Hari ni 31 Disember, hari terakhir tahun 2016, dan jugak last post aku untuk tahun 2016. Setahun rasa sat ja berlalu tapi macam-macam yang berlaku sepanjang tahun ni. Aku nak buat review sikit untuk tahun 2016 ni. Start dengan benda yang jadi trending tahun ni, dabbing, flip bottle challenge, mannequin challenge. Ingat tak game Flappy Bird yang jadi trending 3 tahun lepas? Tahun ni ada jugak game fon yang jadi trending, game Pokémon GO. Sat ja orang attached dengan game ni, aku rasa mana ada dah orang main, lol. Tahun ni jugak ramai artis yang mati. David Bowie, Alan Rickman, Prince, George Michael, dan baru-baru ni, Carrier Fisher (Princess Leia dalam cita Star Wars). Secara konklusinya boleh kata tahun 2016 ni tahun yang agak happening, tak sabaq-sabaq nak masuk tahun 2017 pulak, hahaha.
Saturday, 31 December 2016
Thursday, 29 December 2016
Ferris Bueller's Day Off (1986)
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Wassup guys? Untuk post hari ni aku nak buat review sikit pasai movie lama, movie Ferris Bueller's Day Off, 30 tahun lepas punya movie, classic! Penggemar movie 80an mesti dah tengok cita ni, so yang pernah tengok movie ni amacam? Best tak movie dia? Kalau best okay, kalau tak best cuba komen sikit aku nak tau part mana yang hampa rasa tak best.
INFO
- Directed by: John Hughes
- Produced by: John Hughes, Tom Jacobson
- Studio: Paramount Pictures
- Released date: 11/06/1986
- Running time: 103 minutes
- Budget: $5.8m
- Box office: $70.1m
CAST
- Matthew Broderick as Ferris Bueller
- Alan Ruck as Cameron Frye
- Mia Sara as Sloane Peterson
- Jennifer Grey as Jeannie Bueller
- Jeffrey Jones as Edward R. Rooney, Dean of Students
- Lyman Ward as Tom Bueller
- Cindy Pickett as Katie Bueller
- Edie McClurg as Grace
- Ben Stein as Economics Teacher
- Del Close as English Teacher
- Virginia Capers as Florence Sparrow
- Charlie Sheen as Garth Volbeck, the boy in the police station
- Richard Edson as Parking Garage Attendant
- Larry "Flash" Jenkins as Attendant's Co-Pilot
- Kristy Swanson as Simone Adamley, the Economics student
- Jonathan Schmock as Maitre'd of Chez Quis
- Stephanie Blake as Singing Nurse
- Dee Dee Rescher as Bus Driver
- Max Perlich as Anderson
- Scott Coffey as Adams
SYNOPSIS
Seorang pemuda yang bernama Ferris Bueller adalah seorang legenda dalam masanya, terima kasih kepada kecekapannya dalam ponteng kelas tanpa diketahui. Ferris meminjam kereta Ferrari milik kawannya dan mereka menghabiskan masa mereka di Chicago. Guru sekolah Ferris, Rooney cuba untuk menangkap Ferris dalam tindakannya memonteng kelas.
RATING
- IMDb: 7.8/10
- Rotten Tomatoes: 81%
Rating aku pulak, berapa? Well, aku tak tau nak bagi berapa, sebab aku tak tengok lagi movie ni lol. Abih tu kalau tak tengok lagi sebab pa aku buat review? Sebab aku baca komen kat 9gag, ramai yang kata movie ni best so sebab tu aku buat review pasai movie ni, walaupon aku tak tengok lagi. Lagipon aku selalu buat review movie yang best ja, movie yang tak best buat pa nak buat review hahaha. Disebabkan aku tak tengok lagi so aku tak boleh la nak bagi rating, aku rancang nak tengok movie ni esok, so lepas tengok aku bagi la rating, okay?
*updated on 1st January*
Aku dah tengok dah hari Jumaat hari tu, boleh tahan jugak cita dia, tak la sehebat cita The Breakfast Club tapi still memuaskan. So apa rating yang aku nak bagi? 7.5/10 rating aku.
*updated on 1st January*
Aku dah tengok dah hari Jumaat hari tu, boleh tahan jugak cita dia, tak la sehebat cita The Breakfast Club tapi still memuaskan. So apa rating yang aku nak bagi? 7.5/10 rating aku.
Monday, 26 December 2016
Saturday, 24 December 2016
The Best Photo Editing App
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Hey guys, nak tanya ni, hampa kalau edit gambaq pakai app/software apa? Aku pakai VSCO, dah setahun dah aku pakai, sampai sekarang aku rasa VSCO ni still the best editing photo app yang aku pernah pakai walaupon mostly filters dia kena beli. Ada ja filter yang murah, dalam RM3 camtu, tak rugi pon kalau beli, sebab filter-filter dia semua lawa. Aku dah beli banyak jugak filter, tak tau pulak berapa aku dah spend, hahaha. Ada ja apps yang filter tak kena beli tapi dah sebab terlampau suka sangat guna VSCO sampai beli filter ni dah jadi perkara biasa bagi aku. Nak beli filter kat VSCO ni tunggu la time dia bagi offer, time tu murah sikit filter dia. Serius elok kot kalau pakai VSCO, tak payah guna camera DLSR pon gambaq boleh jadi lawa. Dulu orang pakai Camera360, tapi tu cuma nak bagi muka ja lawa, tapi VSCO dia menyeluruh, bukan setakat muka ja jadi lawa, background gambaq pon jadi lawa jugak. So kesimpulannya aku suggest hampa pakai VSCO, nanti boleh dapat banyak like kat Insta, hahaha.
Thursday, 22 December 2016
Work Appraisals
Posted by
Aminur Rasyid
at
3:00 pm
Semalam aku ada meeting dengan bos ngan tuan director design untuk penilaian kerja. Appraisal ni dibuat setahun sekali, masa hujung tahun untuk nak nilai prestasi keja kita. Memandangkan tahun ni first time aku keja sampai setahun so kiranya semalam first time jugak aku kena appraisal ni. Aku ingatkan appraisal ni cuma isi borang ja, rupa-rupanya kena ceramah sekali, lol. Sorang pon kena dekat sejam ceramah, padahal ceramah pon bukan pasai keja sangat, kadang-kadang bos aku ni sampai bab agama pon dia sapu, memang patut la sampai sejam, hahaha. Tapi takpa la walaupon lama, janji sekarang aku dah tau kat mana kelemahan aku, apa kesalahan aku buat di tempat keja. Aku harap next year aku boleh improve performance keja aku, bukan sebab nak naik gaji semata-mata, tapi nak jadi pekerja dan juga insan yang berguna di kalangan masyarakat, aiceh dah terlebih pulak sampai ke situ.
Tuesday, 20 December 2016
Merseyside Is Red!!!
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 pm
Awai pagi semalam ada game Merseyside derby antara Everton dengan Liverpool yang berlangsung di stadium Everton, Goodison Park. Aku tak tengok memandangkan depa lawan awai pagi, time tu aku dah tidoq, so macam biasa masa pagi kat ofis aku akan bukak highlights nak tengok result. Tengok-tengok result betapa gembiranya aku bila Liverpool menang 1-0, Mane yang score, tu pon gol last minit, memang luck gila aku hari ni, hahaha. Bila baca komen-komen kat bawah video tu ramai yang kata game tu best, yela, menang tipis ja, kiranya Everton pon fight jugak la, walaupon possession Liverpool pegang, memang game derbi Merseyside semalam agak sengit, rugi aku tak tengok live, tapi nasib baik jugak aku tak tengok sebab depa pon score last minit, cuba bayangkan kalau aku tengok, konfem aku jerit satu rumah, dah la parents aku tidoq kat depan, tak pasai-pasai nanti kena maki, hahaha.
"Hadiah Krismas awal untuk peminat, 3 mata penuh!", kata Mignolet di laman Twitternya. |
Kemenangan semalam menjadi kemenangan ke-2 berturut-turut sejak Mignolet kembali ambik alih posisi goalkeeper dan juga 2 clean sheets. Bukan nak kata Karius tak bagus, cuma dia masih kena improve lagi, sebab dia pon baru lagi dalam kancah liga EPL so buat kesilapan tu memang perkara biasa, dan kritikan-kritikan dari penyokong tu pon kira macam nak bagi semangat la untuk move forward, jangan makan hati pulak ya Karius, tengok abang Migno buat keja camna pastu belajar slow-slow, okay? Apa-apa pon aku harap player-player Liverpool ambik kejayaan depa tewaskan musuh setempat semalam sebagai batu loncatan untuk menang game seterusnya.
MERSEYSIDE IS RED!!!
#YNWA
#LFC
Monday, 19 December 2016
Chicken Rice
Posted by
Aminur Rasyid
at
8:00 pm
Masa lunch tadi aku keluaq ngan geng assembly. Kami p naik moto, sebelum ni aku yang bawak depa, hari ni depa yang bawak aku pulak. Aku, Dekya, Kak Nadia ngan Abang Am. Aku naik ngan Abang Am, Kak Nadia naik ngan Dekya. Laju jugak Abang Am bawak, sampai pejam mata aku takut nak tengok depan, hahaha. Kami p makan kat kedai nasi ayam sebelah Caltex. Sedap nasi ayam dia, tu yang depa kerap p makan kat situ, aku selalu makan kat Warung Bonda ja, aku pon rasa macam nak tukaq taste sikit so aku ikut je la depa. Kami semua order nasi ayam, Abang Am nak order mi tapi tuan kedai kata tadak lak so dia pon terpaksa makan jugak nasi ayam. Aku order limau panas sebab sakit tengkak, selalu order teh ais, aku bukan suka pon minum air limau tapi dah sebab sakit tengkak, nak bagi lega kena minum air limau panas (Abang Ucop yang kata) so aku terpaksa la gagahkan diri minum. Kalau naik keta kami selalu punch card lambat dah sebab jalan jem, tapi hari ni kami naik moto so awai ja kami sampai kilang. Aku tak tau kedai tu nama apa tapi nasi ayam dia paling sedap yang aku pernah makan setakat ni, kalau hampa nak try p kat Caltex dekat dengan AEON Big Bukit Minyak, kedai tu dok sebelah Caltex bawah pokok.
Sekadar gambar hiasan, nasi ayam dia nampak
lebih sedap daripada gambaq ni, hahaha.
|
Wednesday, 14 December 2016
It's Been A Year
Posted by
Aminur Rasyid
at
3:00 pm
Tau tak hari ni hari apa? Tau la hari ni hari Rabu, maksud aku tarikh hari ni. Ada apa dengan tarikh hari ni? Special sangat ka tarikh hari ni? Tak special pon, cuma masuk tarikh hari ni dah genap setahun aku keja kat kilang Awan Packaging Sdn. Bhd. Sat ja kan dah setahun? Aku rasa macam semalam ja aku start keja, hahaha. Zharif, member keja aku yang first tegoq aku masa mula-mula masuk keja pon macam tak caya yang aku dah setahun keja. Cepat betui masa berlalu sampai orang pon tak perasan. Masa lunch tadi aku belanja diri sendiri makan kat KFC, kira macam nak celebrate la 1 year anniversary keja kat Awan, tapi sorang-sorang, how sad! Hahaha, tak kisah pon, yang penting aku happy keja kat Awan. Tak tau la sampai bila aku nak keja kat sini tapi buat sementara ni baik aku continue life aku macam biasa.
Sunday, 11 December 2016
A Day To Remember
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Hari ni aku ngan famili kluaq makan angin. Setelah setahun lebih kami tak kluaq makan angin akhirnya hari ni dapat jugak aku spend masa aku ngan depa. Tahun lepas kami makan angin kat KL, kali ni kami jejak kaki kat Kuantan pulak memandangkan adik aku yang sorang tu dia study kat sana and dia pon tak balik so better kami p ja kat dia. Kami kluaq rumah pukui 8 lebih, nak dekat pukui 10 kami singgah kat R&R untuk breakfast. Sebelum ni ayah aku bawak, lepas breakfast mama aku pulak ambik alih. Well aku boleh ja nak bawak tapi depa tak bagi so aku pon dok seat belakang layan lagu ngan movie, hahaha. Lepas tu aku tak tau kami berenti kat mana sebab aku dok tekun layan movie, lol. Masa kami otw ke Kuantan (tak tau jalan mana) ada eksiden lori terbalik, jalan sebelah kena tutup sebab lori tu block jalan so agak sesak jugak jalan time tu. Pukui 2 setengah baru sampai dekat Genting, kami singgah R&R untuk lunch pulak. Aku tak makan, sebab malas nak makan lol, aku pikiaq better aku simpan sikit perut aku untuk malam nanti, so bolehlah aku balun puas puas, hahaha. Dalam pukui 3:20 baru kami sambung balik perjalanan kami.
Lagi 15 minit nak sampai pukui 6 kami pon sampai kat hotel. Nama hotel tu Hotel Sri Manja, kira first time check in kat situ, boleh tahan jugak cantiknya. Cantik tak cantik aku bukan kisah pon, yang penting dapat jugak aku tidoq dengan tenang, tidoq dalam keta memang tak puas hahaha. Masuk masuk bilik tak rasa nak tidoq pulak lol, dah puas tidoq dah kot dalam keta tadi.
Lebih kurang pukui 8 lebih kami pon kluaq dari hotel p dinner kat kedai tomyam. The whole plan kami p Kuantan memang nak makan situ pon, macam tak berbaloi ja, 8 jam kami mai dari Penang semata mata nak makan situ ja, tapi takpa bukan selalu, setahun sekali ja, most important thing dapat jugak aku merasa cuti dengan famili, kan? Sampai kat kedai kami jumpa sekoq kucing, kaler hitam putih, sama macam kucing aku yang mati 6 tahun lepas. Dia agak manja ngan kami so kami panggil dia masuk dalam kedai nak bagi dia makan, order makan pon belum nak bagi kucing makan dah, last last sekali ngan kucing tu pon tunggu order ngan kami, hahaha. Lepas order kami pon tunggu la kat meja, tengah dok tunggu tiba tiba kedai blackout pulak, mula-mula lampu sebelah kedai ja yang padam, lampu kat tempat kami dok menyala lagi, selang beberapa minit kemudian baru tempat kami blackout. Nasib baik tak lama blackout kalau tak jenuh nak makan dalam gelap. Time makanan dah sampai kedai blackout lagi, pastu okay balik, pastu blackout lagi. Banyak kali jugak blackout sampai tak ingat berapa kali blackout. Aku pon rimas jugak la sat sat blackout sat sat okay, dah la time tu aku tengah dok berselera makan, dah blackout banyak kali aku pon jadi malas nak makan, bukan aku tak lalu, dah sebab blackout punya pasai aku stop makan. Time ayah aku p bayaq ada sorang pak cik ni bagi kismis, bukan for free, kira kena bayaq jugak la kalau nak. Dia cakap dari semalam kedai tu problem wiring, tu yang blackout tu.
Balik hotel aku layan movie ngan adik aku. Pee Mak, cita hantu Thai lawak, haha sampai nak pecah perut aku tengok. Habis tengok time tu dah pukui 1 pagi aku tak rasa ngantuk lagi so aku pon update la blog aku ni sat, dah seminggu lebih tak update so dah tiba masanya aku update dengan cerita hari ni.
Keesokkan harinya, Ahad kami pon balik. Sebelum balik kami breakfast dulu kat hotel. Aku makan nasi goreng, Cornflakes, teloq dadar, ngan roti bakar. Lepas breakfast kami pon chow. Bertolak balik pukui 10 setengah pagi, sampai rumah dalam pukui 6 petang. Hari yang sungguh memenatkan, 14 jam dok dalam keta p ngan balik Kuantan, memang penat la, hahaha. Walaupon penat tapi puas hati jugak la sebab dapat luangkan masa dengan family, bukan senang nak dapat masa nak spend dengan family, tapi apa-apa pon lepas ni harap-harap tak p dah Kuantan, hahaha.
Thursday, 1 December 2016
That Smelly Smell
Posted by
Aminur Rasyid
at
3:00 pm
Pagi tadi pintu ofis aku terpaksa kena bukak buat sementara gara-gara aku punya stoking, lol. Pasaipa dengan stoking aku? Busuk sangat ka? Bukan busuk tapi terlampau wangi sangat sampai member aku sakit hidung, hahaha. Masa nak pakai stoking aku calit sikit perfume keta kat stoking aku sebab takut stoking aku bau, tapi tak tau lak bau perfume keta tu kuat sangat. Semalam masa geng production masuk ofis untuk meeting aku dengaq ada orang kata macam bau busuk stoking, aku pon terasa la sebab aku sorang ja yang pakai stoking masa tu. So sebab tu la aku buh sikit perfume kat stoking aku tak mau bagi bau tapi terlampau wangi pulak stoking aku sampai kena bukak pintu ofis nak bagi hilang bau, hahaha.
Wednesday, 30 November 2016
Revolution Radio (2016)
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Tahun ni boleh kata tahun 'comeback' bagi band punk sebab banyak band punk yang released album depa tahun ni. Good Charlotte dan Sum 41 yang menyepi 6 tahun tanpa album akhirnya kembali dengan album terbaru depa. Simple Plan dan juga Blink-182 released album jugak selepas 5 tahun. Dan band yang paling legend sejak awal 90-an, Green Day pon buat comeback jugak. Album terbaru Green Day yang diberi nama 'Revolution Radio' bukan lebih kurang hebatnya.
INFO
- Released: October 7, 2016
- Recorded: January - July 24, 2016
- Studio: OTIS
- Genre: Pop Punk, Punk Rock, Alternative Rock
- Tracks: 12
- Length: 44:29 minutes
TRACK LISTING
1. Somewhere Now
2. Bang Bang
3. Revolution Radio
4. Say Goodbye
5. Outlaws
6. Bouncing Off the Wall
7. Still Breathing
8. Youngblood
9. Too Dumb to Die
10. Troubled Times
11. Forever Now
12. Ordinary World
COMMENT/RATING
Bagi aku album ni memang antara album Green Day yang best walaupon Green Day sekarang tak la femes macam zaman American Idiot dulu. Tapi aku boleh guarantee hampa tak kan kecewa bila dengaq lagu-lagu dalam album terbaru Green Day ni. Ada sesetengah lagu yang bunyi lebih kurang macam lagu dalam American Idiot, so aku rasa ramai yang suka album baru depa especially fans Green Day. Overall album ni memang top class, rating pon banyak source bagi tinggi so rating aku pon agak tinggi jugak, aku bagi 9/10.
Monday, 28 November 2016
Saturday, 26 November 2016
Alarm Clock
Posted by
Aminur Rasyid
at
11:45 pm
Hari ni aku skip keja, sebab aku bangun lambat lol. Aku dah set alarm tapi tak bunyi lak, tak tau lak kalau aku tutup alarm pastu sambung tidoq balik, boleh jadi camtu jugak. Aku dah bangun pukui 6 tadi, tapi aku sambung tidoq balik, perkara biasa yang aku selalu buat setiap hari. Tapi second alarm aku tak terbangun lak. Tak tau la nak salahkan sapa, nak salahkan aku tak bangun ka atau nak salahkan fon tak bunyi. Tapi apa apa pon solution yang terbaik bagi mengelakkan kejadian macam hari ni berlaku adalah dengan membeli jam loceng. Ada jam loceng konfem bangun punya. Tapi jangan lupa set or lupa nak buh bateri sudah, hahaha.
Thursday, 24 November 2016
Do You Wanna Be A Tuber Star?
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Sapa tak kenai mamat PewDiePie, orang yang paling femes sekali kat YouTube. PewDiePie, atau dikenali sebagai 'Pewds' bukan setakat main game ja, dia jugak released game dia punya sendiri, bukan dia yang buat, dia upah developer buat game pasai dia. Setakat ni dia dah released dua game, first game yang dia released game "Pewdiepie : Legend of the Brofist". Game ni kena beli, aku tak ingat harga dia tapi aku dah beli, kalau nak try main boleh la main kat iPad aku. Satu lagi game dia yang paling latest, PewDiePie's Tuber Simulator, game ni free download so boleh la hampa try install and main.
INFO
- Name: PewDiePie's Tuber Simulator
- Developers: Outerminds Inc.
- Publishers: Outerminds Inc.
- Platforms: iOS, Android
- Released date: 26 September 2016
GAMEPLAY
User main sebagai 'Tuber' (orang yang upload video kat YouTube) yang nak jadi Tuber femes macam Pewds. So apa caranya nak jadi Tuber paling femes? User kena upload video. Lepas dah upload kita akan gain 'Subs' dengan 'Views'. Makin banyak 'Subs' makin femes kita. 'Views' tu pula guna dia untuk beli barang. Beli barang ni bukan setakat untuk nak decorate kita punya bilik, barang yang kita dah beli boleh increase kita punya views untuk sesuatu kategori berdasarkan pada barang tersebut. Video ni ada banyak kategori, antaranya Sains, Haiwan, Game, Fashion dan macam-macam lagi. Lepas kita dah level up kita dapat duit dengan otak. Otak tu gunanya letak kat pala lutut (hehe gurau ja). Otak kita guna untuk increase kita punya knowledge dalam sesuatu kategori. Yang tu boleh tengok kat 'Knowledge Tree'.
RATING
- Google Play: 4.8/5
- Apple Store: 4.8/5
Aku rasa setakat tu ja yang aku boleh cita, selebihnya hampa explore la sendiri, kalau aku tulih panjang-panjang pon bukan hampa paham sangat, hahaha. Ala masa mula-mula nak main game ni nanti dia ajaq la, aku pon bukan tau sangat masa mula-mula nak main, tapi sekarang aku dah tau lepas Pewds sendiri yang ajaq aku main (Pewds dalam game bukan real life lol). Bagi aku game ni agak addictive jugak, so rating aku bagi 4.75.
Tuesday, 22 November 2016
3X
Posted by
Aminur Rasyid
at
3:00 pm
Pagi tadi aku bangun tidoq tiga kali kot. First aku bangun pukui 6, nak solat Subuh. Solat 5 minit ja so aku ada lebih kurang sejam untuk aku nak bersiap p keja. So that means aku kena bangun pukui 7, lebih awai dari sebelumnya sebab aku kena pick up Zack lagi, dia tumpang aku sejak minggu lepas lagi sebab moto dia breakdown and roadtax keta dia mampuih so dia tumpang aku la nak p keja memandangkan tempat keja dia dekat dengan tempat keja aku. Lepas semayang Subuh aku tidoq la balik, pukui 7 baru aku bangun. Masa tengah dok mandi aku terdengaq bunyi wasap, dua kali jugak aku dengaq. Aku agak ni mesti Zack wasap aku. Jangkaan aku memang tepat, tengok-tengok fon memang betui Zack wasap aku kata dia p keja dengan member ofis dia so aku tak payah la amik dia. Time aku abih mandi baru pukui 7:10, aku masuk keja pukui 8 setengah, kira aku ada banyak masa lagi nak sambung tidoq balik, hahaha. Aku pakai baju dengan seluaq nak p keja pastu aku sambung tidoq balik, pukui 7:50 baru aku bangun. Bangun tidoq banyak kali jugak aku hari ni sampai sakit kepala aku, hahaha.
Sunday, 20 November 2016
One Point Better Than None
Posted by
Aminur Rasyid
at
4:00 pm
Semalam lepas balik lepak ngan member aku tengok bola, game Liverpool lawan Southampton yang berkesudahan seri tanpa jaringan. Memang frust tak menang, banyak chance yang Liverpool boleh score tapi finishing tak kemas. Liverpool masih lagi top dalam liga, sama mata dan beza jaringan dengan Man City yang menang dengan Crystal Palace semalam. Andai kata Chelsea menang malam ni depa boleh pintas Liverpool. Walaupon game semalam seri, aku rasa puas hati jugak sebab Liverpool berjaya mendapat clean sheet di tempat lawan, ye la, selalu tiap-tiap game kena bolos ja, nampak ada perningkatan dalam defence walaupon attacking tak berapa menjadi semalam. akpa, banyak lagi game, season tak abih lagi, Liverpool still ada chance nak menang liga.
Tuesday, 15 November 2016
Doctor Strange (2016)
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
INFO
- Directed by: Scott Derrickson
- Produced by: Kevin Feige
- Production: Marvel Studios
- Distributed by: Walt Disney Studios Motion Pictures
- Released date: November 4, 2016 (US)
- Budget: $165m
- Box office: $494m
CAST
- Benedict Cumberbatch as Stephen Strange/Doctor Strange
- Chiwetel Ejiofor as Karl Mordor
- Rachel McAdams as Christine Palmer
- Benedict Wong as Wong
- Michael Stuhlbarg as Nicodemos West
- Benjamin Bratt as Jonathan Pangborn
- Scott Adkins as Lucian
- Mads Mikkelsen as Kaecilius
- Tilda Swinton as the Ancient One
- Chris Hemsworth as Thor
ADDITIONAL INFO
Movie ni berdasarkan pada komik Marvel 'Doctor Strange' yang dilukis oleh Stan Lee. Movie ni sebenarnya dah patut released masa 80an dulu tapi terlalu banyak konflik sampai movie ni tergantung. Banyak jugak penulis-penulis yang diupah untuk buat skrip movie tapi semuanya gagal. Start tahun 1986 sampai la tahun 2014 baru jadi nak buat movie ni. Susah jugak nak buat movie Doctor Strange ni, hahaha. Pada bulan Jun 2014, Derrickson dilantik untuk menjadi penulis movie ni dan dia dah tulis 12 scene untuk movie ni yang kemudiannya dibeli oleh Marvel. Pada penghujung tahun 2014 Cumberbatch dipilih untuk memegang watak Doctor Strange.
RATING
- IMDb: 8/10
- Rotten Tomatoes: 90%
Pergh.. tengok la betapa tingginya rating yang IMDb ngan Rotten bagi untuk movie Doctor Strange ni. Tak dapat dinafikan lagi yang movie ni menjadi antara movie yang top untuk tahun 2016. Walaupon aku bukan peminat Marvel, bagi aku movie ni movie superhero yang agak best, tak la standing dengan movie superhero yang lain tapi still dalam kategori movie superhero yang best. Dah cakap best so rating aku untuk movie ni mestilah tinggi, 4.5/5 final rating aku, dan 85% kalau nak ikut Rotten punya stail rating.
Sunday, 13 November 2016
Cool Guys In Hot Water
Posted by
Aminur Rasyid
at
3:30 pm
Dah lama tak overnight, last aku overnight masa dok poli dulu. Tapi semalam dapat jugak aku merasa overnight setelah sekian lamanya. Aku p mana semalam? Ni nak cita ni. Semalam aku, Haziq, Tipi dan jugak Ali p mandi kat kolam air panas kat Ulu Legong yang terletak di Baling. Kami p sana naik keta Tipi. Lebih kurang pukui 9 setengah lebih depa ambik aku kat rumah. Kami p makan dulu kat kedai sebelah Red Hotel. Depa semua makan kecuali aku sorang ja tak makan, sebab aku dah makan dah kat rumah, ayah aku tapau KFC, hahaha. Dah puas makan kami p karaoke lak kat sebelah snooker yang aku selalu main. Kami karok sejam ja, memang tak puas sejam, walaupon sora pon dah serak-serak, hahaha. Next thing kami buat mestilah main snooker, selalunya lepas karok memang kami main snooker pon, ataupon sebelum tengok wayang.
Lepas dah abih main kami pon gerak ke Baling. Tipi drive, Ali dok depan, Haziq ngan aku dok belakang. Perjalanan kami ke Baling ambik masa sejam jugak, tu pon sebab Tipi drive laju, 140km jugak dia tibai, hahaha. lebih kurang pukui 2 suku pagi kami pon sampai. Aku rasa first tme jugak aku masuk sana, seingat aku pernah p masa poli dulu, tapi tak pernah masuk, mungkin aku dok tidoq dalam keta ja kot. Masuk sana tukaq baju mandi depa bawak aku p kolam yang second panas (kolam yang paling panas tak boleh masuk sebab terlampau panas). Mula-mula letak kaki dalam kolam rasa panas gila, tapi lama-lama dah biasa dah. Memang lega gila berendam dalam air panas, kena pulak time malam yang sejuk. Kami empat-empat orang berendam kat kolam sambil dok menyembang, mata kami jugak tak terlepas usha awek-awek kat sana, biasa la orang bujang, mata mana boleh tengok kat lain dah, hahaha.
Lepas mandi tangkap gambaq lak. |
Dua jam jugak kami berendam, lebih kurang pukui 4 lebih baru kami pon chow. Masa otw balik Tipi drive lagi (sebab dia larat), Haziq pulak yang dok depan, aku ngan Ali dok belakang. Masa otw balik aku dok layan lagu dalam iPad aku, Ali lak dok tidoq berdekoq, deraih jugak mamat tu berdekoq, aku yang pakai earphone pon boleh dengan dia berdekoq, hahaha. Time tu aku tak mengantuk lagi, tapi lepas masuk Subuh mata pon dah jadi kuyu. Pukui 6 setengah kami pon sampai kat Perda. Kami singgah kat masjid Perda nak sembahyang Subuh.
Selfie after breakfast. |
Lepas solat kami p breakfast kat gerai tepi jalan kat Permatang Rawa. Bukan senang nak breakfast hari Ahad, selalu aku tidoq sampai tengah hari, semalam kira first time aku breakfast pagi Ahad, hahaha. Dah puas makan depa pon antaq aku balik. Memang puas jugak dapat meluangkan masa dengan depa ni, selalu dok rumah ja, lepas ni tak tau lak kami nak p mana.
Wednesday, 9 November 2016
Why Should We Care About That Guy?
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Tarikh hari ni menjadi tarikh yang akan diingati oleh seluruh warga US. Pilihan raya di US sudah pon berakhir, warga Amerika kini mempunyai presiden baru yang menggantikan Obama, Donald Trump yang menang undian yang paling banyak, mengalahkan pesaingnya, Hillary Clinton. Disebabkan ini, US sekarang menjadi bahan jenaka seluruh dunia. Laman sosial menjadi agak kecoh, terutamanya 9gag, penuh dengan meme-meme lawak Trump, sampai aku pon dah fedap. Apa pendapat hampa dengan pelantikkan Trump sebagai presiden US? Adakah dia layak menjadi presiden? Atau Hillary yang lebih layak? Seriously bagi aku, I don't give a fuck. Bukan aku orang US pon, lol. Memang pelantikkan Trump akan menjejaskan imej Islam (sebab dia support Israel), maksud aku kita umat Islam sepatutnya kena lebih risau dengan diri kita, sebab kita tak bersatu tu la org dok ambik advantage kat kita.
Sunday, 6 November 2016
Skittles
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Sapa pernah makan Skittles? Bentuk dia bulat kecik yang ada banyak kaler. Lebih kurang macam M&M jugak tapi setiap kaler dia rasa lain-lain. Ada 5 kaler, kaler oren rasa dia Oren, kaler hijau rasa dia Apple, kaler merah rasa Strawberri, kaler kuning rasa Lemon, dan kaler purple lak rasa Anggur. Flavour yang aku suka flavour grape. Harga dia murah ja, dalam RM2 lebih. Terdapat di kedai runcit seperti 7E dan kedai di stesen minyak (macam promote lak).
Monday, 31 October 2016
Can't Stop Tapping
Posted by
Aminur Rasyid
at
8:00 pm
Baru-baru ni aku discover game fon baru, nama dia Make More! Aku tau game ni masa hari Sabtu hari tu, time tu aku kluaq ngan Tan, sebelum nak tengok wayang aku nampak dia tengah dok main game Make More! ni, aku tengok dia main macam best ja so aku pon try la install. Lepas main aku rasa agak ketagih jugak, tapi tak dak la sampai nak spend duit beli barang macam yang aku selalu buat masa main game Sims. Game Make More! ni game arcade, di mana kita main sebagai bos kilang yang kena control pekerja-pekerja kita. Aku nak walkthrough sikit macam mana nak main game ni.
How to Play
Kita boleh jaga 5 kilang dalam game ni tapi starting dia kena jaga satu kilang dulu. Hanya sorang ja pekerja yang dia bagi free masa mula-mula main. Nak tambah pekerja kena spend duit kita. Macam mana nak dapat duit? Duit kita dapat bila kita 'klik' kat bos, bila kita klik kat bos tu maknanya kita dah jual barang yang kita siap buat. Macam mana nak bagi siap barang? Yang ni pulak kita kena 'tap' kat tengah screen laju-laju.
Aku rasa takat tu ja aku punya walkthrough, yang selebihnya hampa discover la sendiri. Bukan susah pon nak main game ni, senang ja, yang penting jangan main sampai jari lembam, hahaha.
Sunday, 30 October 2016
Saturday, 29 October 2016
Walaupon aku minat New Found Glory sebagai band feveret aku, band lain pon aku layan jugak. Band Pop Punk yang aku paling minat, sebab Pop Punk ni feveret genre aku. Selain New Found Glory, Green Day, Fall Out Boy, Simple Plan, dan Good Charlotte pon aku layan. Untuk post hari ni aku nak share lagu Good Charlotte yang aku suka (Top 10). Aku kenal band Good Charlotte masa tahun 2008, time ni aku baru start layan lagu English.
#10
#9
- Song: "Standing Ovation"
- Album: Cardiology
- Tracklist: 9
- Genre: Pop Punk
- Year: 2010
#8
- Song: "If You Leave"
- Album: Good Charlotte
- Tracklist: 15
- Genre: Pop Punk
- Year: 2000
#7
- Song: "Something Else"
- Album: Good Morning Revival
- Tracklist: 11
- Genre: Pop Punk
- Year: 2007
#6
- Song: "I Just Wanna Live"
- Album: The Chronicles of Life and Death
- Genre: Pop Punk
- Year: 2004
#5
- Song: "Wondering"
- Album: The Young and the Hopeless
- Tracklist: 4
- Genre: Pop Punk
- Year: 2002
#4
- Song: "I Don't Wanna Be In Love (Dance Floor Anthem)"
- Album: Good Morning Revival
- Tracklist: 4
- Genre: Pop Punk
- Year: 2007
#3
- Song: "In This World (Murder)"
- Album: The Chronicles of Life and Death
- Genre: Pop Punk
- Year: 2004
#2
- Song: "Girls & Boys"
- Album: The Young and the Hopeless
- Tracklist: 6
- Genre: Pop Punk
- Year: 2002
#1
- Song: "Little Things"
- Album: Good Charlotte
- Tracklist: 1
- Genre: Pop Punk
- Year: 2000
Subscribe to:
Posts (Atom)