L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Girl, I Wished I Could Send You Home, But It Was Almost A Midnight

Wednesday 30 August 2017

Girl, I Wished I Could Send You Home, But It Was Almost A Midnight

Bullah call aku ajak main snooker, aku cakap aku on ja. Pastu aku call Najmi lak nak ajak dia main sekali, dia cakap pukui 10 baru boleh sebab dia kena hantaq orang. Lepas masuk waktu Isyak tiba-tiba Najmi call aku suruh dia mai kat highway Juru, keta member dia rosak. Najmi send location kat wasap aku pon time tu dengan tak mandi lagi aku mandi cepat-cepat and then ikut location yang Najmi send. Jem jugak jalan nak p ke Perai, jalan nak p Juru tak jem pon. Aku kena u-turn sebab member Najmi tu terkandas dekat jalan nak p ke Perai. Masa nak sampai ke jalan nak p Georgetown dengan jalan nak p Perai aku pon call Najmi takut masuk salah jalan. Aku tanya dia nak ambik jalan belah kanan ke belah kiri pastu dia cakap ambik belah kanan aku pon ikut la. Aku nampak keta Kelisa ngan keta Plus. Aku kluaq dari keta tengok geng Plus tolong caj bateri guna jumper. Member Najmi pompuan rupanya, kata dia nak balik Aloq Setaq, rumah famili dia. Lepas dah caj Najmi suruh escort member dia p rumah dia nak tukaq bateri. Aku pon bawak la belakang dia. Aku ada nampak satu lori ni dia nak potong aku, aku pon macam risau ja aku terpaksa potong si member Najmi, takut lori tu halang aku dari ikut member Najmi. Aku nampak Najmi berenti tepi jalan. Aku turun tingkap tanya aku mana budak tu. Aku pon pelik la dia menghilang p mana sebab aku ingat dia ikut belakang aku. Najmi call budak tu dia cakap ada kat Exora Hotel. Najmi pon p la kat dia sementara aku tunggu kat rumah Najmi. Time tengah tunggu depa sampai aku call si Bullah tanya dia kat mana sebab dah alang-alang aku kat luaq ingat nak p ambik dia terus. Bullah cakap dia kat kedai burger, nak belanja aku burger kata dia. 


Selang beberapa minit kemudian Najmi call aku suruh aku tunggu kat masjid dekat rumah dia. Aku pon p la tunggu sana. And then budak tu call aku, dia cakap nama dia Dayah, dia cakap dia ada kat depan Pacific keta dia rosak lagi. Aku pon call Bullah pastu p ambik dia. Masa kami kat area Pacific aku call Dayah tanya dia dok kat mana, dia cakap kat jalan nak p BM. Kluaq dari area Pacific kami pon nampak la keta si Dayah pastu kami berenti tepi jalan. Aku nampak ada keta kat depan Dayah pon berenti jugak, ada orang cuba nak tolong si Dayah rupanya. 3 pompuan dengan 2 orang laki yang tengah tolong Dayah. Salah sorang laki tu cakap ada kedai bukak lagi, dia suggest p trade in bateri dengan bateri baru. Aku pon call la Najmi tanya dia kat mana. Dia cakap kat Machang Bubok, kira lambat lagi la nak sampai kat tempat kami. Aku pon cakap la kat member tu boleh la nak p tukaq bateri. Dia bukak bateri and then naik moto p kat kedai keta yang terletak di sebeblah Longwan. Beberapa minit kemudian dia pon sampai and kami pon tolong la dia pasang bateri. Lepas tu dah boleh start keta, Dayah mintak no akaun kat laki yang p beli bateri tadi, nak bayaq balik la, sebab beli bateri guna duit mamat tu, RM240 jugak la dia kena bayaq, tak kan mamat tu baik ati sangat nak belanja sampai RM200 lebih kan, hahaha. Lepas dah setel aku rasa lega sebab dapat jugak aku ngan Bullah main snooker dengan tenang. 


Kami tunggu kat rumah Najmi nak ajak dia main snooker sekali. Tengah dok tunggu tiba-tiba si Dayah call aku, dia cakap dia terkandas kat Sungai Dua lak. Masa tu aku pasang loud speaker, kira Bullah pon boleh dengaq sekali. Bullah dengaq-dengaq dia cakap rosak kat Sungai Dua teruih mengeluh. Yela, dah la jauh, bukannya kami tak nak tolong, kami bukannya tau sangat pasai keta, kami bukannya pomen, kalau setakat tukaq bateri and tayar tu boleh la, kalau dah tukaq bateri baru tapi still tak boleh start tu dah kami tak tau nak buat camna. Aku pon cakap terus terang kat Dayah yang kami tak boleh tolong. Aku suruh dia call ayah dia p ambik dia sebab dah tadak pilihan dah, pukui 11 mana da kedai keta bukak dah. 


Aku rasa kesian jugak kat budak ni, kalau ikutkan aku boleh ja nak antaq dia balik rumah dia tapi dah lewat malam and dia pon dok kat Aloq Setaq, aku tolong setakat yang aku mampu je la. Masa tengah main snooker aku tergerak hati nak call dia. Aku pon call la dia kat mana dah, dia cakap ada kat Shell tempat dia terkandas tadi, ayah dia dah otw nak p ambik dia, aku cakap kat dia kalau dah sampai rumah nanti bagitau la. Pukui 2 setengah masa aku tengah dok main game dia wasap aku dia dah ada kat rumah dah, dia cakap thanks sebab tolong dia aku pon balas la balik cakap aku tolong setakat yang aku mampu ja. 

0 comments:

Post a Comment