Aku selalu suka bila rambut aku panjang, tapi ramai yang suruh aku potong rambut bila rambut aku dah panjang, mungkin bagi depa rambut aku nampak serabut kot dah sebab rambut aku jenis rambut kerinting, kalau aku p salon mungkin depa tak bising dah, hahaha tapi malas la aku nak p salon, membazir duit ja. Awat aku ni suka simpan rambut sangat? Boleh kata dari zaman sekolah rendah lagi. Setiap kali ayah aku nak bawak aku p kedai gunting rambut aku rasa macam nak nangis ja, sayang sangat rambut. Sekarang ayah aku dah tak kisah dah, dah dewasa dah, lagipon bukannya aku sekolah ngan ayah aku lagi (ayah aku dulu cikgu disiplin so that's why aku tak boleh simpan rambut, lol). Masa sekolah menengah pulak aku selalu masuk bilik disiplin disebabkan oleh rambut aku, banyak kali jugak kena potong dengan cikgu disiplin, tak payah p kedai dah, kira jimat duit aku, wakaka. Selain member aku, sometimes mama aku pon teguq aku jugak suruh p potong rambut, aku pon kadang-kadang rimas jugak dengan rambut aku, nak bajet emo tapi rambut pon kerinting, lain la kalau rambut straight, memang patut aku potong rambut pon. The best moment bila aku dah potong rambut semua orang mesti teguq and puji aku. Mungkin aku lagi hensem kalau rambut pendek berbanding dengan rambut panjang tapi aku rasa sebaliknya. Ada ka tadak rambut ka tak hensem jugak pa aku, perasan lebih ja aku ni, hahaha.
Sunday, 17 September 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment