L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Last Season

Friday 2 January 2015

Last Season

          Pagi tadi masa tengah tunggu enjin panas aku pon bukak la apps 'Euro Sport' nak tengok result bola semalam, pastu aku terbaca news yang bertajuk 'Liverpool confirm Steven Gerrard to leave in this summer'. Damn!!! Gerrard nak kluaq Liverpool!? Impossible! Sebagai penyokong setia Liverpool memang berita ni amat mengejutkan bagi aku sebab aku ingat dia akan stay dalam 2-3 tahun lagi. Memang bengang jugak aku pagi tadi, dah la semalam seri kat tempat sendiri, pastu dapat tau lak Abang Long (Steven Gerrard) nak kluaq pulak. Sad...nak buat camna, dah decision dia.

  
Gerrard telah bersara di peringkat antarabangsa setelah tamatnya Piala Dunia 2014 dan ingin menumpukan sepenuhnya pada kariernya di Liverpool untuk 2-3 musim lagi tapi nampaknya musim ini akan menjadi musim yang terakhirnya di Liverpool.
Steven Gerrard telah menjaringkan 116 gol dalam 494 perlawanan untuk Liverpool setakat ini.
Steven Gerrard telah memenangi 10 trofi bersama Liverpool tapi malangya sehingga kini beliau gagal memenangi sebarang kejuaraan liga. Piala terakhir yang dimenanginya ialah Piala Liga (English League Cup/Carling Cup) pada musim 2011/2012.
Setelah penyerang berbisa dari Uruguay, Luis Suarez meninggalkan Liverpool untuk menyertai FC Barcelona, prestasi Gerrard menjadi tidak menentu dan kurang konsisten yang mungkin menjadi salah satu faktor yang menyebabkan dia ingin meninggalkan Liverpool.
Steven Gerrard mungkin akan mengikut jejak David Beckham untuk bermain dengan kelab dari Amerika Syarikat, L.A. Galaxy.
          Menurut pandangan dari majoriti penyokong Liverpool dari serata dunia, keputusan Steven Gerrard untuk meninggalkan Anfield (stadium Liverpool) adalah tepat kerana khidmat Gerrard sudah tidak boleh dipakai lagi memandangkan prestasi Gerrard yang terumbang-ambing dan gaya permainannya mungkin tidak sesuai dengan taktik yang diterapkan oleh pengurus Liverpool, Brendan Rodgers. Aku setuju jugak dengan depa tu sebab pada pendapat aku inilah masa yang sesuai untuk beri peluang kepada pemain-pemain muda untuk bermain dalam skuad senior Liverpool memandangkan Gerrard sudah pon berusia. Tapi apa-apa pon aku tetap respect Gerrard dan aku harap dia akan bermain dengan lebih baik lagi dengan kelab barunya nanti.

0 comments:

Post a Comment