Okay post kali ni aku nak buat review sikit dengan game yang aku dah tengok tengah pagi semalam iaitu perlawanan antara Valencia dengan Real Madrid yang berkesudahan 2-1. Masa aku tengok Valencia dah kena sebijik dah tapi aku still tengok jugak la sampai abih game. Memang best gila bila dapat tengok Valencia score 2 bijik memandangkan aku memang tak suka Real Madrid, hahaha.
|
Cristiano Ronaldo meletakkan pasukan pelawat di hadapan dengan jaringan sepakan penalti pada minit ke-14. |
|
Pada separuh masa kedua Valencia berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan daripada Antonio Barragán pada minit ke-52. |
|
Nicolás Otamendi muncul wira pasukan tuan rumah apabila dia menjaringkan gol melalui tandukannya dari corner kick pada minit ke-65. |
|
Gareth Bale dan pemain-pemain Real Madrid yang lain ternyata kecewa dengan kekalahan mereka yang pertama selepas mengharungi 22 perlawanan dengan kemenangan. Walaubagaimanapon mereka masih boleh menarik nafas lega apabila pesaing kuat mereka dalam liga, FC Barcelona turut mengalami kekalahan selepas ditewaskan oleh Real Sociedad 0-1. |
|
Menewaskan Real Madrid bukanlah mudah dan tidak hairanlah pemain-pemain Valencia serta pengurusnya meraikan kemenangan mereka seolah-olah mereka memenangi piala dalam perlawanan akhir. |
Kalau tengok table La Liga sekarang kita dapat lihat 3 pasukan yang boleh cabar kejuaraan liga musim ini. Dengan kekalahan Real Madrid dan Barcelona membolehkan Atletico Madrid merapatkan jurang antara dua pasukan tersebut. Aku tak ambik kisah sangat dengan liga Sepanyol ni memandangkan aku support Liverpool, jadi aku lebih suka layan Premier League berbanding dengan La Liga. Bila dah tadak game sangat nak tengok so aku pon layan jugak la, hahaha.
0 comments:
Post a Comment