L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Sapuri

Tuesday 20 March 2018

Sapuri








Apakah maksud Sapuri? Sapuri atau Suppli bermaksud supplement dalam bahasa English. Aku pon tak tau sebab apa drama ni letak nama tu, lol. Tapi apa pon aku nak buat review sikit pasai drama yang aku dok layan bulan ni. 


Drama ni diadaptasi dari manga yang ditulis oleh Mari Okazaka dari tahun 2003 sampai 2009. Drama live action pulak start tayang pada bulan July tahun 2006 sampai bulan September 2006. Drama ni ada 11 episode. Drama ni mengisahkan kehidupan seorang perempuan yang berumur 27 tahun, Minami Fuji yang bekerja di syarikat pengiklanan. Fuji terlalu fokus dengan kerjanya sehingga mengabaikan relationship dia dengan boyfriend dia sampai la dia break up dengan boyfriend dia. Bila dia jumpa dengan budak baru masuk keja kat tempat dia, Yuya Ishida baru la Fuji start perbaiki kehidupan sosial dia. 


Best ke tak drama ni? Nak tau best ke tengok la sendiri, bagi aku biasa-biasa ja, tak boring dan tak terlalu best, boleh la kalau nak layan time masa lapang ngan time bos aku dah balik, hahaha. Reason dan macam mana aku boleh layan drama ni? Sebab ada masa tu aku tengah browse drama apa pelakon yang melakonkan watak Ishida, Kazuya Kamenashi berlakon sampai la jumpa drama ni. Drama ni drama yang ke-3 aku tengok drama yang Kazuya berlakon, first drama aku tengok dia berlakon drama Nobuta Wa Produce lepas tu drama Gokusen 2. Mirai Shida, yang melakonkan watak Natsuki dalam drama ni pon antara sebab aku layan drama ni. 





0 comments:

Post a Comment