L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Flatliners (2017)

Sunday, 22 October 2017

Flatliners (2017)




INFO


  • Directed by: Niels Arden Oplev
  • Written by: Ben Ripley
  • Production company: 
    • Columbia Pictures
    • Cross Creek Pictures
    • Further Films
    • Laurence Mark Productions
  • Distributed by: Sony Pictures
  • Release date: September 29, 2017 (2017-09-29) (United States)
  • Running time: 110 minutes
  • Budget: $19 million
  • Box office: $24.7 million



CAST



  • Ellen Page as Courtney Holmes
  • Diego Luna as Ray
  • Nina Dobrev as Marlo
  • James Norton as Jamie
  • Kiersey Clemons as Sophia




SYNOPSIS

(ALERT! THIS MAY CONTAIN SPOILERS!)


Courtney Holmes merupakan pelajar perubatan yang bekerja di hospital. Dia berminat untuk mengetahui apa yang berlaku selepas manusia mati jadi dia mengadakan satu eksperimen secara rahsia di bilik hospital yang terletak di bawah tanah (bilik tu digunakan ketika bencana alam berlaku). Bilik tu tak pernah digunakan jadi ia adalah tempat yang sesuai untuk Courtney menjalankan eksperimen, tetapi dia tak boleh lepak terlalu lama sangat sebab ada guard yang nak buat rondaan kat kawasan tu. Courtney ajak member dia yang juga pelajar perubatan yang bekerja dengannya, Sophie dan Jamie untuk membantunya dalam eksperimen tersebut. Courtney menyuruh Jamie stop dia punya jantung guna defibrillation dalam tempoh 60 saat and then kejutkan dia. Selepas Courtney tak sedarkan diri mereka berdua cemas dan tak mampu nak pulihkan Courtney. Sophie meminta bantuan daripada Ray dan mereka akhirnya berjaya memulihkan Courtney. Selepas tu Marlo tiba di tempat kejadian dan dapat tau pasal eksperimen tu. Lepas eksperimen tu Courtney jadi semakin pintar yang membuatkan ramai orang jeles. Jamie pon cuba jugak try eksperimen tu diikuti dengan Sophie dan jugak Marlo, hanya Ray seorang ja yang tak buat keja gila tersebut. Walaupon kelebihan eksperimen tu mampu menjadikan mereka semakin pintar tapi dia ada kesan sampingan jugak, kalau nak tau apa dia punya kesan sampingan dia haa tengok la movie ni sampai abih, cukup la setakat ni aku dah spoils banyak abih dah, hahaha.



EXPLAINATIONS

(ALERT! THIS MAY CONTAIN SPOILERS!)


Bagi yang dah tengok movie ni tapi ada part yang tak paham aku boleh jelaskan. Aku tak tau part mana yang hampa tak paham tapi aku huraikan je la point aku. Sebenaqnya bukan adik Courtney yang bunuh dia, tu cuma dia punya ilusi dia ja, padahal dia yang terjatuh sendiri. Sebab Courtney selalu ingat yang dia adalah punca adik dia mati dan tak boleh maafkan diri dia atas perbuatannya tu sebab tu dia punya mind trick dia yang adik dia jugak tak maafkan dia dan berdendam dengan dia padahal dia pon tak tau sama ada adik dia tu maafkan dia or tak. Part yang Jamie kena tikam pisau kat tangan tu pon dia sendiri yang tikam, bukan girlfriend dia. Memang dia tak tunjuk yang Jamie tikam tangan dia sendiri, macam part Marlo masa bawak keta tu yang dia kena lemaskan dalam beg plastik kat muka, bukan orang or hantu cuba nak lemaskan dia, Marlo sendiri yang jadi susah bernafas. Part ni kita boleh tau bukan orang yang nak lemaskan Marlo, sebab part ni dia tunjuk dua scene, Marlo punya ilusi dan bukan ilusi. Macam tu la apa yang berlaku kat Courtney. 



MORAL OF THE STORY

(ALERT! THIS MAY CONTAIN SPOILERS!)


Apa yang boleh kita belajar dari movie ni ialah kita kena lah minta maaf dengan orang yang kita buat salah kat dia dan kalau orang tu dah tadak or mati kita kena lah maafkan diri sendiri. Dalam kes Courtney memang dia yang salah sebab dia main fon masa bawak keta and then accident yang mengorbankan nyawa adik dia, memang betul salah dia tapi bukan Courtney sengaja nak bunuh adik dia, dah nama pon accident. Manusia memang selalu cuai dan melakukan kesalahan, walaupon kesalahan tu mengakibatkan kematian seseorang tapi kita terpaksa la menerima kenyataan dan maafkan diri sendiri dan cuba untuk perbetulkan diri kita dan cuba elak daripada melakukan kesalahan yang sama.


RATING and COMMENT 


Rating untuk movie ni agak low jugak tapi bagi aku movie ni deserve high rating sebab aku suka dia punya kombinasi antara sains fiksyen dah horror. Kalau nak tau movie ni movie remake untuk movie tahun 1990 dengan nama yang sama. Nak tau yang ori punya lagi best lagi boleh la try tengok, aku tak boleh nak bagitau yang ori lagi best ka or remake lagi best sebab aku tak pernah tengok ori punya lagi, tapi kalau dalam list aku punya 'Top 2017 Movies' movie ni akan aku include. Rating aku untuk movie ni? 8.5/10 aku rasa dah fair.

0 comments:

Post a Comment