L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: October 2017

Tuesday, 31 October 2017

Tengah hari masa lunch aku, Dila, Kak Nadia, Abang Am, and Dekya keluaq makan sekali. Kali ni kami makan kat Sila O Sila, selalu makan kat Warung Bonda ja, depa mesti dah cemuih, hahaha. Aku pon dah lama tak makan kat Sila O Sila ni, time praktikal dulu sebelum jumpa Warung Bonda aku kerap makan kat situ. Kami naik keta Dila, Proton Exora kaler brown. Kami masuk ikut jalan kampung sebab kalau ikut jalan biasa takut jem lak. Aku makan nasi berlaukkan ayam goreng ja sebab aku pon tak banyak duit dalam dompet, maklumlah dah hujung bulan, esok baru gaji masuk. Nasi ngan ayam goreng campuq teh ais harga dia RM6.00, fuh memang cukup-cukup duit aku dalam dompet, hahaha. Masa tengah makan aku ternampak kertas resit kat bawah pinggan Dekya, aku cuma nampak RM4.50 ja, aku pon pelik la sebab apa murah sangat, padahal banyak lauk dia ambik, ayaq tak kan dia kira sekali, selalunya dia kira asing (ada harga lain bawah harga nasi). Aku tak tanya pon tapi Dekya cakap kat aku ayaq sirap dia bagi free. Aku pon terkejut jugak la, tadak la sampai tersembuq nasi tahap surprise aku. Kira murah hati jugak la kedai Sila O Sila ni bagi ayaq free walaupon ayaq sirap ja. Aku bukan minum pon ayaq sirap, time p kenduri ja aku minum pon (sebab tadak ayaq lain kat kenduri). Kan best kalau dia bagi ayaq teh ais free, sebab tiap-tiap hari aku minum ayaq teh ais, hahaha. Ish, mengada-ngada betui aku ni, dah orang bagi ayaq sirap free, kira bersyukur la, nak bagi ayaq teh ais free memang tak dapat la, dah la teh ais guna susu cap teko, susu bukan murah, kan? Haa, itu je la aku nak cita hari ni, ayaq sirap free kat kedai Sila O Sila yang terletak tak jauh dari Kota Permai, sapa nak air sirap free or yang jenih tengah berjimat boleh lah p singgah kat Sila O Sila (macam promote lak).

Friday, 27 October 2017

Masa otw balik keja ntah pasaipa aku tergerak hati nak p beli waffle kat Billion Kota Permai. Aku dah lama tak p situ tapi aku ingat kat situ ada kedai waffle. Kalau nak tau kat situ la tempat first aku keja part time lepas SPM. Aku ingat lagi aku ngan Tan rancang nak keja kat situ. Masa tu Tan tak pindah rumah lagi (sekarang dok kat Kulim). Kami apply jadi promoter sama-sama, tapi Tan dapat masuk dulu, aku lambat sikit. Kalau kami keja shift sama kami p sama-sama. Aku jaga bahagian seluaq jeans, Tan aku tak ingat dia jaga dept apa, rasanya baju jugak kot. Aku keja kat situ cuma 2 minggu ja, aku terpaksa berhenti keja sebab nak p bercuti ngan family. Boring jugak keja kat situ sebab mostly kat sana Chinese, aku tadak geng nak menyembang, tapi the best part aku dapat p keja ngan best friend aku, kalau la kami jaga dept yang sama mesti lagi best, tak la boring sangat.

Sunday, 22 October 2017




INFO


  • Directed by: Niels Arden Oplev
  • Written by: Ben Ripley
  • Production company: 
    • Columbia Pictures
    • Cross Creek Pictures
    • Further Films
    • Laurence Mark Productions
  • Distributed by: Sony Pictures
  • Release date: September 29, 2017 (2017-09-29) (United States)
  • Running time: 110 minutes
  • Budget: $19 million
  • Box office: $24.7 million



CAST



  • Ellen Page as Courtney Holmes
  • Diego Luna as Ray
  • Nina Dobrev as Marlo
  • James Norton as Jamie
  • Kiersey Clemons as Sophia




SYNOPSIS

(ALERT! THIS MAY CONTAIN SPOILERS!)


Courtney Holmes merupakan pelajar perubatan yang bekerja di hospital. Dia berminat untuk mengetahui apa yang berlaku selepas manusia mati jadi dia mengadakan satu eksperimen secara rahsia di bilik hospital yang terletak di bawah tanah (bilik tu digunakan ketika bencana alam berlaku). Bilik tu tak pernah digunakan jadi ia adalah tempat yang sesuai untuk Courtney menjalankan eksperimen, tetapi dia tak boleh lepak terlalu lama sangat sebab ada guard yang nak buat rondaan kat kawasan tu. Courtney ajak member dia yang juga pelajar perubatan yang bekerja dengannya, Sophie dan Jamie untuk membantunya dalam eksperimen tersebut. Courtney menyuruh Jamie stop dia punya jantung guna defibrillation dalam tempoh 60 saat and then kejutkan dia. Selepas Courtney tak sedarkan diri mereka berdua cemas dan tak mampu nak pulihkan Courtney. Sophie meminta bantuan daripada Ray dan mereka akhirnya berjaya memulihkan Courtney. Selepas tu Marlo tiba di tempat kejadian dan dapat tau pasal eksperimen tu. Lepas eksperimen tu Courtney jadi semakin pintar yang membuatkan ramai orang jeles. Jamie pon cuba jugak try eksperimen tu diikuti dengan Sophie dan jugak Marlo, hanya Ray seorang ja yang tak buat keja gila tersebut. Walaupon kelebihan eksperimen tu mampu menjadikan mereka semakin pintar tapi dia ada kesan sampingan jugak, kalau nak tau apa dia punya kesan sampingan dia haa tengok la movie ni sampai abih, cukup la setakat ni aku dah spoils banyak abih dah, hahaha.



EXPLAINATIONS

(ALERT! THIS MAY CONTAIN SPOILERS!)


Bagi yang dah tengok movie ni tapi ada part yang tak paham aku boleh jelaskan. Aku tak tau part mana yang hampa tak paham tapi aku huraikan je la point aku. Sebenaqnya bukan adik Courtney yang bunuh dia, tu cuma dia punya ilusi dia ja, padahal dia yang terjatuh sendiri. Sebab Courtney selalu ingat yang dia adalah punca adik dia mati dan tak boleh maafkan diri dia atas perbuatannya tu sebab tu dia punya mind trick dia yang adik dia jugak tak maafkan dia dan berdendam dengan dia padahal dia pon tak tau sama ada adik dia tu maafkan dia or tak. Part yang Jamie kena tikam pisau kat tangan tu pon dia sendiri yang tikam, bukan girlfriend dia. Memang dia tak tunjuk yang Jamie tikam tangan dia sendiri, macam part Marlo masa bawak keta tu yang dia kena lemaskan dalam beg plastik kat muka, bukan orang or hantu cuba nak lemaskan dia, Marlo sendiri yang jadi susah bernafas. Part ni kita boleh tau bukan orang yang nak lemaskan Marlo, sebab part ni dia tunjuk dua scene, Marlo punya ilusi dan bukan ilusi. Macam tu la apa yang berlaku kat Courtney. 



MORAL OF THE STORY

(ALERT! THIS MAY CONTAIN SPOILERS!)


Apa yang boleh kita belajar dari movie ni ialah kita kena lah minta maaf dengan orang yang kita buat salah kat dia dan kalau orang tu dah tadak or mati kita kena lah maafkan diri sendiri. Dalam kes Courtney memang dia yang salah sebab dia main fon masa bawak keta and then accident yang mengorbankan nyawa adik dia, memang betul salah dia tapi bukan Courtney sengaja nak bunuh adik dia, dah nama pon accident. Manusia memang selalu cuai dan melakukan kesalahan, walaupon kesalahan tu mengakibatkan kematian seseorang tapi kita terpaksa la menerima kenyataan dan maafkan diri sendiri dan cuba untuk perbetulkan diri kita dan cuba elak daripada melakukan kesalahan yang sama.


RATING and COMMENT 


Rating untuk movie ni agak low jugak tapi bagi aku movie ni deserve high rating sebab aku suka dia punya kombinasi antara sains fiksyen dah horror. Kalau nak tau movie ni movie remake untuk movie tahun 1990 dengan nama yang sama. Nak tau yang ori punya lagi best lagi boleh la try tengok, aku tak boleh nak bagitau yang ori lagi best ka or remake lagi best sebab aku tak pernah tengok ori punya lagi, tapi kalau dalam list aku punya 'Top 2017 Movies' movie ni akan aku include. Rating aku untuk movie ni? 8.5/10 aku rasa dah fair.

Tuesday, 17 October 2017

Semalam memang aku bebai gila. Sampai 2 jam aku tunggu member aku abih meeting. Well cita dia bermula begini, Zul sepatutnya submit sample pagi sebelum pukui 10 kena ada kat Penang dah, tapi disebabkan kotak sample yang aku buat tak elok aku kena buat lain sampai tak sempat nak antaq so Zul suruh aku yang p antaq lepas lunch dengan Chris. Pukul 1 setengah camtu Cheah KK (bos marketing) call aku kata dia nak p Penang dah. Aku pon p la ngan dia and si Chris. Dah sampai kat sana lebih kurang pukui 2 setengah Chris tanya aku dah pernah masuk ka aku cakap tak pernah so Chris pon terpaksa la teman aku antaq sample kat customer. Lepas dah settle kami p satu lagi kilang, company sama cuma bahagian lain. KK suruh aku tunggu kat luaq sebab kalau aku masuk meeting pon aku boring jugak, depa mesti speaking Chinese punya so aku pon dok la kat luaq dengan pekerja-pekerja yang lain. Dari pukui 3 lebih sampai nak dekat pukui 5 baru depa kluaq dari bilik meeting. Masa aku tunggu depa abih meeting fon aku dah la abih bateri, bayangkan betapa sengsaranya aku kena tunggu.


KK cakap kat aku yang dia kena p satu tempat lagi. Aku cakap nak balik awai, bukan sebab boring tapi sebab aku dah janji ngan family dinner sekali. Sebelum fon aku abih bateri aku sempat wasap si Haziq suruh ambik aku memandangkan dia keja kat tempat aku antaq sample tadi. Chris call Jamal, member aku yang urus delivery tanya ada lori tak yang lalu dekat company yang kami dok dia cakap ada. So thjats mean aku kena balik ngan lori la kalau nak balik awai, kalau tak aku kena tunggu lagi la ngan KK and Chris. Pastu KK call Ijat lak cakap dia tak sempat nak p tempat yang dia nak p tu, dia tanya Ijat boleh tak dia p pagi esok. Aku dengaq camtu la dia cakap, tak tau la Ijat setuju ke tak. Last-last KK macam kesian kat aku ja so dia tak jadi p tempat yang dia nak p tu and then kami pon balik la.


Pukul 6 baru sampai kilang aku pon terus chow ngan PC aku tak tutup. Aku ambik powerbank dalam keta terus charge fon aku, bukak fon ada miss call dari Haziq, aku reply balik wasap kata aku dah balik dah. Masa aku dah sampai kat roundabout ayah aku dah call aku tanya ada kat mana, depa nak bertolak dah. Aku pon speed up sikit, 6:20 camtu baru sampai rumah. Masuk rumah terus mandi. Aku tengok si Arif dok tidoq lagi. Luqman p ngan keta dia sebab dia hangout ngan member dia. Pukul 7 baru kami bertolak dari rumah. 


Moral of the story, lepas ni kalau Zul or sapa-sapa suruh aku p antaq sample aku nak p sendiri la. Tak kisah la kalau naik keta aku janji aku tak p ngan KK and Chris lagi, hahaha. 



Sunday, 15 October 2017



INFO

  • Publisher: EA Sports
  • Series: FIFA
  • Engine: Frostbite 3 (PC, PS4, XOne)
  • Platform(s) :
    1. Microsoft Windows
    2. Nintendo Switch
    3. PlayStation 3
    4. PlayStation 4
    5. Xbox 360
    6. Xbox One
  • Release: 29 September 2017
  • Genre: Sports
  • Mode: Single-player, multiplayer


GAMEPLAY


Gameplay agak lain sikit kalau nak dibandingkan dengan FIFA 17, dia punya movement player agak berat sikit. Crossing pon agak slow bagi aku tapi dia punya setting boleh tukaq dari slow, normal atau fast. Passing, shooting ngan skill still sama. Celebration ada lain sikit, kali ni player boleh celebrate dengan fans lak. 


GRAPHIC


Dia punya graphic, fuhh.. memang cun gila, jauh beza dari FIFA 17. Rumput pon nampak real, fans kat stadium pon dah render jadi lagi lawa. Memang detail jugak la FIFA 18 dari FIFA sebelum ni. 



FEATURES


1. Manager Mode Career

Ada banyak jugak features baru yang FIFA 17 tadak. Antara features baru yang menarik perhatian aku adalah cut scene player negotiation. Kalau main manager mode career masa kita nak beli player dia akan tunjuk cut scene kita dengan manager kelab player yang kita nak beli tu. Lepas dah deal dengan manager bila kita proceed negotiate ngan player dia akan tunjuk cutscene kita dengan player dan agen dia. Lepas kita dah sign kat menu utama tu dia akan tunjuk video pendek player yang kita sign tu pegang jersey team kita. 


2. Quick Sub

Feature ni yang aku dok tunggu EA nak buh sejak sekian lama. Quick Sub maksud dia kita tak perlu nak pause game bila kita nak tukaq player masa tengah lawan. Kalau main PS4 masa cutscene tertentu dia akan bagi pilihan kita nak tukaq player dengan tekan R2 lama-lama and then pilih player mana yang kita nak tukaq. Tapi sebelum tu kita kena set dulu player mana kita nak tukaq dekat team management sebelum match start, kalau tak set still boleh quick sub cuma dia akan bagi suggestion kat kita la player mana yang sesuai kena sub off.


SOUNDTRACKS


Soundtrack dalam FIFA 18 ni kurang best sikit dari FIFA 17 but still ada lagu yang best-best, cuma tak banyak yang best dari FIFA 17. Setakat ni aku tak jumpa soundtrack yang aku attached sebab aku focus main ja, hahaha. Pro tip, kalau yang main PS4 kalau kita tak suka lagu tu kita boleh skip song dengan tekan touch pad. 



RATING


Source: Wikipedia




Rating yang FIFA 18 dapat not bad jugak, boleh kata totally deserved la. Bagi aku FIFA 18 kalau nak compare dengan FIFA yang lain FIFA 18 lagi best, yup, 5 jam main pon aku tak sedaq masa dah berlalu, hahaha. Boleh kata game FIFA 18 ni game yang aku addicted sekarang ni, kalau sehari tak main memang tak sah, hahaha. 


Thursday, 12 October 2017

Orang kata cuaca kat Malaysia ni tak menentu. Sat panas sat hujan, selalunya panas ja. Aku bersyukur gila dok Malaysia dapat jugak rasa cuaca panas, sebab dok dalam ofis pon dah sejuk, bila kluaq ofis time rehat aku rasa lega gila dapat rasa panas, dok dalam keta pon kalau boleh memang tak nak bukak aircond (ada member tumpang ngan aku makan so aku terpaksa jugak buka aircond). Sejak aircond kat ofis aku dah servis aku rasa makin sejuk lak dok dalam ofis. Baru 25 darjah celcius dah sejuk gila dah. Kalau time hujan lagi la rasa sejuk, aku sampai pakai baju sweater dok dalam ofis. Masa aku tengah selsema lagi la teruk, rasa nak balik awai ja, hahaha. Tapi serius aircond dalam ofis aku rasa sejuk lain macam ja, kalau tak bukak aircond nanti panas lak sebab dalam ofis aku mana ada kipas. Aku rasa mungkin sebab terlalu sejuk la yang buat aku rasa ngantuk dalam ofis, hahaha.




Wednesday, 11 October 2017

Tempat keja aku dah buat peraturan baru. Apa dia peraturan dia? Overtime lebih daripada pukul 7:30 kena isi form dan form tu kena bagi manager sign and then kena bagi kat HR sebelum  pukul 5 setengah. Dan yang lagi tak boleh blah kalau nak buat overtime lepas pukul 7 setengah kena rehat sejam, 8 setengah baru kira overtime. Yes, satu jam, diulangi SATU JAM rehat! Seriously wtf gila nak overtime kena rehat sampai sejam, mengarut betui la depa ni. Aku selalu balik pukul 8 setengah disebabkan peraturan baru ni aku terpaksa balik pukul 7 setengah, dapat jugak la 2 jam overtime, mintak-mintak jangan sampai lepas pukul 5 setengah kena isi form, kalau tak memang lari bajet aku, hahaha.

Monday, 9 October 2017

Selalunya bos aku balik pukul 6, jarang dia balik pukui 5 setengah, paling lambat pon dia balik nak dekat pukui 7. Seriously aku rasa macam wtf jugak dengan bos aku ni, aku pon tak tau awat dia suka balik lambat, padahal bukan dia kena punch card pon, lagipon overtime tak kira pon sebab dia punya basic lebih RM2500. Mungkin sebab dia selalu masuk keja lambat kot, kira macam dia nak ganti la lebih kurang kalau balik lambat. Nak kata dia keja banyak pon tak jugak, aku tengok dia dok main fon ja, dia punya laptop tak sentuh langsung. Hari ni nak hujan pon dia tak reti nak balik awai lagi, dah la naik moto, hujan lebat nanti nak balik kang meroyan lak. Aku tak paham betui dengan dia ni. Aku rasa dia saja nak monitor kami kot, dia takut kami tak buat keja, dok buat benda lain time overtime. Ntah la aku pon dok stress ni dia dok ada lagi ni, aku punya dok tunggu dia balik awai ntah-ntah nanti aku pulak yang balik rumah dulu sebab terlampau stress, hahaha.

Saturday, 7 October 2017

Semua orang mesti ada sesuatu plan untuk masa depan sendiri, tak kisah kalau plan tu kita sendiri yang decide or orang lain yang tolong kita decide asalkan kita yakin yang plan kita tu berguna untuk masa depan kita. Orang kata manusia hanya mampu merancang Allah yang tentukan, tak pa la at least kita ada plan walaupon kita sendiri tak tau adakah plan kita tu akan membuahkan hasil atau sebaliknya, hanya Allah yang menentukan sama ada plan kita tu berjaya or tak. 






Macam mana lak ngan aku? Apakah plan aku untuk masa depan? Well well well, secara jujurnya aku tadak plan. Aku blur, aku konfius apa yang patut aku buat untuk persediaan masa depan aku. Bukannya aku tak pernah pikiaq masa depan aku, bukannya aku tadak plan, tapi masalahnya plan aku selalu terbantut or fail. Masa aku confess kat orang yang aku suka tu sebenarnya itulah plan aku untuk masa depan, bukannya aku main confess ikut suka hati or nak ada girlfriend. Tapi aku asyik kena friendzoned ja so aku pon pikiaq baik aku buat tak tau ja dulu, bukan give up tapi aku nak tunggu ja apa yang akan jadi in future seperti quote kat atas ni. 

Thursday, 5 October 2017

Dari aku start masuk keja sampai la sekarang aku selalu kena ceramah ja ngan Abang Nazri (my manager). Hari ni aku kena kaw-kaw gila ngan dia. Kali ni apa pulak salah aku sampai kena maki? Meh ni aku nak cita. Punca dia aku kena maki aku sebab sample yang aku bagi kat Chris (geng marketing) tu salah, foam tu sepatutnya mirror, tak boleh sama. Aku pon tak tau sebab aku tak check, aku suruh si Dila check ngan QA, si Zharif. Dila and Zharif mungkin tak sedaq yang foam tu sepatutnya kena mirror, tapi aku mengaku yang tu salah aku sebab aku tak tulis dalam drawing and tak p check dulu, sebab aku ingat kalau check kat QA lepas so dah tak dak problem la, tapi sangkaan aku meleset. Abang Nazri ceramah aku gila-gila sebab dia pon kena ngan tauke dalam e-mel. 





Hari ni bukan setakat satu ja aku buat silap, sampai dua kali baq hg, mistake yang ke-2 aku buat hari ni aku send drawing yang obsolete kat customer. Chris yang suruh aku send kat dia, walaupon bukan drawing aku tapi still salah aku sebab tak check dalam sistem, aku p check dalam folder, aku tersilap ambik drawing sebab ada dua folder nama sama, satu folder ada drawing latest, satu lagi ada drawing lama, aku p ambik yang lama punya. Sepatutnya aku check dulu dalam sistem sebab dalam sistem dia tunjuk drawing latest. Yang tu aku cuma kena ceramah dalam e-mel ja, Abang Nazri pon macam dah tak larat nak ceramah aku, hahaha. Hari ni aku memang bad luck gila la, rasa macam nak balik rumah awai ja, tapi aku kuatkan diri buat overtime demi nak kumpul duit, kena maki ngan bos bukan benda first time bagi aku, dari tahun pertama aku keja lagi dah kena dah, so dah biasa dah bagi aku, lol.