10 Mei 2018, menjadi tarikh yang paling bersejarah bagi rakyat Malaysia selepas bekas perdana menteri yang ke-4. Tun Dr. Mahathir Mohamed mengalahkan perdana menteri yang ke-6. Datuk Seri Najib untuk menjadi perdana menteri yang ke-7 selepas 15 tahun bersara. Tahun ni jugak tahun di mana berakhirnya pemerintahan Barisan Nasional/UMNO yang bertahan selama 60 tahun. PRU ke-14 ni menjadi pilihan raya yang pertama yang mengambil masa sehingga jam 5 pagi untuk keputusan penuh yang berpunca daripada kegagalan SPR, pihak yang bertanggung jawab melaksanakan pilihan raya. Ini menunjukkan betapa kuatnya suara rakyat atau bergelar 'tsunami rakyat' daripada kuasa wang yang diamalkan oleh Najib. Tun M sememangnya insan yang cemerlang dan disanjung oleh majoriti rakyat Malaysia dengan keupayaannya menjatuhkan dominasi Barisan Nasional hanya dalam tempoh tidak sampai setahun berkempen. Ini jelas umur yang 'usang' bukanlah penghalang untuk mentadbir dan mengembalikan kedamaian dan kegemilangan negara. Saya sebagai rakyat Malaysia mendoakan agar diberi kekuatan dan menyokong sepenuhnya Tun M dan rakan seperjuangan dari Pakatan Harapan untuk membawa Malaysia ke jalan yang sepatutnya. Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!
Thursday, 10 May 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment