L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Never Thought I Could See Him Again

Sunday, 14 January 2018

Never Thought I Could See Him Again

Hari Jumaat ari tu sebelum nak p semayang Jumaat aku makan sorang-sorang kat kedai nasi kandaq, aku kluaq sekali dengan geng bangla, depa p beli barang kat AEON Big sebab depa dah makan dah tadi kat tempat depa. Masa aku tengah dok makan ada sorang mamat ni dia dok meja sebelah aku, meja kami gabung so nampak macam kami dok satu meja la. Aku tak kenai sapa dia sebab aku dok khusyuk makan tengok nasi (stail aku makan memang camtu, lebih-lebih lagi kalau lapaq makan tak tengok kot lain dah). Makan tengah makan tiba-tiba mamat yang dok meja sebelah aku tu pon teguq aku, dia tanya "Ni Aminur ka?" Aku tengok muka dia aku terkejut, bukan sebab camna dia boleh tau nama aku tapi sebab aku pernah jumpa dia, kat sekolah dulu. Aku dah tau dah dia sapa dia, aku still buat-buat lupa nama dia. Aku tanya dia camna boleh tau nama aku, dia cakap dia kenai kat sekolah, pastu dia tanya aku balik, "Hang ingat lagi tak aku sapa?" Aku pon dan-dan buat nak try ingat sapa dia, aku pon cakap la, "Ohh, Haziq, kelas sekali dengan Izzazrin dulu kan?"


Aku pon agak terkejut jugak la sebab aku tak expect boleh jumpa dia. Dah lama dah kami tak tak teguq, dekat 10 tahun dah pa. Dia pindah sekolah lepas abih PMR so memang aku dah lupa la, lagipon kami dok lain kelas so memang aku ni tak rapat sangat dengan dia. Tapi aku terharu jugak la sebab dia still ingat aku lagi and dia jenis tak malu teguq aku walaupon dah lama tak jumpa. Sesetengah orang tu bila nampak dia buat tak tau ja, aku ni lak jenis tunggu orang teguq aku dulu, kalau orang tak teguq aku pon buat tak tau la, hahaha. Aku rasa macam aku ni dah rapat sangat ngan si Haziq ni, walaupon kat sekolah dulu kami tak rapat and jarang bersembang, masa sembang dengan dia ari tu aku rasa macam tiap-tiap hari aku jumpa dia, padahal dekat 10 tahun tak jumpa. Aku rasa macam nak sembang ngan dia lama lagi tapi time tu waktu solat dah masuk so terpaksa la aku chow. Well at least aku dah ada no. dia, so kalau rindu nak jumpa dia boleh la contact dia, hahaha.

0 comments:

Post a Comment