Hampa biasa dengaq tak pasai penyakit sinus? Haa kalau nak tau penyakit sinus ni terjadi kalau hampa dok bersin tak henti-henti. Apa yang dimaksudkan dengan sinus? Sinus adalah rongga kecil berisi udara yang terletak di belakang tulang pipi dan dahi. Untuk maklumat selanjutnya sila refer to Mr. Google (aku malas nak copy paste kat sini, hahaha). Aku baru tau pasai penyakit ni baru hari ni ja, padahal dah lama dah aku ngidap penyakit ni. Camna aku boleh tau? Haa, ni yang aku nak cita ni. Citanya bermula begini... hari ni aku ambik cuti, nak teman mama aku p hospital, sebelum tu kami breakfast kat McD Perda. Time tu aku selsema teruk, bersin tak henti-henti. Masa tengah makan ada sorang makcik dok sebelah kami, Chinese. Aku dok bersin mama aku bagi tisu la, pastu makcik ni teguq kami, dia ngan mama aku dok sembang la pasai penyakit sinus ni. Pastu dia tunjuk kat kami satu video kat fon dia camna nak hilangkan penyakit sinus. Cara dia first kena take deep breath, and then tepuk dari bahu kiri sampai ke pergelangan tangan kiri, take deep breath lagi pastu buat benda yang sama dekat tangan kanan pulak, kalau tak paham boleh tengok video kat YouTube. Aku dari zaman sekolah rendah lagi dok selsema ja, aku ingat lagi sebelum nak p sekolah aku mesti bubuh Vicks kat hidung aku, sekarang aku tak pakai Vicks dah la cuma aku still kerap selsema, especially lepas mandi. Sekarang aku dah tau dah camna nak hilangkan penyakit sinus ni, nak try apply tengok cara yang makcik tunjuk dalam video tu, kot-kot berkesan, lepas ni tak payah nak pakai Vicks dah.
Thursday, 28 September 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment