L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Barclays Premier League 2014/2015: Tottenham Hotspur vs Arsenal

Sunday 8 February 2015

Barclays Premier League 2014/2015: Tottenham Hotspur vs Arsenal

Untuk post kali ni aku nak buat review sikit dengan game yang aku dah tengok semalam iaitu perlawanan antara Tottenham Hotspur dengan Arsenal. Memang semalam banyak game best-best, Atletico lawan Real Madrid, Juventus lawan AC Milan dan Everton lawan Liverpool yang berkesudahan 0-0. Kalau la Liverpool menang semalam ada can nak potong Arsenal tapi kira okay la dapat clean sheet, satu rekod yang cemerlang. Masa aku tengok game Tottenham dengan Arsenal semalam aku agak yang mamat Harry Kane tu mesti buh gol punya. Tenyata memang betul tekaan aku, Kane memang menyerlah season ni, pelik dia ni mai dari mana ntah season lepas tak pernah dengaq pon nama dia tapi dah half season ni dia dah jadi trending meme kat internet, lol. Lepas ni abih la Real Madrid nak beli dia, Madrid memang suka nak curi star orang pon hahaha.


Mesut Özil meledak gol pertama perlawanan untuk Arsenal pada minit ke-11. Kebetulan no jersey dia pon no 11.
Pada separuh masa kedua Tottenham menyamakan kedudukan melalui jaringan daripada Harry Kane pada minit ke-56.


Setengah jam kemudian Harry Kane sekali lagi menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah dan memastikan 3 mata penuh untuk Tottenham Hotspur.
Harry Kane telah pon meledak 12 gol liga, pemain Tottenham yang paling banyak menjaringkan gol di Premier League.

0 comments:

Post a Comment