L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: The Night Is Ours

Saturday 7 April 2018

The Night Is Ours

Kelmarin lepas, Khamis, 05/04/2018, perasaan aku penuh dengan debaran bila aku nak bukak laman web footyroom nak tengok result game Champions League antara Liverpool dengan Man City yang berlangsung di stadium Liverpool, Anfield. Nafasku terhenti seketika, mata aku terbeliak sikit, aku seakan-akan tak percaya apa yang aku tengok kat screen monitor aku. 3-0, yes.. 3-0 berpihak kepada Liverpool! Time tu aku agak hepi gila rasa macam nak melompat-lompat sambil jerit 'YES!!!' tapi aku sedaq aku dok dalam ofis kang member aku kata aku gila lak nanti. Perasaan aku bukan setakat hepi ja, rasa konfius pon ada jugak sebab tak percaya macam mana Liverpool boleh menang besaq ngan Man City, clean sheet lak tu, dah la Man City ni power, almost every game depa score, dah la Liverpool punya defend selalu ja kena kondem, bila dapat clean sheet lawan dengan team power ni memang miracle jugak la. Overall possession Man City yang pegang, tapi result tak berpihak kepada depa. 3-0 ni dah kira selesa dah, boleh kata dah satu kaki dah nak ke semi final. Tapi still tak boleh sure lagi sebab ada game timbal balik, lepas ni lawan kat tempat Man City lak, walaupon dah ketinggalan 3-0 aku rasa Man City masih mampu padam advantage yang dimiliki Liverpool, bergantung kepada prestasi depa dan jugak prestasi Liverpool. Apa taktik yang Kloop nak pakai masa lawan kat stadium Etihad nanti? Adakah cuma defend the whole game which I think mungkin tak, sebab Liverpool bukan macam Man Utd yang keja dia asyik defend ja kat tempat lawan, lol. Aku rasa mungkin Klopp akan gunakan taktik yang sama masa lawan kat Anfield ari tu, mungkin lah. Apa-apa pon taktik yang digunakan aku harap Liverpool boleh masuk semi final dalam saingan Champions League, kalau berjaya masuk final tu dah kira bonus dah, kalau menang kat final tu kira 'dreams come true'. Come on Reds!!! #YNWA #LFC



Gol pertama Liverpool dijaringkan oleh pemain sensasi dan top form player, Mohamed Salah


Oxlade-Chamberlain menjaringkan gol ke-2 Liverpool dengan 'screamer' yang agak superb




Sadio Mane melengkapkan kemenangan Liverpool dengan gol dijaringkan hasil tandukan padunya ke dalam gawang Man City

0 comments:

Post a Comment