupa bila. Kami plan p tengok lepas balik keja. 

Pukui 8 setengah lepas punch card kami pon bertolak ke Stadium Batu Kawan. Baru aku tau yang stadium ni dekat ja dengan kilang aku, haha aku tak tau pon jalan nak p Stadium Batu Kawan aku ikut je la arahan Abang Ucop. Sampai sana kami makan dulu kat kedai dalam kawasan stadium tu. Nasi Goreng Ayam ngan Teh Ais, agak berselera jugak aku makan, maklumlah time tu tengah lapaq. Time tengah makan orang dah bersorak dah, time tu game dah start kami masuk lambat sikit sebab tengah dok makan. Aku makan cepat-cepat sambil dok pikiaq team mana dah leading dulu, tapi deria aku mengatakan Penang yang leading dulu sebab agak kuat jugak orang bersorak tadi. 

Lepas makan kami pon masuk la dalam stadium sambil bawak botol air, Abang Ucop yang suruh aku beli sebab takut kat dalam nanti tadak orang jual air. Masa nak masuk pak guard tak bagi bawak masuk botol lak, mungkin untuk keselamatan orang awam kot, takut nanti orang dok main baling-baling botol air kat atas padang rasanya. Kami pon terpaksa la letak botol air dekat pintu masuk. Penat jugak nak berjalan masuk, jalan dia memang luas, dua bijik keta pon boleh lepas dan dia ada lebih kurang 2-3 tingkat baru boleh tengok padang. Sangkaan aku memang tepat bila aku tengok scoreline Penang tengah leading 1-0. Kami pon cari la tempat duduk. Fuh.. memang cerah gila kawasan padang sebab ada spotlight 4 tiang, dah macam main dalam dewan lak aku tengok. Macam biasa la kat stadium mesti ada ja orang dok jerit memaki hamun aku ngan Abang Ucop dok gelak ja dengan gelagat penonton yang lain. Masa second half Penang menggandakan jaringan, sapa skor ntah aku tak kenai mamat tu, hahaha. Coach Penang pon aku tak tau sapa dia, aku ingat si Zainal tu dok coach Pahang lagi, rupa-rupanya dia dah jadi coach Penang lak, kira malam tu dia fight dengan pasukan lama dia la. Lebih kurang pukui 10:45 camtu referee pon tiup masa penamat, Penang menang 2-0 ke atas Pahang. AKu rasa hepi jugak walaupon Penang dok kat bawah sekali dalam liga. Tinggai 2 game ja lagi aku harap Penang dapat menang 2 game tersebut. Haria Penang Haria!!!

Tuesday, 30 May 2017

Seorang pemain bola sepak yang berbangsa Itali, Francesco Totti yang bermain untuk kelab AS Roma akhirnya mengambil keputusan untuk menggantung but 2 hari lepas. Totti dah main selama 25 tahun (1992 - 2017) hanya untuk kelab Roma saja. Dia dah score sebanyak 250 dalam 619 penampilan untuk kelab dia, menjadikan dia sebagai penjaring terbanyak liga. Dalam 25 tahun karier dia bersama dengan AS Roma dia menang 5 trofi dan untuk skuad Itali pulak dia menang World Cup edisi 2006. Walaupon dia tak main dengan kelab top-top macam Real Madrid atau Barcelona, nama dia tetap menjadi ingatan dalam setiap peminat bola sepak seluruh dunia, coz he's a legend! 





#francescototti 

Wednesday, 5 April 2017

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas, Leicester City yang bermula hambar pada musim ini sampai duduk di tangga tercorot liga. Tapi semalam depa menang 2-0 ke atas kelab bermasalah, Sunderland yang menjadikan kemenangan 6 game berturut-turut. Kebangkitan depa dapat dilihat selepas manager depa yang dulu, Claudio Raneiri dipecat. Dari tangga ke-18 depa dah lonjak naik ke tangga ke-10 liga. Pelik jugak kan macam mana depa boleh perform balik macam season lepas, padahal manager yang bawak depa menang liga season lepas kena pecat. Kes ni sama macam kes Mourinho kena pecat masa jadi manager Chelsea dulu, bila manager kena pecat baru player main serious. Mungkin sebab cara Raneiri tu yang buatkan player tak suka ngan dia. Aku pon tak tau la, aku agak je la sebab bukan aku dok ngan dia pon so aku pon tak tau la perangai Raneiri ni macam mana. Memang sedih jugak kan Raneiri kena pecat, bukannya dia tak bagus, boleh menang liga lagi ngan kelab biasa sedangkan kelab-kelab kaya dan top pon makan masa jugak nak menang liga. Dia mesti frust sekarang bila tengok player-player dia tiba-tiba perform, tapi takpa pintu dia nak jadi manager kelab still terbuka luas lagi. 

