L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Anything Could Happen

Sunday, 11 May 2014

Anything Could Happen

          Hari ni last games Liga Perdana Inggeris, semua games berlangsung hari ni pukul 10 malam. Liverpool & Man City menjadi pertaruhan siapakah yg akan merangkul trofi liga. Man City dah pernah menang sekali liga tahun 2012 di mana City mengumpul sama mata dgn second place, Man Utd tetapi perbezaan jaringan menjadi kelebihan buat Man City untuk menang liga. Liverpool lak dah 24 tahun x menang liga, kali terakhir tahun 1990 tapi time tu x panggil Barclays Premier League, depa panggil League One time tu so boleh kata Liverpool x pernah menang BPL lagi walaupon dah 18 kali menang liga. So season ni pon lebih kurang sama tapi City mendahului 2 mata di hadapan Liverpool dan perlawan terakhir hai ni menjadi penentu. Sebagai fan Liverpool aku memang arapkan yg Liverpool akan menang tapi aku tetap puas ati dgn performance Liverpool season berbanding dgn season lepas. 11 straight win, are you kidding me? Memang susah nak kekalkan rekod tu tapi kesilapan yg dilakukan oleh defenders yg cost keciciran mata.
Kedudukan setakat ni, City dah leading 2 mata tapi anything could happen tonight. Andai kata Liverpool menang & City kalah, Liverpool ada chance nak menang liga.

          Sekarang cuma bergantung kepada West Ham United, kelab yg akan menentang Man City hari ni di Stadium Etihad, stadium Manchester City. Bukan senang nak menang lwn tempat Man City, hanya Chelsea ja yg telah kalahkan City kat stadium depa. Tapi apa2 pon boleh berlaku dalam dunia bola sepak, City mungkin tewas. Manager West Ham, Sam Allardyce pon arapkan team dia dapat kalahkan City walaupon depa dah selamat dari zon penyingkiran sebab dia nak tengok Steven Gerrard (kapten Liverpool) yg telah bermain untuk Liverpool dari tahun 1998 lagi merangkul trofi BPL (sepanjang karier dia x pernah menang liga). So memang sedih la kalau Gerrard x dapat menang liga sebab umur dia dah 33 tahun, kebanyakkan pemain2 bola sepak akan bersara bila dah lebih 33 tahun ke atas.

Dari kiri Andy Carroll dan Stewart Downing merupakan bekas pemain Liverpool dan kini bermain untuk West Ham United. Sudah mesti 2 pemain ni menjadi sandaran buat Liverpool untuk sama2 tewaskan Man City

Stewart Downing & Andy Carroll ketika bermain di Liverpool pada musim lalu.

Steven Gerrard dijadikan bahan jenaka internet (meme). Gambaq kat atas time Liverpool tewaskan Man City 3-2, dan gambaq kat bawah Gerrard sendiri tergelincir dan mengakibatkan Liverpool ketinggalan 0-1 dgn Chelsea half time dan fulltime 0-2.

         
Steven Gerrard cuba menenangkan Luis Suarez (BPL current top goalscorer) yg menangis ketika mereke seri 3-3 dengan Crystal Palace di mana Liverpool mendahului 3-0 tapi kena balik 3-3 dalam 10 minit terakhir. Rugi betui, kalau x ada chance nak menang liga.
          Walauapapon Liverpool kena menang lawan Newcastle. Last game kot2 kalau Man City kalah depa ada chance nak menang liga. Memang sedih kalau x dapat tgk Gerrard angkat trofi BPL tapi nak buat camna, defender main teruk, tiao2 game kena bolos. Manager Liverpool, Brendan Rodgers kena beli defender world class punya kalau nak cabar kejuaraan liga musim depan. Kalau nak dibandingkan skuad Man City ngan Liverpool jauh beza, Man City dari goalkeeper sampai striker semua berkualiti sebab tu depa senang menang dan jarang buat silap. Tapi apa2 pon hopefully Liverpool menang liga (kena semayang hajat ni, sekurang2nya ada jugak usaha aku nak tengok Liverpool menang liga).

0 comments:

Post a Comment