L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: 2018

Thursday, 31 May 2018


ABOUT


"We Don't Do That Here" adalah ayat yang diucapkan oleh watak Black Panther (dimainkan oleh Chadwick Boseman) dalam filem Superhero Marvel, Avengers: Infintiy War. Dalam media sosial seperti 9gag, screenshot scene masa Black Panther yang mengatakan ayat tersebut itu telah digunakan sebagai meme. Asal Pada 27 April, 2018, filem Avengers: Infinity  War ditayangkan di teater di Amerika Syarikat. Dalam filem ini, watak Bruce Banner dan James Rhodes (dimainkan oleh Mark Ruffalo dan Don Cheadle) tiba di rumah Black Panther di Wakanda. Apabila Banner mahu tunduk kepada Panther, yang merupakan raja Wakanda, dia menjawab, "Kami tidak melakukan itu di sini"


ORIGIN


Pada hari Avengers ditayangkan, pengguna Tumblr, jlaws (username dia) post scene masa Black Panther nak cakap ayat femes tu dalam bentuk format gif . Post tu dapat lebih daripada 4,200 nota dalam masa enam minggu.



Kira-kira dua minggu kemudian, pengguna Tumblr dengan username 'she-writes-love post screenshot gambaq Black Panther dengan ayat "When Writers have entire notebooks filled and detailed outlines and know what the fuck they’re doing. And then they ask what your preferred method is and you respond:" kat atas, kat bawah lak ayat yang Black Panther kata "We Don't Do That Here". Pos (yang ditunjukkan di bawah) menerima lebih daripada 4,100 nota.






SPREAD



Bulan berikutnya,  pengguna Twitter dengan username @lutparadies post meme versi reaksi dengan ayat "Apabila anda dari Alabama dan mahu berkahwin di luar keluarga terdekat anda. Post tu telah dikongsi keesokan harinya di subreddit / r / dankmemes oleh Redditor MyDixyRekt2. Redditors di / r / dankmemes menerima lebih daripada 5,500 mata (96% upvoted) dan 30 komen dalam masa 24 jam. The next day, Redditors di /r/dankmemes terus berkongsi variasi meme tersebut.



Wednesday, 30 May 2018

Agak sedih jugak bagi aku sebab raya kali ni aku tak dapat bonus disebabkan rekod kehadiran aku yang sungguh mengecewakan. 3.5 hari ja aku tak p keja tanpa isi form leave yang buatkan aku tak layak dapat bonus. Manager aku pon macam kecewa ngan aku tak dapat bonus. Ada satu hari tu aku ambik MC tapi lupa nak bagi borang MC, lama dah, bulan 12 tahun lepas. Kalau tak aku still layak lagi dapat bonus, max 2.5 hari kalau layak dapat bonus, lebih dari tu memang tak dapat la. Agak rugi kat situ. Kalau aku dapat bonus boleh la aku ringankan sikit beban ayah aku nak kena tanggung bajet nak beli baju raya. Lepas ni aku rasa aku akan serik nak ponteng keja lagi, especially hari Sabtu. Harap-harap aku dapat kekalkan tahap disiplin aku, no more skipping work!

Sunday, 27 May 2018

Secara jujurnya aku agak kurang kecewa sikit walaupon Liverpool kalah 1-3 dengan Real Madrid final Champions League, sebab aku tak letakkan harapan yang tinggi dekat Liverpool untuk merampas gelaran juara dari team yang dah menang 4 kali Champions League dalam tempoh 4 tahun. Real Madrid atas kertas sememangnya jadi team favourite untuk menang Champions League tahun ni berbanding dengan Liverpool yang buat kemunculan di final Champions League buat pertama kali sejak 11 tahun (last time main kat final result tak memihak kat Liverpool jugak). Untuk post hari ni aku nak huraikan sikit punca Liverpool kalah dan apa yang Klopp, pengurus Liverpool boleh belajar sesuatu dengan kekalahan yang agak memalukan ni.



REASONS WHY LIVERPOOL LOST



1. Awful Performance


Punca utama kekalahan Liverpool terletak kepada prestasi goalkeeper Liverpool, Karius yang sungguh mengecewakan. First goal Real Madrid yang dijaringkan oleh Benzema terjadi sebab Karius yang tak peka dengan kehadiran mamat tu dok betul-betul kat depan dia, tapi si 'genius' ni dengan rasa konfiden dia p baling bola pastu terkena Benzema lalu bola melatun masuk dalam gawang Liverpool. Kejadian seperti ni lebih-lebih lagi masa final tak sepatutnya terjadi. Gol ke-3 Real Madrid yang dijaringkan oleh Bale pon silap Karius sebab dia gagal tepis or tangkap bola dengan kemas. Kesilapan-kesilapan macam ni tak sepatutnya berlaku bagi pemain bola sepak professional. Gaji je tinggi tapi main tahap Sunday League baik tak payah, dok rumah main FIFA lagi better.


2. Missing Key Player


Tanpa kelibat pemain sensasi dan top form, Mohamed Salah di atas padang menjadikan Liverpool sebagai team cap ayam. Liverpool hilang kuasa dan posession sebaik saja Salah keluaq dari padang sebab injured. Liverpool season ni sememangnya nampak bahaya dengan adanya pemain yang menjaringkan 31 gol dalam liga Perdana Inggeris, tanpa kehadirannya ada apa sangat  la dengan Liverpool?


3. The Bastard


Sergio Ramos, pemain pertahanan Real Madrid sememangnya layak letak dalam kategori orang-orang yang paling celaka sekali dalam dunia ni. Disebabkan tindakannya yang tak professional Salah terpaksa dikeluarkan dari padang. Aku 100% menyarankan agar Ramos tukar karier jadi ahli gusti atau jadi seorang pelakon atas kebolehannya yang pandai berlakon di atas padang. 


4. The One Who Never Understands Anything


Kalau aku hepi bila Liverpool kalah ada satu ja sebab, Jurgen Klopp. Yes, manager Liverpool yang cukup ego dan yakin dengan pemainnya yang sememangnya tak boleh pakai. Dia terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi dengan pemain yang sedia ada sampai mengakibatkan kekalahan yang sungguh memalukan. Liverpool dari dulu lagi ada masalah defence, lebih-lebih lagi dekat posisi goalkeeper. Sepatutnya Klopp dah sambaq keeper baru masa Januari ari tu tapi dia still ketegaq jugak percaya dengan keeper yang sedia ada. Karius tu still baru lagi, experience pon kurang and si Mignolet memang dari dulu sucks.




Setiap kekalahan yang dialami oleh Liverpool terselit dengan harapan yang tinggi, harapan agar Liverpool boleh memperbaiki kesilapan dan bangkit menjadi kuat untuk season yang akan datang. Walaupon aku geram dengan Klopp tapi kadang-kadang aku rasa kesian jugak sebab dia tak dak luck bila team dia main kat final. 3 tahun dia manage Liverpool dah 3 kali Liverpool kalah kat final termasuk final Champions League ari tu. Aku sebagai peminat tegar Liverpool akan terus support dan mendoakan agar Liverpool boleh buat dengan lebih baik lagi untuk masa akan datang. YNWA.

Tuesday, 22 May 2018

Sunday, 20 May 2018



INFO



  • Developer: SIE Santa Monica Studio
  • Publisher: Sony Interactive Entertainment
  • Director: Cory Barlog
  • Producers:
    • Elizabeth Dahm Wang
    • Sean Llewellyn
    • Chad Cox
    • Eric Fong 
  • Designer: Derek Daniels
  • Programmer: Florian Strauss
  • Writers: 
    • Matt Sophos
    • Richard Zangrande Gaubert
    • Cory Barlog
  • Composer: Bear McCreary
  • Platform: PlayStation 4
  • Released: April 20, 2018
  • Genre: Action-adventure
  • Mode: Single-player


SYNOPSIS



Bertahun-tahun telah berlalu sejak Kratos membalas dendamnya terhadap tuhan-tuhan Olimpik, dan dia kini tinggal bersama anak kecilnya, Atreus di Midgard. Kratos mahu menunaikan harapan isterinya yang telah mati, iaitu harapannya untuk abunya tersebar di puncak tertinggi sembilan alam. Sebelum memulakan perjalanan mereka, Kratos didatangi dengan seorang lelaki misteri yang mempunyai kuasa dewa. Selepas seolah-olah membunuhnya, Kratos dan Atreus memulakan pengembaraan mereka.



GAMEPLAY


Game ni view dia dalam third-person. Kita kena control Kratos, anak dia, Atreus pon kita boleh control jugak tapi cuma boleh bagi arahan untuk serang (aim dekat enemy pastu tekan satu button nanti Atreus akan serang guna anak panah). Dalam series GOW lain Kratos guna senjata lain, dalam GOW yang terbaru ni Kratos guna kapak (nama dia Leviathan Axe). Kapak ni ada kuasa sama dengan tukul besi Thor, Mjolnir (boleh return balik kat tangan lepas baling). Kratos ada kuasa 'rage', bila activate kuasa tu dia akan jadi laju dan kuat, tapi bila lawan dia tak akan guna kapak dia. Seperti game-game lain jugak game GOW ni pon boleh upgrade or purchase skill, senjata, dan armor. Bukan setakat Kratos, anak dia, Atreus pon boleh upgrade or purchase dia punya armor and senjata. 



DEVELOPMENT



Pada 6 Disember 2014, pengarah Santa Monica Studios, Cory Barlog mengesahkan bahawa God of War baru dalam perkembangan awal. Dia berkata permainan itu tidak akan menjadi prequel, tetapi ia mungkin menjadi reboot. Pada bulan April 2016, Polygon melaporkan konsep seni  untuk game yang akan datang telah dibocorkan. Imej-imej itu menunjukkan Kratos di dunia mitos Norse, sebuah konsep yang pada asalnya dipertimbangkan oleh pencipta siri David Jaffe selepas Kratos menghapuskan tuhan Yunani. Di Ekspo Hiburan Elektronik 2016 (E3), game seterusnya secara rasmi diumumkan dengan demo permainan dan mengesahkan konsep seni tersebut menjadi kenyataan. Demo itu menunjukkan Kratos berjanggut lebat dengan seorang anak lelaki, dan Kratos mengajar budak itu bagaimana untuk memburu. Akhir demo tu menunjukkan gelaran God of War dan mengesahkan ia sedang dibangunkan untuk PlayStation 4. E3 juga mengesahkan bahawa Barlog telah kembali ke siri ini sebagai pengarah permainan untuk game baru. Barlog telah menjadi penyumbang utama dalam pembangunan siri God of War sejak game yang first pada tahun 2005, dengan peranannya yang paling ketara sebagai pengarah permainan God of War II (2007). Game GOW terbaru ini adalah permainan kelima God of War baginya.






RATING




  • Polygon:
    • 10/10
  • Metacritic:
    • 94%


Kalau tengok rating memang obvious game GOW yang terbaru ni game yang paling perfom untuk tahun 2018. Kredit serta full respect untuk Cory Barlog atas usaha dan kerja kerasnya menjayakan game GOW ni. No comparision needed, just enjoy the game, kalau aku listkan top 10 game console yang aku paling aku suka game GOW ni konfirm ada dalam list.

Saturday, 12 May 2018

Baru 2 hari Tun M jadi Perdana Menteri ramai yang dah komplain kata janji tak ditepati. Ada satu video yang viral, sorang laki dia tanya pasai minyak tak naik lagi. Dia ingat boleh senang-senang nak turunkan harga minyak. Kena ambik masa la nak tunaikan manifesto yang ditetapkan. Masa BN memerintah dulu pon masa dekat PRU baru nak turun harga minyak. lepas PRU naik balik. Lagipon Tun M kena kerja keras nak cover balik apa kerosakan yang Najib dah buat dulu misalnya hutang negara yang beratus-ratu billion. Nak ubah, baiki apa semua tu kena makan masa jugak, 2 hari still tak boleh nak judge, at least bagi masa 2 tahun or sebelum PRU yang akan datang. GST pon bukan senang-sneang nak mansuhkan, sebab GST ni la yang boleh cover bayaq balik hutang negara. Kalau nak mansuhkan GST jugak kena ada cara lain macam mana nak setel hutang negara, tu terpulang pada PM kita sendiri. Kalau benda still sama jugak ubah la kerajaan, itulah gunanya PRU. Tapi aku tetap yakin dengan kemampuan Tun M dan rakan-rakan seperjuangan dari Pakatan Harapan untuk nak pulihkan balik Malaysia ni. 

Thursday, 10 May 2018

10 Mei 2018, menjadi tarikh yang paling bersejarah bagi rakyat Malaysia selepas bekas perdana menteri yang ke-4. Tun Dr. Mahathir Mohamed mengalahkan perdana menteri yang ke-6. Datuk Seri Najib untuk menjadi perdana menteri yang ke-7 selepas 15 tahun bersara. Tahun ni jugak tahun di mana berakhirnya pemerintahan Barisan Nasional/UMNO yang bertahan selama 60 tahun. PRU ke-14 ni menjadi pilihan raya yang pertama yang mengambil masa sehingga jam 5 pagi untuk keputusan penuh yang berpunca daripada kegagalan SPR, pihak yang bertanggung jawab melaksanakan pilihan raya. Ini menunjukkan betapa kuatnya suara rakyat atau bergelar 'tsunami rakyat' daripada kuasa wang yang diamalkan oleh Najib. Tun M sememangnya insan yang cemerlang dan disanjung oleh majoriti rakyat Malaysia dengan keupayaannya menjatuhkan dominasi Barisan Nasional hanya dalam tempoh tidak sampai setahun berkempen. Ini jelas umur yang 'usang' bukanlah penghalang untuk mentadbir dan mengembalikan kedamaian dan kegemilangan negara. Saya sebagai rakyat Malaysia mendoakan agar diberi kekuatan dan menyokong sepenuhnya Tun M dan rakan seperjuangan dari Pakatan Harapan untuk membawa Malaysia ke jalan yang sepatutnya. Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!

Wednesday, 9 May 2018

Hari ni aku ngan adik aku first time p mengundi untuk pilihan raya. Kami p mengundi di tempat yang sama, kat SMK Permatang Rawa. Ayah aku lak mengundi di Tasek Gelugor. Pukui 7:40 aku ngan adik aku dah p kat sana dah. Sampai sana dah ramai orang dah dok beratuq, agak nasib baik jugak la kami tak kena tunggu lama sampai turn kami mengundi, dalam setengah jam camtu ja. Jari telunjuk belah kiri kena celup kat dakwat hitam tanda dah mengundi. Mula-mula kaler dia warna purple lepas celup kat dakwat tu, tapi lama-lama dah jadi hitam dah. Nak cuci memang tak boleh hilang la, kena tunggu 2-3 hari baru boleh hilang. Lepas undi kami balik rumah tunggu ayah aku abih mengundi, kami nak p sarapan sekali. Aku suggest makan kat McD, ayah aku dah sampai rumah kami pon p la sana makan sarapan. Result PRU malam ni jugak so agak tak sabar-sabar jugak la nak tunggu result, harap-harap kali ni sejarah tak berulang macam PRU lepas.  

Saturday, 5 May 2018




INFO




  • Directed by 
    • Anthony Russo
    • Joe Russo
  • Produced by:
    • Kevin Feige
  • Based on:
    • The Avengers by Stan Lee
  • Production company: 
    • Marvel Studios
  • Distributed by:
    • Walt Disney Studios Motion Pictures
  • Release date:
    • April 23, 2018 (Dolby Theatre)
    • April 27, 2018 (United States)
  • Running time: 
    • 149 minutes
  • Country:
    • United States
  • Language:
    • English
  • Budget:
    • $316–322 million
  • Box office:
    • $1.275 billion


CASTS

  • Josh Brolin as Thanos
  • Robert Downey Jr. as Tony Stark / Iron Man
  • Chris Hemsworth as Thor
  • Mark Ruffalo as Bruce Banner / Hulk
  • Chris Evans as Steve Rogers / Captain America
  • Scarlett Johansson as Natasha Romanoff / Black Widow
  • Benedict Cumberbatch as Stephen Strange
  • Don Cheadle as James "Rhodey" Rhodes / War Machine
  • Chadwick Boseman as T'Challa / Black Panther
  • Paul Bettany as Vision
  • Elizabeth Olsen as Wanda Maximoff / Scarlet Witch
  • Anthony Mackie as Sam Wilson / Falcon
  • Sebastian Stan as Bucky Barnes / Winter Soldier
  • Tom Hiddleston as Loki
  • Idris Elba as Heimdall
  • Peter Dinklage as Eitri
  • Benedict Wong as Wong
  • Chris Pratt as Peter Quill / Star-Lord
  • Pom Klementieff as Mantis
  • Karen Gillan as Nebula
  • Dave Bautista as Drax the Destroyer
  • Zoe Saldana as Gamora
    • Ariana Greenblatt (young Gamora)
  • Vin Diesel as Groot
  • Bradley Cooper as Rocket
  • Gwyneth Paltrow as Pepper Potts
  • Benicio del Toro as Taneleer Tivan / The Collector


SYNOPSIS


Iron Man, Thor, Hulk dan seluruh Avengers bersatu untuk bertempur dengan musuh mereka yang paling kuat - Thanos. Dalam misi untuk mengumpul semua enam batu Infinity, Thanos merancang untuk menggunakan artifak tersebut untuk merealisasikan keinginannya yang terpesong menjadi realiti. Dapatkah Avengers menghalang rancangan jahat Thanos dan menyelamatkan penduduk bumi?




RATING


  • IMDb: 8.9/10
  • Rotten Tomatoes: 84%




EXPLAINATIONS


Kepada yang dah tengok movie ni tapi still tak berapa faham aku nak explain sikit. Tapi aku cuma explain tentang karekter yang betui-betui mati or mati buat sementara. Kalau ada soalan or pendapat lain boleh la tinggalkan komen kat post ni.


All of These Characters Are Seriously Dead
Karekter-karekter yang memang betui-betui mati dan tak boleh kembali kat dunia ni adalah seperti berikut;


  • Loki
  • Heimdall
  • Vision
  • Gamora


Most of These Characters Are Probably Coming Back

Karakter-karekter yang mati sebab kuasa Infinity Stone yang mungkin akan kembali kat dunia adalah seperti berikut;

  • Spiderman
  • Dr Strange
  • Scarlet Witch
  • Bucky
  • Falcon
  • Black Panther
  • Star Lord
  • Groot
  • Drax
  • Mantis
  • Nick Fury
  • Maria Hill


COMMENT




Seperti yang aku cakap dalam post sebelum ni, Marvel memang gagal menghampakan aku. Infinity War obviously movie paling ohsem keluaran Marvel setakat ni sebab dengan kemuculan ramai watak superheroes dalam movie tersebut. Bagi aku part yang buatkan movie ni best part masa superheroes mati or lenyap, sebab dalam kebanyakkan movie superhero tak akan mati, orang jahat yang mati, tapi movie ni exceptional sikit dari movie superhero lain, si penjahat tak mati superhero yang mati. Itu adalah salah satu faktor yang membuatkan movie ni unik. Bukan setakat penuh dengan aksi yang mendebarkan, malah scene yang agak emotional pon terselit dalam movie ni. Tak perlu dipersoalkan lagi, movie ni ternyata deserve full rating dari aku.




SEQUEL




Kalau lepas credit ada satu scene di mana Nick Fury sempat untuk contact seseorang menggunakan transmitter sebelum diri dia lesap seperti superhero-superhero yang lain. Dekat transmitter tu ada tunjuk logo Captain Marvel, yes, superhero baru, tak la baru jugak sebab memang dah ada dalam komik dari dulu lagi cuma movie dia akan release next year. Mungkin Captain Marvel akan bekerjasama dengan superhero-superhero yang masih ada lagi dalam misi nak kembalikan orang yang lesap akibat Infinity Stones tu. Tak dapat konfirm lagi sebab tak ada sumber yang sahih so buat masa ni tunggu je la and enjoy the rest of Marvel movies untuk tahun ni. 

