L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Honey and Clover

Sunday 28 January 2018

Honey and Clover

Untuk post hari ni aku nak buat review sikit pasai drama feveret aku, Honey and Clover. Aku start tengok anime ni masa tahun 2009, aku tengok dekat Astro channel Animax. Start tahun ni aku tengok dia punya live action lak, tahun 2008, so drama ni dah berusia 10 tahun dah. Cita live action agak lain sikit dari anime punya tapi ada jugak part yang dia ikut jugak sebijik macam yang anime punya. Well, at least tak la lari teruk sangat macam live action Initial D yang memang lari jauh dari anime punya version. Bagi aku live action Honey and Clover ni agak best jugak la bagi aku walaupon aku lebih prefer yang anime punya, lawak pon lawak. The reason aku tengok live action punya sebab Toma Ikuta berlakon, lol. Not a big fan of him tapi dah sebab aku follow up dengan mamat Toma Ikuta since aku tengok drama Hana Kimi tahun lepas aku discover drama lain yang Ikuta berlakon, sampai la aku jumpa drama ni. Btw, berbalik kepada drama Honey and Clover ni bagi aku drama ni memang patut kena tengok, yang jenis minat layan drama Jepun aku memang recommend kat hampa tengok drama ni.








INFO



  • Directed by:
    • Masaki Tanamura
    • Hiroaki Matsuyama
  • Written by:
    • Shigeki Kaneko
  • Studio:
    • Fuji TV Drama Seisaku Centre
  • Original run:
    • January 8, 2008 – March 18, 2008
  • Episodes: 11 episodes




CAST

*Alert: This may contain spoilers*


Toma Ikuta as Yuta Takemoto


Watak utama drama ni, Takemoto merupakan pelakar seni tahun ke-2 yang berusia 19 tahun. Dia tinggal dalam apartment yang sama dengan Morita dan Mayama. Dia jatuh cinta dengan Hanamoto Hagumi tapi dia tak berani nak confess sampai la penghujung drama ni lepas dia mengembara baru la dia confident nak confess tapi malangnya cinta dia ditolak sebab Hagumi dah jatuh cinta dengan Morita. 


Riko Narumi as Hanamoto Hagumi


Hanamoto Hagumi dikenali sebagai 'Hagu', seorang pelajar seni tahun pertama berusia 18 tahun. Hagu ni dia jenis malu dan agak senyap tapi dia memang seorang yang berbakat dalam bidang seni sehingga mendapat perhatian orang ramai. Penghujung drama ni dia balik ke Shuji, tempat dia tinggal sebab dia tak dapat bayangkan kehidupannya tanpa seni lukis.



Hiroki Narimiya as Shinobu Morita


Morita, seorang pelajar tahun ke-6 dan berusia 24 tahun. Dia tak graduate sebab rekod kehadiran dia yang teruk. Dia memang seorang yang tak selalu serius dan suka berjenaka. Dia jatuh cinta dengan Hagu disebabkan dia tertarik dengan lukisan yang dilukis oleh Hagu. Cara dia express cinta dia tu lain dari Takemoto. Tapi lepas Hagu confess dekat dia Morita cakap yang dia dan Hagu adalah rival yang bersaing dalam pertandingan seni lukis. Morita pergi membawa dirinya ke Amerika selama setahun untuk mengasahkan lagi bakatnya dalam seni kraf. 


Osamu Mukai as Takumi Mayama


Pelajar tahun ke-4 yang berusia 22 tahun, Mayama bekerja dengan Rika Harada di syarikat milik Harada. Dalam masa yang sama Mayama jatuh cinta dengan Rika Harada. Selepas Rika cakap dekat Mayama yang dia tak diperlukan lagi dalam syarikatnya Mayama mengambil keputusan untuk bekerja dengan syarikat lain. Penghujung drama ni Mayama akhirnya kembali semula untuk bekerja dengan Rika balik. Mayama membawa Rika ke tempat suaminya membesar



Natsuki Harada as Ayumi Yamada


Yamada merupakan seorang pelajar tahun ke-3 yang berusia 21 tahun. Dia mahir dalam bidang seni membuat tembikar. Dia jatuh cinta dengan Mayama tapi disebabkan Mayama jatuh cinta dengan Rika Yamada berusaha untuk melupakan Mayama tapi dia gagal. 



COMMENT / RATING



Kalau aku bagi rating 8.5/10 untuk drama ni aku rasa tak la over sangat, sebab drama ni memang best, kalau hampa tak pernah tengok dia punya anime pon takpa sebab bagi aku tak lari jauh pon anime dengan live action punya, ada beza sikit ja tapi konsep dan jalan cerita still sama. 
















0 comments:

Post a Comment