L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Night At The Museum: Secret Of The Tomb

Saturday, 3 January 2015

Night At The Museum: Secret Of The Tomb

          Post kali ni aku nak buat review sikit dengan movie yang aku dah tengok 2 hari lepas iaitu cita Night At The Museum yang secara tak langsung menjadi movie yang pertama aku tengok pada tahun 2015. 


Movie ini berdurasi selama 98 minit dan menelan kos sebanyak 127 juta dollar. Movie ini telah dedikasikan kepada Robin Williams dan Mickey Rooney yang telah meninggal dunia.

Watak utama movie ni, Larry Daley yang dilakonkan oleh Ben Stiller merupakan seorang pengawal yang bertugas di Museum of Natural History di New York City.

Anak Larry, Nicky Daley atau dikenali sebagai Nick ialah seorang yang gemar menjadi DJ dan itu dapat dilihat ketika dia menjadi DJ di parti dalam rumahnya dan kemudian dia disuruh ayahnya menghentikan parti tersebut, lepas tu dia kena sound ngan ayahnya, hahaha. Nick disuruh ayahnya untuk melanjutkan pelajaran di kolej tetapi Nick tidak berminat dan dia mengatakan kepada ayahnya dia ingin menjadi DJ. Impiannya jelas tidak dipersetujui oleh ayahnya tetapi pada penghujung cita ni Nick telah menimbangkan keputusan ayahnya untuk menyambung pelajarannya di kolej. Nick telah mengikut ayahnya pergi ke  British Museum dalam usaha untuk membaiki Tablet Of Akhmenrah yang boleh menghidupkan benda bukan hidup.

Dari kiri: Sacagawea dan presiden Amerika Syarikat ke-26, Theodore Roosevelt yang dilakonkan oleh Robin Williams saling menyukai antara satu sama lain seperti pasangan kekasih.

Askar Roman, Octavius dan patung cowboy, Jedediah merupakan sahabat baik yang selalu bersama dalam movie ini. 

Orang zaman purba, Laa yang jugak dilakonkan oleh Ben Stiller (patut muka depa sama, lol) bersama dengan Tilly, pengawal yang bertugas di British Museum. Tilly mula jatuh cinta kepada Laa apabila Laa merenungnya dengan lama di pondok pengawal. 


Larry dan Nick bersama dengan yang lain melarikan diri daripada dikejar oleh rangka tulang Triceraptors yang hidup.

Larry dan yang lain-lain cuba mencari Octovius dan Jedediah yang hilang ketika mereka lari daripada Triceraptors. Larry mengarahkan Dexter, si monyet untuk mencari Octovius dan Jedediah di ruang pengudaraan dengan menggunakan telefon milik Nick yang diletakkan atas badan Dexter supaya mereka dapat menjejak kedudukan Octovius dan Jedediah.
Lelaki yang berbaju perisai, Sir Lancelot seorang pahlawan yang berkhidmat untuk King Arthur juga menyelamatkan Larry dan kawan-kawan dengan menewaskan Triceraptors dan mengikut mereka dalam misi memperbetulkan Tablet Of Akhmenrah tetapi setelah berjumpa dengan parents Akhmenrah dia merampas tablet dari Larry yang disangkakan Holy Grail dan dia pergi mencari Guinevere.


Ketika mereka mengejar Lancelot untuk mendapatkan balik tablet, mereka terpaksa bertembung dengan 4 ekor singa yang merupakan tugu singa Trafalqa Square yang hidup. Larry kemudian menggunakan lampu picit untuk mengalihkan perhatian mereka setelah dicadangkan oleh Octavius dan Jedediah yang telah menonton video kucing yang bermain lampu di YouTube.
Aksi lucu apabila mereka terpaksa mengambil bas untuk mengejar Lancelot yang menunggang kuda untuk mengambil semula tablet yang dirampas.


Babak terakhir movie ni di mana Tilly menyerahkan kotak yang berisi Tablet Of Akhmenrah kepada McPhee dan menunjukkan McPhee bahawa tablet itu boleh menghidupkan benda-benda di museum dan mereka pon menari dengan yang lain. Dari luar museum Larry yang kini bekerja sebagai guru sekolah melihat museum yang bercahaya itu dan kemudian senyum, THE END.


          Overall movie ni memang best bagi aku dan aku bagi rating 9/10. Aku dapat rasakan yang tahun ni mesti ada movie yang best-best (kalau nak ikutkan tiap-tiap tahun ada movie yang best-best haha). Kepada yang belum tengok cita ni harap jangan baca post ni dulu, nanti tak saspen, hahaha. Lepas tengok baru la baca post ni in case kalau hangpa tak berapa paham dengan flow cita ni.

0 comments:

Post a Comment