L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: March 2015

Tuesday, 31 March 2015

Esok dah start GST, adakah hangpa semua dah bersedia? Nak tak nak start esok dah kena belajaq berjimat cermat sebab semua benda akan jadi mahai so memang dah tak boleh nak berjoli lagi, hahaha. Aku tak tau nak kata pa dah kalau ada lagi yang sokong kerajaan. Depa ni tak abih-abih nak menyusahkan rakyat ja. Sedih ngan kecewa aku ngan depa ni, tak pikiaq langsung pasai rakyat yang susah. Aku bersyukur sebab aku bukan la orang susah tapi aku kesian ngan orang lain yang hidup susah, yang hidup kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aku harap semua kawan-kawan aku tau time nak mengundi nanti nak undi sapa.

Monday, 30 March 2015

Pukui 10 lebih baru aku sampai kilang pagi tadi, bangun lambat punya pasai. Aku dah set alarm pukui 8 setengah tapi camna lak aku tak dengaq. Nasib baik aku set alarm satu lagi pukui 9 setengah and nasib baik aku dengaq, kalau tak sampai tengah hari baru aku bangun, hahaha. Lepas mandi fon aku bunyi aku agak ni mesti abang tengah wasap aku. Ya, memang tepat jangkaan aku yang Abang Fazlee wasap aku tanya aku kat mana, hahaha. Aku pon cakap la baru lepas mandi and then aku pon deraih p kilang. Kalau abang wasap aku mesti dia nak ajak aku kluaq antaq atau ambik barang. Sekali lagi jangkaan aku tepat, hahaha. 

Kali ni kami p ILP kat Nibong Tebal ambik barang kat sana. Masuk hari ni dah dua kali kami p sana ambik barang, last kami p hari Jumaat lepas. Hari ni kami ambik barang yang sama jugak sebab hari tu tak muat nak sumbat dalam keta, so memang terpaksa buat dua trip. Hari ni abang forklift tak mai lak so Abang Fazlee la yang kena bawak. Aku pon teringin nak bawak jugak tapi rasa takut lak, hahaha.

Abang Fazlee tengah cuba start forklift tapi tak hidup. Lama jugak nak start menatang ni. 10 minit kemudian baru la boleh start.

Abang Fazlee tengah bawak forklift letak barang dalam keta. Kata dia dah 2 tahun dia tak bawak forklift, hahaha.

Forklift abih gas lak so terpaksa la kami pindah barang guna tangan.

Dekat pukui 12 baru la settle, ni sebab forklift la ni masa kami terbuang, hahaha. Selalunya guna forklift la jimat masa ngan tenaga kami tapi hari ni kami kena troll kena forklift, hahaha.

Sunday, 29 March 2015

Tengah hari tadi ayah aku ajak p kenduri kat Juru aku pon ikut la. Nak halfway kat sana kami sesat sebab ayah aku tak tau kenduri tu kat mana. Pastu ayah aku call member dia tanya kenduri tu kat mana baru la tau. Bila jumpa dah kenduri tiba-tiba ayah aku cakap tak jadi p. Lol aku pon macam wtf? Ayah aku cakap dia segan sebab sorang pon dia tak kenai. Dia kenai orang yang ajak p kenduri tu ja aku suruh ayah aku call dia tapi dia tak angkat. Last-last kami p makan kat AEON Big sebab adik aku nak beli barang kat sana. Boleh kata first time jugak la ayah aku tiba-tiba tukaq fikiran dia, hahaha.

Saturday, 28 March 2015

Friday, 27 March 2015

Post hari ni aku nak cita sikit pasai semalam. Boleh kata busy jugak aku semalam. Lebih kurang pukui 9 setengah pagi kami dah kluaq. Kami p 3 tempat Penang Port. Banyak jugak tempat Penang Port, tak tau sebab apa banyak, mungkin lain department kot. Abang Nazli pon ikut kami jugak. Selalu aku dok ngan Abang Fazlee kami macam serius ja tapi bila ada Abang Nazli ceria sikit dalam keta sebab dia suka buat lawak, hahaha. Lepas kami p Penang Port kat Butterworth kami gerak p belah pulau lak. Time tu dah pukui 1 lebih so kami pon lunch. Memang lapaq gila aku time tu, selalu kalau nak makan mesti pilih tempat kali ni p tempat mana pon aku tak kisah janji dapat makan, hahaha. Kami makan kat kedai Restoran Sup Hameed. Depa kata sup dia special, nasi kandaq dia pon boleh tahan. Harga toksah kata la kat area Penang ni memang mahai pon. Lepas tu kami pon p Penang Port kat area sana bagi kotak sampul surat and then kami p cari kedai nak beli planner lak. Masa otw balik tu tertidoq truih aku, maklumlah dah makan kenyang-kenyang, hahaha. Pukui 3 lebih baru la kami sampai kilang, memang jalan sakan kami semalam, hahaha.

Ni la dia resit untuk makan tengah hari kami.
Tun M pon pernah mai makan kat kedai ni jugak.
Puas makan sambung keja balik.

Thursday, 26 March 2015

Malam semalam walaupon penat keja dapat jugak luangkan masa dengan kawan-kawan kelas aku. Aku selalu ajak depa kluaq tengok wayang hari Rabu sebab tiket murah and aku tak payah ambik adik aku balik ngaji. Zack, Eyfa, and Pyqah, depa praktikal kat tempat sama, bila aku ajak depa takmau, depa ajak aku pulak yang takmau. Tapi semalam depa jadi jugak nak tengok wayang. kami tengok wayang kat Sunway Carnival cita 'Insurgent'. Aku tak berpa paham sangat dengan storyline dia sebab cita dia sambungan dari cita 'Devergent' yang taun lepas punya. Lepas tengok wayang kami p dinner kat tempat feveret aku, Restoran Tomyam Pertama. Masa otw nak p makan Zack cita la sikit pasai movie yang kami dah tengok tu. Dia pon ada cita balik pasai cita Divergent tu tapi aku still have no idea ngan movie tu, hahaha.

Wednesday, 25 March 2015

A wise man once sat in the audience and cracked a joke. All laughed like crazy. After a moment, he cracked the same joke again and a little less people laughed this time. He cracked the same joke again and again, when there was no laughter in the crowd, he smiled and said, "When you can't laugh on the same joke again and again, then why do you keep crying over the same thing over and over again?

Tuesday, 24 March 2015

Selalunya aku dok sorang-sorang kat umah, tapi minggu ni adik aku yang study kat Pahang tu balik umah so tak la rasa kesunyian sangat dok umah, hahaha. Tapi kan aku rasa lebih syok kalau aku dok sorang-sorang sebab kalau nak bogel pon bukan orang tengok, hahaha. Lepas ni rasa-rasanya tinggal aku ngan parents aku je la yang ada kat umah sebab dorang adik aku yang amik SPM ngan UPSR taun ni mungkin depa p merantau. Parents aku pon dok bising suruh aku p merantau jugak tapi paham-paham je la aku ni kan homesick, lol.

Monday, 23 March 2015

Semalam bukan la hari yang baik untuk penyokong Liverpool. Kalah dengan Man Utd menjejaskan peluang Liverpool untuk bermain di Champions League season depan. Aku tak sangka Liverpool boleh kalah, masa lawan City boleh lak menang, tapi itulah bola sepak, macam-macam boleh berlaku. Aku boleh terima kekalahan ni, bagi aku Liverpool tak layak menang sebab kalau tengok disiplin pemain-pemain Liverpool memang out. Yang aku tak paham macam mana Gerrard boleh dapat red card sedangkan baru beberapa saat ja dia dok atas padang. Dah la ketinggalan 0-1, pastu red card lak, macam mana la nak menang. Well, sebenaqnya aku tak kisah pon kalau Liverpool tak dapat main dalam european tournament season depan sebab pada pendapat aku la kan kalau Liverpool tak main Champions League or Europa League depa boleh perbaiki kedudukan di liga. Tengok season lepas Liverpool tak main pon european tournament tapi dapat jugak no. 2 dalam liga. Tapi season ni tempat ke-5 lak sebab main dalam european tournament yang mana kau rasa punca keletihan pemain dan sebab tu Liverpool tak berapa konsisten masa awai musim. Walauapapon ada lagi 8 game lagi, Liverpool mungkin ada peluang nak dapat top 4, just keep believing. #YNWA

Saturday, 21 March 2015

Lebih kurang sebulan lebih jugak aku tak jumpa best friend aku tapi petang tadi dapat juga luangkan masa dengan dia. Selalunya bila kami kluaq kami selalu lepak kat Sunway Carnival tapi hari ni kami lepak kat AEON Bukit Mertajam lak. Aku yang cadangkan p lepak kat situ sebab dah lama tak p sana. Lagipon aku ada kad food court, dalam kad tu ada balance lagi so rugi la kalau tak guna, hahaha. Apa yang kami buat kat sana? Lunch, tengok wayang, ngan teman member aku shopping. 

Ni la lunch kami tengah hari tadi, nasi ayam crispy ngan teluq mata. Setiap kali makan kat food court aku selalu makan benda ni, hahaha.
Lepas makan aku p semayang sat. Cantik jugak surau kat sana.
Teman best friend aku ni beli alat tulis kat kedai Popular.
Kami tengok cita 'Out Of The Dark', cita horror. Orang dok depan aku ni dok layan video lak dalam fon dia, maybe sebab takut sangat kot, hahaha.
Sebelum balik aku teman sat budak ni makan. Patut la badan berisi ja budak ni, hahaha.

Friday, 20 March 2015

Lepas semayang Jumaat petang tadi aku ikut Abang Fazlee p UiTM antaq fail. Banyak jugak la fail yang kami antaq, lebih kurang 2 ribu lebih dalam 10 bungkus. Memang kena buat dorang jugak la kalau buat sorang-sorang mampuih. Rasa-rasanya hari ni dah masuk kali ke-3 aku masuk UiTM sejak praktikal. Walaupon bukan student kat situ, tapi dapat jugak aku merasa environment kat dalam UiTM. Bila aku tengok student-student kat situ jalan sambil pegang buku tiba-tiba rasa macam aku ni kena lebih serius dengan masa depan aku. Sepanjang aku dok kat poli aku tak rasa macam tu pon sebab aku tak serius sangat, hahaha. Aku pon tak sure lepas dapat diploma nak sambung buat degree ka atau keja dulu, aku blur tapi bagi aku okay jugak kalau masuk UiTM sebab dekat ja ngan umah aku (punya la takmau berjauhan ngan famili). Mungkin satu hari nanti aku lepak kat UiTM sebagai seorang student, yeah, maybe or maybe aku keja dulu kot, tak sure, aku blurrr!!!!!

Thursday, 19 March 2015

Hari ni memang ngantuk gila, masa aku ikut Abang Fazlee p antaq barang terlena aku dalam keta, lama jugak. Nyamuk la punca aku tak boleh lena semalam. Aku dah pasang ubat nyamuk tapi dia mai kacau aku jugak, tak aman aku nak tidoq. Aku pon terpikiaq nak beli raket tampaq nyamuk letrik. Dulu ada tapi dah rosak. Memang berkesan jugak guna benda tu. Petang tadi masa abang singgah kat kedai hardware aku pon teringat nak beli. Aku tanya auntie tu dia cakap ada. Tak la mahai sangat, RM12 ja pon. Auntie tu pon tanya aku nyamuk selalu kacau ka, hahaha. Lepas ni aku tak sabaq-sabaq nak tampaq nyamuk, nak balas balik dendam aku yang terpendam selama ni, hahaha. *gelak jahat*

Wednesday, 18 March 2015

Masuk hari ni dah  hari Abang Zubir tak mai kilang, tapi hari ni Abang Mat Nor pon tak mai jugak. So tinggai aku ngan Abang Fazlee je la yang dok kat bahagian bawah kilang. Penyelia ngan seorang kakak buat design ada jugak tapi depa dok dalam ofis, kadang-kadang penyelia aku, Abang Azizi mai lepak bawah. Abang Azizi yang selalu bawak moto sekarang dah bawak keta, tak tau la moto dia rosak atau dia teringin nak bawak keta lak, hahaha. Selalu aku lunch sekali ngan Abang Fazlee, Abang Mat Nor ngan Abang Zubir tapi dua-dua abang tak mai so aku ngan Abang Fazlee je la. Dan selalunya jugak kami makan kat kedai melayu tapi start semalam ngan hari ni kami balun nasi kandaq lak. Dah lain dah rasanya rutin harian aku kat kilang, hahaha.

Tuesday, 17 March 2015

Tiga hari lepas Koko dah beranak 4 ekoq anak kucing, tapi semalam giliran Angah lak beranak, bukan 4 ekoq, tapi 5 ekoq! Dafuq? Aku pon terkejut bila mama aku call aku pagi semalam kat kilang, ingatkan benda urgent tapi rupa-rupanya mama aku cakap pasai kucing, hahaha. Tapi agak surprise jugak la semalam sebab aku pon tak expect yang Angah akan beranak. Memang tak percaya yang kucing boleh beranak sampai 5 ekoq, dah la Angah tu tak sampai setahun lagi. Tapi malangnya 2 ekoq dah mati, mungkin dok lama sangat dalam perut kot. So kat umah aku sekarang dah ada 7 ekoq anak kucing campuq Koko, Angah, ngan Achik dah jadi 10 ekoq kucing. First time jugak la famili aku bela bela lebih dari 2 ekoq kucing, aku pon dah konfius nak bagi nama apa kat anak kucing aku nanti, hahaha.

Monday, 16 March 2015

Masa lunch tengah hari tadi aku ikut Abang Fazlee ngan Abang Mat Nor p makan. Abang Zubir taktau dia p mana hari ni. Kali ni kami p makan kat kedai lain, selalu makan kat Sila O Sila ja kan so depa pon dah cemuih, hahaha. Tapi aku tak cemuih pon makan kat Sila O Sila sebab tempat tu sedap ngan murah. Dah depa cemuih so aku ikut je la depa. Abang Fazlee bawak kami p mana ntah kat area Jawi. Dia kata dia cari nasi kandaq kat area situ tapi dia pon dah lupa kedai tu kat mana. Last-last kami p makan kat Nasmir tak jauh dari area situ. Aku bukan suka pon makan kat Nasmir, tak sedap mana pon tapi terpaksa la ikut depa, again!

Sunday, 15 March 2015

Pagi tadi aku antaq keta aku p pasang tinted ngan ayah aku. Dapat jugak aku merasa bawak keta cermin tinted, memang happy jugak rasa bila ayah aku sanggup perabih duit dia untuk keta aku. Kalau boleh aku nak guna duit elaun tapi dah dua bulan aku tak dapat elaun so terpaksa la guna duit ayah aku, hahaha. Memandangkan cuaca makin panas la ni, rasa tak rugi pon pasang tinted kat keta. Lepas ni abang-abang kilang tu tak la merungut dah kalau aku bawak depa p makan angin, hahaha.

Saturday, 14 March 2015

Tengah malam semalam Koko dah selamat melahirkan anak. Mula-mula aku tengok ada dua ekoq, pastu mai petang tadi ada dua ekoq lagi so dah ada empat ekoq. Dari tahun lepas sampai sekarang dah 12 ekoq anak kucing Koko beranak, hebat dia, boleh jadi ibu kucing mithali, hahaha. Anak betina Koko yang first sekali, Angah pon ada baby dalam perut dia jugak, tak tau lagi bila dia nak beranak, perut pon dah besaq macam belon. Lepas ni jenuh la nak jaga nak kucing kat umah aku ni tapi main ngan depa best sebab depa comei, hahaha.

Koko dengan baby-baby dia dok dalam almari bilik adik aku.
Angah pon ada baby dalam perut dia.
 

Friday, 13 March 2015

Lepas sembahyang Jumaat petang tadi, aku ngan Abang Fazlee p KWSP. Abang suruh aku p tingkat 4 bagi cek so aku pon p la. Sampai ja tingkat 4 aku masuk la bilik macam kaunter, memang ramai gila orang dok tunggu. Aku ambik la no giliran, tengok-tengok no rasa macam nak pitam ja, hahaha. Lebih kurang 30 orang lebih jugak aku kena tunggu. Time aku duduk kat kerusi tiba-tiba ada pakcik India bagi no dia kat aku tapi aku tolak sebab kesian kat dia. Pelik jugak selalunya orang nak abih cepat tapi pakcik ni siap bagi no dia kat aku. Baru aku tau yang pakcik tu bagi cek kat sorang kakak kat situ. Aku jadi pelik bila kakak tu mai, dia cakap apa ntah pastu ramai orang bagi cek kat dia. Lepas tu bila kakak tu mai sekali lagi aku pon berebut-rebut bagi cek kat kakak tu. Walaupon tak payah p kaunter, tapi still kena tunggu lama jugak sebab nak ambik resit. Lebih kurang 20 minit jugak aku kat bangunan KWSP tu aku pon dapat jugak resit and then p balik kat Abang Fazlee yang tengah tunggu dalam keta tepi jalan. Aku kata la kat abang lambat sebab ramai orang pastu abang tu pon cakap awat aku tak suruh depa pos resit. Lololol awat tak cakap awai-awai? Buat penat ja tunggu resit, kalau tau boleh pos aku dah tak tunggu dah, membazir masa aku ja, dah la time tu tak lunch lagi, abang boleh siap gelak lagi kat aku, nokhorom betui punya perangai.

Thursday, 12 March 2015

Pagi tadi masa kluaq ngan Abang Fazlee kan dia cita kat aku yang semalam dia bagi hilang cek, katanya mungkin masa dia nak bawak kluaq fon dia dalam poket cek tu terjatuh la kot. Lepas tu lak dia kata lepas cek tu hilang dan dia tak dapat cari, masa dia nak minum ayaq Milo bungkuih, tiba-tiba tumpah lak atas seluaq dia sebab dia tersilap cucuk kuat sangat masa dia nak kacau ayaq, abih seluaq dia. Memang semalam dia tak bernasib baik. Yang tu cita semalam tapi cita hari ni lak dia tak bernasib baik jugak, masa kami p umah cikgu nak ambik cek tengah hari tadi abang tu terlanggaq tiang konkrit rumah yang tak siap lagi masa tengah reverse. Kuat jugak sampai aku pon terkejut, mati-mati aku ingatkan langgaq keta orang tapi nasib baik langgaq tiang ja. Memang tak nampak tiang tu kalau tengok cermin sisi, nak tengok belakang pon memang tak nampak jugak sebab cermin belakang dah berkarat dia punya tinted so masa nak reverse tu memang kena tengok siap-siap dah kat luaq keta ada apa kat belakang. Dah la time tu cikgu kat luaq umah, dia dok perati kami ja, hahaha. Cikgu pon tak kata apa dia still senyum jugak, even semalam pon abang tu bagi hilang cek. Kesian abang, lain kali berhati-hati la ye.

Wednesday, 11 March 2015

Tak sampai sebulan lagi GST akan dilaksanakan di Malaysia, kalau nak tau apa tu GST baca bawah ni...

Beberapa hari lepas, saya telah pergi kursus GST di kastam kelana jaya, tiada tujuan lain melainkan ingin mendaftar kerana saya merupakan seorang ahli perniagaan. Di sini saya akan ceritakan bagaimana GST dilaksanakan, rupanya ianya amat menguntungkan bagi kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit tetapi TIDAK kepada pengguna. Cara kiranya begini setelah saya tamat berkursus dengan penuh bangga!

Contoh:

Sebiji aircond yang di buat oleh pengilang, segala bahan materialnya akan di kenakan cukai GST sebanyak 6%, maka kosnya juga akan meningkat 6%, dari harga asalnya, sebelum sampai segala material kepada pengilang, pembekal juga akan di kenakan cukai GST 6% untuk setiap material, ini menjadikan jika sebiji aircond 1.0 hp jika dulunya berharga RM 700.00, ianya akan bertambah menjadi 12% dari harga asalnya iaitu RM 784.00

Kemudian pengilang akan menjual kepada pemborong dengan tambahan 6% GST lagi menjadikan harga aircond 1.0 hp itu tadi menjadi RM 831.00.

Sesudah itu pemborong pula akan menjualnya pada peruncit dengan cukai 6% GST di tambah dengan mengambil keuntungan RM 50 ianya menjadikan aircond 1.0 hp itu tadi kepada RM 831.00 + RM 50.00 + 6% GST = RM 933.90

Kemudian peruncit akan menjualnya pada pemasang dengan menambah keuntungan RM 50.00 + RM 933.90 + 6% GST = RM 1042.40

Seterusnya pemasang pula akan mengenakan bayaran pemasangan sebanyak RM 250 + RM 1042.40 + 6% GST
= RM 1369.60

Harga sebenar sebelum adanya GST bagi sebiji aircond 1.0 hp sehingga terpasang di rumah anda adalah RM 1369.60 / 100 x 70 = RM 958.70 saja! ini bermakna anda wajib menambah RM 411.00 lagi setelah GST di laksanakan pada 1 April 2015 bagi di kongsi-kongsikan oleh kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan pemasang!

Kesemua mereka boleh claim balik pada kerajaan dan hanya pengguna saja tidak boleh claim kepada kerajaan, bunyinya seperti indah bukan? Tetapi sebenarnya, pengguna terpaksa membayar 30% cukai kepada kerajaan, kerajaan berkongsi keuntungan itu kepada peniaga yg memang telah kaya raya atas dasar penindasan dan kezaliman yang melampau ini. Rakyatlah akan tanggung semuanya!

Berdasarkan merit dan populasi pekerjaan, di anggarkan seramai 14 juta pekerja dan berjuta masih belajar dan tidak bekerja dan hanya 2 juta saja peniaga di malaysia, maka secara realitinya, 3/4 rakyat malaysia akan di tekan 30% cukai sama rata dari pendapatan mereka oleh kerajaan
bermula 1 april ini..

Maka akan berlakulah inflasi, iaitu majoriti rakyat akan berkira-kira untuk membeli walau suatu barangan sekalipun, ini akan menyebabkan kecairan wang dalam negara tidak berlaku, ekonomi akan lembab, pemintaan kurang dan pengeluaran akan berlebihan kemudian kerajaan pun akan tumbang!

Begitupun, jika pemasang aircond 1.0 hp itu tadi tidak berdaftar dengan kastam untuk GST, secara rasionalnya mereka tidak akan dapat berdaya saing dengan yang  berdaftar, kerana mereka terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi kerana barang yang mereka beli tidak sama harganya dengan yang berdaftar GST, kerana yang berdaftar, ia boleh merendahkan sedikit harga pemasangannya kerana ia boleh claim semula 6% GST tadi, ini menyebabkan majoriti sumber pendapatan yang tidak berdaftar akan gulung tikar.

Rumusan saya, inilah dia gaya kapitalis terbaru dalam menjerut leher rakyat marhain di malaysia, cukai ini di paksa sebanyak 30% ke atas rakyat yang majoritinya berpendapatan rendah dan cukup-cukup makan. kerajaan yang suka menindas begini pasti tidak akan kekal lama dan pasti rakyat akan menumbangkan atau menggulingkan mereka.

Tetapi, mungkin ada yg berkata, "kami tak guna air cond". Tetapi cuba bayangkan sahaja bila harga alat ganti kenderaan dikenakan 6%?? Secara tidak langsung, kita dpt bayangkan apa sahaja yg dibawa oleh kenderaan itu akan turut naik waima serbuk kari sekalipun....

Pertanyaan saya, di manakah pakar-pakar ekonomi kita yang kononnya hebat hingga perkara sebegini jelas penindasannya boleh berlaku?

Ni sebenarnye gst..

Tuesday, 10 March 2015

Monday, 9 March 2015

Post hari ni aku nak cita sikit pasai movie yang aku dah tengok semalam ngan classmates aku iaitu cita Chappie. Kalau nak ikutkan nak tengok Spongebob semalam tapi depa nak tengok Chappie so aku ikut je la. Walaupon tak dapat tengok cita Spongebob tapi aku tetap enjoy tengok cita Chappie sebab movie dia memang best. Aku tak pernah tengok dia punya trailer tapi masa tengok cita Chappie memang tak menghampakan. Rating untuk movie ni aku bagi 5/5, hahaha.


Poster movie ni, robot ni namanya Chappie. Movie ni berdurasi selama 120 minit dan menelan kos sebanyak 49 juta dollar menurut Wiki.
Deon Wilson ialah seorang pereka robot yang bekerja di Tetravaal, sebuah kilang senjata. Dia lah yang mencipta Scout, robot polis yang ditugaskan membantu polis mengurangkan kadar jenayah di kota Johannesburg, Afrika Selatan. Salah satu robot itu telah rosak ketika berlawan dengan penjenayah dan Deon sendiri mengarahkan robot tersebut dikitar semula tetapi setelah dia mencipta satu software baru yang setanding dengan kepintaran manusia, dia menarik balik keputusannya untuk mengitar semula robot yang rosak tu kerana ingin memasang software barunya itu dalam robot tersebut tapi kelulusannya ditolak oleh bos dia sendiri.
Pompuan ni la bos Dean, Michelle Bradley yang telah menolak kelulusan untuk Dean memasang software barunya ke dalam robot yang rosak. Jadi Dean mengambil keputusan untuk mencuri robot tersebut dan semasa membawa robot itu dia telah diculik oleh kumpulan pengganas.
Vincent Moore yang dilakonkan oleh Huge Jackman juga seorang pereka robot. MOOSE, robotnya yang lebih besar daripada Scout telah direject. Sebab itu dia selalu dengki dengan Dean dan dia telah melakukan banyak benda untuk menjatuhkan robot Scout untuk membolehkan MOOSE digunakan.

