Hampa biasa dengaq tak pasai penyakit sinus? Haa kalau nak tau penyakit sinus ni terjadi kalau hampa dok bersin tak henti-henti. Apa yang dimaksudkan dengan sinus? Sinus adalah rongga kecil berisi udara yang terletak di belakang tulang pipi dan dahi. Untuk maklumat selanjutnya sila refer to Mr. Google (aku malas nak copy paste kat sini, hahaha). Aku baru tau pasai penyakit ni baru hari ni ja, padahal dah lama dah aku ngidap penyakit ni. Camna aku boleh tau? Haa, ni yang aku nak cita ni. Citanya bermula begini... hari ni aku ambik cuti, nak teman mama aku p hospital, sebelum tu kami breakfast kat McD Perda. Time tu aku selsema teruk, bersin tak henti-henti. Masa tengah makan ada sorang makcik dok sebelah kami, Chinese. Aku dok bersin mama aku bagi tisu la, pastu makcik ni teguq kami, dia ngan mama aku dok sembang la pasai penyakit sinus ni. Pastu dia tunjuk kat kami satu video kat fon dia camna nak hilangkan penyakit sinus. Cara dia first kena take deep breath, and then tepuk dari bahu kiri sampai ke pergelangan tangan kiri, take deep breath lagi pastu buat benda yang sama dekat tangan kanan pulak, kalau tak paham boleh tengok video kat YouTube. Aku dari zaman sekolah rendah lagi dok selsema ja, aku ingat lagi sebelum nak p sekolah aku mesti bubuh Vicks kat hidung aku, sekarang aku tak pakai Vicks dah la cuma aku still kerap selsema, especially lepas mandi. Sekarang aku dah tau dah camna nak hilangkan penyakit sinus ni, nak try apply tengok cara yang makcik tunjuk dalam video tu, kot-kot berkesan, lepas ni tak payah nak pakai Vicks dah.
Thursday, 28 September 2017
Monday, 25 September 2017
Kingsman: The Golden Circle (2017)
Posted by
Aminur Rasyid
at
8:00 pm
Kingsman: The Golden Circle adalah sebuah cerita aksi dengan komedi. Matthew Vaughn. Movie ni dia sambungan dari movie Kingsman: The Secret Service (2014), yang juga diadaptasi dari sebuah siri komik Kingsman. Movie ni menampilkan Colin Firth, Taron Egerton, Mark Strong, Edward Holcroft and Sophie Cookson melakonkan balik watak depa masa movie Kingsman yang first, pelakon baru Julianne Moore, Halle Berry, Pedro Pascal, Elton John pon ada jugak, Channing Tatum yang memang famous dengan filem lawak dan Jeff Bridges.
INFO
Directed by: Matthew Vaughn
Released dates:
- 18 September 2017 (London)
- 20 September 2017 (United Kingdom)
- 22 September 2017 (United States)
Running time: 2 hours 35 minutes
CAST
- Colin Firth as Harry Hart / Galahad
- Julianne Moore as Poppy Adams
- Taron Egerton as Gary "Eggsy" Unwin / Galahad
- Mark Strong as Merlin
- Halle Berry as Ginger
- Elton John as himself
- Channing Tatum as Tequila
- Jeff Bridges as Champagne "Champ"
- Pedro Pascal as Whiskey
- Edward Holcroft as Charles "Charlie" Hesketh
- Hanna Alström as Crown Princess Tilde of Sweden
SYNOPSIS
Selepas ibu pejabat Kingsman dimusnahkan oleh orang jahat, ahli-ahli Kingsman menemui ahli organisasi perisik baru yang dikenali dengan nama 'Statesman'. Eggsy dan Merlin menemui kawan lama mereka yang disangkakan mati, Harry dipulihkan oleh ahli Statesman tapi Harry dah hilang ingatan dan dia lupa yang dia adalah ahli kumpulan Kingsman. Eggsy berusaha untuk memulihkan ingatan Harry dan akhirnya berjaya. Kemudian mereka bersama dengan seorang ahli Statesman, Whiskey bekerjasama untuk menumpaskan Poppy Adams, seorang pompuan jahat yang menjalankan bisnes dadah terbesar di dunia yang mengugut presiden Amerika untuk menghalalkan operasi dadah. Tapi selepas Poppy Adams dibunuh berlaku pulak persengketaan antara mereka.
COMMENT
Walaupon cita dia lama gila, tapi bagi aku cita Kingsman ni cita 'one of the best' untuk tahun ni so far. Dia punya scene aksi tu memang gempak sebab camera dia pusinng-pusing ikut pergerakan depa masa tengah fight (bukan semua scene aksi), memang pening sikit tapi dalam masa yang sama rasa satisfying jugak. Ramai yang kata movie yang first lagi best dari movie ni, aku tak boleh nak pertikaikan sebab aku pon tak tengok lagi yang first punya, so aku tak boleh nak bantah or setuju, tapi lepas ni aku try tengok balik yang first punya, kalau first punya lagi best baru boleh condemn movie ni, hahaha.
RATING
- Rotten Tomatoes: 50%
- IMDb: 7.4/10
Wednesday, 20 September 2017
Dari Ahad 2 minggu lepas telinga belah kiri aku rasa sakit sangat, aku ingat sat ja rasa sakit tapi dah seminggu aku rasa sakit. Aku pon tak tau apa punca dia. Aku tanya si Ali hari Rabu minggu lepas kat mana klinik pakar telinga dia pon tak tau kat mana. Aku tengok Google ada pon dekat belah pulau, jauh pulak kalau nak p. Aku ingat nak ambik MC tapi dah sebab mama aku kena operate keesokkan harinya (Khamis minggu lepas) aku mintak emergency leave kat bos aku, dia pon bagi la so bermakna aku tak payah ambik MC. Ali pon terkejut la bila aku cakap mama kena operate dia pon terus p rumah aku. Aku rasa bersalah jugak buat si Ali jadi risau tapi dia kata dia okay ja, lagipon sebab member dia sanggup nak ceriakan aku, dah la bagi kek free kat aku (si Ali ni keja kat kedai kek, yang lebih sepatutnya kena buang kalau ikut prosedur tapi dah sebab tak nak bazir makanan so sebab tu dia bagi kat orang lain, for free!). Aku terhutang budi jugak ngan si Ali ni, bukan senang nak ada kawan macam dia, kira aku ni lucky gila ada kawan macam Ali, hahaha. (Bro jangan menangis bro bila baca post ni). Kami dok sembang la kat luaq rumah aku, Ali tanya aku ada korek telinga sampai jadi sakit aku pon kata tiap-tiap hari aku dok korek. Pastu baru aku sedaq mungkin telinga aku dah bengkak sebab terlalu dalam or kasaq sangat aku korek, si Ali pon rasa camtu jugak, dia pon pernah kena sebelum ni. Ali suggest kat aku ambik cotton bud tu celup dalam minyak gamat and then korek telinga slow-slow. Malam tu jugak aku try buat. 3-4 hari jugak aku apply nasihat Ali, sekarang dah tak rasa sakit dah, Alhamdullilah aku dah boleh jalani kehidupan aku seperti orang normal, nak makan pon tak rasa sakit dah, nak basuh telinga pon tak sakit. Semenjak tu aku dah tak berani dah nak korek telinga aku, haha kalau nak korek pon kena korek slow-slow dan tak terlalu dalam, kalau tak bengkak lagi telinga aku nanti.
Sunday, 17 September 2017
My Hair (Not So Fabulous)
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Aku selalu suka bila rambut aku panjang, tapi ramai yang suruh aku potong rambut bila rambut aku dah panjang, mungkin bagi depa rambut aku nampak serabut kot dah sebab rambut aku jenis rambut kerinting, kalau aku p salon mungkin depa tak bising dah, hahaha tapi malas la aku nak p salon, membazir duit ja. Awat aku ni suka simpan rambut sangat? Boleh kata dari zaman sekolah rendah lagi. Setiap kali ayah aku nak bawak aku p kedai gunting rambut aku rasa macam nak nangis ja, sayang sangat rambut. Sekarang ayah aku dah tak kisah dah, dah dewasa dah, lagipon bukannya aku sekolah ngan ayah aku lagi (ayah aku dulu cikgu disiplin so that's why aku tak boleh simpan rambut, lol). Masa sekolah menengah pulak aku selalu masuk bilik disiplin disebabkan oleh rambut aku, banyak kali jugak kena potong dengan cikgu disiplin, tak payah p kedai dah, kira jimat duit aku, wakaka. Selain member aku, sometimes mama aku pon teguq aku jugak suruh p potong rambut, aku pon kadang-kadang rimas jugak dengan rambut aku, nak bajet emo tapi rambut pon kerinting, lain la kalau rambut straight, memang patut aku potong rambut pon. The best moment bila aku dah potong rambut semua orang mesti teguq and puji aku. Mungkin aku lagi hensem kalau rambut pendek berbanding dengan rambut panjang tapi aku rasa sebaliknya. Ada ka tadak rambut ka tak hensem jugak pa aku, perasan lebih ja aku ni, hahaha.
Friday, 15 September 2017
Alhamdullilah, She's Fine
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Pukul 9 pagi operation start, lebih kurang pukui 3 ayah aku antaq gambaq mama yg terbaring atas katil dalam group wasap famili, aku yg baru lepas makan terus p hospital. Alhamdulillah, Mama boleh bukak mata, cakap pon boleh slow ja sebab tak larat. Mama suruh ayah aku baca surah Yasin, ayah aku pon baca la. Rasa risau aku tu dah hilang sikit bila tengok keadaan mama sekarang, tak tau la berapa lama Mama kena stay kat hospital, apa yang aku mampu buat sekarang cuma berdoa mintak Mama kembali pulih seperti biasa, aku memang bersyukur gila dapat tengok Mama aku lagi.
Wednesday, 13 September 2017
Stay Strong Mama
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:16 pm
Wassap guys? Kepada yang tengah baca post ni aku nak ambik kesempatan utk mintak tolong hampa doakan utk mama aku yang kena operate esok, kena diagnose penyakit kanser usus. Masa hari Isnin hari tu sebelum aku nak p keja mama aku ada lagi kat rumah, dalam bilik dia, aku ingat mama ambik cuti tapi dia dok mengadu sakit, time tu aku tak dengaq, aku terus p keja. Masa lunch ayah aku send gambaq mama aku kat hospital KPJ dalam group wasap famili. Aku pon terkejut jugak la aku terus call ayah aku tanya mama sakit apa, ayah aku kata mama sakit perut, kena tahan dekat KPJ. Aku balik awai hari tu p tgk mama aku. Hari Rabu doktor nak buat scan nak tau perkembangan camna. Aku ingat tak serius, tapi hari ni masa aku p tgk mama aku ckp dia kena kanser usus sampai kena operate terus aku jadi risau. 2 jam jugak aku dok ngan mama aku, kalau boleh nak ja aku stay dgn mama aku tapi mama aku ckp kat aku jgn risau aku pon macam sebak jugak sebab first time aku encounter benda camni. Anyway aku harap operation berjalan dengan lancar esok, stay strong mama!
Monday, 11 September 2017
Hari Sabtu lepas, 9hb, ada game antara Man City dengan Liverpool hyang berkesudahan 5-0. Sapa yang 5 sapa yang 0? Sadly team kesayangan aku la yang dapat teloq ayam. Awat teruk sangat sampai kena 5-0? Seorang player Liverpool, si Mane kena red card sebab terajang keeper, tak boleh nak salahkan dia sebab 50-50 challenge, keeper MC keluaq dari kawasan petak penalti, Gary Neville (bekas pemain Man Utd) pon kata tak sepatutnya red card, aku tak tau awat la orang lain menafikan kata-kata Neville, macam la depa pernah main professional football, Neville dah lama main so dia paling arif la bab ni. Tapi takpa la benda dah berlaku, aku harap kekalahan yang memalukan ni jadi pengajaran buat Klopp supaya next time dia akan beli defender baru. Aku baca komen-komen kat Twitter bukan orang marah dengan performance player-player Liverpool, tapi lebih ramai orang yang marah sangat dengan Klopp sebab tak mau beli defender baru, sebab defender yang sedia ada tak boleh lakukan tanggungjawab depa dengan baik, masa lawan dengan Man City hari tu si Klavan memang flop gila, goalkeeper pon tak boleh baca bola p kat mana, senang sangat kena bolos. Aku sebagai die hard Liverpool memang suggest sangat kat Klopp supaya beli sekurang-kurangnya sorang keeper and sorang defender, so total 2 orang ja, midfielder kalau nak beli sorang pon beli la yang stail main and tactical dia denfending tinggi, baru la tak senang kena bolos, 5 bijik teruk sangat kot, kan tak pasai-pasai kena masuk gua tempat Arsenal dok lepak minggu lepas, hahaha.
Saturday, 9 September 2017
Pimp My Ride
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Time aku start bawak keta Honda Jazz aku teringin nak mekap keta aku bagi lawa, sekarang dah dua tahun lebih dah aku bawak keta ni. Masa kat kilang Abang Ucop tegoq aku yang tayar keta depan aku dah nampak benang, bunga pon dah tak nampak, dia suggest aku p tukaq cepat-cepat, takut jadi apa-apa nanti. Nasib baik akaun bank aku ada duit lebih, aku simpan untuk keta aku, tapi aku simpan duit tu untuk nak beli body kit tapi dah tayar keta lak botak so terpaksa la aku tukaq tayar dulu, kena tangguhkan dulu hajat aku nak pasang body kit keta, takpa bulan lain boleh lagi. Aku tanya la Abang Ucop kalau tukaq sekali sport rim berapa, dia kata tadak la mahai sangat, ikut la berapa inci aku nak pakai. Dia kata kalau keta aku ni pakai rim Spoon kaler hitam ngam, aku try tengok Google rim dia macam mana, lawa jugak, aku pon terus berkenan nak beli.
Semalam dah rancang dah nak p kedai ngan ayah aku p tukaq tayar. Hari ni lebih kurang pukui 12 setengah camtu aku p kedai tayar kat Bangkok Station (dalam kawasan Bandar Perda). Aku tanya dia berapa kalau tukaq tayar depan saja, apek tu kata dalam RM300 ebih camtu, Rm195 untuk satu tayar. Harga dia ikut brand jugak, kalau tayar aku sekarang Goodyear, 16 inci, apek tu kata brand Bridgestone paling murah so aku pon setuju la. Adik aku, si Luqman pon tukaq tayar keta dia jugak, sementara ayah ngan adik aku discuss pasai tayar keta aku p cari sport rim Spoon yang Abang Ucop kata kat aku. Cari-cari aku jumpa satu, kaler hitam, tengok price tag dia dalam RM750, aku rasa lega sikit, tadak la mahai sangat. Aku tanya apek tu yang sport rim tu berapa inci, dia cakap 15 inci, dia suruh aku cari yang 16 inci punya sebab tayar aku pakai 16 inci, aku tak berkenan dengan sport rim lain, aku nak yang sport rim Spoon jugak so no choice aku kena tukaq empat-empat tayar keta aku, aku rancang nak tukaq tayar depan ja sebab tayar belakang elok lagi tapi dah sebab nak pakai sport rim Spoon, kena la tukaq semua jadi 15 inci.
Kami tinggai keta dulu kat kedai sbeab nka p makan dulu, lepas makan baru ambik. Lepas makan kami p kedai tu tengok depa tak pasang tayar kat keta aku lagi so kami pon balik la rumah sat, ayah aku p tengok adik aku kat asrama balik nanti dia ambik kami p kedai nak ambik keta. Pukui 4 lebih camtu kami p balik kedai keta. Total yang aku kena bayaq Rm1210, dia ambik rim ori aku RM300, satu tayar tak tau dia caj berapa, caj alignment ngan xcaj GST jadi la RM1210, dia bagi beg galas free, lol. Adik aku siap tangkap gambaq aku lagi dengan keta aku, pastu dia update story kat Insta, hahaha. Aku rasa satisfy dan happy jugak la yang aku dapat tukaq sport rim, yela, dah 2 tahun aku ngidam nak tukaq sport rim, aku rasa lebih 2 tahun kot, dari zaman aku belajaq kat Poli lagi, sekarang dapat jugak aku tunaikan wishlist aku. *menangis kegembiraan*
Thursday, 7 September 2017
Fall In Love With Another Band Again!
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Setelah 3 tahun aku jadi die hard fan band New Found Glory, aku mula jatuh cinta dengan band pop punk lain, All Time Low. Kalau nak tau nama band All Time Low ni depa ambik dalam lirik lagu dari salah satu lagu New Found Glory, memang coincidence betul. Sebab apa tiba-tiba aku suka Band All Time Low ni? Kalau New Found Glory aku suka depa sebab depa banyak album and lagu best-best, kalau All Time Low pulak aku suka depa sebab dulu depa ni geng emo, dulu la, sekarang lagu depa lebih kepada power pop and indie, lebih kurang macam Paramore sekarang. Aku suka depa punya first album "The Party Scene", keluaran tahun 2005, time ni depa memang emo gila la. Album depa yang latest keluaran tahun ni, "Last Young Renegade" boleh tahan jugak, tapi dah tadak genre punk macam dulu sebab boleh kata tahun ni genre punk dah pupus, outdated, dan tak sesuai dengan zaman sekarang. Dah tak banyak band dah yang kekalkan genre ni, sama jugak macam New Found Glory ngan Fall Out Boy. Untuk post akan datang aku post lagu feveret All Time Low. Ntah berapa tahun lagi aku akan jadi bosan dengaq lagu All Time Low sampai la aku tukaq band lain lak, hahaha.
Tuesday, 5 September 2017
Gotta Reduce From 10 to 5
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Kalau hampa perasan setiap bulan blog aku akan ada 10 post, kalau bulan sebelumnya tak cukup 10 post aku akan update bagi cukup 10. Dah setahun lebih dah aku buat camtu, tapi aku rasa sekarang aku dah tak mampu nak update sampai 10 post sebulan. Aku akan kurangkan dari 10 ke 5 post ja untuk satu bulan. Reason? Aku rasa aku ni dah makin "slow" dalam media social. Nak kata busy tak la busy sangat, time weekend aku free ja, dan nak kata malas mungkin jugak, hahaha. Bukan setakat blog ja, Twitter pon aku dah lama tak update, Instagram pon 2-3 minggu baru aku post. 5 post sebulan? Kira okay la tu, sesetengah blog 2-3 bulan baru depa update, aku update tiap-tiap bulan kira rajin la. Anyway thanks kepada yang masih lagi setia membaca blog aku yang tak seberapa ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)