Sedaq tak sedaq kita dah masuk tahun 2019 dah, umuq kita dah pon naik satu angka. So bila dah masuk taun baru ni mesti ada azam baru kan? Cakap bab azam taun baru ni aku pon ada azam baru jugak. Kalau hampa follow up dengan blog aku mesti hampa dah tau azam aku apa dia. Kalau hampa ingat azam taun baru aku nak ada girlfriend then hampa salah. Bukan aku tak nak girlfriend, aku cuma rasa aku ni belum layak lagi nak ada girlfriend, masih ada lagi kelemahan aku yang nak aku perbaiki sebelum nak ada girlfriend.
Apa kelemahan aku? Tak boleh jaga solat lima waktu. Ulamak-ulamak kata antara punca susah nak dapat jodoh ni berpunca daripada hubungan kita dengan Allah yang makin jauh. Kalau solat lima waktu aku tak boleh jaga, jangan harap aku boleh jaga anak dara orang. Aku cuma nak berpesan pada diri sendiri dan hampa yang tengah baca post ni. Lupakan je la azam taun baru hampa tu, tak penting pon, nak turunkan berat badan, nak ada girlfriend, dan nak jadi sado apa semua tu tak penting, yang lebih penting hubungan kita dengan Allah, bagi yang beragama Islam of coz, yang bukan Islam tu boleh la nak fokus dengan azam masing-masing. Kalau ada yang tanya aku bila nak kawen memang aku tak kan cakap benda ni sebab aku ni bukan la jenis nak bagi orang sentap dengan ceramah aku, aku tak pandai nak nasihat orang sedangkan diri sendiri tak perfect, so aku cuma mampu bagi teguran or nasihat dekat blog aku ni ja, hahaha. Jodoh ajal ni rahsia Allah, lain orang lain nasib. Kita patut bersyukur Allah bagi kita peluang bernafas lagi pada taun baru 2019 ni, Allah bagi peluang kepada kita untuk beribadah dan bertaubat pada-Nya. Kita pon tak tau berapa lama kita boleh hidup kat muka bumi ni, so sementara kita masih hidup ni buat la amal ibadah dan bertaubat pada Allah.
Secara konklusinya untuk taun baru 2019 ni expectations aku cuma satu ja, jaga hubungan aku dengan Allah, that's all. Aku nak jaga solat lima waktu dan nak mendalami maksud ayat-ayat dalam Al-Quran dan banyakkan ibadah sunat. Aku buat semua ni bukan aku nak jodoh cepat sampai, aku buat ikhlas kerana Allah, seriously aku dah tak kisah sangat bab jodoh ni, boleh kata buat masa ni aku selesa dengan kehidupan single aku. Kalau nak ikutkan taun depan kalau boleh aku nak kawen, since taun 2015 lagi aku target taun 2020 aku dah boleh start berumah tangga, lagi pon aku kesian kat parents aku, sampai bila aku nak susahkan hidup depa, betui tak? Lagi pon aku ni anak sulung, so memang depa pon expect aku kawen dulu, tapi aku tak kisah kalau adik aku kawen dulu, lol.
Okay sampai sini ja post untuk hari ni, harap-harap dengan membaca post aku ni dapat bukak hati dan niat hampa untuk jaga hubungan hampa dengan Allah, Insya Allah.
Okay sampai sini ja post untuk hari ni, harap-harap dengan membaca post aku ni dapat bukak hati dan niat hampa untuk jaga hubungan hampa dengan Allah, Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment