L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Haria Penang Haria

Thursday, 27 July 2017

Haria Penang Haria

Semalam hari Rabu, 26 haribulan Julai, macam biasa aku balik keja pukui 8 setengah malam. Masa tu jam lebih kurang pukui 6:45 si Adila tanya aku nak pakai sat komputer aku, dia nak buat jadual untuk geng assembly punya. Tambahnya lagi Abang Ucop nak jumpa aku so aku pon bagi la si Adila guna komputer aku sat, lagi pon aku tadak barang urgent. Aku pon p turun bawah (ofis aku ada kat tingakt atas) jumpa Abang Ucop. Dia tanya aku ada barang urgent tak kat atas aku kata la tak. Dia suruh aku tolong jalan sat mesin sample cutter aku pon tolong la dia jalan barang assembly. Aku memang boring dok kat dalam ofis lama-lama sekali sekala jalan mesin tak la boring sangat. Masa tengah jalan mesin sambil tu kami sembang-sembang. Tengah dok sembang Abang Ucop boleh lak ajak aku p tengok bola kat Stadium Batu Kawan, game antara Penang dengan Pahang. Aku pon agak surprise jugak la sebab rare kot orang ajak aku p stadium bola, ni kira first time orang ajak aku p stadium. Aku pon agak excited la nak p tengok sebab aku pon dah lama tak jejak kaki kat stadium, last aku p pon aku dah lupa bila. Kami plan p tengok lepas balik keja. 

Pukui 8 setengah lepas punch card kami pon bertolak ke Stadium Batu Kawan. Baru aku tau yang stadium ni dekat ja dengan kilang aku, haha aku tak tau pon jalan nak p Stadium Batu Kawan aku ikut je la arahan Abang Ucop. Sampai sana kami makan dulu kat kedai dalam kawasan stadium tu. Nasi Goreng Ayam ngan Teh Ais, agak berselera jugak aku makan, maklumlah time tu tengah lapaq. Time tengah makan orang dah bersorak dah, time tu game dah start kami masuk lambat sikit sebab tengah dok makan. Aku makan cepat-cepat sambil dok pikiaq team mana dah leading dulu, tapi deria aku mengatakan Penang yang leading dulu sebab agak kuat jugak orang bersorak tadi. 

Lepas makan kami pon masuk la dalam stadium sambil bawak botol air, Abang Ucop yang suruh aku beli sebab takut kat dalam nanti tadak orang jual air. Masa nak masuk pak guard tak bagi bawak masuk botol lak, mungkin untuk keselamatan orang awam kot, takut nanti orang dok main baling-baling botol air kat atas padang rasanya. Kami pon terpaksa la letak botol air dekat pintu masuk. Penat jugak nak berjalan masuk, jalan dia memang luas, dua bijik keta pon boleh lepas dan dia ada lebih kurang 2-3 tingkat baru boleh tengok padang. Sangkaan aku memang tepat bila aku tengok scoreline Penang tengah leading 1-0. Kami pon cari la tempat duduk. Fuh.. memang cerah gila kawasan padang sebab ada spotlight 4 tiang, dah macam main dalam dewan lak aku tengok. Macam biasa la kat stadium mesti ada ja orang dok jerit memaki hamun aku ngan Abang Ucop dok gelak ja dengan gelagat penonton yang lain. Masa second half Penang menggandakan jaringan, sapa skor ntah aku tak kenai mamat tu, hahaha. Coach Penang pon aku tak tau sapa dia, aku ingat si Zainal tu dok coach Pahang lagi, rupa-rupanya dia dah jadi coach Penang lak, kira malam tu dia fight dengan pasukan lama dia la. Lebih kurang pukui 10:45 camtu referee pon tiup masa penamat, Penang menang 2-0 ke atas Pahang. AKu rasa hepi jugak walaupon Penang dok kat bawah sekali dalam liga. Tinggai 2 game ja lagi aku harap Penang dapat menang 2 game tersebut. Haria Penang Haria!!!

0 comments:

Post a Comment