Masa lunch tadi aku keluaq ngan geng assembly. Kami p naik moto, sebelum ni aku yang bawak depa, hari ni depa yang bawak aku pulak. Aku, Dekya, Kak Nadia ngan Abang Am. Aku naik ngan Abang Am, Kak Nadia naik ngan Dekya. Laju jugak Abang Am bawak, sampai pejam mata aku takut nak tengok depan, hahaha. Kami p makan kat kedai nasi ayam sebelah Caltex. Sedap nasi ayam dia, tu yang depa kerap p makan kat situ, aku selalu makan kat Warung Bonda ja, aku pon rasa macam nak tukaq taste sikit so aku ikut je la depa. Kami semua order nasi ayam, Abang Am nak order mi tapi tuan kedai kata tadak lak so dia pon terpaksa makan jugak nasi ayam. Aku order limau panas sebab sakit tengkak, selalu order teh ais, aku bukan suka pon minum air limau tapi dah sebab sakit tengkak, nak bagi lega kena minum air limau panas (Abang Ucop yang kata) so aku terpaksa la gagahkan diri minum. Kalau naik keta kami selalu punch card lambat dah sebab jalan jem, tapi hari ni kami naik moto so awai ja kami sampai kilang. Aku tak tau kedai tu nama apa tapi nasi ayam dia paling sedap yang aku pernah makan setakat ni, kalau hampa nak try p kat Caltex dekat dengan AEON Big Bukit Minyak, kedai tu dok sebelah Caltex bawah pokok.
Sekadar gambar hiasan, nasi ayam dia nampak
lebih sedap daripada gambaq ni, hahaha.
|
0 comments:
Post a Comment