Tuesday, 1 May 2018

Masuk hari ni dah genap tahun ke-5 aku tulis blog, since 1st May 2014. Pada mulanya aku tulis blog sebab nak share pasai life aku, lama-kelamaan aku dah banyak post benda selain life aku. Aku post pasai movie, lagu. makanan dan bola. Kadang-kadang rasa malas nak update blog tu ada jugak, so bukan sepanjang masa aku tulis blog, masa start tulis blog tu agak kerap jugak, lama-lama aku dah jarang dah, tapi aku tetap maintain 10 post dalam masa sebulan. Bukan betul pon tarikh yang aku post tu, contoh aku tulis post hari ni tapi aku publish post tu masa minggu lepas punya, sebab kalau semua post publish hari ni macam tak best lak. So dalam masa sebulan tu aku cuma ambik masa 2 hari ja untuk publish kesemua 10 posts. Tapi lepas ni aku nak start buat betui-betui, publish post masa yang sama aku tulis post tu, tapi tu kena bergantung kepada tahap konsistensi aku. Itulah caranya aku publish post aku kalau nak tau. Aku tak tau sampai bila aku nak stop update blog aku, sebab aku still rasa satisfy setiap kali aku post kat blog aku, feeling dia lain bila aku tulis dengan bila aku baca. Sebab aku tak rasa macam aku yang tulis benda tu bila aku baca balik post aku yang lama dulu, aku rasa diri aku ni lain-lain, macam aku ni ada banyak version. Sebab tu sampai sekarang aku still update blog aku, sebab kadang-kadang kalau sekeping gambaq pon kita tak boleh ingat moment tu, biasa la bukan semua benda kita ingat, so dengan adanya blog ni aku mungkin lebih ingat sesuatu moment tu dengan lebih detail. Apa-apa pon aku nak ucap terima kasih kepada yang still setia membaca blog aku yang tak seberapa ni, stay tuned for next post and thanks a lot guys!




Monday, 30 April 2018

Post aku sebelum ni aku letak tajuk 'Old Still Better Than New', yang tu dalam soal lagu, tapi dalam soal video game aku rasa tak, obviously game baru lagi best. 10 tahun lepas aku p cc dok main game Need For Speed Most Wanted, memang ketagih aku main game tu masa tu, tahun ni aku start main game Need For Speed Payback lak. Dari segi grafik memang Payback lagi best, gameplay dia ngan story pon lagi best kalau nak compare dengan Most Wanted. Lagipon aku main game dengan PS4, bagi aku console lagi sedap main dari PC kalau game racing. Most Wanted best sebab customize keta dia lagi lawa and banyak pilihan, tapi still aku prefer Payback over Most Wanted. Tak semestinya game baru lagi best sebab grafik dia lawa, kalau gameplay ngan story dia lagi boring dari yang lama pon tak guna jugak, sebab ramai lebih mementingkan gameplay ngan story dari grafik, tak tau la, lain orang lain pendapat, tapi bagi aku untuk game NFS aku lebih suka 'new' version dari yang 'old' version, Payback over Most Wanted.

Tuesday, 24 April 2018

Tahun ni aku kurang sikit dengaq lagu baru berbanding dengan tahun lepas. Bukannnya lagu baru tak best, aku lebih suka dengaq lagu lama sebab rasa nostalgia. Mungkin aku terlalu rindukan zaman sekolah dulu. Time sekolah dulu punya rasa tak best nak p sekolah, bila dah abih sekolah rasa rindu lak, hahaha biasa la, tu la lumrah hidup, kita sentiasa rindukan benda yang kita tinggalkan. Dengaq lagu lama boleh mengimbau nostalgia zaman muda-muda dulu sebab tu aku selalu dengaq lagu lama-lama. Yang peliknya dulu aku tak pernah pon dengaq lagu lama yang aku dok dengaq sekarang ni, tapi still lagu tu teringatkan aku masa dulu. Aku rasa bukan aku sorang ja yang lebih prefer dengaq lagu lama, aku baca komen kat salah satu music video lama yang aku dengaq kat YouTube, ramai yang lebih suka lagu lama dari yang baru. Ternyata lagu lama still best dari yang baru punya. Yup, as I said, old still better than new. 

Saturday, 21 April 2018

Hari Sabtu kalau adik aku yang paling last tu balik dari asrama lepas keja aku akan p lepak kat cc, bagi adik aku tu chance main PS4 aku. lagipon lepak cc lagi best sikit dari lepak rumah walaupon kena duit. Sebab? Kerusi dia selesa duduk ngan dia punya monitor pon besaq, kalau kat rumah aku setup dia camtu dah lama aku tak p lepak cc, lol. Tapi tak privasi jugak la kalau aku nak update blog aku, kat ofis aku dah tak update blog sebab rasa cam segan lak takut member aku tengok aku dok update blog. Kat CC walaupon ramai orang tak la orang ambik perhatian sangat tengok aku dok buat pa sebab depa dok khusyuk main game. Selalunya aku akan pilih tempat yang tak dak orang la dok sebelah aku. Rasa nostalgia jugak bila lepak CC, terkenangkan zaman sekolah dulu, hahaha. Masa tahun pertama p CC pon dah kantoi ngan ayah aku, lol. Tapi kira berbaloi jugak aku ambik risiko tu, kalau tak sampai bila-bila aku tak reti nak p CC, tapi sekarang dah ada PS4, dan aku bukannya geng master race so aku jarang dah lepak CC, sebulan sekali or dua kali ja.

Monday, 16 April 2018




Semua benda yang kita nak buat tu tak semestinya kena perfect, apa yang penting adalah progress, at least kita ada effort nak buat sesuatu walaupon benda tu tak perfect. Terima saja keburukan dan kelemahan yang kita ada buat sementara waktu, lama-lama nanti kita dah boleh overcome dengan kelemahan kita sendiri. Setiap pekerjaan mesti ada cacat celanya, so sebab tu soal perfect ni tak patut kita ambik perhatian sangat. Contoh dia kalau nak dapat segulung ijazah tak perlu kita nak capai pointer tinggi. Well of coz kalau pointer tinggi mesti peluang pekerjaan lagi cerah tapi tu hanya bergantung kepada kemampuan individu. Kalau rasa macam susah ja nak dapat pointer tinggi tepuk dada dan cakap kat diri sendiri, "At least aku dah dalam progress nak dapatkan ijazah, bab pointer tu biarkan je la." Kesimpulan dia tak perlu perfect pon ijazah yang kita nak dapat tu, janji dapat jugak ijazah tu walaupon pointer rendah, kan?

