L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: But, Did You Dieded?

Tuesday, 24 February 2015

But, Did You Dieded?

Hari ni Abang Fazlee tak mai kilang lagi, katanya dia sakit lagi masa dia wasap aku pagi tadi. Walaupon dia tadak, aku tak la boring sangat macam semalam sebab ada la buat keja bersihkan kilang sikit masa Abang Nazli mai, sekurang-kurangnya keluaq la peluh jugak daripada dok ngadap lappy ja. Masa tengah hari aku, Abang Zubir, Abang Mat Nor ngan Abang Nazli p buang sampah naik keta lepas tu p juai mesin buruk kat tempat beli besi terpakai. Dapat la dalam RM200 lebih, pastu balik kilang bagi duit kat cikgu sambil mengharapkan yang cikgu akan bagi elaun aku tapi satu sen pon aku tak dapat, huhuhu sedih.

Kami 4 orang makan sekali kat kedai Sila O Sila yang sekarang menjadi port baru aku, hahaha. Kami naik keta aku, lepas makan kami p antaq barang kat kilang lain. Part yang paling lawaknya masa aku tengah drive nak p kilang antaq barang aku hilang focus sampai Abang Nazli jerit, "Brek oi brek brek!" Haha camna la aku boleh hilang focus, ni mesti aku dok leka masa dengaq abang-abang tu sembang. Yang tu takpa lagi, ada masa tu lepas antaq barang kat kilang tu, time tu tengah lalu bawah fly over aku hilang focus lagi, aku hampir-hampir nak langgaq keta yang lalu bertentangan, haha tak tau la sebab pa boleh hilang focus lagi, nak kata ngantuk pon tak. Aish malu aku, dah la ada polis dok kat situ, mesti depa ingat aku ni orang gila, hahaha. Abang-abang tu pon dok perli aku macam-macam, haha hangpa boleh la kata yang aku ni tak reti bawak keta but, did you dieded? (actually the correct one is 'die' but I used 'dieded', only 9gaggers will understand, haha).

0 comments:

Post a Comment