Thursday, 9 March 2017

Sup guys? Okay, topik hari ni nak cakap pasai bola. Sapa tengok game Champions League pagi semalam? Game antara Barcelona dengan PSG yang berlangsung di stadium Barcelona, Camp Nou. Semalam kira game ke-2, game yang first lawan dekat tempat PSG yang berkesudahan 4-0, Barcelona yang kena belasah ngan PSG. 4-0!? Kira hebat jugak PSG ni boleh belasah team yang ada player-player yang top macam Messi, Neymar, Suarez, sampai 4-0 kot. Aku ingat kira Barcelona dah out dah dari Champions League sebab kena belasah sampai 4-0, susah kot nak layak ke suku akhir. Tapi yang peliknya Barcelona jugak yang layak ke suku akhir semalam, sebab depa menang 6-1 (aggregat 6-5). Aku rasa geram jugak ngan PSG ni, sia-sia ja menang 4-0 kat tempat sendiri tapi still tak layak jugak. Kalau tengok stats game semalam memang Barcelona yang control game, aku pon tak tau PSG main macam mana sampai kena 6-1 sebab aku tengok highlight ja tapi based on mostly comments orang ramai yang kata kalau nak menang ngan Barcelona ni kena attack ja, jangan bagi chance pon kat depa pegang bola, kalau setakat main defend ja memang teruk la kena. Mungkin sebab tu la PSG kalah semalam, sebab depa dok defend ja. Aku frust jugak walaupon aku ni bukannya support PSG, aku cuma nak PSG menang ja piala Champions League tahun ni sebab depa tak pernah menang lagi, Barcelona dah menang banyak kali dah. Tapi apa-apa pon congrats dekat Barcelona sebab dapat buat comeback, sekarang saingan Champions League dah jadi semakin sengit.

Friday, 17 February 2017

Ramai yang kata yang Liverpool ni dah macam 'Robin Hood of EPL', sebab bila lawan team bawahan selalu kalah or seri tapi bila lawan dengan team top 6 boleh menang. Tu yang aku pelik tu, macam Klopp ni dia focus lawan dengan team yang top-top ja, team yang bawah liga ni dia buat tak kisah ja. Dia kena ingat yang team bawahan pon bukan main sambal lewa ja, depa pon mesti bersungguh-sungguh fight nak elak zon penyingkiran. Baru-baru ni Liverpool menang 2-0 dengan Totttenham, team yang tengah fight liga. Mane (striker utama Liverpool) yang kembali dari aksi piala African Cup of Nation, dia lah yang kedua-dua gol Liverpool. Masa mamat Mane ni main untuk negara dia Liverpool jatuh teruk, kalah tiga kali kat tempat sendiri, dah out dari Piala Liga ngan Piala F.A. Lepas dia dah balik baru Liverpool dapat rentak kemenangan balik. Susah jugak kalau Liverpool nak kena depend dengan mamat Mane ni, bukannya tadak player lain yang bagus-bagus, ada ja, Firmino, Lallana yang baru menang anugerah pemain terbaik England, Milner, Coutinho (pemain fevered Liverpool). Mungkin depa tak sebagus Mane kot? Kalau camtu Nampak gayanya next transfer window Klopp kena shopping lagi la beli player baru. Tak tau la aku sapa la yang Klopp nak beli tapi aku harap untuk next game Liverpool boleh menang.




Wednesday, 11 January 2017

Kelmarin lepas, 9 haribulan Januari (09/01/2017) menjadi hari bersejarah untuk negara Malaysia apabila pemain bola sepak, Faiz Subri memenangi anugerah FIFA Puskas untuk tahun 2016. FIFA Puskas ni dianugerahkan kepada pemain bola yang mencipta gol yang paling awesome dan cantik dalam setahun. Faiz Subri mengalahkan pemain-pemain popular seperti Neymar dan juga Ronaldo. Wow, dasyat tu, hebat sangat ka gol Faiz Subri ni? Haa, yang belum tengok lagi tu boleh tengok kat bawah ni.



16 Februari 2016: Gol dari sepakan percuma yang dijaringkan oleh pemain Pulau Pinang,  Faiz Subri menentang Pahang semasa perlawanan Liga Super Malaysia.


Kejayaan Faiz Subri merangkul anugerah FIFA Puskas ni memang ternyata mengejutkan ramai orang. Cuba bayangkan betapa bangganya Faiz Subri bila menang award ni, balik rumah konfem dia tidoq sambil peluk trofi FIFA Puskas, hahaha. Aku kalau kata tak bangga memang tipu la, mau tak bangganya, the first Asian player, dari Malaysia, dan dari Penang yang menang award ni! Memang satu pencapaiaan yang susah untuk dicapai, tapi Faiz Subri berjaya melakukannya, coz he's awesome!




Faiz Subri ketika memberi ucapan selepas menerima anugerah FIFA Puskas 2016.







Hasrat Faiz untuk berjumpa dengan Cristiano Ronaldo menjadi kenyataan. Bukan setakat jumpa ja, siap selfie lagi, hahaha.



Aku macam dah tau yang dia akan menang award FIFA Puskas bila aku tengok gol dia Februari lepas, tak la kejam sangat kalau kata gol Faiz Subri lebih cantik dari gol Roberto Carlos. Harap-harap kejayaan Faiz Subri ni bukak mata anak-anak muda untuk mengharumkan nama Malaysia.

Tuesday, 20 December 2016

Awai pagi semalam ada game Merseyside derby antara Everton dengan Liverpool yang berlangsung di stadium Everton, Goodison Park. Aku tak tengok memandangkan depa lawan awai pagi, time tu aku dah tidoq, so macam biasa masa pagi kat ofis aku  akan bukak highlights nak tengok result. Tengok-tengok result betapa gembiranya aku bila Liverpool menang 1-0, Mane yang score, tu pon gol last minit, memang luck gila aku hari ni, hahaha. Bila baca komen-komen kat bawah video tu ramai yang kata game tu best, yela, menang tipis ja, kiranya Everton pon fight jugak la, walaupon possession Liverpool pegang, memang game derbi Merseyside semalam agak sengit, rugi aku tak tengok live, tapi nasib baik jugak aku tak tengok sebab depa pon score last minit, cuba bayangkan kalau aku tengok, konfem aku jerit satu rumah, dah la parents aku tidoq kat depan, tak pasai-pasai nanti kena maki, hahaha.



Pemain-pemain Liverpool meraikan gol kemenangan yang dijaringkan oleh Sadio Mane pada masa kecederaan, terima kasih kepada gerakan solo Sturridge dan tendangnnya yang terkena tiang gol dan gagal ditangkap oleh penjaga gol Everton lalu disudahkan oleh Mane.



"Hadiah Krismas awal untuk peminat, 3 mata penuh!", kata Mignolet di laman Twitternya.



Kemenangan semalam menjadi kemenangan ke-2 berturut-turut sejak Mignolet kembali ambik alih posisi goalkeeper dan juga 2 clean sheets. Bukan nak kata Karius tak bagus, cuma dia masih kena improve lagi, sebab dia pon baru lagi dalam kancah liga EPL so buat kesilapan tu memang perkara biasa, dan kritikan-kritikan dari penyokong tu pon kira macam nak bagi semangat la untuk move forward, jangan makan hati pulak ya Karius, tengok abang Migno buat keja camna pastu belajar slow-slow, okay? Apa-apa pon aku harap player-player Liverpool ambik kejayaan depa tewaskan musuh setempat semalam sebagai batu loncatan untuk menang game seterusnya.


MERSEYSIDE IS RED!!!
#YNWA
#LFC

Sunday, 20 November 2016

Semalam lepas balik lepak ngan member aku tengok bola, game Liverpool lawan Southampton yang berkesudahan seri tanpa jaringan. Memang frust tak menang, banyak chance yang Liverpool boleh score tapi finishing tak kemas. Liverpool masih lagi top dalam liga, sama mata dan beza jaringan dengan Man City yang menang dengan Crystal Palace semalam. Andai kata Chelsea menang malam ni depa boleh pintas Liverpool. Walaupon game semalam seri, aku rasa puas hati jugak sebab Liverpool berjaya mendapat clean sheet di tempat lawan, ye la, selalu tiap-tiap game kena bolos ja, nampak ada perningkatan dalam defence walaupon attacking tak berapa menjadi semalam. akpa, banyak lagi game, season tak abih lagi, Liverpool still ada chance nak menang liga.

Thursday, 20 October 2016

Untuk post kali ni aku nak buat review sikit pasai game Champions League semalam. Aku bukan tengok live pon, tengok highlights ja. Depa lawan pon pukui 3 pagi, kalau aku tengok live memang aku tak p keja la, hahaha.


1. Arsenal 6-0 Ludogrets


Bintang sensasi Arsenal, Mesut Ozil melakar hatrik dalam kemenangan besar 6-0 ke atas kelab Ludogrets. Dah 7 kali Arsenal menang berturut-turut dalam semua pertandingan, satu rekod yang agak impressive. Kalau Arsenal kekal dengan momentum ni depa ada peluang untuk menang liga. 







2. Barcelona 4-0 Manchester City


Selain Ozil, Messi pon score hattrick semalam. Barcelona belasah pasukan yang mendahului Liga Perdana Inggeris, Man City dengan jaringan 4-0. Messi menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Separuh masa kedua penjaga gol Man City, Bravo yang juga bekas pemain Barcelona dilayangkan kad merah. Barcelona ambil peluang tersebut dengan menjaringkan lagi gol untuk mengutip 3 mata penuh. Aku rasa Pep mesti menyesal jual Joe Hart, lol.