Wednesday, 11 April 2018

Trafik light kalau lampu oren tu isyarat dia kita kena la slowkan kenderaan, tapi majoritinya speed up lagi ada la sebab tak mau tunggu lama punya pasai. Bagi aku tak salah kalau tadak kenderaan lain yang nak lalu and tak membahayakan pengguna jalan raya yang lain, tapi aku tak encourage la buat, kalau ada polis dok dekat kang mampuih. Aku tau semua nak rush p keja takut punch card lambat. Kalau time lampu oren tu menyala kita memang dah laju tahap gaban tu tak pa la kan kalau tak berenti. Mostly member aku masa dok sekali dalam keta aku bila depa nampak lampu oren depa selalu suruh aku speed up, aku pon ikut ja cakap depa, hahaha. Setakat ni aku tak pernah kena lagi la saman sebab langgaq lampu oren, tapi lepas ni aku kena berhati-hati jugak la takut kena, lol.

Sunday, 8 April 2018

Seumur hidup aku tak pernah lagi p melancong kat luaq negara. Dulu aku takut nak naik flight, tapi sekarang rasa takut tu dah hilang sebab dah memang teringin sangat nak p luaq negara. Adik aku, si Luqman tu dia kaki travel. Dia dah pernah p Australia ngan Jepun dah. He's one of the reason aku rasa nak p melancong kat luaq negara. Apa yang menghalang aku nak p makan angin kat luaq negara sekarang ni duit dengan masa ja. Aku dah discuss ngan Tan nak p makan angin kat Jepun ari tu, yes Jepun, my favourite country. Tan tanya aku ni serious ke nak p sana, dia ingat aku melawak ja kot padahai aku memang serious nak p, very very deadly serious! Aku suruh dia buat schedule untuk apa nak buat kat sana nanti. Sekarang untuk preparation sebelum nak p Jepun aku cuma kena simpan duit sikit untuk nak ke sana nanti. Passport pon aku tak buat lagi time aku dah ambik cuti nanti aku nak p buat la. Kalau aku dah berjaya jejak kaki kat Jepun nanti mesti that moment akan jadi moment yang paling berharga dalam hidup aku.

Saturday, 7 April 2018

Kelmarin lepas, Khamis, 05/04/2018, perasaan aku penuh dengan debaran bila aku nak bukak laman web footyroom nak tengok result game Champions League antara Liverpool dengan Man City yang berlangsung di stadium Liverpool, Anfield. Nafasku terhenti seketika, mata aku terbeliak sikit, aku seakan-akan tak percaya apa yang aku tengok kat screen monitor aku. 3-0, yes.. 3-0 berpihak kepada Liverpool! Time tu aku agak hepi gila rasa macam nak melompat-lompat sambil jerit 'YES!!!' tapi aku sedaq aku dok dalam ofis kang member aku kata aku gila lak nanti. Perasaan aku bukan setakat hepi ja, rasa konfius pon ada jugak sebab tak percaya macam mana Liverpool boleh menang besaq ngan Man City, clean sheet lak tu, dah la Man City ni power, almost every game depa score, dah la Liverpool punya defend selalu ja kena kondem, bila dapat clean sheet lawan dengan team power ni memang miracle jugak la. Overall possession Man City yang pegang, tapi result tak berpihak kepada depa. 3-0 ni dah kira selesa dah, boleh kata dah satu kaki dah nak ke semi final. Tapi still tak boleh sure lagi sebab ada game timbal balik, lepas ni lawan kat tempat Man City lak, walaupon dah ketinggalan 3-0 aku rasa Man City masih mampu padam advantage yang dimiliki Liverpool, bergantung kepada prestasi depa dan jugak prestasi Liverpool. Apa taktik yang Kloop nak pakai masa lawan kat stadium Etihad nanti? Adakah cuma defend the whole game which I think mungkin tak, sebab Liverpool bukan macam Man Utd yang keja dia asyik defend ja kat tempat lawan, lol. Aku rasa mungkin Klopp akan gunakan taktik yang sama masa lawan kat Anfield ari tu, mungkin lah. Apa-apa pon taktik yang digunakan aku harap Liverpool boleh masuk semi final dalam saingan Champions League, kalau berjaya masuk final tu dah kira bonus dah, kalau menang kat final tu kira 'dreams come true'. Come on Reds!!! #YNWA #LFC



Gol pertama Liverpool dijaringkan oleh pemain sensasi dan top form player, Mohamed Salah


Oxlade-Chamberlain menjaringkan gol ke-2 Liverpool dengan 'screamer' yang agak superb




Sadio Mane melengkapkan kemenangan Liverpool dengan gol dijaringkan hasil tandukan padunya ke dalam gawang Man City

Thursday, 5 April 2018




INFO

  • Directed by: Steven Spielberg
  • Produced by:
    • Steven Spielberg
    • Donald De Line
    • Dan Farah
    • Kristie Macosko Krieger
  • Music by: Alan Silvestri
  • Distributed by: Warner Bros. Pictures
  • Release date 
    • March 11, 2018 (SXSW)
    • March 29, 2018 (United States)
  • Running time: 140 minutes
  • Country: United States
  • Language: English
  • Budget: $175 million
  • Box office: $241.8 million


CASTS

  • Tye Sheridan as Wade Watts / Parzival
    • seorang Gunter (pemburu Easter Egg) dari kumpulan High Five yang ingin menang quest yang ditinggalkan oleh pencipta OASIS.
  • Olivia Cooke as Samantha Cook / Art3mis, 
    • Seorang pompuan yang menjadi perhatian Wade yang jugak seorang Gunter yang femes dari kumpulan High Five. Art3mis memastikan OASIS berada dalam keadaan selamat dan menghalang cubaan IOI dari menguasainya.
  • Ben Mendelsohn as Nolan Sorrento
    • Nolan Sorento adalah CEO kepada syarikat Innovative Online Industries (IOI) yang ingin menguasai dunia OASIS sepenuhnya.
  • Lena Waithe as Helen Harris / Aech, 
    • Kawan baik Wade yang jugak dari kumpulan High Five. Aech adalah seorang lelaki dalam dunia OASIS tapi di dunia realiti dia berlainan jantina. Aech menghabiskan masanya di dunia OASIS dengan membaiki peralatan dan kenderaan rosak di garajnya.
  • T.J. Miller as i-R0k
    • Pengedar barang magic dan senjata yang jugak seorang bounty hunter. Dia selalu diberi tugas oleh Sorrento.
  • Simon Pegg as Ogden Morrow / The Curator
    • Pencipta bersama OASIS yang kemudiannya meninggalkan syarikat itu atas dasar peribadi. Dia agak concern dengan kehidupan orang yang selalu bergantung kepada permainan dalam OASIS yang tidak sihat.
  • Mark Rylance as James Halliday / Anorak
    • Pencipta OASIS, Halliday yang membuat satu pertandingan di mana dia meletakkan 'Easter Egg' dalam dunia OASIS. Sesiapa yang jumpa dia akan dapat control sepenuhnya terhadap OASIS.
  • Philip Zhao as Akihide Karatsu / Shoto
    • Seorang budak Jepun yang paling muda dalam kumpulan High Five
  • Win Morisaki as Toshiro Yoshiaki / Daito
    • Abang Shoto (from another mother) jugak dalam kumpulan yang sama




SYNOPSIS

ALERT! This may contain spoilers



Dari pembuat filem Steven Spielberg, pengembaraan aksi fiksi sains "Ready Player One," berdasarkan buku terlaris Ernest Cline dengan nama yang sama, yang telah menjadi fenomena di seluruh dunia. Filem ini ditetapkan pada tahun 2045, dengan dunia di ambang kekacauan dan keruntuhan. Tetapi orang-orang telah menemui keselamatan di OASIS, alam realiti maya yang luas yang dicipta oleh James Halliday (Mark Rylance) yang cemerlang dan eksentrik. Selepas Halliday mati, dia meninggalkan kekayaannya yang besar kepada orang pertama untuk mencari 'Easter Egg'  digital yang telah tersembunyi di suatu tempat di OASIS, mencetuskan pertandingan yang menguasai seluruh dunia. Ketika seorang pahlawan muda yang bernama Wade Watts (Tye Sheridan) memutuskan untuk menyertai pertandingan itu, dia menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran bersama dengan geng High Five yang lain. Mereka jugak cuba untuk menghapuskan rancangan jahat Sorento yang ingin menguasai OASIS. Dapatkah Wade dan rakan-rakan menhalang Sorento dan menemui Easter Egg yang tersembunyi itu?



REFERENCES



Dalam movie ni ada banyak character dari movie dan game sama ada yang muncul betul-betul dalam movie ni or yang cuma disebut dalam dialog. Aku dah copy paste kesemuanya  dari satu laman web yang aku jumpa. Sori aku tak translate ke BM sebab terlampau banyak sangat (ain't nobody got time for that!) Selamat membaca.

  • Minecraft: The popular video game is one the many worlds gamers in the film can visit as part of the OASIS virtual-reality system.
  • Batman: The protagonist, Wade Watts, tells us one can hang out with a virtual Batman inside OASIS, and we see him climbing Mount Everest. The Batmobile from the 1960s Batman TV show is seen in a virtual race.
  • The Joker: Wade’s virtual avatar is briefly modded to look like the Batman villain. Someone else in a Joker avatar hangs out in a virtual nightclub.
  • Harley Quinn: Seen in the virtual nightclub.
  • A Nightmare on Elm Street: Freddy Krueger seen as an avatar in a battle royale.
  • Friday the 13th: Jason Voorhees seen as an avatar in a battle royale.
  • Star Trek: OASIS creator James Halliday has a Star Trek–themed funeral. Later, we see a Klingon bat’leth weapon on a windowsill.
  • Street Fighter: Logo seen in a marketplace for gamers. Characters Ryu and Chun-Li make appearances as player avatars in fights. A character uses Ryu’s famed “hadouken” fireball to attack someone.
  • Speed Racer: Speed’s car, the Mach 5, is seen in a virtual race.
  • Bigfoot: The famous monster truck is seen in a virtual race.
  • Back to the Future: Wade drives a virtual DeLorean. A modified Rubik’s Cube called a Zemeckis Cube (named after Back to the Futuredirector Robert Zemeckis) allows a character to travel back in time.
  • Tron: A light-cycle is seen in a virtual race.
  • Akira: A motorcycle modeled after Kaneda’s is seen in a virtual race.
  • Jurassic Park: The T. rex is seen as an obstacle in a virtual race.
  • King Kong: Seen in as an obstacle in a virtual race.
  • Last Action Hero: Characters race past a marquee advertising a movie starring Arnold Schwarzenegger’s character.
  • Related Stories
  • The Iron Giant: The titular robot is a weapon built by Wade’s friend Aech.
  • Battlestar Galactica: The 1970s version of the Galactica ship is seen as a virtual toy.
  • Alien: A chestburster is used by Wade’s love interest, Artemis.
  • Aliens: Space-marine spaceship the Sulaco is seen as a virtual toy.
  • Silent Running: Spaceship Valley Forge is seen as a virtual toy.
  • Dune: The planet Arrakis is mentioned as a virtual destination.
  • Goldeneye: The video game is mentioned as Halliday’s favorite. (He prefers the “slappers only” mode.)
  • Superman: Wade’s avatar is briefly modded to look like Clark Kent.
  • Spider-Man: Wade mentions that he was given an alliterative name to sound like Spidey’s alter ego Peter Parker or … The Incredible Hulk: … the Hulk’s, Bruce Banner.
  • Looney Tunes: Young Halliday is seen near a Marvin the Martian toy.
  • Space Invaders: Halliday is repeatedly seen wearing a shirt advertising the game.
  • Asteroids: Mentioned by Halliday’s business partner, Ogden Morrow.
  • Galaga: Poster for the game seen in Halliday and Morrow’s offices.
  • Bill & Ted’s Excellent Adventure: Halliday mentions the film.
  • Star Wars: Stormtroopers briefly seen as avatars in a battle royale. R2-D2 toy seen on a floor. A character refers to Wade as “padawan.”
  • Borderlands: Unspecified game accoutrements available in a virtual marketplace.
  • Overwatch: Unspecified game accoutrements available in a virtual marketplace.
  • War of the Worlds: A crashed Martian ship is the site of a virtual meeting.
  • Tootsie Pop: A character mentions the candy as a metaphor.
  • Knight Rider: The car, KITT, is briefly seen.
  • Beetlejuice: Title character seen as someone’s avatar.
  • Mortal Kombat: Goro seen as someone’s avatar.
  • The Dark Crystal: Mentioned by Halliday.
  • Citizen Kane: Multiple references to Rosebud.
  • Purple Rain: Wade briefly dresses as Prince’s character.
  • Mad Max: Mentioned.
  • Gremlins: Graffiti related to the film briefly seen.
  • Christine: The titular car from the 1983 Stephen King adaptation is seen in a virtual race.
  • “Thriller” music video: Wade briefly dresses as Michael Jackson’s character.
  • Duran Duran: Wade briefly dresses as a band member.
  • The Adventures of Buckaroo Banzai Across the 8th Dimension: Wade dresses as the title character for an extended period of time.
  • Battletoads: Titular toads seen as avatars.
  • Saturday Night Fever: An extended dance sequence is based on the film, complete with Bee Gees soundtrack.
  • The Breakfast Club: Mentioned by the villain, Nolan Sorrento. Bender seen as an avatar elsewhere.
  • Ferris Bueller’s Day Off: Mentioned by Sorrento.
  • Fast Times at Ridgemont High: Mentioned by Wade.
  • Animal House: Mentioned by Wade.
  • Robotron: Mentioned by Sorrento.
  • Joy Division: Band T-shirt seen on Art3mis’s real-life body.
  • Dungeons and Dragons: A virtual space is named after the role-playing game’s creator, Gary Gygax. A 20-sided die is briefly seen. Aech’s van has an image on the back door from module Tomb of Horrors.
  • The Fly: The 1986 remake is mentioned as a film Halliday once saw.
  • Say Anything: Mentioned as a film Halliday once saw.
  • Simon: The classic toy is seen as a possession of Halliday’s.
  • Thundercats: Wade wears a belt referencing the show.
  • Hello Kitty: A sticker for the brand is seen on a motorcycle.
  • The Shining: An extended sequence is set in a replica of the Overlook Hotel.
  • Punk’d: Aech mentions “being punk’d.”
  • Nancy Drew: Mentioned by a character.
  • Atari 2600: Becomes a crucial plot point when it’s revealed that Halliday has hidden a key to beating OASIS in a virtual version of one of the antiquated system’s games.
  • Centipede: An Atari 2600 game mentioned by Sorrento’s underlings.
  • Pitfall: An Atari 2600 game mentioned by Sorrento’s underlings.
  • Swordquest: An Atari 2600 game mentioned by Sorrento’s underlings.
  • Motorcross: An Atari 2600 game mentioned by Sorrento’s underlings.
  • Adventure: An Atari 2600 game that is crucial to the ending.
  • Spawn: Seen as an avatar in a battle royale.
  • Child’s Play: Chucky is used as a weapon during a battle royale.
  • Teenage Mutant Ninja Turtles: The versions of the characters from the recent film reboot are seen as avatars during a battle royale.
  • Godzilla vs. Mechagodzilla: Sorrento morphs into Mechagodzilla during a battle royale.
  • Gundam: Wade’s ally Daito morphs into a Gundam robot during a battle royale.
  • Madballs: A madball is used as a weapon in a battle royale.
  • Terminator 2: Judgment Day: While sinking into a pit of lava, the Iron Giant gives a thumbs up.
  • Monty Python and the Holy Grail: Wade uses the Holy Hand Grenade in a virtual fight.
  • Mario Kart: Aech jokingly mentions the game during a car chase.
  • Joust: Poster for the game seen in Halliday’s childhood bedroom.
  • Raiders of the Lost Ark: Poster for the film seen in Halliday’s childhood bedroom.
  • Forbidden Planet: Toy robot from the film seen in Halliday’s childhood bedroom.
  • Pac-Man: Poster for the game seen in Halliday’s childhood bedroom.
  • 2112: Poster for the Rush album is seen in Halliday’s childhood bedroom.
  • The A-Team: Van seen in a virtual race.
  • Halo: Soldiers seen as a group’s avatars.
  • Sonic the Hedgehog: Title character seen as someone’s avatar.
  • Say Anything: An avatar is seen holding a boom box above their head during a battle royale.
  • Pee-wee’s Big Adventure: Aech has a replica of Pee-wee’s bike.
  • Devo: In the virtual nightclub, the bartender is wearing a Devo energy dome.
  • Mass Effect: Shepard avatar seen in virtual nightclub and battle royale.
  • Tomb Raider: Lara Croft seen as an avatar in a battle royale.
  • Deathstroke: The DC Comics villain is seen as an avatar in a battle royale.
  • Jason and the Argonauts: Skeletons seen as avatars in a battle royale.
  • RoboCop: Title character seen as an avatar in a battle royale.
  • Pole Position: Two cars seen in virtual race.
  • Duke Nukem: Title character seen as an avatar in a battle royale.
  • Excalibur: A magic spell from the film is recited by multiple characters.
  • Spaceballs: Eagle 5 replica seen in Aech’s garage.
  • Firefly: Spaceship Serenity seen on multiple occasions.
  • Cowboy Bebop: Swordfish replica seen in Aech’s garage.
  • Sinbad: Cyclops avatar seen in battle royale.
  • Chappie: Title character seen as an avatar in a battle royale.


RATING 


  • iMDB: 
    • 7.9/10
  • Rotten Tomatoes: 
    • 74%
  • Metacritic: 
    • 64%

Rating aku? 9.5/10 tak keterlaluan sangat kot and aku rasa memang deserved sebab aku dah jatuh cinta dengan konsep yang diaplikasikan dalam movie ni secara keseluruhannya, definelyt on my top 10 of coz! Kalau diberi pilihan sama ada nak tengok cita Pacific Rim 2 or Ready Player One aku lebih prefer Ready Player One. No offence, Pacific Rim 2 pon okay jugak, tapi cita Ready Player One lagi better. So aku memang recommend kat hampa tengok cita ni. Aku memang rasa nak tengok balik cita ni lol.





Tuesday, 3 April 2018

Sunday, 1 April 2018

Hampa dah try dah makan menu baru McD? Ada dua menu baru kan? Satu yang burger beef tu, Smoked Grilled Beef, dan satu lagi burger ayam pedas, Hot N' Crispy Chicken. Mula-mula aku try yang beef punya, yang tu tak sedap sangat bagi aku, mungkin sebab aku ni jarang makan beef, so tak kena la ngan citarasa aku. Pastu aku try makan Hot N' Crispy Chicken lak. Masa ni aku ada dengan Tan, dia pon ambik menu yang sama jugak, cuma aku cakap kat cashier tu jangan letak sos, sebab aku memang jenis tak makan sos pon. Dah beli tu kami pon makan la. Fuh, sekali dua kali kunyah dah rasa macam ada api ja kat dalam mulut, pedas gila siot! Tu pon aku tak makan dengan sos jalapeno, dah la sos jalapeno sos yang memang pedas, tambah lagi dengan daging burger dia yang memang pedas, lagi berapi la mulut. Orang kata pedas baru puas makan, and aku agak setuju bab tu. Lepas makan Hot N' Crispy Chicken ni aku rasa dah macam jatuh cinta lak dengan menu baru ni. So far dah 3 kali dah aku makan menu baru ni, RM12 ala carte, kira berbaloi jugak la. So yang masih belum try lagi tu p la try selagi burger tu masih ada, aku 100% recommend kat hampa makan yang Hot N' Crispy Chicken, kalau nak try makan Smoked Grilled Beef tu popn boleh jugak, takut hampa tak suka ja, bagi aku lebih prefer Hot N' Crispy Chicken, memang puas makan, pedas pon pedas, lepas makan konfem jadi naga punya bole kluaq api dari mulut.




Sunday, 25 March 2018

Minggu ni aku agak busy jugak la, tahap busy tu sampai 2 hari aku tak sentuh PC aku dalam ofis, keja aku dok buat sample ngan p Penang antaq sample kat customer ja. Soal penat tu toksah cita la, memang penat la, dah la aku kena drive, nasib baik jalan pon tak berapa nak jem, kalau tak lagi penat la. Tapi aku rasa rugi lak hari Jumaat tu aku p kluaq p Penang jumpa customer, sebab bos aku tadak dalam ofis, kalau la aku tak kluaq boleh la aku dok rileks sikit, si Zul ngan Amin pon merungut kena kluaq p Penang, hahaha. Yang aku tak boleh blah aku beli kasut ESD tak lepas nak masuk tempat customer, dah la beli kasut tu guna duit aku, memang rugi la, nasib baik boleh claim dekat company aku, tapi nak kena isi borang tu yang aku rasa malas tu.

Tuesday, 20 March 2018








Apakah maksud Sapuri? Sapuri atau Suppli bermaksud supplement dalam bahasa English. Aku pon tak tau sebab apa drama ni letak nama tu, lol. Tapi apa pon aku nak buat review sikit pasai drama yang aku dok layan bulan ni. 


Drama ni diadaptasi dari manga yang ditulis oleh Mari Okazaka dari tahun 2003 sampai 2009. Drama live action pulak start tayang pada bulan July tahun 2006 sampai bulan September 2006. Drama ni ada 11 episode. Drama ni mengisahkan kehidupan seorang perempuan yang berumur 27 tahun, Minami Fuji yang bekerja di syarikat pengiklanan. Fuji terlalu fokus dengan kerjanya sehingga mengabaikan relationship dia dengan boyfriend dia sampai la dia break up dengan boyfriend dia. Bila dia jumpa dengan budak baru masuk keja kat tempat dia, Yuya Ishida baru la Fuji start perbaiki kehidupan sosial dia. 


Best ke tak drama ni? Nak tau best ke tengok la sendiri, bagi aku biasa-biasa ja, tak boring dan tak terlalu best, boleh la kalau nak layan time masa lapang ngan time bos aku dah balik, hahaha. Reason dan macam mana aku boleh layan drama ni? Sebab ada masa tu aku tengah browse drama apa pelakon yang melakonkan watak Ishida, Kazuya Kamenashi berlakon sampai la jumpa drama ni. Drama ni drama yang ke-3 aku tengok drama yang Kazuya berlakon, first drama aku tengok dia berlakon drama Nobuta Wa Produce lepas tu drama Gokusen 2. Mirai Shida, yang melakonkan watak Natsuki dalam drama ni pon antara sebab aku layan drama ni. 





Saturday, 17 March 2018









Tahun lepas aku ada buat review pasai game Life Is Strange, keluaran tahun 2015. Hari ni aku nak buat dia punya prequel untuk game Life Is Strange, Life Is Strange: Before the Storm yang dikeluarkan pada tahun lepas. 



INFO

  • Developer: Deck Nine
  • Publisher: Square Enix
  • Directors:
    • Webb Pickersgill
    • Chris Floyd
  • Producers: 
    • David Lawrence Hein
    • Zoe Brown
  • Designer: William Beacham
  • Programmers: 
    • Mark Lyons
    • Danielle Cheah
  • Artist: Andrew Weatherl
  • Writer: Zak Garriss
  • Composer: Daughter
  • Engine: Unity
  • Platforms:
    • Microsoft Windows
    • PlayStation 4
    • Xbox One
  • Released Dates:
    • Episode 1: 31 August 2017
    • Episode 2: 19 October 2017
    • Episode 3: 20 December 2017
  • Genre: Graphic adventure
  • Mode: Single-player


SYNOPSIS


Game ni mengisahkan kehidupan seorang budak remaja yang berumur 16 tahun, Chloe Price. Chloe memang seorang budak 'punk' yang suka menghabiskan masanya dengan aktiviti yang tak berfaedah. Lepas kematian ayahnya dan berpisah dengan rakan baiknya, Max Caufield yang berpindah ke Seattle, Chloe mendapati dirinya berada dalam dunia yang keseorangan sehinggalah dia bertemu dengan Rachel Amber, seorang yang memahami jiwa dan perasaannya. Maka bermula lah satu pengembaraan antara Chloe dan Rachel, di mana mereka menempuhi segala rintangan yang penuh berliku dalam dunia yang agak jahil ni.


Avril Lavigne who? Chloe takes the 'punk' to a whole new level


Perfect duo doesn't exist you said? Wait until you see these two


Not my kind of fetish but I think I kinda like it


GAMEPLAY



Gameplay game ni sama ja dengan yang first punya, cuma kali ni kita control Chloe lak. Chloe tak da kuasa putarkan balik masa silam macam Max, dia ada kuasa 'Back Talk', lawan balik cakap orang, well kuasa ni memang agak sesuai dengan Chloe memandangkan dia ni memang seorang pompuan yang punk. Masa kita pilih back talk dia ada masa nak pilih ayat mana yang sesuai untuk nak lawan balik cakap orang, tak boleh main pilih ja ayat mana yang dia bagi, kalau silap pilih kira fail la, kalau fail Chloe terpaksa la kena ikut cakap orang tu dan mengalah. 



CHARACTERS



Karekter-karekter dalam game ni pon sama dengan game first punya, cuma dia punya timeline tu ke belakang sikit, game ni take place in the year 2010, 3 tahun ke belakang dari yang first punya. Max sorang ja yang tadak dalam game ni, dia ada pon dalam Bonus Episode yang take place in the year 2007, masa depa berumur 13 tahun. 



RATING / COMMENT

Aggregate review scores by Metacritic


Episode 1: Awake
  • (PC) 80/100
  • (PS4) 78/100
  • (XONE) 79/100

Episode 2: Brave New World
  • (PC) 76/100
  • (PS4) 79/100
  • (XONE) 76/100

Episode 3: Hell Is Empty
  • (PC) 76/100
  • (PS4) 79/100
  • (XONE) 82/100

Personally aku lebih suka game Before the Storm dari yang first punya walaupon dia punya soundtrack kurang best sikit dan episode pon cuma ada 3 ja. Sebab apa aku lebih prefer game ni dari yang first punya? Sebab aku lebih suka control Chloe sebab dia punk, well aku memang suka pompuan yang punk macam Avril Lavigne, hahaha. Pendapat aku tentang ending game ni? Not sure about it sebab aku tak abih main lagi, baru nak masuk Episode 2, tapi aku rasa ending dia tak kan affect pandangan aku tentang game ni, bad or not aku still suka game ni, definitely on my top 10 best PS4 games.