Post hari ni aku nak cita sikit pasai movie yang aku dah tengok semalam ngan classmates aku iaitu cita Chappie. Kalau nak ikutkan nak tengok Spongebob semalam tapi depa nak tengok Chappie so aku ikut je la. Walaupon tak dapat tengok cita Spongebob tapi aku tetap enjoy tengok cita Chappie sebab movie dia memang best. Aku tak pernah tengok dia punya trailer tapi masa tengok cita Chappie memang tak menghampakan. Rating untuk movie ni aku bagi 5/5, hahaha.
|
Poster movie ni, robot ni namanya Chappie. Movie ni berdurasi selama 120 minit dan menelan kos sebanyak 49 juta dollar menurut Wiki. |
|
Deon Wilson ialah seorang pereka robot yang bekerja di Tetravaal, sebuah kilang senjata. Dia lah yang mencipta Scout, robot polis yang ditugaskan membantu polis mengurangkan kadar jenayah di kota Johannesburg, Afrika Selatan. Salah satu robot itu telah rosak ketika berlawan dengan penjenayah dan Deon sendiri mengarahkan robot tersebut dikitar semula tetapi setelah dia mencipta satu software baru yang setanding dengan kepintaran manusia, dia menarik balik keputusannya untuk mengitar semula robot yang rosak tu kerana ingin memasang software barunya itu dalam robot tersebut tapi kelulusannya ditolak oleh bos dia sendiri. |
|
Pompuan ni la bos Dean, Michelle Bradley yang telah menolak kelulusan untuk Dean memasang software barunya ke dalam robot yang rosak. Jadi Dean mengambil keputusan untuk mencuri robot tersebut dan semasa membawa robot itu dia telah diculik oleh kumpulan pengganas. |
|
Vincent Moore yang dilakonkan oleh Huge Jackman juga seorang pereka robot. MOOSE, robotnya yang lebih besar daripada Scout telah direject. Sebab itu dia selalu dengki dengan Dean dan dia telah melakukan banyak benda untuk menjatuhkan robot Scout untuk membolehkan MOOSE digunakan. |
|
Dari kiri, Ninja dan Yolandi, mereka berdua ni merupakan anggota Die Antword, kumpulan hip hop berasal dari Afrika Selatan melakonkan watak kumpulan jenayah, mereka la yang menculik Dean untuk menghapuskan robot Scout tetapi Dean telah menyatakan kepada mereka yang robot Scout tidak boleh dimatikan. Ninja kurang sabar dengannya dan ingin memotong kaki Dean tapi belum sempat dia berbuat demikian kawannya lagi seorang, Amerika jumpa robot yang rosak dalam van Dean. Jadi Ninja pon menyuruh Dean untuk menjadikan robot itu jadi ganas untuk membantu mereka melakukan jenayah. |
|
Jadi Dean pon cuba memasang software barunya itu ke dalam robot tersebut. Robot tersebut pon berjaya dihidupkan tetapi robot itu menjadi takut lalu menyembunyikan dirinya. Dean dan Yolandi cuba memujuk robot itu dan lama-kelamaan robot itu menjadi selesa dengan mereka dan dia turut belajar bercakap dengan mereka. Dan pada masa itu lah robot tersebut diberi nama Chappie oleh Yolandi. |
|
Chappie sedang melukis setelah diajar oleh Dean sambil disaksikan oleh Yolandi, hasil lukisan Chappie amat mengejutkan mereka. |
|
Yolandi sedang menceritakan tentang kambing biri-biri hitam kepada Chappie. Yolandi yang juga dipanggil Mami oleh Chappie banyak mengajarnya tentang kehidupan manusia. Dia juga bersependapat dengan Dean dan mereka cuba menjadikan Chappie seorang budak baik. Layanan Yolandi terhadap Chappie sangat berbeza dengan Ninja yang ingin menjadikan Chappie seorang gangster. |
|
Adegan lawak apabila Ninja sedang melatih Chappie menggunakan alat senjata, dia mengatakan kepada Chappie bahawa dia perlu 'menidurkan' seseorang dengan pisau sebab tidur itu indah tetapi itu hanya la bahasa kiasan untuk meyakinkan Chappie membunuh seseorang ketika mereka ingin melakukan rampasan tetapi Chappie telah salah anggap dan dia mahu menidurkan Ninja dan Amerika, lol. |
|
Chappie tengah berlawan dengan MOOSE yang menyerang mereka. MOOSE akhirnya dapat ditewaskan tapi malangnya Amerika dan Yolandi telah terbunuh. Well, honestly part tu memang buat aku agak sedih jugak sebab Chappie memang sayang ngan Yolandi. Lepas itu Chappie pon jadi geram and then dia pon p kat kilang cari Vincent Moore nak bunuh dia dan dia pon berjaya melunaskan dendamnya. |
Ending cita ni Chappie tolong pindahkan minda Dean ke satu robot sebab Dean dah cedera teruk kena tembak jadi Chappie tak mau kehilangan penciptanya. Pemindahan tersebut berjaya dan Dean pula dengan badan barunya cuba tolong Chappie pindahkan ke badan baru dan mereka pon pergi ke rumah baru mereka iaitu tempat tinggal kumpulan Ninja. Pada masa itu Ninja amat bersedih dengan kematian Yolandi dan ketika dia sedang membakar gambar Yolandi dia terjumpa satu alat usb yang mengandungi minda Yolandi dan mereka pon mencipta satu robot baru untuk Yolandi.
- THE END -
0 comments:
Post a Comment