L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: May 2014

Saturday, 31 May 2014

          Bukan senang nak kluaq ngan mama aku ni sebab dia pon slalu busy ja tapi ari ni dapat jugak spend masa ngan mama aku p jalan2. Firstly dalam pukul 10 pagi kami p breakfast kat McD ngan adik aku sorang lagi lepas tu kami p Sunway nak settle bil fon aku and mama aku ada benda nak kena settle ngan bank dia. Lepas p Sunway kami p Tesco Extra Seberang Jaya lak, mama aku nak redeem jersey Milo punya (bagi aku x lawa pon jersey dia). Aku pon ada la beli biskut oat perisa coklat (nampak sedap x pernah try lagi). Next destination kami p dekat penang bridge, aku nak buat kad Touch N Go baru (lepas ni x yah nak kalut2 bawak kluaq duit dari poket kalau ak p jeti antaq member). Lepas tu kami pon balik dalam pukul 2. 

Friday, 30 May 2014

          Hari ni agak malang bagi aku sebab selipar aku kena curi lepas semayang Jumaat petang tadi. Aku rasa hari ni first time aku ilang kasut sepanjang 7 tahun dok kat perda. Aku tau la selipar aku ni cantik tapi x kan sampai nak curi dalam masjid kot? Aku rasa ni mesti keja budak2 ni, depa ni bukan kesah pon pasai dosa. Malam tadi p jugak Sunway beli Flipper, salah satu selipar paling selesa yg pernah aku pakai tapi x cantik sangat design dia compare dgn selipar lama aku. Apa boleh buat, aku nak cepat sangat, ye la x kan nak pakai kasut tiap2 hari kot (macam western style ja pakai kasut tiap2 hari). Apa2 pon dah settle dah dgn kasut esok nak p maxis centre lak nak tukaq postpaid ke prepaid (dah 2 tahun aku pakai line sebab kontrak baru ja abih 5 hari lepas). 

Thursday, 29 May 2014

1. You'll read his/her texts over and over again...
2. You'll walk really really slow while you're with him/her...
3. You'll pretend 2 be shy whenever you're with him/her...
4. While thinking bout him/her...your heart will beat faster and faster...
5. By listening to his/her voice...you'll smile for no reason.
6. While looking at him/her..you cant see the other people around you...you can only see that person...
7. You'll start listening to SLOW songs.
8. He/She becomes all you think about
9. You'll get high just by their smell...
10. You'll realize that you're always smiling to yourself when you think about them..
11. You'll do anything for him/her...
12. While reading this, there was one person on your mind the whole time.....

Wednesday, 28 May 2014

Dear Girls (from us guys)... 

*Don't assume that guys won't care where you are, because we do. 
It makes us feel secure to know that our girlfriends aren't off flirting with guys we've never heard of. 

*Also, don't talk about your ex-boyfriends. 
We never have, nor ever will respect or like them, nor do we want to hear about them. 
When you do, you're asking your boyfriend to be jealous. 
You're asking your boyfriend to lose trust. 

*On that, don't hump everything that walks into the room. 
We don't care if you talk to other guys. 
We don't care if you're friends with other guys. 
But when you're sitting next to us, and some random guy walks into the room and you jump up and tackle him, without even introducing us, yeah, it pisses us off. 
It doesn't help if you sit there and talk to him for ten minutes without even acknowledging the fact that we're still there. 

*Also, when we tell you you're pretty/ beautiful/ gorgeous/ cute/ stunning, we freaking mean it. 
Don't tell us we're wrong. 
We'll stop trying to convince you. 
The sexiest thing about a girl is confidence. 
Yeah, you can quote me. 

*Don't be mad when we hold the door open. 
Smile and say "thank you." 
Let us pay for you. 
Don't "feel bad." 
We enjoy doing it. 
It's expected. 
Smile and say - everybody together now - "thank you." 

*Kiss us when no one's watching. 
If you kiss us when you know nobody's looking we'll be more impressed. 

*You don't have to get dressed up for us. 
If we're going out with you in the first place, you don't have to feel the need to wear the shortest skirt you have, put on every kind of makeup you own. 
We like you for WHO you are and not WHAT you are. 

*Don't flirt with guys when we're not around. 
We'll find out. Trust us. 
We have eyes everywhere. 
And when we find out, we're pissed. 
Not necessarily with the guys you flirted with, more-so with you. 

*Don't take everything we say seriously. 
Sarcasm is a beautiful thing. See the beauty in it. 
Don't get angry easily. 
Stop using magazines/media as your bible. 

*Don't talk about how hot Tom Cruise or Brad Pitt is in front of us. 
It's boring, and we don't care. 
You have girlfriends for that. 

*Whatever happened to the word "handsome"? 
Why does everything have to be "hot/sexy"? 
I'd be utterly stunned by a girl who greeted me with "Hey handsome!" instead of "Hey baby/ stud/ cutie/ sexy" or whatever else you can think of. 
Claiming girls or guys to be "hot" shows immaturity. 

**Girls, I cannot stress this enough: if you aren't being treated right by a guy, don't wait for him to change. 
Ditch his sorry, disgrace-to-the-male-population ass, and find someone who will treat you with utter respect. 
Someone who will honor your morals. 
Someone who will make you smile when you're at your lowest.

Tuesday, 27 May 2014

          Pernah x hgpa teringin ada superpower macam superheroes yg lain? Aku rasa semua org teringin nak jadi superhero, boleh selamatkna dunia and then dalam masa yg sama boleh jadi famous. Aku pon masa kecik2 dulu teringin jgak nak jadi superhero, x silap aku 11 tahun lepas bila movie Spiderman yg first kluaq aku macam teringin nak jadi Spiderman lepas tgk cita tu kat wayang. X dapat bayangkan bila kita ada superpower, well kalau hgpa payah nak bayangkan macam mana kat bawah ni aku ada post satu video tentang macam mana pandangan Superman bila dia terbang. Memang ohsem gila sapa yg buat video ni..haha okay enjoy the video!

Monday, 26 May 2014

          Kelmarin tgk bola, semalam tgk badminton la, Malaysia lawan Jepun dalam perlawanan akhir Thomas Cup 2014 di New Delhi, India. Jepun menang 3-2, first time depa menang Thomas Cup dalam sejarah. Aku tgk Liew Daren lwn dgn Takuma Ueda ja, yg lain aku x tgk..haha. First set Ueda menang 21-12, second set memang rancak, Liew kena tinggai 10-16 aku pon ingat yg dia akan kalah tapi dia dapat samakan kedudukan 17-17 and then dia menang 21-18, adik aku sampai terjerit-jerit..haha. Tapi last set Liew kalah 17-21.

         Dalam perlawanan lain Lee Chong Wei menang straight set kalahkan Kenichi Tago 21-12 & 21-16. Beregu negara, Hoon Thien How-Tan Boon Heong kalah dengan Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo dengan keputusan 21-12, 17-21, 19-2. Satu lagi perseorangan negara, Chong Wei Feng kalah straight set dengan Kento Momota, 15-21, 17-21. Goh V Shem-Tan Wee Kiong kalahkan Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dengan keputusan 19-21, 21-17, 21-12.

       Malaysia dah menang Thomas Cup sebanyak lima kali, kali terakhir menang tahun 1992, masa tu Rashid Sidek main. Walaupon kalah tapi aku tetap berpuas ati ngan persembahan pemain2 negara (aiceh macam la aku ni coach..haha). Liew Daren dah buat yg terbaik, aku tau mesti dia pressure gila sebab dia main game penentuan, kalau tgk ranking dunia dia no 66 Ueda tu ranking ke-25 so memang Liew ni bermain sebagai underdog la. So lagi 2 tahun pertandingan ni akan diadakan harap2 Malaysia ada chance nak menang.




Sunday, 25 May 2014

          Pagi tadi pukul 2:45 A.M. aku tengok bola, game final UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) antara Real Madrid dengan rival depa, Atletico Madrid. Real Madrid memang control game, Atletico hanya mampu defend ja tapi minit ke-36 Atletico leading 1-0 bila keeper Real Madrid, Iker Casillas cuba nak tepis bola kluaq dari area penalty tapi defender Atletico, Diego Godin menanduk bola masuk dan Casillas x dapat nak tepis. Atletico hampir2 ja nak menang sebab game pon dah masuk injury time 5 minit tapi last2 Real Madrid dapat jugak equalize pada minit ke-93, Sergio Ramos menanduk bola masuk (defender jugak yg score..haha). Masuk extra time kali ni Real Madrid lak yg leading, lepas pemain termahai depa, Gareth Bale menanduk bola masuk ke gawang Atletico pada minit ke-110 (tiga2 gol header). Lapan minit kemudian sekali lagi defender Real Madrid score tapi kali ni left back, Marcelo menendang bola dgn padu ke arah gawang Atletico dan keeper depa, Thibaut Courtios yg dipinjamkan dari Chelsea dapat tepis bola tapi bola masuk dalam gawang jugak. Dan minit ke 120 nak abih dah game Cristiano Ronaldo yg pernah menang Champions League 6 tahun dulu bersama Manchester United dikasari dalam kotak penalti oleh sapa ntah x ingat haha dan dia pon menyudahkan sepakan penalti dan game pon abih, Real Madrid 4-1 Atletico Madrid, Real Madrid akhirnya menang Champions League yg ke-10 untuk depa dalam masa 12 tahun lepas last menang tahun 2002. 



Atletico leading walaupon kena buli dgn Real Madrid apabila defender Diego Godin menanduk bola masuk ke gawang yg x dapat diselamatkan oleh Iker Casillas. Minggu lepas Godin jugak yg score dalam game last liga bila Atletico ketinggalan 0-1 oleh Barcelona and then Atletico pon akhirnya menang liga. (tgk post aku yg bertajuk Superb Season).
Sergio Ramos menanduk bola masuk untuk menyamakan kedudukan 1-1 dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Gareth Bale, pemain paling mahal yg dibeli Real Madrid menanduk bola masuk lepas Courtois tepis bola yg ditendang oleh Angel DiMaria.
Marcelo jaringkan gol ke-3 untuk Real.
Ronaldo menyudahkan sepakan penalti bila game pon dah nak abih.

Pemain2 Real Madrid meraikan kejayaan depa menang trofi Champions League yg ke-10 buat Real Madrid. 
Assistant coach, Zinedine Zidane yg pernah bermain untuk Real Madrid dari tahun 2001 hingga 2006 pon celebrate dgn pemain sayap Real, Angel DiMaria.
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti menjadi pengurus ke-2 yg menang Champions League 3 kali lepas Bob Paisley menjadi yg pertama melakukannya pada tahun 1977, 1978, dan 1981 bersama Liverpool. Sebelum ni Ancelotti menang pada tahun 2003 dan 2007 bersama AC Milan.
Pemain2 Real Madrid celebrate atas bas depa. 

          Walaupon aku bukannya fan Real Madrid tapi aku tumpang gembira, tatmbah2 lagi bilatgk Ronaldo angkat trofi, sebab depa main kat Lisbon, tempat yg sama masa negara dia, Portugal kalah final UEFA Euro 2004 dgn Greece. Tapi apa2 pon x sabaq nak tgk Liverpool main Champions League season depan, and kalau x silap pada hari ni 9 tahun yg lepas Liverpool menang Champions League kalahkan AC Milan di mana depa ketinggalan 0-3 first half and then depa menang jugak lepas second half terikat 3 sama pastu penalti pemain Ukraine yg dah bersara, Schevchenko miss penalti and Liverpool pon menang dgn penuh dramatik. Hope that moment will happen again next season. #YNWA #MakeUsDream.



Saturday, 24 May 2014

          Post kali ni aku x dak idea nak post apa so aku pon tgk Yahoo! kot2 ada benda best2 boleh share and aku jumpa satu video cara2 nak bukak penutup botoi, well dah lama aku x minum botoi camtu, teringat lak masa kecik2 dulu aku minum botoi coke guna straw kat pulau ngan family aku. So kat bawah ni aku post video ntah sapa yg buat video ni tapi memang kreatif gila, ada banyak cara yg hgpa x akan expect org tu bukak botoi. Okay, hope you enjoy watching this video.

Friday, 23 May 2014

          Hari ni last day bengkel final projek dan aku lega jugak sebab dah lepas presure time present. Susah nak percaya aku present sorang2 kat depan tu, org pon do puji aku pun slide dan interface..haha bunyi macam depa ni perli aku ja, sebab aku punya interface Naveen yg tolong aku buat cuma background je la yg aku tukaq pon. Lepas tu pukul 3 ada majlis penutupan bengkel, Aimi yg jadi mc. Pastu ada la bagi hadiah dkt logo terbaik, projek terbaik dan student terbaik. Masa nak abih ada tayangan video sepanjang bengkel ni tapi x jadi, tapi video tu digantikan dgn tayangan slide.


          Sebelum nak balik kena sound sikit dgn cik, ckp la projek ni buat camna camtu sbb ramai yg buat silap time present termasuk la aku. Tapi who the hell cares? Aku pikiaq cuti ja, yg pasai projek tu mampuih p..haha. Tapi apa2 pon dah cuti aku x mau pikiaq benda tu lagi nanti masuk sem depan kena push kaw2 punya..haha.

Thursday, 22 May 2014

          Esok last day bengkel final projek dan aku kena present projek sorang2 esok (mati la saya). Aku punya slide x dak problem cuma interface ja yg x siap lagi. Aku x rasa takut pon walaupon sorang2 sebab aku dah macam x kisah dah, apa nak jadi, jadilah. Nasib baik ada juga yg sudi tolong aku siapkan tapi yg tolong banyak cik la haha sampai dia pon dah stress tlg aku yg x tau apa2 ni (dia panggil aku Mr Taktau). Ingat aku tau sangat ka pasai koding2 ni? Sebab tu aku masuk bengkel sebab boleh jugak aku nak faham sikit bab koding2 ni. Malam ni aku nak p kamsis lak suruh Naveen ajaq aku buat aku punya sistem, nasib baik dia punya dah siap & dia pon x dak keja nak buat so aku memang lucky gila ada yg sanggup tlg aku malam2. Aku pon dah x boleh pikiaq lagi, serabut gila bila tgk koding sistem aku. Semalam pon sampai mimpi koding2 ni..haha kalau ada benda yg aku buat lama2 ari tu aku akan mimpi benda tu. Tapi apa2 pon esok last bengkel, x sabaq nak sambung 'rutin harian' aku..hahaha.

Wednesday, 21 May 2014

          Ryan Giggs, pemain tengah Manchester United yg sudah berumur 40 tahun telah mengumumkan persaraannya dalam bola sepak sebagai pemain professional sebab dia dah dilantik menjadi penolong pengurus pasukan selepas Lousi Van Gaal dilantik menjadi pengurus baru manchester United. Bukan senang nak tgk pemain2 bola bersara masa umur dah 40 tahun, tambah2 lagi dia ni midfielder, kalau keeper kebanyakkan ada yg dah lebih 40 boleh main lagi sebab depa ni x banyak berlari so stamina tu berapa penting bagi keeper, cuma handling ngan reflex bola ja yg penting. 


          Sebelum ni Giggs dah jadi pengurus pemain, kalau x silap dia org first yg jadi pengurus pemain di mana dia masih main tapi pada masa yg sama dia manage team dia. Time dia jadi pengurus sementara dia dapat manage 4 games ja, 2 menang 1 seri dan 1 kalah. First game dia manage tema dia menang 4-0 ke atas Norwich and then depa kalah 0-1 ngan Sunderland, team yg melakukan peningkatan yg mendadak di mana depa curi satu mata kat tempat Man City dan menang 2-1 kat stadium Chelsea. Lepas kalah depa menang 3-1 ke atas Hull City (team yg dikalahkan oleh Arsenal dalam final F.A. Cup). Last game depa seri 1-1 ngan Southampton (team yg berada di bawah Man Utd dalam liga).
Giggs ketika jadi pengurus sementara.

Games managed= 4
Won= 2 (Man Utd 4-0 Norwich, Man Utd 3-1 Hull City)
Draw= 1 (Southampton 1-1 Man Utd)
Lost= 1 (Man Utd 0-1 Sunderland)

          Di sebalik kehebatannya atas padang, ramai yg masih x puas ati ngan dia sebab dia pernah ada skandal dgn bini adik dia dan kemudiannya dijadikan troll. Kita x boleh la nak kata dia ni bukan legend disebabkan kat luaq padang attitude dia teruk, yg tu bukan alasan nak kata dia ni x layak digelar legend sebab mana2 pemain bola sepak pon ada attitude yg x baik kat luaq padang dan benda tu normal sebab depa pon manusia jgak kan? Walaupon aku support Liverpool tapi aku tetap sanjung pemain2 kelab rival Liverpool, selain Giggs aku minat Beckham, Cantona, depa ni pemain2 hebat dan x salah kalau kita nak puji pon walaupon kita support kelab yg berbeza.


Giggs from a player to assistant, what a player!


Amazing achievements.

          X sabaq nak tunggu season depan, nak tgk prestasi Man Utd camna, dgn manager baru lagi & Giggs lak jadi assistant. masih sama mcm season ni x pon ada chance nak menang title. Liverpool lak hopefully sama la macam season ni kalau Man Utd naik pon, x boleh challenge liga pon x pa asalkan dapat main Champions League. Manager baru Man Utd ada banyak benda kena buat, kembalikan prestasi terbaik Utd dan jugak Old Trafford sebagai stadium yg digeruni pihak lawan di mana depa dah kalah 7 kali kat Old Trafford, nak kata team lain dah x takut main kat Old Trafford. Apa2 pon x dapatkah Giggs bekerjasama ngan manager baru, Louis Van Gaal season depan?


Man Utd finished 7th in the league table this season, can they do better than this for the next season?


Tuesday, 20 May 2014

          'Catalyst' merupakan album ke-4 bagi punk band America, New Found Glory yg telah dikeluarkan pada bulan ni 10 tahun yg lepas. Wow, I feel so old now..haha padahai baru tahun ni aku tau band ni, lol. Walaupon ramai yg x berapa kenai sangat dgn New Found Glory berbanding dgn band2 punk yg lain seperti Green Day, Simple Plan, Sum 41, Blink-182..album ni dapat top ranking dalam carta Billboard US 200. Menurut peminat2 fanatik band ni dalam Facebook, ramai yg anggap album ni adalah album yg terbaik bagi band ni, tapi bagi aku album terbaik band ni adalah album ke-2 depa, New Found Glory tahun 2000, sebab tempo music dalam album tu memang punk gila. Band ni jugak mendapat gelaran 'Godfathers of Pop Punk' menurut sumber Wikipedia. Camna aku baru tau nama band ni sedangkan banyak lagu2 yg best kalau nak compare ngan Green Day. Setakat ni aku x pernah pon lagu depa dalam radio, mungkin kat Malaysia depa ni x famous kot. 

Album name: Catalyst
Album artist: New Found Glory
Date released: 18 May 2004
Genre: Pop Punk
Length: 43:47
                                        Top tracks                                         
No
Name
Length
2
All Downhill From Here
3:12
3
This Disaster
3:08
4
Truth Of My Youth
3:04
5
I Don’t Wanna Know
3:30
8
Failure’s Not Flattering
3:51
13
Who Am I
3:18

                                 Album performance
Chart
Peak Position
U.S. Billboard 200
3
UK Album Chart
27














   

Monday, 19 May 2014

          Hari ni dah masuk minggu ke-2 kami kat bengkel final projek (4 days to go!). Difahamkan ramai jugak yg x mai hari ni (aku x sure sapa lagi x mai yg aku tau Hawa sorang ja x mai). Entah sebab pa Hawa ni x mai, x kan sbb demam kot tadi send request Candy Request kat Facebook elok ja..haha. Okay pagi tadi lecturer lain lak ajaq kami pasai apa yg kita dah buat untuk PAD. Syok jgak dengaq dia dok cita pasai zaman dia jadi student dulu sbb yela..dulu ngan sekarang mana sama, mesti suasana pembelajaran tu lain kalau nak dibandingkan dgn sekarang. Sambil2 dok dengaq dia cakap aku editsikit aku punya coding sbb cik nak bai markah pulak dah (markah apa pon aku x tau). 

          Hari ni memang penat sbb malam ni cik kata nak buat kelas lak. Tapi yg bestnya ptg ni x dak klas. Tapi tetap penat jgak la sebab sejam tunggu nak bukak pintu tgk2 cik kata x dak kunci, kena tunggu lecturer lain mai bukak. Memang time tu aku mencarut gila2, tension kot kalau aku tau baik aku tidoq ja kat umah, x pasai2 kena troll ngan lecturer, damn! kalau student mai lambat kalu mintak duit denda tapi bila lecturer mai lambat buat slamba ja, x aci gila!!! Asma pon x mai ptg tadi, macam dah tau2 yg kelas x dak.  

          Esok arap2 x la sama penat ngan hari ni,maksud aku penat menunggu lecturer..haha (perli. Emm...(sigh) lagi 4 hari ja nak spend masa aku kat poli, lepas tu...back to holiday! Hell yeah..err..holiday? Eat+sleep+games+online=holiday, thats what I call, holiday..haha. Jgn kata aku x dak life lak hgpa pon camtu jgak an? 

       

Sunday, 18 May 2014

          Orait..post kali ni nak cita pasai bola. Semalam aku tgk FA Cup final, Arsenal lwn Hull City. X sampai 10 minit Arsenal kena 0-2 dah, time tu aku x rasa lagi Arsenal akan kalah sebab 90 minit game macam2 boleh jadi. Minit ke-17 Santi Cazorla buh gol free kick, memang padu gila. Kemudian minit ke-71 Koschielny (defender) equalized time corner kick, dia score lepas tu dia injured sbb keeper tertumbuk kaki dia. Dah masuk extra time aku x tgk, petang tadi tgk kat Facebook ja. Haha 9 years trophy drought just ended yesterday and Liverpool's league title joke continue (like I give a fuck). 

No more Arsenal's trophy drought jokes!

          Dalam hari yg sama ada lagi cup final, kali ni piala German yg membabitkan perlawanan antara Bayern Munich & Borrussia Dortmund. Aku x tgk game tu, just tgk highlights ja. Bayern menang 2-0 hasil jaringan Robben & Muller, kedua2 gol terhasil dalam extra time. Tapi sebelum game masuk extra time Dortmund dah sumbat 1 gol tapi referee x sahkan sebab ada defender tendang kluaq time bola tu masuk gol. Cuba hgpa tgk highlights kat YouTube memang konfem gol, aish nampaknya Jerman pon kena apply goal line technology la lepas ni.


Gol kontroversi yg x disahkan oleh pengadil. Gol ka x gol?

         
          Meanwhile kat Sepanyol lak pada hari yg sama jugak berlangsungnya perlawanan penentuan juara liga Sepanyol iaitu La Liga. Perlawanan antara Atletico Madrid menentang Barcelona yg berlangsung di stadium FC Barcelona, Camp Nou. Sebelum tu Atletico berada di kedudukan first dalam liga dgn 89 mata manakala FC Barcelona lak 86 mata tapi kalau Barcelona menang game tu, depa akan menang La Liga walaupon sama mata tapi perbezaan jaringan gol. First half Atletico hilang 2 tonggak utama depa selepas Costa (striker) dan Arda Turan (winger) terpaksa kluaq sebab injured. Ini menyukarkan lagi Atletico untuk menjaringkan gol. Barcelona mengambil peluang tersebut dgn meledak gol pertama perlawanan dan juga merupakan gol ke-100 dalam liga pada minit ke-34 hasil jaringan Alexis Sanchez. Namun begitu pada minit ke-49 Godin menyamakan kedudukan dengan menanduk bola masuk ke gawang Barcelona hasil sepakan sudut. Perlawanan berkesudahan 1-1 and Atletico akhirnya menang La Liga dalam tempoh 18 tahun, kali terakhir menang tahun 1996.



          Well tahun ni bola memang best sebab banyak rekod tercipta. Arsenal menang first cup dalam 9 tahun, Atletico memecahkan dominasi Barca dan Real Madrid dalam liga tapi kan best kalau Liverpool pon menang liga jugak, dah 24 tahun x menang kalau x season ni memang akan bertambah superb! Tapi apa2 pon x sabaq nak tunggu World Cup lak..haha time World Cup start dah posa dah arap2 boleh tahan la aku.

Saturday, 17 May 2014




          Well, sapa yg x suka main kucing? Semua orang suka main kucing sebab kucing ni haiwan yg paling kiut sekali kat duni ni. Honestly aku lebih suka main ngan kucing daripada baby (haha camna la bila aku dah kawen nanti). Apa yg kita expect dgn adanya kucing kita arap2 dia boleh tolong halau tikus dlm rumah dan haiwan2 perosak tapi kita x expect yg kucing ni boleh selamatkan nyawa kita. Yang kita tau anjing je la yg mampu nak selamatkan org sebab anjing ni dia ada sifat penyayang dgn tuan dia. Tapi sebaik saja hgpa tgk video kat bawah ni hgpa akan tau yg sebenaqnya kucing pon boleh buat apa yg anjing boleh buat. Kita dok ingat la time kecik2 dulu kan yg tikus takut ngan kucing, kucing takut ngan anjing macam cita Tom & Jerry tapi sebenaqnya in real world anjing yg lebih takut ngan kucing..haha bukan setakat video ni ja, kalau tgk video2 lain kat YouTube pon mostly anjing yg takut ngan kucing.


          Okay video yg aku upload ni mengisahkan seorang budak yg sedang bermain kat luaq rumahnya kena gigit dgn anjing liaq yg ntah dari mana mai. Tapi x lama anjing tu gigit kaki budak tu sebab lepas tu kucing budak tu mai tolong halau anjing tu, aku pon x nampak sgt yg kucing tu buat pa kat anjing tu menurut sumber Facebook kucing tu gigit leher anjing tu and then anjing tu pon lari. Luka kesan kena gigit tu memang mendalam juga sampai kena jahit. Kalau tgk video pon kita dah boleh tau yg kucing ni memang tau yg tuan dia berada dalam bahaya so kucing ni pon secara spontannya p tolong tuan dia. Apa2 pon tgk la video kat bawah ni and then kalau nak share pandangan hgpa tentang video ni just leave a comment below.

Friday, 16 May 2014

          Masuk hari ni dah 5 hari kami kat bengkel final projek dan juga merupakan hari terakhir kami belajaq coding dengan penceramah jemputan, Encik Adzry Hafiz yg mai dari KL. Aku x sure dia keja pa sekarang tapi yg aku tau dia ni memang expert bab coding PHP, MySQL, Java. Dia mai ari rabu sampai hari ni. Mula2 aku tgk dia igtkan student sebab dia nampak muda hensem lak tu (Im not gay just praising) hahaha. Walaupon 3 hari ja kami dah belajaq kami dapat buat satu sistem yg simpan banyak data. Dia ajaq kami camna nak simpan menu makanan , add staff, create akaun baru dan juga pasai database. Mula2 buat coding memang payah pastu kami pon macam nak give up ja sbb dah muak ngan error tapi makin lama makin dah dapat ilangkan error tu rasa cam best lak sebab mungkin dah timbul rasa ingin tau dgn lebih mendalam lagi kot. 

          Sebelum encik tu datang aku expect mesti boring bila dia ajaq tapi aku silap, kalau dia jadi lecturer aku rasa dia la lecturer paling best sekali hahaha serious aku x tipu, rugi woo sapa yg x join..haha. Encik Hafiz tu kata programmer ni macam magician, ye la kalau tgk kat screen putih kosong ja tapi dengan kepandaian kita menaip coding2 kita dapat buat sistem yg memang org lain x akan expect benda tu terjadi. Tapi sebenaqnya aku x paham sangat pon dia ajaq cuma part yg aku suka pasai dia bila coding aku ada error dia akan tolong aku, bukan aku saja dia tolong, org lain yg panggil dia pon dia akan tolong sampai dapat. Pagi tadi sistem aku ada error tang mana ntah dia mai tolong aku. Coding aku mesti ada error, dah 2 hari berturut2 bila dah abih bengkel mesti aku punya sistem ada error tapi hari ni alhamdullilah x dak la..haha. Lama jugak dia ubah2 coding aku sampai dia ambik kerusi dia mai duduk dkt aku. Kalau lecturer lain la jgn arap la nak buat camtu, mostly lecturer mesti suruh kita tanya kawan yg dapat.  Tapi Encik Hafiz ni x, dia tolong sampai dapat walaupon lama mana pon janji kita paham tang mana silap kita. Ye la kita ni bukannya pandai sangat kan bab coding2 ni, mesti la kena tanya lecturer tapi ada jugak lecturer kat poli kita ni yg pandang ringan bila student ada masalah.

         Lebih kurang nak dekat pukul 5 kami buat sikit majlis perpisahan Encik Hafiz. Zeyrol kena jadi pengerusi, paham2 la kan bila bagi dia ni cakap ada saja dia nak merapu. Dia ni kalau cakap orang x gelak memang x sah..haha. Tapi dalam dok merapu pon dia puji jugak Encik Hafiz (amboi pandai dia ambik ati encik). Cik pon sampai nak tergelak tgk dia ni cakap sbb cik dah pesan awai2 kat dia jangan buat lawak bodo tapi dia buat jugak..haha. Selain cik ngan Encik Hafiz yg duduk kat depan bila Zeyrol cakap ada jugak lecturer 2 orang yg aku x kenai ngan Puan Anirah, puan pon cakap2 sikit pasai bengkel ni.

          Sedih jugak bila encik dah x dak minggu depan. Aku memang nak lecturer yg macam Encik, rajin tolong student bila ada problem. Dia dah ubah persepsi aku terhadap coding2 yg sememangnya dari dulu memberi stress yg x terhingga tapi bila dia ajaq kami, aku rasa dah mula 'jatuh cinta' ngan coding..haha sikit la2. Coding ni sebenaqnya best...kalau kita tau nak buat la..haha.Tapi apa2 pon bila encik dah x dak arap2 minggu depan x boring la belajaq..haha.

Thursday, 15 May 2014

          Fuhh, hari ni aku selsema satu ari..memang x selsesa gila, rasa macam nak demam. Time kelas ntah berapa kali aku bersin..haha. Oh ya sebut pasai demam adik aku yg study kat KL tu pon demam jgak, ayah aku kata dia demam teruk sok ayah aku kena p sana ambik dia balik sebab dia dah cuti dah pon. Not sure kalau sekarang ni musim demam, panas sgt ka cuaca kat Malaysia sekarang? Yg aku tau tiap2 hari hujan x kan panas kot? Ni kes x minum ayaq banyak la ni (selalu minum ayaq ais ja..haha). Jadi esok aku kena antaq adik aku yg kecik tu p sekolah (oh damn, kena bangun awai lak!). Lepas semayang jumaat kena ambik adik aku yg sorang lagi kat asrama lak (banyak keja aku esok) tapi kena konfem lain ngan ayah aku sebab petang ada klas. 

          Harap2 esok lauk ayam la (tiba2) sebab hari ni aku ngan budak sorang tu yg x mau makan ikan terpaksa makan kat luaq (aku memang nak makan kat luaq pon, lagi sedap). Kami makan kat Baiduri petang tadi, lauk pon dah banyak nak abih tapi janji ada jugak ayam..haha. Ntah2 cik marah kat aku pa makan kat luaq sebab pagi tadi pon aku x makan breakfast, untuk aku menu special kot org lain makan benda lain aku makan kuih, tu pon aku x mau makan sebab aku kalau kuih pon kena tgk jenih apa..haha. Tapi aku makan jugak la sebab nak jaga ati cik la kan..huhu sedih.

           Semua org dok check result aku sorang ja x check lagi (tenet lembab pagi tadi kat poli). Aku bukan kesah sgt ngan result janji x carry. Aku pelik la ngan org yg suka dok update status pasai result depa, macam nak show off ja. Seriously aku raas annoying gila baca status depa, bukan nak kata bangang tapi toksah la dok gatai p update kat Facebook ka Twitter ka, bukan org kesah sgt pon. Dah dpt result tu baik bgtau kat parents ja senang. Org2 camni kita boleh kata yg depa ni x mau rasa diri depa tu bodo so depa update la pasai result depa yg 'cemerlang' tu. Aku bukannya dengki tapi aku rasa update2 status pasai result exam x perlu, lain la kalau hgpa dah graduate, dapat degree ka yg tu memamng patut rasa bangga. 

          Apa2 pon aku arap esok aku boleh bangun awai antaq adik aku p sekolah, dan yg penting aku dah x selsema lagi. Arap2 esok x tension la sebab banyak keja aku kena buat, takut nanti sampai demam lak. Dah la ari Isnin mama aku demam pastu sekarang adik aku lak demam aku pon jadi takut yg 'Encik Demam' tu akan kata kat aku "Tomorrow is your turn, be prepare!" Hahaha lawak ja x mintak jadi aku, hopefully x demam la esok.

Wednesday, 14 May 2014

          Zlatan Ibrahimovic, pemain bola sepak yg berbangsa Sweden cuba cakap dalam bahasa Perancis ketika dia memberi ucapan selepas memenangi Ligue 1 (Liga bola sepak Perancis) Player of the year. Zlatan yg bermain untuk Paris Saint Germain yg memenangi Ligue 1 2 kali berturut-turut telah mendapat anugerah pemain terbaik tahunan liga Perancis. Dia telah meledak 25 gol dalam Ligue 1. Zlatan ni boleh cakap dalam 5 bahasa tapi Perancis bukan salah satunya. Apa yg lawaknya? Well kalau hgpa tgk video di bawah ada 3 orang yg sedang gelak bila dia tgh bercakap. Salah sorang yg dok gelak tu ialah manager dia sendiri, Laurent Blanc yg berbangsa Perancis dan 2 orang yg dok gelak skali tu ialah Sirigu (goalkeeper) & Veratti (midfielder) kedua-duanya berbangsa Itali.Depa 3 org dok gelak ja kat Zlatan yg nak try cakap Perancis..hahaha.



Tuesday, 13 May 2014

          Hari ni dah hari ke-2 aku masuk bengkel final projek. Hari first okay la x dak la penat sangat, lagipon keinginan nak belajaq guna software baru tu membuak-buak so dah x dak la rasa boring tu. First day kami belajaq guna Adobe Illustrator, lebih kurang sama dgn Photoshop tapi Illustrator senang lagi nak guna. Adobe Illustrator ni dia lebih kepada nak buat logo so lebih senang nak buat logo apa2 kalau guna Illustrator. Bengkel ni boleh tahan la so far, makan pon free (tapi bukan suka pon makanan dia memandangkan aku terlalu memilih).

          Bengkel ni pon sama macam kelas. Ada ketua kelas, bendahari, ajk makanan pon ada..haha. Ajk makanan Hawa yg jadi (x tau la keja dia kena buat pa..perabih makanan kot..haha.). Ketua kelas lak Zahirol yg jadi atas persetujuan orang ramai memandangkan dia selalu 'aktif' dalam kelas, menjadi 'observer', jalan2 p tempat org tgk org buat keja..haha. Bendahari? Bengkel ni kena bayaq duit ka? Haha bukan kena bayaq tapi ada peraturan, sapa yg gagal masuk kelas on time dia kena denda RM1. Yg ni Cik Azilah yg tetapkan, nak buat camna la kan, mama kita ni kan selalu tegas bab2 masa ni..haha. 
Budak sebelah aku ni dok stress sebab buat design x jadi..haha.

          Walaupon baru hari ke-2 aku dah mula rasa boring dah. Cik suruh kami buat design untuk final projek guna Illustrator. Aku pon dah x dak idea nak buat apa memandangkan aku sorang ja dalam group aku yg masuk bengkel so aku kena cari idea sendiri la. Orang yg dok sebelah aku ni pon selalu stress bukan sebab x dapat buat design, sebab aku selalu kacau dia..haha. Esok penceramah laki lak ajaq, x tau lg best ke x dia ajaq. Esok jgak belajaq CodeIgniter (benda pa aku x tau). Arap2 esok x boring la aku belajaq benda tu..haha.

         

    


Monday, 12 May 2014

          Semalam frust jugak la bukan sebab Man City dah menang liga, tapi Liverpool lak ketinggalan 0-1 dgn Newcastle, gol pon own goal. Leceh betui defender Liverpool main, senang ja kena gol walaupon possession banyak. Time tu lak Man City leading 1-0 so dah pressure kat situ tapi aku dah x kisah dah dgn liga tapi at least menang la jgak last game kan nanti daripada dok no 2 liga jadi no3 lak sebab Chelsea pon menang jgak semalam walaupon ketinggalan 0-1 tapi last menang 2-1 dgn Cardiff City yg sudah pon tersingkir ke Liga Championship (liga kedua England). Liverpool pon dapat jgak sumbat 2bijik gol dalam masa 2 minit hasil 2 sepakan percuma daripada kapten Steven Gerrard. Lepas tu 2 pemain Newcastle kena kad merah so ada la sikit advantage tu.

Daniel Agger yg bermain posisi pertahanan menyumbat gol untuk menyamakan kedudukan dan juga merupakan gol yg ke-100 buat Liverpool season ni.

Pemain2 Man City meraikan kejayaan depa menang liga. City kumpul 86 mata manakala Liverpool 84. City merupakan team yg banyak goal dgn 10
          Walaupon Liverpool gagal menang liga tapi sepanjang 6 tahun aku support Liverpool season ni merupakan season yg paling superb yg pernah tgk. Kalau nak dibandingkan skuad Liverpool ngan Man City ngan Chelsea jauh beza, Liverpool cuma mempunyai striker yg paling best tapi midfielder ngan defender x berapa nak berkualiti sgt. Arap2 owner Liverpool ada la duit sikit kan nak bagi Brendan Rodgers beli pemain world class.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers melakukan satu peningkatan yg mendadak season ni di mana season lepas Liverpool hanya dapat tempat ke-7 liga.
Liverpool perlukan pemain2 baru yg bertaraf dunia especially defenders kalau nak cabar liga season depan.
          Tapi aku tetap yakin yg Liverpool dapat bermain dgn lebih baik season depan berbanding dgn season ni. Depa semua perlukan mentaliti yg kuat untuk menang so daripada situ la depa akan menjadi lebih konsisten dalam setiap match yg depa akan main nanti. Muka2 baru kena bawak masuk untuk menguatkan lagi skuad Liverpool yg goyah untuk barisan pertahanan. Can't wait for the next season, hope Brendan Rodgers will bring more success to Liverpool.

Sunday, 11 May 2014

          Hari ni last games Liga Perdana Inggeris, semua games berlangsung hari ni pukul 10 malam. Liverpool & Man City menjadi pertaruhan siapakah yg akan merangkul trofi liga. Man City dah pernah menang sekali liga tahun 2012 di mana City mengumpul sama mata dgn second place, Man Utd tetapi perbezaan jaringan menjadi kelebihan buat Man City untuk menang liga. Liverpool lak dah 24 tahun x menang liga, kali terakhir tahun 1990 tapi time tu x panggil Barclays Premier League, depa panggil League One time tu so boleh kata Liverpool x pernah menang BPL lagi walaupon dah 18 kali menang liga. So season ni pon lebih kurang sama tapi City mendahului 2 mata di hadapan Liverpool dan perlawan terakhir hai ni menjadi penentu. Sebagai fan Liverpool aku memang arapkan yg Liverpool akan menang tapi aku tetap puas ati dgn performance Liverpool season berbanding dgn season lepas. 11 straight win, are you kidding me? Memang susah nak kekalkan rekod tu tapi kesilapan yg dilakukan oleh defenders yg cost keciciran mata.
Kedudukan setakat ni, City dah leading 2 mata tapi anything could happen tonight. Andai kata Liverpool menang & City kalah, Liverpool ada chance nak menang liga.

          Sekarang cuma bergantung kepada West Ham United, kelab yg akan menentang Man City hari ni di Stadium Etihad, stadium Manchester City. Bukan senang nak menang lwn tempat Man City, hanya Chelsea ja yg telah kalahkan City kat stadium depa. Tapi apa2 pon boleh berlaku dalam dunia bola sepak, City mungkin tewas. Manager West Ham, Sam Allardyce pon arapkan team dia dapat kalahkan City walaupon depa dah selamat dari zon penyingkiran sebab dia nak tengok Steven Gerrard (kapten Liverpool) yg telah bermain untuk Liverpool dari tahun 1998 lagi merangkul trofi BPL (sepanjang karier dia x pernah menang liga). So memang sedih la kalau Gerrard x dapat menang liga sebab umur dia dah 33 tahun, kebanyakkan pemain2 bola sepak akan bersara bila dah lebih 33 tahun ke atas.

Dari kiri Andy Carroll dan Stewart Downing merupakan bekas pemain Liverpool dan kini bermain untuk West Ham United. Sudah mesti 2 pemain ni menjadi sandaran buat Liverpool untuk sama2 tewaskan Man City

Stewart Downing & Andy Carroll ketika bermain di Liverpool pada musim lalu.

Steven Gerrard dijadikan bahan jenaka internet (meme). Gambaq kat atas time Liverpool tewaskan Man City 3-2, dan gambaq kat bawah Gerrard sendiri tergelincir dan mengakibatkan Liverpool ketinggalan 0-1 dgn Chelsea half time dan fulltime 0-2.

         
Steven Gerrard cuba menenangkan Luis Suarez (BPL current top goalscorer) yg menangis ketika mereke seri 3-3 dengan Crystal Palace di mana Liverpool mendahului 3-0 tapi kena balik 3-3 dalam 10 minit terakhir. Rugi betui, kalau x ada chance nak menang liga.
          Walauapapon Liverpool kena menang lawan Newcastle. Last game kot2 kalau Man City kalah depa ada chance nak menang liga. Memang sedih kalau x dapat tgk Gerrard angkat trofi BPL tapi nak buat camna, defender main teruk, tiao2 game kena bolos. Manager Liverpool, Brendan Rodgers kena beli defender world class punya kalau nak cabar kejuaraan liga musim depan. Kalau nak dibandingkan skuad Man City ngan Liverpool jauh beza, Man City dari goalkeeper sampai striker semua berkualiti sebab tu depa senang menang dan jarang buat silap. Tapi apa2 pon hopefully Liverpool menang liga (kena semayang hajat ni, sekurang2nya ada jugak usaha aku nak tengok Liverpool menang liga).

Saturday, 10 May 2014

          Okay post kali ni aku nak cita tentang movie yang aku dah tengok iaitu 'Brick Mansions.' Aku ngan best friend aku tengok ari rabu lepas kat Sunway. Bilik wayang dia agak kecik tapi memuaskan, x dak la depan sangat ngan screen.
Poster movie Brick Mansions yg dibintangi oleh pelakon terkenal, Paul Walker. Movie ni merupakan movie yg terakhir buat Paul Walker sebelum dia meninggalkan dunia ni.

          Brick Mansions adalah nama tempat yang di mana banyak kes jenayah berlaku kat sana. Jadi datuk bandar mengambil keputusan untuk membina sebuah tembok besar mengelilingi bandar tersebut dan dikawal oleh askar. Tapi masih ada jugak orang dok kat situ, penduduk kat situ kebanyakkannya gengster2. Adegan pertama dalam sebuah rumah flat ada seorang lelaki tough yg bernama Lino sedang membuang dadah ke dalam tub mandi, kerana dia dapat tau yg ada orang tgh cari dia dan dadah tersebut. Kawan dia ada 2 org sedang melengah2kan orang yg nak cari tu tapi x berjaya sebab org tu bawak geng dia skali.Pastu adegan kejaq2 ni yg best ni. Org yg cari Lino ngan geng2 dia cuba memecah masuk bilik di mana Lino berada tapi sebaik sahaja org tu tendang pintu tu Lino dengan lincahnya lari melepasi depa.

          
Lino Dupree yang dilakonkan oleh David Belle seorang yg lincah dan tangkas, juga mahir dalam berlawan. Lino menghabiskan masa hidupnya dan membesar di Brick Mansions.

          Lepas Lino dapat melarikan diri daripada geng2 yg memburu dia, geng tersebut pergi berjumpa dengan ketua depa yg bernama Tremaine Alexander. Dia ugut nak bunuh ketua kepada geng2 tersebut tapi dia cepat2 bagitau yg depa akan cari pompuan yg ada hubungan dengan Lino. So Tremaine pon melepaskan dia dan depa pon p culik pompuan tersebut yg bernama Lola.

Tremaine Alexander merupakan ketua segala geng2 di Brick Mansions. Dia selalu habiskan masa dia di dapur, masak makanan resipi mak dia.


          Scene yg seterusnya seorang lelaki yg bernama Damien Collier ialah seorang polis yg dilakonkan oleh Paul Walker, seorang polis yg berada dalam biliknya memangkah gambar seseorang yg dijadikan target untuk Damien untuk membunuhnya. Pada suatu malam dia dan bosnya yg dikenali sebagai George the Greek pergi ke pusat dobi yg merupakan tempat rahsia bagi makmal dadah. Aik, x kan polis pon berkomplot dengan pembekal dadah? Jangan konpius sebenaqnya Damien sedang menyamar, x dak sapa tau lagi yg dia polis. George perasan ada van kat luaq dan menanya semua orang siapakah yg cuba menyamar. Dia syak sesuatu dan dia trus tembak seorang laki kat situ and then Damien cepat2 peluk George dan acukan pistol kat pala dia. Tapi dengan bantuan geng2 George dia dapat menyelamatkan diri dengan menaiki keta dia. Time ni Damien dok fight dgn kuncu2 George and then dia sempat lompat ke bonet keta George. Damien pon dok bergelut nak masuk dalam keta George tapi last2 dia dapat jgak masuk melalui bonet yg berjaya dibukaknya. Dia pon tendang kluaq driver George and then dia drive sambil kena pukul ngan George. Tgh depa dok fight tiba2 Damien hilang kawalan dan merempuh balai polis & yg paling lawak George dah terpelanting masuk dalam balai polis. Polis pon blur2 dan nak tahan Damien tapi dia kata dia adalah polis sambil menunjukkan dia punya badge dan bgtau depa yg George adalah org wanted.

Lola dan Lino merupakan kekasih tapi Lola cakap yg dia dah break ngan Lino semasa dia diculik.
          Sebaik saja Lola diculik, Lino muncul dari atas bumbung dan terjun ke arah Tremaine yg sedang berbual2 dgn Lola dan berjaya tangkap Tremaine dan culik dia dan bawak dia kluaq dari Brick Mansions. Time ni ada adegan race, Lola bawak keta Tremoine and then depa suruh polis yg bertugas tahan Tremaine tapi malangnya Lino pula yg kena masuk penjara sebab polis tu ada deal dgn Tremoine. Lino pon x puas ati and then dia bunuh polis tu dengan stailnya walaupon dia dok dlm penjara.

Damien berjumpa dgn Lino di van polis dengan menyamar sebagai banduan. Depa pon p balik ke Brick Mansions.

         
Lino bawak Damien berjumpa dengan Tremaine yg jugak telah bunuh ayah Damien suatu masa dahulu ketika cuba menangkapnya. Damien memang nak cari Tremaine pon sbb tu dia ke Brick Mansions.



          Damien kata kat Tremaine yg dia datang nak ambik balik bom yg dicuri oleh Tremaine milik kerajaan US. Tapi Tremaine nak pertukaran dengan sekitar 30 juta dan dia suruh Damien letak duit dalam akaun dia. Damien pon call datuk bandar tapi dia refuse sbb x mampu tapi Damien berpura2 yg depa setuju. And then Damien dan Lino ditahan sementara di sebuah bilik yg dikawal oleh seorang lelaki yg diugut kalau Lino dan Damien mati dia pon akan mati jgak so laki tu lak yg kena pressure..haha.

Scene di mana Lino & Damien kena tahan. Yg paling lawak bila Lino berpura2 jatuh sakit and then lelaki yg jaga tu pon mengelabah semacam (sebab kena ugut tadi) dan dia pon lepaskan depa kluaq.
          Lepas depa dapat larikan diri ada la scene2 lawan. Tremaine and the geng pon buru depa. Time tu memang Lino & Damien kena kepung dalam satu bangunan tapi Lino berjaya lompat dari bangunan tu ke bangunan sebelah. Damien pon terkejut dengan aksi gila Lino dia pon terpaksa ikut jgak lompat dan hampir2 jatuh. Lepas tu depa dorang lawan ngan bodyguard Tremaine yg berada dalam bangunan tersebut.
         
Damien yg cuba melompat dari atas bangunan ke bangunan yg lain. Dia almost jatuh tapi Lino dapat tangkap tangan dia.

         Tremaine pelik sebab pa akaun dia x masuk duit lagi seperti yg dijanjikan oleh Damien malah duit dalam akaun dia jgak kena tolak. Dia pon rasa dia kena tipu so dia tekad nak tekan bom tapi Damien yg menggunakan sniper berjaya menembak kotak bom tu sebaik sahaja Tremaine nak launch roket tu. Dia pon p kat kotak bom yg dikawal oleh kawan pompuan dia yg bernama Rayza. Lola juga diikat dengan roket yg menghala ke sebuah bandar. Lepas Tremaine repair kotak tu dia x jadi nak tekan butang launch roket, Rayza pon pelik sambil mengacukan pistol ke arah Tremoine dan tembak ke tangan Tremaine. Damien muncul dan lawan dgn Rayza dan pompuan tu pon jatuh dari bangunan. Damien menyerahkan fon dia kat Lino suruh masukkan no yg diberi oleh datuk bandar untuk mematikan bom tersebut tapi dia ragu2 sebab no tu ialah no poskod Brick Mansions. Tremaine yg ada kat situ yg diacukan pistol oleh Damien pon setuju yg tu adalah perangkap.
Damien dan Lino bergaduh sebab Lino x mau masukkan no yg diberi oleh datuk bandar untuk mematikan bom. Tapi akhirnya bom tu x meletup dan Damien sedaq yg dia kena tipu ngan datuk bandar.
          Part last sekali Damien, Lino, dan Tremaine and the geng merusuh dalam bangunan datuk bandar dan depa lawan polis2 kat sana. Yg lawaknya Lino ngan Damien naik lif padahai yg lain semua naik tangga nak p bilik datuk bandar. Sebaik saja depa sampai ke bilik datuk bandar Tremoine menyerahkan peti bom kepada datuk bandar. Dia pon pelik la adn then Damine pon dok perli datuk bandar dan suruh datuk bandar tekan nombor yg dia send kat Damien. Datuk bandar pon mengaku yg dia memang nak letupkan Brick Mansions tapi pengakuannya dirakam oleh pihak media so kira semua orang dok tgk apa yg datuk bandar dok cakap. Pastu datuk bandar pon kena tahan ngan polis and finally Brick Mansions kembali normal macam bandar2 lain, tembok2 pon diruntuhkan. Lola dan Lino pon bersatu kembali dan mempunyai anak. Damien bawak keta dia ronda2 area Brick Mansions dan jumpa Lino & Lola. 
Tremaine dan Damien berjumpa dengan datuk bandar mempersoalkan kenapa Brick Mansions harus dihapuskan.

         Lepas abih ja scene tu ada gambar Paul Walker yg movie ni tribute khas untuk dia. Aku pon rasa sayu ja tgk gambaq tu, rasa mcm x pecaya yg dia dah x dak dah. Bagi aku dia merupakan salah satu actor terbaik hollywood dan x dak sapa dapat ganti tempat dia. He's gone but never forgotten.