L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Place
Showing posts with label Place. Show all posts
Showing posts with label Place. Show all posts

Monday, 15 July 2019

Yo wassap geng! Cuti hari Sabtu hari tu hampa p mana? Tak kan dok rumah saja, hahaha. Aku? Well aku mesti la kluaq jalan-jalan. Aku ni memang pantang kalau cuti hari Sabtu mesti ada ja rasa nak p kluaq. Ni aku nak cita sikit apa aktiviti yang aku buat hari Sabtu hari tu. Hari Sabtu lepas kan cuti awam so aku dah plan siap-siap dah nak kluaq ngan Tan. Aku ajak dia lepak QB, dah lama aku tak lepak sana, selalu dok lepak kat area BM ja, tambah lagi time cuti la so boleh la aku p lepak kat belah Pulau. Aku cakap kat Tan pukui 9 pagi camtu aku p rumah dia, nak lepak kat area belah pulau ni baik gerak pagi sebab kalau tengah hari baru nak p konfem ramai orang, bila dah ramai orang paham-paham la keadaan trafik macam mana. Aku ambik Tan lebih kurang pukui 9  setengah camtu. Aku dok cari pam stesen minyak nak reload aku punya kad Touch N Go. Singgah kat Petronas dekat jalan nak p AEON Alma dia offline lak. Pastu singgah lak kat Petronas dekat RNR Juru baru boleh topap. Aku topap RM20 ja, tak banyak, sebab aku bukan selalu guna kad Touch N Go pon. Pukui 10 setengah baru sampai kat QB. Tanpa berlengah-lengah masa kami teruih p beli tiket wayang, perkara pertama and wajib yang kami selalu buat masa kami lepak sekali, hahaha. Hari tu kami tengok cita Toy Story 4, one of my favourite childhood movie, nanti aku akan buat review sikit pasai movie ni untuk post yang akan datang. 


Dah abih tengok wayang kami dok pikiaq nak makan kat mana. Kami p kat area food court dalam QB ramai orang sangat, tempat duduk tadak, so aku pon ajak Tan p makan kat luaq, nasi kandaq ka, tak kisah la kedai mana pon janji kedai tu tak ramai orang. Time abih tengok wayang baru pukui 1, kira ada banyak masa lagi kalau kami nak lepak, tapi sebelum malam aku nak balik la sebab malam masa dengan family aku lak. Tengah dok kluaq dari QB aku ternampak signboard tulis Muzium and then truih dapat idea nak p sana lepas lunch. Dah tau dah kat mana nak lepak lepas lunch  tapi kami still dok pikiaq nak makan kat mana, pikiaq punya pikiaq time dok tengah drive tak tau macam mana boleh sampai kat Original Penang Kayu Nasi Kandaq, antara restoran nasi kandaq yang femes kat area Penang. Tan la yang bagitau aku jalan mana nak masuk tak tau lak dia bawak aku p kedai tu lol. Sampai sana ramai jugak orang dok beratuq, tapi sat ja beratuq sebab depa laju buat keja. 









Perut dah loaded abis aku p singgah kat surau nak p semayang Zohoq lak. Lepas semayang Tan tanya aku nak p muzium mana sebab kat area Penang ada banyak muzium. Aku cakap la muzium yang bersejarah so Tan pon tunjuk jalan nak p Muzium Perang. Tempat dia agak tersorok jugak la, sampai kena masuk dalam area hutan, tapi kira logik la sebab tu kawasan kubu pertahanan tentera Jepun masa depa jajah negara kita, so memang patut la tempat dia tersorok sikit. Kami dok sana dekat 2 jam jugak la, penat tu toksah kata la, tambah la time panas terik, ngan aku lak pakai baju kemeja kaler hitam, dok plan nak p tengok wayang ja, tak tau la macam mana boleh terpikiaq nak p muzium, kalau dah plan nak p muzium awai-awai dah lama aku pakai baju T-shirt biasa, hahaha. Lebih kurang pukui 4 kami pon balik ikut jambatan ke-2, sebab kalau ikut jambatan pertama takut jem lak. Itu la aktiviti yang aku buat masa cuti hari Sabtu hari tu, lepas ni tak tau nak p lepak kat mana lak, boleh kata banyak lagi tempat menarik kat area Penang yang aku tak p lagi.

Wednesday, 10 July 2019

Kalau dulu setiap kali breakfast aku suka dok balun Nestum (dalam post aku sebelum ni aku ada cita). Tapi sekarang aku dok rajin breakfast kat kedai dekat dengan Kapitan Perda. Nama kedai tu Shah Café. Kat kedai ni ada nasi campuq dengan roti canai, macam kedai mamak la lebih kurang, well kalau tengok pekerja dia boleh kata kedai mamak la. Apa yang special sangat ngan Shah Café ni? Tadak apa yang special sangat pon, biasa-biasa ja, dia punya roti boleh tahan jugak la rasa dia, tapi aku makan kat sana aku selalu ambik nasi putih lauk sosej dengan teloq mata, ayaq teh ais. Boleh kata tiap-tiap hari la aku makan kat sana, dan menu yang sama, kecuali hari weekend ja aku jarang p, and kalau kedai tu ramai orang aku p breakfast kat kedai lain. Nasi putih berlaukkan sosej sebatang dengan teloq mata cukup bagi aku untuk sarapan yang sempurna di pagi hari yang indah. Kalau hampa nak try rasa masakan kat kedai Shah Café ni boleh la try, terletak satu baris dengan Bintang Idola dan Bank Islam berdekatan dengan area Kapitan Perda.

Friday, 7 June 2019

Masa sebelum abih posa lagi si Earshad ajak aku p Zoo Taiping masa raya ke-2 nanti, aku cakap tengok dulu takut aku ada nak kena p rumah saudara time raya ke-2, aku konfem dengan Bap dulu raya ke-2 ada nak p mana-mana tak, Bap kata raya ke-3 baru p Aloq Setaq. So pagi semalam si Earshad call aku tanya ada kat mana dah aku cakap aku tengah otw. Sampai ja kat flat depa stay aku mati enjin dulu sebab depa tak turun bawah lagi. Tunggu punya tunggu tak tau la berapa lama aku tunggu aku baru nampak si Earshad and the geng turun. Depa tak perasan aku sebab aku bawak keta Bap (keta aku ada orang pinjam). Depa dok jalan p kat luaq jalan, aku pon start keta truih p kat depa. Aku bukak tingkap panggil Earshad, dia terkejut sebab aku bawak keta lain, hahaha. Ramai jugak si Earshad punya geng, dalam 5 orang, kalau 4 orang muat la tapi sorang gagah jugak nak ikut jenuh berhimpit 4 orang kat belakang. Perjalanan kami ke Zoo Taping mengambil masa lebih kurang sejam lebih camtu.


Sampai ja kat zoo kami p kat kaunter nak beli tiket. Dah beli tiket untuk 6 orang dewasa kami habiskan masa dekat 2 jam kat dalam zoo tu. Tapi kami rehat sat lepas sejam, letih woo jalan dekat sejam. Kami singgah kat satu kedai balun nugget dengan ayaq kotak. Lepas tu lagi sejam kami sambung balik tengok binatang lain yang kami tak tengok lagi. Pukui 12 lebih camtu aku dok pikiaq nak bawak depa p lunch kat mana. Last-last kami makan kat Marybrown kat dalam zoo tu jugak. Lepas makan kami pon chow. Time aku tengah drive depa semua pakat lena, Earshad aku perasan la dia dok lena, yang geng kat belakang aku tak tau la depa lena ke tak tapi depa senyap ja kira lena sekali la kot.





Sampai rumah dalam pukui 4 lebih. Bap pon pelik yang aku balik awai, mungkin Bap expect aku balik malam kot. Buat pa balik sampai malam, kami p ronda kat dalam zoo ja pon, lol, lain la aku p tempat lain ka, Bap aku ingat aku p tempat lain jugak kot, padahai si Earshad ajak aku p Zoo Taiping ja, dia tadak la nak ajak p tempat lain. Mungkin lepas ni dia ada la kot nak ajak aku p tempat yang dia tak pernah p lagi. Aku on ja kalau dia ajak, lagipon dia support duit minyak keta ngan makan, aku kira bawak dia ngan geng dia p berjalan ja, kira aku ni macam GRAB driver depa la, hahaha.

Tuesday, 23 April 2019

Apa yang special sangat dengan Starbucks ni? Harga dalam menu dia yang mahal tak semestinya menjadikan Starbucks ni special dan popular. Abis kalau bukan sebab harga apakah reason Starbucks ni begitu popular di kalangan masyarakat sekarang. Dari artikel yang aku baca bertajuk "Why is Starbucks so popular?" Starbucks ni bukan semata-mata dekat produknya, iaitu kopi dan minuman yang lain, Starbucks lebih kepada tempat di mana orang lepak, meluangkan masa bersama. Sedikit info mengenai Starbucks ni yang aku nak share, info yang aku dapat dari artikel yang sama. Okay Starbucks ni ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menjual espresso. Ia hanya rantaian kopi biasa dengan sekitar 6 kedai kopi, tidak ada yang hebat atau luar biasa mengenai kedai-kedai ni. Howard Schultz, yang pernah bekerja di Starbucks, pernah berkunjung ke Milan. Di sana, dia memerhatikan bahawa kedai kopi bukanlah tempat untuk order kopi saja, tapi sebaliknya tempat di mana orang boleh berjumpa dan bertemu satu sama lain. Howard suka idea ini. Tapi bila dia menyuarakan idea ini kepada pemilik Starbucks, pendapatnya tu dihiraukan. Howard tidak menyerah kalah, dia meninggalkan Starbucks untuk memulakan syarikat kopinya sendiri bernama Il Giornale, di mana dia melaksanakan konsep 'pengalaman' sebagai perkhidmatan. Idea itu mendapat populariti yang luas. Akhirnya, Howard membeli Starbucks dan ganti semula konsep Starbucks yang kita tahu hari ini.




So lepas ni kalau aku ajak lepak Starbucks tak semestinya kena kluaqkan duit untuk beli ayaq dia, setakat lepak tu pon boleh, orang beli pon sebab dah alang-alang dok sana. Perkara biasa kalau rasa segan dok lepak sana saja tanpa beli apa-apa, rasa malu jugak dengan orang lain tapi Starbucks tak la begitu kejam halau orang yang tak beli produk dia, tak tau la kalau pernah jadi kat orang but not in my case. Kalau duit dalam poket banyak lagi so boleh la beli, bagi yang tak berkemampuan tu tak yah la beli, or share minum or mintak belanja dengan member yang kaya, hahaha. The point is bukan kedai mamak ja yang menjadi tempat sesuai untuk lepak or bersembang, Starbucks pon memenuhi kriteria tersebut. Lagipon bukan selalu nak acah-acah hipster gitu lepak Starbucks, kan?

Sunday, 24 March 2019

Semalam bap (my father) bawak kami p makan tempat baru, dekat dengan kawasan Uptown. Aku first time lalu situ, dulu nampak ja tapi tak pernah lalu situ. Banyak jugak kedai makan kat sana, lain gila tempat dia, rasa macam aku ni kat negeri lain lak. Starbuck pon ada jugak, bukan biasa-biasa tempat baru ni. Tempat baru yang aku maksudkan tu tak tau lak nama dia apa, tapi kalau hampa lalu kat jalan Lai Lai Mini Market yang sebelah Nasmir tu hampa ambik kiri pastu straight ja ha jumpa la tempat baru yang aku maksudkan tu. Sampai sana kami singgah kat kedai kari apa ntah nama penuh dia. Ingatkan ada nasi goreng-goreng tapi depa cuma hidang lauk ayam ngan ikan and kari. Tadak orang mai ambik order so kami pon blah la dari kedai tu tanpa rasa bersalah. Kami p kat kedai lain lak. Nama kedai yang kami p nama dia 'Setapak' seingat aku. Menu kedai ni western food, briyani ayam ngan daging pon ada. Masa nak order ayah aku teguq orang yang ambik order tu. "Macam kenai ja", kata ayahku. Orang yang ambik order tu baru ingat yang dia pernah mengajaq ngan ayah aku kat Sarawak dulu. Sekarang dia dah pencen dah, dah bukak kedai sendiri, tak tau la kedai dia ka or dia share ngan member, lol. Aku order briyani daging, boleh tahan la rasa dia. Tapi servis agak mengecewakan, sebab lambat gila, ayaq sampai lambat, order makan pon sampai lambat, aku yang makan slow pon dah abih makan, depa punya makanan tak sampai-sampai lagi lol. Kedai baru bukak aku paham, dimaafkan la. 


Suasana dalam kedai dia. Kami dok kat luaq.


Menu special kedai ni.


Tak dak niat nak memburukkan kedai tapi just nak suarakan pendapat dan harap kritikan aku ni dapat meng'improve'kan lagi prestasi kedai, takpa, slow slow, lama-lama nanti dah okay la, biasa la baru bukak kedai tak semestinya semua berjalan dengan lancar, mesti ada masalah sikit. Makan dah okay cuma dari segi servis tu ja kurang sikit. Cadangan aku kena ambik ramai pekerja sikit, cef sorang memang lambat la, kalau cef sorang tu cuti or sakit sapa yang nak masak? Apa-apa pon aku rasa kedai Setapak ni berpotensi menjadi kedai yang setaraf dengan kedai yang selalu ramai orang dok makan, tempat dah cun dah, tengok ramai jugak dok lepak situ, kalau improve tak servis seperti yang aku cakap konfem lepas ni lagi ramai orang mai lepak kedai Setapak ni. All the best!