Dari kiri, Ninja dan Yolandi, mereka berdua ni merupakan anggota Die Antword, kumpulan hip hop berasal dari Afrika Selatan melakonkan watak kumpulan jenayah, mereka la yang menculik Dean untuk menghapuskan robot Scout tetapi Dean telah menyatakan kepada mereka yang robot Scout tidak boleh dimatikan. Ninja kurang sabar dengannya dan ingin memotong kaki Dean tapi belum sempat dia berbuat demikian kawannya lagi seorang, Amerika jumpa robot yang rosak dalam van Dean. Jadi Ninja pon menyuruh Dean untuk menjadikan robot itu jadi ganas untuk membantu mereka melakukan jenayah.
Jadi Dean pon cuba memasang software barunya itu ke dalam robot tersebut. Robot tersebut pon berjaya dihidupkan tetapi robot itu menjadi takut lalu menyembunyikan dirinya. Dean dan Yolandi cuba memujuk robot itu dan lama-kelamaan robot itu menjadi selesa dengan mereka dan dia turut belajar bercakap dengan mereka. Dan pada masa itu lah robot tersebut diberi nama Chappie oleh Yolandi.
Chappie sedang melukis setelah diajar oleh Dean sambil disaksikan oleh Yolandi, hasil lukisan Chappie amat mengejutkan mereka.

Yolandi sedang menceritakan tentang kambing biri-biri hitam kepada Chappie. Yolandi yang juga dipanggil Mami oleh Chappie banyak mengajarnya tentang kehidupan manusia. Dia juga bersependapat dengan Dean dan mereka cuba menjadikan Chappie seorang budak baik. Layanan Yolandi terhadap Chappie sangat berbeza dengan Ninja yang ingin menjadikan Chappie seorang gangster.
Adegan lawak apabila Ninja sedang melatih Chappie menggunakan alat senjata, dia mengatakan kepada Chappie bahawa dia perlu 'menidurkan' seseorang dengan pisau sebab tidur itu indah tetapi itu hanya la bahasa kiasan untuk meyakinkan Chappie membunuh seseorang ketika mereka ingin melakukan rampasan tetapi Chappie telah salah anggap dan dia mahu menidurkan Ninja dan Amerika, lol.
Chappie tengah berlawan dengan MOOSE yang menyerang mereka. MOOSE akhirnya dapat ditewaskan tapi malangnya Amerika dan Yolandi telah terbunuh. Well, honestly part tu memang buat aku agak sedih jugak sebab Chappie memang sayang ngan Yolandi. Lepas itu Chappie pon jadi geram and then dia pon p kat kilang cari Vincent Moore nak bunuh dia dan dia pon berjaya melunaskan dendamnya.

Ending cita ni Chappie tolong pindahkan minda Dean ke satu robot sebab Dean dah cedera teruk kena tembak jadi Chappie tak mau kehilangan penciptanya. Pemindahan tersebut berjaya dan Dean pula dengan badan barunya cuba tolong Chappie pindahkan ke badan baru dan mereka pon pergi ke rumah baru mereka iaitu tempat tinggal kumpulan Ninja. Pada masa itu Ninja amat bersedih dengan kematian Yolandi dan ketika dia sedang membakar gambar Yolandi dia terjumpa satu alat usb yang mengandungi minda Yolandi dan mereka pon mencipta satu robot baru untuk Yolandi.



- THE END -

Sunday, 8 March 2015

1. At least five people in this world love you so much they would die for you.

2. At least fifteen people in this world love you in some way.
3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to be just like you.
4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you.
5. Every night, someone thinks about you before they go to sleep.
6. You mean the world to someone.
7. If not for you, someone may not be living.
8. You are special and unique.
9. Someone that you don't even know exists loves you.
10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.
11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.
12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.
13. Always remember the compliments you received. Forget the rude remarks.
14. Always tell someone how you feel about them, you will feel much better when they know.
15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.

Saturday, 7 March 2015

Hari ni aku rasa adik aku yang last sekali tu orang paling happy sekali kat dunia ni, sebab parents aku beli basikal baru untuk dia. Tiba-tiba aku teringat balik zaman sekolah rendah dulu masa aku baru 9 tahun, aku ngan adik aku dapat basikal baru, jenama BMX. Kami beli kat Carrefour (sekarang dah jadi AEON Big) yang kat Seberang Jaya, tak la jauh sangat dari rumah kami so kami pon bawak basikal baru kami dari Carrefour balik ke rumah kami. Masa tu dok kat kampung tengah bandar, agak selamat la nak racing basikal kat situ, hahaha. Cepatnya 12 tahun berlalu, rasa nak jadi budak-budak balik.

Friday, 6 March 2015

Pagi tadi kat kilang aku bungkus kertas, banyak jugak, lebih kurang 80 bungkus tapi kali ni aku tak keseorangan sebab abang Zubir tolong aku jugak, haha. Selalunya dia jalan mesin ja tapi dah mungkin tak dak keja dia pon tolong aku. Nasib baik ada orang yang sudi tolong aku kalau tak memang mampuih aku nak buat sorang-sorang, haha. Lebih kurang sejam jugak kami siap bungkus, memang penat, kalau la buat sorang-sorang mesti lagi penat and lambat nak siap. Jimat masa dan jugak jimat tenaga, itulah kepentingan teamwork!

Thursday, 5 March 2015

Wednesday, 4 March 2015

Semalam result SPM dah kluaq, yang dapat straight A's tu aku ucapkan tahniah, yang fail tu jangan risau, masa depa hangpa masih terjamin, jangan ingat SPM ni pengukur kejayaan seseorang, kalau fail pon masih ada peluang lagi untuk berjaya dalam hidup. Yang dapat straight A's tu jangan ingat hangpa dah boleh 'conquer' dunia, banyak lagi cabaran yang hangpa kena tempuhi, nanti bila hangpa dah masuk U baru hangpa tau, ingat life kat U bukan sama macam kat sekolah. Ingat, ini baru permulaan...

Tuesday, 3 March 2015

Masuk bulan ni dah genap setahun aku jadi fan New Found Glory, satu band punk dari Amerika. Sebelum ni hujung tahun 2012 sampai tengah tahun 2013 aku die hard fan Green Day, band pop punk jugak, lepas tu aku pon dah boring dengan depa. Kalau nak tau pop punk ni aku punya feveret music genre. Aku tau band New Found Glory masa hujung tahun 2013 kat hotel, time tu family vacation kat KL, aku dok main laptop tengah cari lagu feveret aku, "Kiss Me" yang cover punya, pastu aku jumpa band ni buat cover lagu feveret aku, aku pon download la. Masuk bulan Februari tahun lepas aku try discover semua lagu New Found Glory, lebih kurang 60 lagu jugak aku download, and that moment aku 'jatuh cinta' ngan band ni dan aku jadi die hard fan depa sampai ke la ni. 

Monday, 2 March 2015

Post untuk hari ni aku nak buat review sikit untuk match semalam, Liverpool lawan Man City. Liverpool menang 2-1 hasil jaringan daripada Jordan Henderson dan Coutinho untuk pasukan tuan rumah dan gol daripada Edin Dzeko untuk pasukan pelawat. Kalau tengok kedudukan liga sekarang Liverpool dah no 5, cuma 2 mata belakang Manchester United yang sekarang no 4, memang performance Liverpool sekarang dah menjadi semakin baik, tahun lepas no 8 sekarang dah no 5, kalau nak tau Liverpool satu-satunya pasukan yang belum kalah tahun ni, kalau Liverpool kekalkan momentum macam ni untuk setiap game aku rasa ada peluang cerah untuk Liverpool main Champions League season depan.

Kapten Liverpool, Jordan Henderson meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-11.
Pada minit ke-26 pasukan pelawat menjaringkan gol penyamaan melalui jaringan gol daripada Edin Dzeko.
Coutinho menjaringkan gol kemenangan untuk Liverpool pada minit ke-75 dengan jaringannya dari luar kotak penalti. Season lepas pon dia score winner masa lawan City.
 

Sunday, 1 March 2015

So hari ni dah pon masuk bulan Mac, sudah tiba masanya untuk aku melakukan perubahan dalam kehidupan aku. Awat, aku tak happy dengan life aku sekarang? Bukan tak happy tapi kalau boleh aku nak jadikan life aku lebih perfect sekali, sampai la aku boleh lupa semua masalah aku, ya..masalah aku yang selalu aku tak boleh berhenti pikiaq. Sepatutnya dari awai tahun ni aku dah berubah tapi sampai sekarang aku still buat benda yang sama. Memang dah lama ada keiinginan untuk berubah tapi susah aku nak buang tabiat buruk aku. Mulai hari ni aku nak berubah dan aku harap sepanjang bulan ni aku dapat kekalkan perubahan aku.