Semalam sepatutnya gaji dah masuk tapi baru hari ni masuk sebab ada masalah teknikal. Mesej kata gaji dah masuk dah tapi tadi aku check kat akaun aku tadak lagi, Bank Islam memang lambat kalau nak tau, kalau orang lain guna Public Bank awai la dapat, kalau Bank Islam depa lambat update, silap-silap hari Isnin nanti baru gaji aku masuk, memang lakalakalasheit betui. Depa kata bulan ni gaji baru, kira ada kenaikan gaji la, aku pon rasa eksaited jugak bila depa kata camtu tapi tengok mesej gaji masuk kurang dari hat bulan lepas punya. Berkecai teruih hati aku, dok ingat bila dah gaji naik nanti boleh la aku balik awai sikit tak payah la buat ot sampai pukui 7 setengah, tapi nampak gayanya lambat lagi la aku boleh balik awai. Aku pon tak tau gaji aku naik ke tak, yang pasti tiap-tiap tahun naik tapi tak tentu naik berapa persen. Kena tengok pay slip dulu baru tau basic aku dah berapa, nak tunggu dapat pay slip berkurun jugak la.
Apa-apa pon aku harap gaji aku naik banyak sikit la, banyak sikit camna tu? Banyak ka sikit? Entah aku pon tak tau, dok pikiaq dapat gaji ja ni, duit dah tadak, ari tu baru pinjam duit mama, tak kan nak pinjam lagi lol. Kalau gaji aku naik banyak boleh la aku simpan duit sikit untuk masa depan aku. Gaji aku yang sekarang ni bagi aku cukup-cukup makan ja, tapi mungkin aku ni kadang-kadang boros dan terlalu enjoy sangat sampai duit habis. Boleh jadi jugak. Secara kesimpulannya aku harap gaji aku naik la, tak kisah la berapa, naik sikit pon jadi la janji naik. Emm tapi kalau aku dok boros gaji naik pon sama ja cita dia, hujung bulan duit tadak, lol.
0 comments:
Post a Comment