Lepas sembahyang Jumaat petang tadi, aku ngan Abang Fazlee p KWSP. Abang suruh aku p tingkat 4 bagi cek so aku pon p la. Sampai ja tingkat 4 aku masuk la bilik macam kaunter, memang ramai gila orang dok tunggu. Aku ambik la no giliran, tengok-tengok no rasa macam nak pitam ja, hahaha. Lebih kurang 30 orang lebih jugak aku kena tunggu. Time aku duduk kat kerusi tiba-tiba ada pakcik India bagi no dia kat aku tapi aku tolak sebab kesian kat dia. Pelik jugak selalunya orang nak abih cepat tapi pakcik ni siap bagi no dia kat aku. Baru aku tau yang pakcik tu bagi cek kat sorang kakak kat situ. Aku jadi pelik bila kakak tu mai, dia cakap apa ntah pastu ramai orang bagi cek kat dia. Lepas tu bila kakak tu mai sekali lagi aku pon berebut-rebut bagi cek kat kakak tu. Walaupon tak payah p kaunter, tapi still kena tunggu lama jugak sebab nak ambik resit. Lebih kurang 20 minit jugak aku kat bangunan KWSP tu aku pon dapat jugak resit and then p balik kat Abang Fazlee yang tengah tunggu dalam keta tepi jalan. Aku kata la kat abang lambat sebab ramai orang pastu abang tu pon cakap awat aku tak suruh depa pos resit. Lololol awat tak cakap awai-awai? Buat penat ja tunggu resit, kalau tau boleh pos aku dah tak tunggu dah, membazir masa aku ja, dah la time tu tak lunch lagi, abang boleh siap gelak lagi kat aku, nokhorom betui punya perangai.
Friday, 13 March 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment