L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: FIFA 18

Sunday, 15 October 2017

FIFA 18



INFO

  • Publisher: EA Sports
  • Series: FIFA
  • Engine: Frostbite 3 (PC, PS4, XOne)
  • Platform(s) :
    1. Microsoft Windows
    2. Nintendo Switch
    3. PlayStation 3
    4. PlayStation 4
    5. Xbox 360
    6. Xbox One
  • Release: 29 September 2017
  • Genre: Sports
  • Mode: Single-player, multiplayer


GAMEPLAY


Gameplay agak lain sikit kalau nak dibandingkan dengan FIFA 17, dia punya movement player agak berat sikit. Crossing pon agak slow bagi aku tapi dia punya setting boleh tukaq dari slow, normal atau fast. Passing, shooting ngan skill still sama. Celebration ada lain sikit, kali ni player boleh celebrate dengan fans lak. 


GRAPHIC


Dia punya graphic, fuhh.. memang cun gila, jauh beza dari FIFA 17. Rumput pon nampak real, fans kat stadium pon dah render jadi lagi lawa. Memang detail jugak la FIFA 18 dari FIFA sebelum ni. 



FEATURES


1. Manager Mode Career

Ada banyak jugak features baru yang FIFA 17 tadak. Antara features baru yang menarik perhatian aku adalah cut scene player negotiation. Kalau main manager mode career masa kita nak beli player dia akan tunjuk cut scene kita dengan manager kelab player yang kita nak beli tu. Lepas dah deal dengan manager bila kita proceed negotiate ngan player dia akan tunjuk cutscene kita dengan player dan agen dia. Lepas kita dah sign kat menu utama tu dia akan tunjuk video pendek player yang kita sign tu pegang jersey team kita. 


2. Quick Sub

Feature ni yang aku dok tunggu EA nak buh sejak sekian lama. Quick Sub maksud dia kita tak perlu nak pause game bila kita nak tukaq player masa tengah lawan. Kalau main PS4 masa cutscene tertentu dia akan bagi pilihan kita nak tukaq player dengan tekan R2 lama-lama and then pilih player mana yang kita nak tukaq. Tapi sebelum tu kita kena set dulu player mana kita nak tukaq dekat team management sebelum match start, kalau tak set still boleh quick sub cuma dia akan bagi suggestion kat kita la player mana yang sesuai kena sub off.


SOUNDTRACKS


Soundtrack dalam FIFA 18 ni kurang best sikit dari FIFA 17 but still ada lagu yang best-best, cuma tak banyak yang best dari FIFA 17. Setakat ni aku tak jumpa soundtrack yang aku attached sebab aku focus main ja, hahaha. Pro tip, kalau yang main PS4 kalau kita tak suka lagu tu kita boleh skip song dengan tekan touch pad. 



RATING


Source: Wikipedia




Rating yang FIFA 18 dapat not bad jugak, boleh kata totally deserved la. Bagi aku FIFA 18 kalau nak compare dengan FIFA yang lain FIFA 18 lagi best, yup, 5 jam main pon aku tak sedaq masa dah berlalu, hahaha. Boleh kata game FIFA 18 ni game yang aku addicted sekarang ni, kalau sehari tak main memang tak sah, hahaha. 


0 comments:

Post a Comment