L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: I Have to Be Careful to Not Let My Ear Hurts Again

Wednesday, 20 September 2017

I Have to Be Careful to Not Let My Ear Hurts Again

Dari Ahad 2 minggu lepas telinga belah kiri aku rasa sakit sangat, aku ingat sat ja rasa sakit tapi dah seminggu aku rasa sakit. Aku pon tak tau apa punca dia. Aku tanya si Ali hari Rabu minggu lepas kat mana klinik pakar telinga dia pon tak tau kat mana. Aku tengok Google ada pon dekat belah pulau, jauh pulak kalau nak p. Aku ingat nak ambik MC tapi dah sebab mama aku kena operate keesokkan harinya (Khamis minggu lepas) aku mintak emergency leave kat bos aku, dia pon bagi la so bermakna aku tak payah ambik MC. Ali pon terkejut la bila aku cakap mama kena operate dia pon terus p rumah aku. Aku rasa bersalah jugak buat si Ali jadi risau tapi dia kata dia okay ja, lagipon sebab member dia sanggup nak ceriakan aku, dah la bagi kek free kat aku (si Ali ni keja kat kedai kek, yang lebih sepatutnya kena buang kalau ikut prosedur tapi dah sebab tak nak bazir makanan so sebab tu dia bagi kat orang lain, for free!). Aku terhutang budi jugak ngan si Ali ni, bukan senang nak ada kawan macam dia, kira aku ni lucky gila ada kawan macam Ali, hahaha. (Bro jangan menangis bro bila baca post ni). Kami dok sembang la kat luaq rumah aku, Ali tanya aku ada korek telinga sampai jadi sakit aku pon kata tiap-tiap hari aku dok korek. Pastu baru aku sedaq mungkin telinga aku dah bengkak sebab terlalu dalam or kasaq sangat aku korek, si Ali pon rasa camtu jugak, dia pon pernah kena sebelum ni. Ali suggest kat aku ambik cotton bud tu celup dalam minyak gamat and then korek telinga slow-slow. Malam tu jugak aku try buat. 3-4 hari jugak aku apply nasihat Ali, sekarang dah tak rasa sakit dah, Alhamdullilah aku dah boleh jalani kehidupan aku seperti orang normal, nak makan pon tak rasa sakit dah, nak basuh telinga pon tak sakit. Semenjak tu aku dah tak berani dah nak korek telinga aku, haha kalau nak korek pon kena korek slow-slow dan tak terlalu dalam, kalau tak bengkak lagi telinga aku nanti.




0 comments:

Post a Comment