L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: FIFA Puskas Award 2016

Wednesday 11 January 2017

FIFA Puskas Award 2016

Kelmarin lepas, 9 haribulan Januari (09/01/2017) menjadi hari bersejarah untuk negara Malaysia apabila pemain bola sepak, Faiz Subri memenangi anugerah FIFA Puskas untuk tahun 2016. FIFA Puskas ni dianugerahkan kepada pemain bola yang mencipta gol yang paling awesome dan cantik dalam setahun. Faiz Subri mengalahkan pemain-pemain popular seperti Neymar dan juga Ronaldo. Wow, dasyat tu, hebat sangat ka gol Faiz Subri ni? Haa, yang belum tengok lagi tu boleh tengok kat bawah ni.



16 Februari 2016: Gol dari sepakan percuma yang dijaringkan oleh pemain Pulau Pinang,  Faiz Subri menentang Pahang semasa perlawanan Liga Super Malaysia.


Kejayaan Faiz Subri merangkul anugerah FIFA Puskas ni memang ternyata mengejutkan ramai orang. Cuba bayangkan betapa bangganya Faiz Subri bila menang award ni, balik rumah konfem dia tidoq sambil peluk trofi FIFA Puskas, hahaha. Aku kalau kata tak bangga memang tipu la, mau tak bangganya, the first Asian player, dari Malaysia, dan dari Penang yang menang award ni! Memang satu pencapaiaan yang susah untuk dicapai, tapi Faiz Subri berjaya melakukannya, coz he's awesome!




Faiz Subri ketika memberi ucapan selepas menerima anugerah FIFA Puskas 2016.







Hasrat Faiz untuk berjumpa dengan Cristiano Ronaldo menjadi kenyataan. Bukan setakat jumpa ja, siap selfie lagi, hahaha.



Aku macam dah tau yang dia akan menang award FIFA Puskas bila aku tengok gol dia Februari lepas, tak la kejam sangat kalau kata gol Faiz Subri lebih cantik dari gol Roberto Carlos. Harap-harap kejayaan Faiz Subri ni bukak mata anak-anak muda untuk mengharumkan nama Malaysia.

0 comments:

Post a Comment