L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Mei-chan no Shitsuji

Wednesday 30 January 2019

Mei-chan no Shitsuji




INFO


  • Known as: Mei-chan's Butler
  • Country: Japan
  • Episodes: 10
  • Date Aired: Jan 13, 2009 - Mar 17, 2009
  • Aired On: Tuesday
  • Network: Fuji TV
  • Duration: 45 min per episode
  • Rating: 13+ - Teens 13 or older

Mei-chan no Shitsuji atau dalam bahasa English, Mei-chan's Butler ni diadaptasi dari sebuah manga dengan nama yang sama yang diedarkan sekitar tahun 2006 sampai 2013. Manga tu ada 20 volumes. Sequel dia, Mei-chan no Shitsuji DX start tahun 2014 dengan hanya 5 volumes saja.


SYNOPSIS


Drama ni  mengisahkan kehidupan seorang perempuan muda yang bernama Mei, yang membantu perniagaan ibu bapanya membuat udon (sejenis mi dari Jepun). Tetapi suatu hari, Mei dikejutkan dengan kematian ibu bapanya akibat kemalangan tetapi Mei tetap tabah dan cekal dan dia masih meneruskan perniagaan ibu bapanya. Beberapa hari kemudian seorang pemuda yang bernama Rihito yang merupakan seorang butler (pelayan) berasal dari Akademi St. Lucia Girls muncul, dan dia telah dilantik untuk melayani Mei. Kini kehidupan Mei yang biasa telah berubah sepenuhnya, kerana dia mendapati bahawa dia sebenarnya adalah ahli waris untuk harta keluarga Hongo, dan dia terpaksa berpindah ke Akademi St. Lucia Girls, di mana perempuan dilatih menjadi wanita sejati. Semua pelajar perempuan di akademi tersebut mempunyai seorang butler. Rakan zaman kanak-kanaknya, Kento memutuskan untuk mendaftar di sekolah butler tersebut agar dia dapat berada dekat dengannya.




CASTS


Akademi St. Lucia Girls ada ranking dia. Rank Ombra kira rank paling bawah la. "M" tu tuan kalau lak "B" Butler. Nama tuan dikuti dengan nama pelayan dia. Watak utama Shinonome Mei dengan butler dia, Shibata Rihito dan watak sampingan adik kepada Rihito, Shibata Kento. 



  • Shadow (Ombra) Rank
    • Eikura Nana as Shinonome Mei (M)
    • Mizushima Hiro as Shibata Rihito (B)
    • Tanimura Mitsuki as Yamada Tami (M)
    • Abe Shinnosuke as Kanda (B)
  • Moon (Luna) Rank
    • Oomasa Aya as Kayama Rika (M)
    • Sato Takeru as Shibata Kento (B)
    • Mayama Akihiro as Aoyama (B)
    • Nakabeppu Aoi as Natsume Fujiko (M)
    • Kyo Nobuo as Nezu (B)
    • Kutsuna Shiori as Amo Rin (M)
    • Maruyama Tomomi as Yotsuya (B)
    • Yoshida Riko as Mamahara Miruku (M)
    • Suzuki Ryohei as Daimon (B)
    • Nakamura Chise as Matsushiro Hikaru (M)
    • Minami Keisuke as Tsukiji (B)
    • Kojima Haruna as Takenomiya Nao (M)
    • Kimisawa Yuki as Nogizaka (B)
    • Kobayashi Kinako as Umeshima Kyoko (M)
    • Kato Keisuke as Roppongi (B)
    • Kikuzato Hikari as Uemura Kaori (M)
    • Yamaguchi Kenki as Nakameguro (B)
    • Akiyama Tana as Nakano Yuko (M)
    • Shikanai Daishi as Okachimachi (B)
  • Sun (Sole) Rank
    • Yamada Yu as Lucia (Hongo Shiori) (M)
    • Mukai Osamu as Shinobu (B)
    • Iwasa Mayuko as Ryuonji Izumi (M)
    • Yuki Jutta as Kiba (B)
    • Usuda Asami as Daichi Yuma
    • Horan Chiaki as Mizusawa Satomi
    • Yamamoto Ayano as Hino Eriko
    • Ishibashi Natsumi as Kazama Ai





Shinonome Mei, watak utama drama ni, yang dilakonkan oleh Eikura Nana ni seorang pompuan yang biasa-biasa ja. Pandai buat Udon disebabkan dia selalu tolong mak ayah dia berniaga Udon. Mei still cool dan tabah lepas mak ayah dia mati eksiden, walaupon mak ayah dia dah tadak Mei tetap teruskan perniagaan mak ayah dia. Masa mula-mula masuk Akademi St. Lucia Girls dia kena kutuk sebab terlalu nerd pakai spek, tapi lepas Rihito teguq dia jangan pakai spek baru la terserlah keayuan dan kecantikan Mei. 












Mizushima Hiro yang melakonkan watak Shibata Rihito ni antara reason aku layan drama ni, sebab dia ni pernah berlakon dalam drama Hana Kimi so sebab tu aku layan drama Mei-chan sebab aku ingat kalau dia berlakon mesti drama Mei-chan ni lebih kurang dengan Hana Kimi lol. Okay bercakap tentang perwatakan karekter yang dipegang oleh mamat Hiro ni, Rihito ni seorang yang sentiasa cool dan tenang dalam apa jua keadaan. Dia juga sentiasa serius dan kurang eksperisi, jarang dia senyum, kalau gelak lagi la jarang, memang beza gila la kalau nak bandingkan karekter yang dia pegang dalam drama ni dengan karekter dia dalam drama Hana Kimi. 







Dia ni lak adik kepada Shibata Rihito, Shibata Kento. Dia agak rapat dengan Mei, p sekolah sama-sama dan sebab tu dia jadi suka dengan Mei. Bila dapat tau yang Mei masuk Akedemi St Lucia Girls si Kento pon beriya-iya nak masuk juga nak jadi butler. Kento memang tak pandai jadi butler dan sememangnya noob tapi kadang-kadang dia mainkan peranan jugak. Kento memang seorang yang selalu marah orang dan garang tetapi dia jugak seorang penyayang sebab selalu protect Mei bila Mei dalam bahaya. Dalam hati ada taman beb.









COMMENTS



Kalau hampa ni jenis minat dengan drama Hana Kimi dengan Hana Yori Dango macam aku drama Mei-chan ni memang sesuai bagi hampa. Stail cerita dia lebih kurang dengan Hana Kimi, cuma konsep dia ja yang lain. Drama Mei-chan ni tak la sepopular macam drama Hana Kimi dengan Hana Yori Dango tapi still antara drama Jepun yang best aku pernah tengok. Aku memang tercari-cari drama yang lebih kurang dengan Hana Kimi sampai la masuk tahun ni baru aku jumpa drama ni. Drama Mei-chan ni mengingatkan aku sikit pasai Hana Kimi yang aku layan 2 taun lepas. Drama ni ada keunikan dia yang tersendiri. Lagu opening dan ending, stail humor dan editing yang digunakan dalam drama ni la yang menjadikan drama ni unik dan best. Apa pulak rating aku untuk drama ni? Well, uhh..aku tak bagi rating untuk drama series, selalu bagi rating untuk movie ja, hahaha. Tapi aku memang 100% la recommend hampa tengok drama ni. 

Okay setakat ni ja post untuk hari ni. Macam biasa stay tuned for da next post dan roger aku kalau nak tau hari apa aku nak post kat blog aku ni, selalunya aku akan pilih tarikh nak post so kalau nak tau boleh la aku bagitau. 

0 comments:

Post a Comment