Tengah hari masa lunch aku, Dila, Kak Nadia, Abang Am, and Dekya keluaq makan sekali. Kali ni kami makan kat Sila O Sila, selalu makan kat Warung Bonda ja, depa mesti dah cemuih, hahaha. Aku pon dah lama tak makan kat Sila O Sila ni, time praktikal dulu sebelum jumpa Warung Bonda aku kerap makan kat situ. Kami naik keta Dila, Proton Exora kaler brown. Kami masuk ikut jalan kampung sebab kalau ikut jalan biasa takut jem lak. Aku makan nasi berlaukkan ayam goreng ja sebab aku pon tak banyak duit dalam dompet, maklumlah dah hujung bulan, esok baru gaji masuk. Nasi ngan ayam goreng campuq teh ais harga dia RM6.00, fuh memang cukup-cukup duit aku dalam dompet, hahaha. Masa tengah makan aku ternampak kertas resit kat bawah pinggan Dekya, aku cuma nampak RM4.50 ja, aku pon pelik la sebab apa murah sangat, padahal banyak lauk dia ambik, ayaq tak kan dia kira sekali, selalunya dia kira asing (ada harga lain bawah harga nasi). Aku tak tanya pon tapi Dekya cakap kat aku ayaq sirap dia bagi free. Aku pon terkejut jugak la, tadak la sampai tersembuq nasi tahap surprise aku. Kira murah hati jugak la kedai Sila O Sila ni bagi ayaq free walaupon ayaq sirap ja. Aku bukan minum pon ayaq sirap, time p kenduri ja aku minum pon (sebab tadak ayaq lain kat kenduri). Kan best kalau dia bagi ayaq teh ais free, sebab tiap-tiap hari aku minum ayaq teh ais, hahaha. Ish, mengada-ngada betui aku ni, dah orang bagi ayaq sirap free, kira bersyukur la, nak bagi ayaq teh ais free memang tak dapat la, dah la teh ais guna susu cap teko, susu bukan murah, kan? Haa, itu je la aku nak cita hari ni, ayaq sirap free kat kedai Sila O Sila yang terletak tak jauh dari Kota Permai, sapa nak air sirap free or yang jenih tengah berjimat boleh lah p singgah kat Sila O Sila (macam promote lak).
Tuesday, 31 October 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment