Hey guys, nak tanya ni, hampa kalau edit gambaq pakai app/software apa? Aku pakai VSCO, dah setahun dah aku pakai, sampai sekarang aku rasa VSCO ni still the best editing photo app yang aku pernah pakai walaupon mostly filters dia kena beli. Ada ja filter yang murah, dalam RM3 camtu, tak rugi pon kalau beli, sebab filter-filter dia semua lawa. Aku dah beli banyak jugak filter, tak tau pulak berapa aku dah spend, hahaha. Ada ja apps yang filter tak kena beli tapi dah sebab terlampau suka sangat guna VSCO sampai beli filter ni dah jadi perkara biasa bagi aku. Nak beli filter kat VSCO ni tunggu la time dia bagi offer, time tu murah sikit filter dia. Serius elok kot kalau pakai VSCO, tak payah guna camera DLSR pon gambaq boleh jadi lawa. Dulu orang pakai Camera360, tapi tu cuma nak bagi muka ja lawa, tapi VSCO dia menyeluruh, bukan setakat muka ja jadi lawa, background gambaq pon jadi lawa jugak. So kesimpulannya aku suggest hampa pakai VSCO, nanti boleh dapat banyak like kat Insta, hahaha.
Saturday, 24 December 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment