Alright guys hari ni aku nak sentuh pasai bola pulak. Pasukan feveret aku, Liverpool dah kalah 2 kali berturut-turut, first kalah dengan team tercorot liga, pastu dalam saingan F.A Cup lak kalah dengan tinpot club kat tempat sendiri, cukup memalukan! Sapa lagi yang patut dipersalahkan, tak lain tak bukan manager Liverpool, Jurgen Klopp. Aku memang panas ati dengan dia sebab dia still tak nak beli goalkeeper sorang. Van Dijk, latest signing Liverpool pon masih gagal fix isu pertahanan skuad Liverpool. At least perlukan sorang lagi defender dan goalkeeper baru boleh kekalkan top 4 dalam liga dan boleh p jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Dana yang ada hasil jualan Coutinho ke Barcelona sepatutnya digunakan untuk menguatkan lagi barisan pertahanan Liverpool, attacking dah okay sebab dah ada ramai midfielder, kalau nak beli sorang striker lagi pon tadak masalah. Aku harap dengan kekalahan Liverpool dalam dua game berturut-turut ni dapat bukak mata si Klopp supaya dia beli player yang top class yang membolehkan Liverpool stay top 4 liga and at least boleh sampai semi final Liga Juara-Juara Eropah.
Tuesday, 30 January 2018
Sunday, 28 January 2018
Honey and Clover
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 pm
Untuk post hari ni aku nak buat review sikit pasai drama feveret aku, Honey and Clover. Aku start tengok anime ni masa tahun 2009, aku tengok dekat Astro channel Animax. Start tahun ni aku tengok dia punya live action lak, tahun 2008, so drama ni dah berusia 10 tahun dah. Cita live action agak lain sikit dari anime punya tapi ada jugak part yang dia ikut jugak sebijik macam yang anime punya. Well, at least tak la lari teruk sangat macam live action Initial D yang memang lari jauh dari anime punya version. Bagi aku live action Honey and Clover ni agak best jugak la bagi aku walaupon aku lebih prefer yang anime punya, lawak pon lawak. The reason aku tengok live action punya sebab Toma Ikuta berlakon, lol. Not a big fan of him tapi dah sebab aku follow up dengan mamat Toma Ikuta since aku tengok drama Hana Kimi tahun lepas aku discover drama lain yang Ikuta berlakon, sampai la aku jumpa drama ni. Btw, berbalik kepada drama Honey and Clover ni bagi aku drama ni memang patut kena tengok, yang jenis minat layan drama Jepun aku memang recommend kat hampa tengok drama ni.
INFO
- Directed by:
- Masaki Tanamura
- Hiroaki Matsuyama
- Written by:
- Shigeki Kaneko
- Studio:
- Fuji TV Drama Seisaku Centre
- Original run:
- January 8, 2008 – March 18, 2008
- Episodes: 11 episodes
CAST
*Alert: This may contain spoilers*
Toma Ikuta as Yuta Takemoto
Watak utama drama ni, Takemoto merupakan pelakar seni tahun ke-2 yang berusia 19 tahun. Dia tinggal dalam apartment yang sama dengan Morita dan Mayama. Dia jatuh cinta dengan Hanamoto Hagumi tapi dia tak berani nak confess sampai la penghujung drama ni lepas dia mengembara baru la dia confident nak confess tapi malangnya cinta dia ditolak sebab Hagumi dah jatuh cinta dengan Morita.
Riko Narumi as Hanamoto Hagumi
Hanamoto Hagumi dikenali sebagai 'Hagu', seorang pelajar seni tahun pertama berusia 18 tahun. Hagu ni dia jenis malu dan agak senyap tapi dia memang seorang yang berbakat dalam bidang seni sehingga mendapat perhatian orang ramai. Penghujung drama ni dia balik ke Shuji, tempat dia tinggal sebab dia tak dapat bayangkan kehidupannya tanpa seni lukis.
Hiroki Narimiya as Shinobu Morita
Morita, seorang pelajar tahun ke-6 dan berusia 24 tahun. Dia tak graduate sebab rekod kehadiran dia yang teruk. Dia memang seorang yang tak selalu serius dan suka berjenaka. Dia jatuh cinta dengan Hagu disebabkan dia tertarik dengan lukisan yang dilukis oleh Hagu. Cara dia express cinta dia tu lain dari Takemoto. Tapi lepas Hagu confess dekat dia Morita cakap yang dia dan Hagu adalah rival yang bersaing dalam pertandingan seni lukis. Morita pergi membawa dirinya ke Amerika selama setahun untuk mengasahkan lagi bakatnya dalam seni kraf.
Osamu Mukai as Takumi Mayama
Pelajar tahun ke-4 yang berusia 22 tahun, Mayama bekerja dengan Rika Harada di syarikat milik Harada. Dalam masa yang sama Mayama jatuh cinta dengan Rika Harada. Selepas Rika cakap dekat Mayama yang dia tak diperlukan lagi dalam syarikatnya Mayama mengambil keputusan untuk bekerja dengan syarikat lain. Penghujung drama ni Mayama akhirnya kembali semula untuk bekerja dengan Rika balik. Mayama membawa Rika ke tempat suaminya membesar
Natsuki Harada as Ayumi Yamada
Yamada merupakan seorang pelajar tahun ke-3 yang berusia 21 tahun. Dia mahir dalam bidang seni membuat tembikar. Dia jatuh cinta dengan Mayama tapi disebabkan Mayama jatuh cinta dengan Rika Yamada berusaha untuk melupakan Mayama tapi dia gagal.
COMMENT / RATING
Kalau aku bagi rating 8.5/10 untuk drama ni aku rasa tak la over sangat, sebab drama ni memang best, kalau hampa tak pernah tengok dia punya anime pon takpa sebab bagi aku tak lari jauh pon anime dengan live action punya, ada beza sikit ja tapi konsep dan jalan cerita still sama.
Friday, 26 January 2018
Uncharted 4: A Thief's End
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
INFO
- Developer: Naughty Dog
- Publisher: Sony Computer Entertainment
- Director
- Bruce Straley
- Neil Druckmann
- Writer
- Neil Druckmann
- Josh Scherr
- Composer
- Henry Jackman
- Platform
- PlayStation 4
- Release: May 10, 2016
- Genre: Action-adventure
- Mode
- Single-player
- Multiplayer
GAMEPLAY
Game ni main dia dalam third-person, kita control laki yang bernama Nathan Drake (watak utama) tapi ada part yang kita kena control character lain macam abang si Nathan. Macam-macam jugak kita boleh buat, bukan setakat lari dengan lompat, panjat bangunan pon boleh, kira macam parkour jugak la game ni. Tumbuk guna tangan of coz boleh, dan ada beberapa senjata yang boleh kita guna selain pistol. Stealth mode pon ada (serang hendap). AI pihak lawan pon dah improve, maknanya depa akan lebih alert dengan tindakan kita.
GRAPHIC
Okay dah abih cakap pasai gameplay aku nak cakap pasai grafik game ni lak. Grafik dia... fuhh... memang lawa gila beb! Macam real life tu tadak la tapi memang rasa kagum and puas la kalau main. Tu pon aku punya TV bukan TV yang 4K punya, kalau TV 4K dengan ada function HDR lagi clear pa.
RATING
- Metacritic: 93/100
- Destructoid: 9.5/10
- EGM: 9/10
- Famitsu: 39/40
- Game Informer: 9.5/10
- Game Revolution: 4.5/5
- GameSpot: 10/10
- GamesRadar: 4/5
- GamesTM: 9/10
- Giant Bomb: 5/5
- IGN: 9/10
- Polygon: 9/10
- VideoGamer.com: 8/10
- The Escapist: 5/5
Fuh..tengok la semua source bagi rating tinggi-tinggi kat game ni, memang no doubt la game ni game paling best untuk tahun 2016. bagi aku game ni memang well deserved rating tinggi, kalau aku listkan antara top 10 game PS4 feveret aku mesti at least top 5. Serius best game ni, bukan setakat grafik dia lawa, gameplay dia pon boleh tahan. So kepada yang still baru lagi dengan PS4 aku memang rekemen game ni.
Wednesday, 24 January 2018
Not Alone This Time
Posted by
Aminur Rasyid
at
6:00 pm
Pagi tadi Ijat suruh aku p Penang jumpa customer ada barang nak kena ukuq. Aku rasa malas nak p masa pagi tapi dah aku tadak keja urgent dalam ofis terpaksa la aku p. Kali ni aku tak p sorang, si Dilla pon ikut aku jugak. Lebih kurang pukui 11 setengah camtu kami pon sampai kat kilang Plexus Riverside. Jauh jugak kami parking, nak buat camna tempat parking yang dekat semua full, lol. Masa kami tengah jalan tu tiba-tiba ada mamat naik moto hon kat aku jerit "Woi!". Aku pon terkejut jugak orang gila mana tiba-tiba dok jerit kat aku. Pastu aku pon pikiaq balik ni mesti si Haziq ni, sebab dia keja kastam and dia selalu mai kat kilang Plexus Riverside, ada hari tu aku terserempak dengan dia jugak. Aku bagi IC aku kat Dilla suruh dia bagi kat kaunter nak dapatkan pas masuk. Pastu Haziq call aku cakap aku buat pa kat Riverside. Aku pon buat-buat terkejut la yang mamat dok hon tadi tu dia. Haziq ajak aku makan sekali memandangkan time tu time dia rehat. Aku on ja, aku cakap nanti aku roger dia balik.
Lepas dah setel ukuq barang kami pon balik. Masa jalan kaki nak p kat keta aku call Haziq tapi dia tak angkat lak. Aku sebenaqnya plan nak makan kat area Penang sebab dah alang-alang kat sana, selalu makan kat area Bukit Minyak ja, aku pon dah cemuih, hahaha. Masa otw balik ke jambatan tiba-tiba Haziq call aku ajak makan. Aku dah nak sampai kat jambatan dah aku u-turn balik. Haziq suruh aku tunggu dia kat Caltex, dia send location kat wasap. Dah sampai sana aku ikut dia p kedai makan yang dia selalu p. Masa dah sampai sana Haziq bagi isyarat suruh aku parking kat tempat parking berdekatan dengan food court tapi tempat tu full lak. Cari punya cari jumpa jugak tempat parking, tapi jauh sikit la kami parking, dekat ngan Sunshine.
Dah sampai kami pon p jalan kat food court tu. Aku pon risau jugak parking kat situ sebab tempat tu kena letak kupon, aku dah besa kena dah kat tempat tu time aku interview keja dulu. Dilla convince aku tak kena saman kot time tengah hari camni so aku pon hiraukan la. Dah masuk kat food court aku call Haziq tanya dia ada kat mana. Kami tunggu sambil berdiri dok tengok ramai orang beratuq sambil pegang pinggan. Haziq pon sampai la kat kami pastu dia suruh kami p ambik dulu nasi. Dia tanya kami nak minum ayaq apa dia nak tolong order utk kami. Lepas ambik nasi aku pon beratuq nak bayaq, si Dilla dok depan sikit dari aku. Time nak bayaq tu aku agak terkejut jugak la dia cakap nasi aku harga dia RM4 ja, aku ambik lauk ayam goreng dengan teluq scrammble campuq sosej. Murah kan? Hahaha pelik, selalunya kedai makan kat area Penang mesti mahai sikit tapi lagi murah lak dari tempat keja aku.
Sambil makan sambil dok sembang. Haziq ni dia tak malu nak sembang dengan si Dilla walaupon tak kenai. Dia tanya dulu keja kat mana, basic berapa, padahal aku yang keja ngan Dilla tak tanya pon bab tu, hahaha. Lepas dah abih makan aku nak bagi duit kat Haziq untuk ayaq aku sebab dia tolong order tapi dia refuse, dia kata dia belanja ayaq. Kira aku makan berjimat jugak la, sebab aku bajet makan RM10 sehari, aku agak lucky jugak la ada orang belanja aku hari ni, hahaha. Masa balik aku suruh si Dilla lak bawak keta, aku rasa lega jugak la tak kena saman parking, hahaha.
