Pukui 10 lebih baru aku sampai kilang pagi tadi, bangun lambat punya pasai. Aku dah set alarm pukui 8 setengah tapi camna lak aku tak dengaq. Nasib baik aku set alarm satu lagi pukui 9 setengah and nasib baik aku dengaq, kalau tak sampai tengah hari baru aku bangun, hahaha. Lepas mandi fon aku bunyi aku agak ni mesti abang tengah wasap aku. Ya, memang tepat jangkaan aku yang Abang Fazlee wasap aku tanya aku kat mana, hahaha. Aku pon cakap la baru lepas mandi and then aku pon deraih p kilang. Kalau abang wasap aku mesti dia nak ajak aku kluaq antaq atau ambik barang. Sekali lagi jangkaan aku tepat, hahaha.
Kali ni kami p ILP kat Nibong Tebal ambik barang kat sana. Masuk hari ni dah dua kali kami p sana ambik barang, last kami p hari Jumaat lepas. Hari ni kami ambik barang yang sama jugak sebab hari tu tak muat nak sumbat dalam keta, so memang terpaksa buat dua trip. Hari ni abang forklift tak mai lak so Abang Fazlee la yang kena bawak. Aku pon teringin nak bawak jugak tapi rasa takut lak, hahaha.
Abang Fazlee tengah cuba start forklift tapi tak hidup. Lama jugak nak start menatang ni. 10 minit kemudian baru la boleh start. |
Abang Fazlee tengah bawak forklift letak barang dalam keta. Kata dia dah 2 tahun dia tak bawak forklift, hahaha. |
Forklift abih gas lak so terpaksa la kami pindah barang guna tangan. |
Dekat pukui 12 baru la settle, ni sebab forklift la ni masa kami terbuang, hahaha. Selalunya guna forklift la jimat masa ngan tenaga kami tapi hari ni kami kena troll kena forklift, hahaha.
0 comments:
Post a Comment