L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Kingsman: The Golden Circle (2017)

Monday 25 September 2017

Kingsman: The Golden Circle (2017)






Kingsman: The Golden Circle adalah sebuah cerita aksi dengan komedi. Matthew Vaughn. Movie ni dia sambungan dari movie Kingsman: The Secret Service (2014), yang juga diadaptasi dari sebuah siri komik Kingsman. Movie ni menampilkan Colin Firth, Taron Egerton, Mark Strong, Edward Holcroft and Sophie Cookson melakonkan balik watak depa masa movie Kingsman yang first, pelakon baru Julianne Moore, Halle Berry, Pedro Pascal, Elton John pon ada jugak, Channing Tatum yang memang famous dengan filem lawak dan Jeff Bridges.



INFO


Directed by: Matthew Vaughn
Released dates:
  • 18 September 2017 (London)
  • 20 September 2017 (United Kingdom)
  • 22 September 2017 (United States)
Running time: 2 hours 35 minutes



CAST


  • Colin Firth as Harry Hart / Galahad
  • Julianne Moore as Poppy Adams
  • Taron Egerton as Gary "Eggsy" Unwin / Galahad
  • Mark Strong as Merlin
  • Halle Berry as Ginger
  • Elton John as himself
  • Channing Tatum as Tequila
  • Jeff Bridges as Champagne "Champ"
  • Pedro Pascal as Whiskey
  • Edward Holcroft as Charles "Charlie" Hesketh
  • Hanna Alström as Crown Princess Tilde of Sweden




SYNOPSIS



Selepas ibu pejabat Kingsman dimusnahkan oleh orang jahat, ahli-ahli Kingsman menemui ahli organisasi perisik baru yang dikenali dengan nama 'Statesman'. Eggsy dan Merlin menemui kawan lama mereka yang disangkakan mati, Harry dipulihkan oleh ahli Statesman tapi Harry dah hilang ingatan dan dia lupa yang dia adalah ahli kumpulan Kingsman. Eggsy berusaha untuk memulihkan ingatan Harry dan akhirnya berjaya. Kemudian mereka bersama dengan seorang ahli Statesman, Whiskey bekerjasama untuk menumpaskan Poppy Adams, seorang pompuan jahat yang menjalankan bisnes dadah terbesar di dunia yang mengugut presiden Amerika untuk menghalalkan operasi dadah. Tapi selepas Poppy Adams dibunuh berlaku pulak persengketaan antara mereka.






COMMENT


Walaupon cita dia lama gila, tapi bagi aku cita Kingsman ni cita 'one of the best' untuk tahun ni so far. Dia punya scene aksi tu memang gempak sebab camera dia pusinng-pusing ikut pergerakan depa masa tengah fight (bukan semua scene aksi), memang pening sikit tapi dalam masa yang sama rasa satisfying jugak. Ramai yang kata movie yang first lagi best dari movie ni, aku tak boleh nak pertikaikan sebab aku pon tak tengok lagi yang first punya, so aku tak boleh nak bantah or setuju, tapi lepas ni aku try tengok balik yang first punya, kalau first punya lagi best baru boleh condemn movie ni, hahaha.


RATING

  • Rotten Tomatoes: 50%
  • IMDb: 7.4/10

Masa aku tengok cita ni kat wayang hari Rabu lepas, 20hb, kira baru 5 hari jugak la movie ni ditayangkan, so agak logik jugak rating yang movie ni dapat, in few days mungkin akan naik. Aku punya rating berapa lak nak bagi? Kalau aku bagi 9/10 mungkin tak over sangat kot, kalau boleh nak ja aku bagi full rating tapi ikut logik la setiap movie mesti ada dia punya kekurangan, btw aku memang enjoy gila tengok movie ni, walaupon sampai 2 jam lebih ngan tiket pon mahai nak mampuih, hahaha.





0 comments:

Post a Comment