Monday, 22 January 2018
Ordinary But Special
Posted by
Aminur Rasyid
at
3:00 pm
Hari Ahad, lebih kurang pukui 8 pagi adik aku si Luqman gerak aku ajak breakfast, aku pon gagah bangun jugak walaupon aku rasa ngantuk sangat sebab pukui 4 pagi aku baru tidoq. Hari sebelum tu Luqman memang dah ajak siap-siap sekali ngan ayah and adik aku sorang lagi, Arif nak breakfast kat belah Penang. Aku pon cakap kat diri aku walau apa pon esok, hari Ahad aku nak bangun jugak, tak kira ngantuk ke tak aku kena bangun jugak. Yela, bukan senang nak breakfast ngan famili aku, walaupon aku ni bukan jenis makan breakfast sangat, tapi yang penting moment ngan famili aku, sebab tu aku gagahkan diri nak bangun breakfast ngan depa sekali, kalau tak selalunya hari Ahad sampai tengah hari aku bangun tidoq, kira bangun awai masa cuti ni benda yang positif yang aku pernah buat la, lol. Dekat pukui 9 kami gerak, si Arif bawak keta mama. Lebih kurang setengah jam camtu kami pon sampai. Nak masuk tempat dia tu pening sikit sebab dah dua kali si Arif lepas jalan, ke dia tak boleh fokus sebab lapaq sangat, hahaha.
Lepas parking kami pon jalan p kat kedai tu. Nama kedai tu Roti Canai Gemas Road. Kedai dia kecik ja, macam kedai tepi jalan, cuma ada banyak sikit tempat duduk. Memang ramai gila orang kat kedai tu. Nasib kami agak baik sebab ada orang dah abih makan so kami dapat jugak la tempat duduk. Luqman kata kedai ni menu special dia roti canai. Dia punya roti canai bukan biasa punya, memang special jugak la roti canai dia. Apa yang special? Dia letak ayam, teloq, cheese, ngan bawang kat roti canai dia, kira lain dari yang lain la, tempat lain mana ada orang buat camtu, sebab tu la ramai orang. Bagi aku okay jugak la roti canai dia, rasa biasa ja dia punya roti, cuma yang special dia letak ayam, teloq bawang dengan cheese je la. Aku tak suka sangat dengan cheese dia, sebab dia guna cheese petak yang orang dok juai dalam paket tu, kalau dia buat sendiri cheese dia aku rasa lagi sedap. Overall not bad jugak la roti dia, servis pon okay, walaupon ramai order tetap sampai, tak terlalu lambat tak terlalu cepat, so rating untuk kedai ni aku bagi 7/10.
Saturday, 20 January 2018
I Can Do This Anytime
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Semalam aku p jumpa customer, nak antaq sample dekat kilang Plexus Riverside, belah pulau. Aku p sorang kali ni, selalunya aku akan ikut geng senior tapi start tahun ni aku dah belajaq p jumpa customer sendiri. Yes, sorang-sorang aku ja, aku tak rasa malu pon nak jumpa customer sorang-sorang, mungkin sebab aku dah biasa dah kot jumpa customer masa praktikal dulu. Best jugak jumpa customer, sebab aku dapat ambik feel suasana keja kat kilang besaq. Aku berangan-angan jugak la nak keja kat sana sebab tempat dia besaq and ramai orang. Memang besaq gila sampai aku pon boleh sesat dalam tu, hahaha. Sepatutnya aku yang cari customer tapi customer yang cari aku kat mana sebab aku pon tak tau nak bagitau apa nama tempat yang aku dok tunggu, aku pon dok la tengah-tengah pastu cakap kat dia aku dok tengah-tengah so senang sikit la dia nak cari aku kat mana.
Part yang best bila p Penang jumpa customer aku boleh bawak keta company (keta Grand Livina). Memang sedap bawak keta Livina, aku tekan sampai 160 pon tak rasa apa pon. Sambil tengah bawak keta sambil dengaq lagu dalam iPad aku, memang feel gila la. Lagipon kluaq p Penang tak la rasa boring sangat dok dalam ofis, rasa sat ja masa berlalu, 3 jam dok kat luaq pon tak rasa apa. Lepas ni kalau depa suruh aku p jumpa customer memang aku tak tolak la, tapi aku still tak berapa cekap lagi jalan kat Penang, kadang-kadang lupa sampai kena bukak Waze, hahaha. Takpa la kan, kalau dah selalu p Penang jumpa customer aku tak akan kekok and jalan pon dah boleh tau.
Wednesday, 17 January 2018
Twentifor
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Wow, tak sangka aku dah masuk 24 tahun dah. Genap hari ni, 17 haribulan usia aku dah injak satu angka. Umuq 24 bagi aku still muda lagi, hahaha. Orang kata umuq 24 ni dah boleh kawen dah tapi bagi aku tak lagi kot. Kalau bukan tahun ni bila lagi? Next year? I don't know. Silap-silap 4-5 tahun lagi kot aku kawen, who knows? Aku dah cakap yang aku dah malas nak pikiaq bab tu, ada banyak benda lain yang aku nak fokus. Btw aku nak cakap terima kasih siap-siap kepada yang tak lupa nak wish birthday aku walaupon bagi hampa aku ni bukanlah special sangat, hahaha. So apa dia wish aku untuk besday kali ni? Tak tau la aku, wish jumpa jodoh cepat kot? Lol. Apa-apa pon aku patut bersyukur sebab Allah bagi aku peluang lagi hidup kat muka bumi ni. Dengan kesempatan yang ada ni aku akan cuba perbaiki diri sendiri dan menjadi insan yang berguna dan juga beriman.
Sunday, 14 January 2018
Never Thought I Could See Him Again
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Hari Jumaat ari tu sebelum nak p semayang Jumaat aku makan sorang-sorang kat kedai nasi kandaq, aku kluaq sekali dengan geng bangla, depa p beli barang kat AEON Big sebab depa dah makan dah tadi kat tempat depa. Masa aku tengah dok makan ada sorang mamat ni dia dok meja sebelah aku, meja kami gabung so nampak macam kami dok satu meja la. Aku tak kenai sapa dia sebab aku dok khusyuk makan tengok nasi (stail aku makan memang camtu, lebih-lebih lagi kalau lapaq makan tak tengok kot lain dah). Makan tengah makan tiba-tiba mamat yang dok meja sebelah aku tu pon teguq aku, dia tanya "Ni Aminur ka?" Aku tengok muka dia aku terkejut, bukan sebab camna dia boleh tau nama aku tapi sebab aku pernah jumpa dia, kat sekolah dulu. Aku dah tau dah dia sapa dia, aku still buat-buat lupa nama dia. Aku tanya dia camna boleh tau nama aku, dia cakap dia kenai kat sekolah, pastu dia tanya aku balik, "Hang ingat lagi tak aku sapa?" Aku pon dan-dan buat nak try ingat sapa dia, aku pon cakap la, "Ohh, Haziq, kelas sekali dengan Izzazrin dulu kan?"
Aku pon agak terkejut jugak la sebab aku tak expect boleh jumpa dia. Dah lama dah kami tak tak teguq, dekat 10 tahun dah pa. Dia pindah sekolah lepas abih PMR so memang aku dah lupa la, lagipon kami dok lain kelas so memang aku ni tak rapat sangat dengan dia. Tapi aku terharu jugak la sebab dia still ingat aku lagi and dia jenis tak malu teguq aku walaupon dah lama tak jumpa. Sesetengah orang tu bila nampak dia buat tak tau ja, aku ni lak jenis tunggu orang teguq aku dulu, kalau orang tak teguq aku pon buat tak tau la, hahaha. Aku rasa macam aku ni dah rapat sangat ngan si Haziq ni, walaupon kat sekolah dulu kami tak rapat and jarang bersembang, masa sembang dengan dia ari tu aku rasa macam tiap-tiap hari aku jumpa dia, padahal dekat 10 tahun tak jumpa. Aku rasa macam nak sembang ngan dia lama lagi tapi time tu waktu solat dah masuk so terpaksa la aku chow. Well at least aku dah ada no. dia, so kalau rindu nak jumpa dia boleh la contact dia, hahaha.
Friday, 12 January 2018
Lost My Progress
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
Ada hari tu (tak ingat hari pa) aku tengah main PS4. Time tu aku main game GTA Online, aku tengah try masuk session member aku, lama jugak la dia stuck dekat 90%, aku sampai dah hilang sabaq aku pon close application pastu start game balik. Lepas aku start balik dia stuck dekat screen yang ada gambaq pompuan tu, aku pon try tekan PS button tapi tak boleh nak p ke screen menu utama PS punya. Aku dah macam tadak pilihan aku tekan power button pastu on balik. Tekan butang off pon dia tak jadi pa-pa last-last aku cabut wayer terus. Lepas on PS balik dekat screen dia tunjuk screen hitam kata aku punya database corrupt, pastu dia restart sendiri. Lepas dia restart sendiri dia tunjuk satu menu pilihan, aku tak tau nak ambik mana satu, aku try ambik option 'Rebuild Database' tapi jadi benda yang sama jugak. Aku pon try tengok Google apa dia punya solution. Baca dekat satu website forum ada orang kata pilih 'Restore Defaults' akan berkesan so aku pon pilih la. And then PS aku dah jadi macam PS baru, semua benda kena setting, tapi nasib baik aku punya game ada lagi, cuma kena setting Wi-Fi dengan login akaun PSN aku balik la.
Benda yang buatkan aku frust bila aku dapat tau yang semua game saved data dah hilang. Nasib baik ada game yang aku upload saved data dekat online storage, tapi yang membuatkan aku lagi frust ada 2-3 game yang aku tak upload saved data langsung, so bermakna aku kena ulang balik dari mula lagi. Fuhh, memang penat la kena main balik. Memang time tu aku mencarut dalam hati, kalau la aku tak off automatic upload saved data tak kan kena main balik dari mula. Tapi nak buat camna, benda dah jadi, aku pon tak expect aku punya PS jadi hang. Luckily account game online macam GTA dia dah saved dah dekat server depa so kalau saved data hilang pon dia cuma affect dekat story mode je la, so no need to worry.
So kesimpulan dia aku nak ingatkan diri sendiri dan juga kepada pengguna PS4 lepas abih main game tu, tak kira la game apa pon, upload saved data dekat online storage, (dekat game tu tekan butang option pastu pilih 'download/upload save data'). Upload dekat pendrive or external pon aku rasa boleh, not sure la sebab aku tak pernah try tapi aku rasa boleh. Walaupon kadang-kadang dia makan masa nak upload tapi memang berbaloi dan sebagai langkah berjaga-jaga takut kita punya PS buat hal.
Wednesday, 10 January 2018
How It's Gonna Be
Posted by
Aminur Rasyid
at
12:00 am
So macam mana dengan tahun 2018? Bad or good? Masih terlalu awal nak judge I guess. The very first post untuk tahun baru selalunya aku akan bagitau new year resolution dekat hampa. Aku rasa ramai dah tau resolution aku apa dia (ramai tu maksud aku orang yang dah baca previous post aku, lol). Resolution aku untuk tahun ni tak la terlalu susah nak buat sebenaqnya, aku cuma perlu simpan duit ja untuk setiap bulan. Sebelum ni aku dah berjaya dah simpan duit sebanyak yang aku expected so aku rasa aku tadak masalah kalau nak simpan duit sekarang. Aku target tahun ni duit aku dalam bank ada sekurang-kurangnya RM10k, so that means aku kena simpan RM500 untuk setiap bulan, kalau aku konsisten dan tak terlalu boros aku mungkin boleh simpan lebih. Sepatutnya aku kena simpan duit dari dulu lagi tapi takpa aku rasa aku still ada masa lagi, no need to rush, at least sekarang aku dah sedaq apa yang aku patut aku buat. Sekarang masih bulan Januari, aku tak tau apa yang akan berlaku lepas ni, anything can happen in a year, rite? Btw sebelum aku mengakhiri post ni aku nak ambik kesempatan nak ucap selamat tahun baru dan selamat mengharungi kehidupan yang penuh berliku, dan ingat masih terlalu awal nak give up, go for your dream, bebeh!
Subscribe to:
Posts (Atom)