L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Not Sure If I Was Stupid Or Just Careless

Thursday, 5 October 2017

Not Sure If I Was Stupid Or Just Careless

Dari aku start masuk keja sampai la sekarang aku selalu kena ceramah ja ngan Abang Nazri (my manager). Hari ni aku kena kaw-kaw gila ngan dia. Kali ni apa pulak salah aku sampai kena maki? Meh ni aku nak cita. Punca dia aku kena maki aku sebab sample yang aku bagi kat Chris (geng marketing) tu salah, foam tu sepatutnya mirror, tak boleh sama. Aku pon tak tau sebab aku tak check, aku suruh si Dila check ngan QA, si Zharif. Dila and Zharif mungkin tak sedaq yang foam tu sepatutnya kena mirror, tapi aku mengaku yang tu salah aku sebab aku tak tulis dalam drawing and tak p check dulu, sebab aku ingat kalau check kat QA lepas so dah tak dak problem la, tapi sangkaan aku meleset. Abang Nazri ceramah aku gila-gila sebab dia pon kena ngan tauke dalam e-mel. 





Hari ni bukan setakat satu ja aku buat silap, sampai dua kali baq hg, mistake yang ke-2 aku buat hari ni aku send drawing yang obsolete kat customer. Chris yang suruh aku send kat dia, walaupon bukan drawing aku tapi still salah aku sebab tak check dalam sistem, aku p check dalam folder, aku tersilap ambik drawing sebab ada dua folder nama sama, satu folder ada drawing latest, satu lagi ada drawing lama, aku p ambik yang lama punya. Sepatutnya aku check dulu dalam sistem sebab dalam sistem dia tunjuk drawing latest. Yang tu aku cuma kena ceramah dalam e-mel ja, Abang Nazri pon macam dah tak larat nak ceramah aku, hahaha. Hari ni aku memang bad luck gila la, rasa macam nak balik rumah awai ja, tapi aku kuatkan diri buat overtime demi nak kumpul duit, kena maki ngan bos bukan benda first time bagi aku, dari tahun pertama aku keja lagi dah kena dah, so dah biasa dah bagi aku, lol.



0 comments:

Post a Comment