L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Tragic Accident

Monday, 21 January 2019

Tragic Accident

Baru-baru ni warga Penang digemparkan dengan kes eksiden keta terjunam dari Jambatan Pulau Pinang. Sapa yang follow up dengan page Penang Kini mesti dah tau dah eksiden ni. Kalau tengok video eksiden tu nampak macam depa tengah berlumba, sampai keta Vios tu hilang kawalan pastu terlanggaq keta CX-5. Kepada yang tak tau or tak berapa paham dengan situasi sebenar okay cita dia begini...dua-dua driver tu sebenaqnya kawan, keta Vios dengan CX-5, Vios ni p langgaq CX-5 ni sampai CX-5 terjunam kat laut, masa tu lebih kurang 2 pagi, depa dorang tu baru lepas lepak minum sekali. Bab race tu aku tak sure la tapi dah depa lepas minum mesti mabuk masa bawak keta. Aku kesian kat keluarga si mangsa sebab dia orang Cina, lagi seminggu lebih ja lagi nak raya tahun baru Cina, keluarga sapa tak sedih bila hilang ahli keluarga lebih-lebih lagi time nak dekat raya. Update setakat ni keta CX-5 kaler putih tu dah jumpa dah tapi operasi nak naikkan keta tu kat atas jalan terpaksa ditangguhkan sebab kren tak berdaya nak angkat keta tu, esok depa nak guna kapal besaq lak. Harap esok operasi berjalan dengan lancar, kesian kat orang lain yang dok lalu kat jambatan nak p balik keja, selagi operasi ni tak setel selagi tu jalan jadi jem. 


Apa-apa pon aku harap kejadian ni dapat dijadikan pengajaran untuk anak muda di luaq sana, toksah la dok balik lewat malam, especially yang Melayu ni, jangan la hampa dok gatai nak p minum dengan isap ganja, benda tu memudaratkan dan haram di sisi agama Islam. Kalau nak lepak jangan la lepak sampai pukui 2-3 pagi, sebab time ni la ramai pemandu mabuk dok drive, takut jadi apa-apa, depa yang mabuk ni la yang membahayakan orang lain, so sebab tu aku nak ingatkan hampa supaya balik rumah awai. 


Okay setakat ni ja post aku, untuk update terbaru pasai kes eksiden ni hampa boleh la follow up dengan page Penang Kini kat Facebook, aku just share serba sikit pasai kes ni. Sorry la kalau post aku ni ada menyinggung pihak-pihak tertentu, kalau ada salah tolong la betulkan, aku cuma baca kat page Penang Kini ja, mana tau benda yang aku baca tu salah, kalau salah sila betulkan yer, please tolong jangan kondem aku, okay? Peace no war.

0 comments:

Post a Comment