L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: August 2017

Wednesday, 30 August 2017

Bullah call aku ajak main snooker, aku cakap aku on ja. Pastu aku call Najmi lak nak ajak dia main sekali, dia cakap pukui 10 baru boleh sebab dia kena hantaq orang. Lepas masuk waktu Isyak tiba-tiba Najmi call aku suruh dia mai kat highway Juru, keta member dia rosak. Najmi send location kat wasap aku pon time tu dengan tak mandi lagi aku mandi cepat-cepat and then ikut location yang Najmi send. Jem jugak jalan nak p ke Perai, jalan nak p Juru tak jem pon. Aku kena u-turn sebab member Najmi tu terkandas dekat jalan nak p ke Perai. Masa nak sampai ke jalan nak p Georgetown dengan jalan nak p Perai aku pon call Najmi takut masuk salah jalan. Aku tanya dia nak ambik jalan belah kanan ke belah kiri pastu dia cakap ambik belah kanan aku pon ikut la. Aku nampak keta Kelisa ngan keta Plus. Aku kluaq dari keta tengok geng Plus tolong caj bateri guna jumper. Member Najmi pompuan rupanya, kata dia nak balik Aloq Setaq, rumah famili dia. Lepas dah caj Najmi suruh escort member dia p rumah dia nak tukaq bateri. Aku pon bawak la belakang dia. Aku ada nampak satu lori ni dia nak potong aku, aku pon macam risau ja aku terpaksa potong si member Najmi, takut lori tu halang aku dari ikut member Najmi. Aku nampak Najmi berenti tepi jalan. Aku turun tingkap tanya aku mana budak tu. Aku pon pelik la dia menghilang p mana sebab aku ingat dia ikut belakang aku. Najmi call budak tu dia cakap ada kat Exora Hotel. Najmi pon p la kat dia sementara aku tunggu kat rumah Najmi. Time tengah tunggu depa sampai aku call si Bullah tanya dia kat mana sebab dah alang-alang aku kat luaq ingat nak p ambik dia terus. Bullah cakap dia kat kedai burger, nak belanja aku burger kata dia. 


Selang beberapa minit kemudian Najmi call aku suruh aku tunggu kat masjid dekat rumah dia. Aku pon p la tunggu sana. And then budak tu call aku, dia cakap nama dia Dayah, dia cakap dia ada kat depan Pacific keta dia rosak lagi. Aku pon call Bullah pastu p ambik dia. Masa kami kat area Pacific aku call Dayah tanya dia dok kat mana, dia cakap kat jalan nak p BM. Kluaq dari area Pacific kami pon nampak la keta si Dayah pastu kami berenti tepi jalan. Aku nampak ada keta kat depan Dayah pon berenti jugak, ada orang cuba nak tolong si Dayah rupanya. 3 pompuan dengan 2 orang laki yang tengah tolong Dayah. Salah sorang laki tu cakap ada kedai bukak lagi, dia suggest p trade in bateri dengan bateri baru. Aku pon call la Najmi tanya dia kat mana. Dia cakap kat Machang Bubok, kira lambat lagi la nak sampai kat tempat kami. Aku pon cakap la kat member tu boleh la nak p tukaq bateri. Dia bukak bateri and then naik moto p kat kedai keta yang terletak di sebeblah Longwan. Beberapa minit kemudian dia pon sampai and kami pon tolong la dia pasang bateri. Lepas tu dah boleh start keta, Dayah mintak no akaun kat laki yang p beli bateri tadi, nak bayaq balik la, sebab beli bateri guna duit mamat tu, RM240 jugak la dia kena bayaq, tak kan mamat tu baik ati sangat nak belanja sampai RM200 lebih kan, hahaha. Lepas dah setel aku rasa lega sebab dapat jugak aku ngan Bullah main snooker dengan tenang. 


Kami tunggu kat rumah Najmi nak ajak dia main snooker sekali. Tengah dok tunggu tiba-tiba si Dayah call aku, dia cakap dia terkandas kat Sungai Dua lak. Masa tu aku pasang loud speaker, kira Bullah pon boleh dengaq sekali. Bullah dengaq-dengaq dia cakap rosak kat Sungai Dua teruih mengeluh. Yela, dah la jauh, bukannya kami tak nak tolong, kami bukannya tau sangat pasai keta, kami bukannya pomen, kalau setakat tukaq bateri and tayar tu boleh la, kalau dah tukaq bateri baru tapi still tak boleh start tu dah kami tak tau nak buat camna. Aku pon cakap terus terang kat Dayah yang kami tak boleh tolong. Aku suruh dia call ayah dia p ambik dia sebab dah tadak pilihan dah, pukui 11 mana da kedai keta bukak dah. 


Aku rasa kesian jugak kat budak ni, kalau ikutkan aku boleh ja nak antaq dia balik rumah dia tapi dah lewat malam and dia pon dok kat Aloq Setaq, aku tolong setakat yang aku mampu je la. Masa tengah main snooker aku tergerak hati nak call dia. Aku pon call la dia kat mana dah, dia cakap ada kat Shell tempat dia terkandas tadi, ayah dia dah otw nak p ambik dia, aku cakap kat dia kalau dah sampai rumah nanti bagitau la. Pukui 2 setengah masa aku tengah dok main game dia wasap aku dia dah ada kat rumah dah, dia cakap thanks sebab tolong dia aku pon balas la balik cakap aku tolong setakat yang aku mampu ja. 

Tuesday, 29 August 2017





ABOUT


Distracted Boyfriend, atau lebih dikenali dengan nama Man Looking at Other Woman, adalah satu gambaq di mana sorang laki ni dia tengok pompuan lain time dia tengah jalan dengan awek dia, pastu awek dia tengok dia dengan muka kecewa.


ORIGIN


Gambaq ni ditangkap oleh seorang photographer, nama dia Antonion Guillem, di mana gambaq ni disimpan dalam database iStock dengan nama “Disloyal man with his girlfriend looking at another girl”. Menurut post kat Tumblr blog Meme Documentation, gambaq ni yang first ada caption dekat gambaq ni di publish kat group laman Facebook Turki.


SPREAD


1. Pada 23 hb Februari 2017,  seorang Instagamer (A_dekhbai_ post gambaq ni dengan caption “Tag That Friend / Who Falls in Love Every Month”. Dalam tempoh 7 bulan post dia dah cecah 28 ribu like.




2.  Pada bulan Ogos, 19hb seorang Twitterian dengan username @n1m161 post gambaq ni, dia letak perkataan "Socialism", "Capitalism" dengan "The Youth" macam kat bawah ni.





VERSION


Meme ni ada banyak version, so kiranya ada 3 perkataan yang lain-lain, first perkataan dekat laki tu, pastu kat awek dia, lagi satu awek baju merah. 


Monday, 28 August 2017




INFO


- Developer: Dontnod Entretainment
- Publisher: Square Enix
- Writers: Christian Divine, Jean-Luc Cano
- Genre: Graphic adventure
- Mode: Single-player
- Release date: 
  • Episode 1: 30 January 2015
  • Episode 2: 24 March 2015
  • Episode 3: 19 May 2015
  • Episode 4: 28 July 2015
  • Episode 5: 20 October 2015


GAMEPLAY


Game ni main dia dalam third-person view, kita kena control sorang pompuan yang sedang belajaq di kolej. Kita boleh interact dengan semua orang di sekeliling kita. Benda pon kita boleh interact jugak.  Dan yang paling best kita boleh patah balik masa ke beberapa minit sebelum tu. Kadang-kadang dia akan bagi kita pilihan bila kita cakap ngan orang, dan setiap pilihan ada effect dia tak kira untuk masa lepas, sekarang dan masa hadapan. 



PLOT


Game ni dia punya tempat dia kat kawasan Arcadia Bay, Oregon dan berlaku pada tahun 2013. Maxine Caulfield atau nama manja "Max" adalah nama character yang kita kena control. Max adalah seorang yang pendiam tapi kreatif dalam mata pelajaran fotografi. Chloe, pompuan rambut biru dan seorang yang cukup aktif merupakan kawan childhood Max. Masa kelas fotografi, Max termimpi tentang satu puting beliung yang melanda di Arcadia Bay dan dia melihat Chloe ditembak dalam bilik air oleh Nanthan Prescott, seorang laki yang kaya dan cukup belagak di kolej Max. Di situ lah Max discover dia punya kebolehan patah balik masa. 



RATING


Game ni ada 5 episod. Setiap episod release date dia lain-lain dan rating pon tak sama bagi setiap episod. Rating kat bawah ni Metacritic yang bagi, rating dia terbahagi kepada 3 platform, PC, PS4 ngan Xbox One. 




- Episode 1: Chrysalis
  • (PC) 77/100
  • (PS4) 75/100
  • (XOne) 77/100

- Episode 2: Out of Time
  • (PC) 77/100
  • (PS4) 78/100
  • (XOne) 73/100

- Episode 3: Chaos Theory
  • (PC) 80/100
  • (PS4) 81/100
  • (XOne) 80/100

- Episode 4: Dark Room
  • (PC) 76/100
  • (PS4) 81/100
  • (XOne) 74/100

- Episode 5: Polarized
  • (PC) 83/100
  • (PS4) 81/100
  • (XOne) 80/100


Aku punya rating nak bagi berapa? Kalau per 100 aku bagi 95! 




Saturday, 26 August 2017

Kami main kat tempat yang selalu aku ajak depa main, nama tempat tu Top Seed Snooker, dekat ngan Nasi Kandar Pelita, area Kebun Sireh. Walaupon dia caj mahal dari yang kat Perda tapi aku still prefer tempat ni sebab tempat dia luas dan banyak table, tak la sesak sangat macam yang kat Perda, murah tapi sempit dan tak banyak table, lagipon aku rimas dengan asap rokok, dah la tempat tu kecik pastu ramai kat sana dok hisap rokok, memang abis baju aku bau asap rokok. Kami main 3 frame, Ali sempat main sampai 2 frame ja, sebab dia kena p ambik kak dia kat tempat keja yang terletak di area Juru. 


Dah puas main kami pon balik. Lepas antaq Haziq kami p rumah Ali lak nak antaq aku. Time tu aku terpikiaq lak dah alang-alang kat rumah Ali baik aku singgah sat lepak kat kedai burger Ali, tak jauh sangat dari rumah dia. Aku pon ajak la si Tipi sekali p tengok Ali buat burger and dia pon on. Ali niaga sorang-sorang, mak dia mai lambat sikit. Aku ngan Tipi dok rancak sembang pasai keja, pasai khawin pon ada la sembang sikit, boleh kata malam tu kami dok cita pasai masa depan ja. Masa kami tengah dok sembang ada sorang mamat naik moto mai kat kami. Aku tengok dari jauh aku macam terkejut jugak, rupa-rupanya mamat tu si Rozaidi, member sekolah rendah aku. Dia tak banyak berubah, muka still sama, sebab tu aku boleh cam dia sangat, hahaha. Dia mai duduk ngan kami sat sambil dok tunggu Ali buat burger dia. Dia tak tengok aku pon, teguq aku pon tak, mungkin dia dah lupa kot yang aku ni anak cikgu dia dulu, hahaha. 


Lama jugak kami lepak, dari pukui 8 setengah sampai pukui 12. Yup, Ali tutup kedai pukui 11 pon kami still lepak lagi. Aku tak sedaq pon dah pukui 12, sebab dok rancak menyembang. Pukui 12 setengah camtu baru balik rumah. Sehari jugak aku makan angin, dari pukui 9 pagi sampai 12 tengah malam, crazy kan aku ni? Boleh kata berbaloi jugak aku ambik MC, selalu ambik MC dok kat rumah ja, hahaha.



- THE END -

Thursday, 24 August 2017

Lepas kluaq dari area hotel Tipi ajak naik basikal lak (mungkin sebab dia nampak ada LinkBike kat tepi jalan kot). Kami pon p test nak naik LinkBike. Kena download app lak kalau nak guna so no choice terpaksa jugak aku download. Lepas download kena register lak, tak boleh register guna profil FB terpaksa jugak aku taip segala information pasai aku. Pastu dia suruh pilih pakej and then kena isi info kad kredit. Aku sorang ja yang test sebab depa fon nak abih bateri, test banyak kali jugak, dia kena scan barcode atas basikal tu, aku dah scan, dia kata purchase failed. Kami pon bebai jugak ngan LinkBike ni pastu kami pon chow ngan perasaan kecewa. 


Next destination? Mana pulak kami p? Seperti yang dirancang kami p muzium Penang Time Tunnel. Sampai sana kami cari la parking, cari punya cari jumpa satu apartment, kat situ ada parking banyak, masa nak masuk ada pak guard cina jaga, tapi dia tidoq lol. Ali pon suruh Tipi masuk cepat-cepat (time ni si Tipi jadi drebar), takut pak guard tu terjaga and halau kami. Tipi masuk slow-slow sebab bukit nak masuk parking tu macam tinggi sangat, elok ja lepas parking keta time aku kluaq dari keta pak guard tu mai pastu bagi isyarat tak boleh parking situ. Aku rasa geram jugak sebab apa tak boleh parking situ tapi malas la nak gaduh-gaduh kami pon cari la tempat parking lain. Jumpa jugak tempat parking, tapi kena letak kupon lak, Ali p tanya sorang antie ni kat mana ada jual kupon pastu antie tu cakap kena p kat kedai yang dekat ngan muzium yang kami nak p tu, boleh gagah jugak jauhnya dari tempat kami parking. Ali pon p la, aku ngan Tipi tunggu kat keta. Tipi ada nampak sorang antie ni, dia dok tengok kami ja dari tadi, pastu TIpi pon tanya la antie tu ada jual kupon parking tak, antie tu cakap ada pastu ada sorang uncle mai kat kami lak (husband dia rasanya). Dia jual kupon untuk sejam punya, satu jam RM0.80sen. Kami beli dua takut sejam tak cukup. Lepas dah settle pasai parking kami pon masuk dalam muzium.


Sorang kena RM11,tu pon sebab kami guna kad student, padahal semua dah abih belajaq dah, hahaha. Mula-mmula masuk ada pameran pasai sejarah Pulau Pinang, pastu ada art lak, and then kat tingkat atas ada flurocent 3d art lak. Banyak jugak kami tangkap gambaq kat dalam muzium tu, hahaha. Lepas sejam berlalu kami singgat kat kedai tepi jalan (tak jauh dari muzium) pekena ayaq sat. Time nak balik lepas minum ayaq Haziq call aku yang dia dah abih keja, aku cakap kat dia kami otw nak balik dari Penang, dalam pukui 5 sampai la. Kami plan nak main snooker kat tempat biasa. Kami p ambik Haziq and then p rumah Ali, dia nak naik moto, kena p asing sebab Ali nak ambik kakak dia kat tempat keja. Kami naik keta Tipi lak, keta aku tinggai kat rumah Ali. Kami singgah kat Caltex sebab Tipi nak isi minyak. Ali pon mai ngan moto dia, cakap yang si Zulaikha jadi cashier kat Caltex tu (member sekolah rendah dulu). Aku pon dah lupa and lama tak jumpa si Zulaikha so aku pon macam segan nak teguq dia. Haziq bagi duit suruh aku beli ayaq mineral (kira nak test aku jumpa si Zulaikha la tu). Aku pon masuk la kedai beli ayaq. Masa nak bayaq aku macam dah tak kenai dah si Zulaikha, dia pon tak macam surprise ja tengok aku, maybe dia dah lupa aku kot? Or maybe dia saja buat-buat tak kenai sebab segan, hahaha.


*bersambung di episod yang akan datang*

Tuesday, 22 August 2017

Haha semalam aku suruh si Tipi ambik MC sebab aku plan nak kluaq lepak ngan Ali, dia ngan Haziq off hari Selasa walaupon depa keja tempat lain-lain. Haziq and Ali keja kat cafe, tempat Haziq dekat Jalan Baru (depan Mydin BM) and si Ali lak keja kat dalam Gurney. Memandangkan aku dah lepas bajet overtime aku so aku rasa nak ambik MC and then nak ajak la depa kluaq lepak ari ni, sebab hari Sabtu ni aku ada kursus CPR so tak leh la nak lepak. Semalam aku tanya Haziq dulu dia free ka hari ni, dia kata dia kena p urus katering lak. Aku wasap si Ali lak dia ada plan ka hari Selasa dia kata dia free and dia on ja kalau ajak kluaq lepak. And then aku try call Tipi lak, dia tak angkat, dia ni memang orang call dia mesti tak mau angkat. Aku pon wasap la dia beberapa jam kemudian baru dia reply. Dia kata esok dia bagitau lain, dia macam teragak-agak nak ambik MC, sebab dia jarang ambik MC, kalau dia ambik teruk la dia punya member tempat keja dia, sebab kat tempat keja dia si Tipi sorang dia ja yang handle bab design. 


Pagi ni, dalam pukui 9 aku dah bangun tidoq, aku mandi pakai baju bawak beg galas aku pon p la kat area Summit BM jalan kaki ronda-ronda tempat selalu aku jalan masa sekolah dulu sambil dengaq lagu (sama masa 31hb hari tu) (saja nak layan nostalgia sikit). Time tu pukul 9 setengah, aku otw nak p jejantas dekat ngan sekolah aku, nak tengok pemandangan la kiranya, tiba-tiba si Tipi call aku tanya aku ada kat mana, aku pon cakap la yang aku ada kat area sekolah dia kata kat aku yang dia ambik MC and dia otw nak p rumah Ali aku pon terkejut jugak, dah la awai lagi, baru nak masuk pukui 10, lagipon aku plan nak kluaq masa lunch time. Aku pon lepak sat je la kat area Summit tu lepas tu aku pon p klinik nak ambik MC. Nak dekat pukui 11 camtu baru aku bertolak p rumah Ali. Sampai sana aku nampak keta Tipi. Aku jalan p rumah Ali aku bagi salam tak dak sapa menyahut aku pon call Ali kata aku kat depan rumah dia. Kami lepak sat kat dalam rumah Ali sembang-sembang plan nak p mana. Aku punya plan tengok wayang and main snooker je la, hahaha. Depa ajak aku p muzium art kat area Pulau aku on ja lagipon aku tak pernah p lagi muzium kat Penang.



Kami makan tengah hari kat food court Inderawasih (dekat ngan tol). Lepas makan kami pon bertolak ke area pulau. Aku suggest p sana naik feri sebab takut atas jambatan jem lak. Lagipon aku dah lama tak naik feri, 2 tahun lebih rasanya, last aku naik masa p Monkey Beach ngan geng poli aku. Masa atas feri ada sorang student USM, pompuan, approach kami. Dia ada buat survey untuk course dia so dia mintak tolong kami 3 orang isi form survey dia. Nama dia Alia, umur dalam lingkungan 25 camtu, dia asal dekat seberang jugak, peramah and sweet jugak orangnya. Masa feri nak sampai atas darat Ali tanya aku boleh tak dia p hotel tempat kak dia keja, sebab dia nak pinjam cable fon, nak caj fon aku pon okay ja. Boleh tahan jugak hotel kak dia keja, ada swimming pool (tak la besar mana tapi still nice). Mostly hotel tu dibuat daripada kayu, macam hotel lama ja, mungkin dia renovate sikit kot. 



Next destination? Ke mana lak kami p? Aah kalau nak tau tunggu post untuk esok or lusa lak.



Sunday, 20 August 2017




Well, sapa tak pernah rasa down, semua orang pernah rasa, itulah lumrah kehidupan, tapi tu bermakna life kita ni sucks, kadang-kadang kita kena bersedih jugak, sebab dengan adanya kesedihan boleh buatkan kita jadi lagi kuat untuk tempuhi hidup kita. So, dont worry guys kalau hampa rasa broken inside, let it be, dia tak akan stay lama perasaan tu, lama-lama nanti okay la, macam krayon kan? Hampa pernah guna krayon tal? Mesti pernah guna kan? Kalau krayon hampa patah hampa mesti pakai lagi kan? (kalau yang buang beli baru tu anak orang kaya) Sebab apa boleh pakai lagi? Sebab krayon ni bukan macam pensel, ada kayu kat luaq, dia bagi seketui terus, cuma ada paper keliling dia ja untuk tak nak bagi tangan kita kotoq, kalau patah still boleh guna lagi, and warna still sama. Macam tu la diri kita. Kalau kita broken nilai diri kita tu still ada lagi. Tapi lain lak kalau hampa broke, yang tu jalan penyelesaiaan dia kena mintak duit kat member la hahaha sempat lagi aku buat lawak, okay la setakat ni ja untuk post hari ni, stay tuned for more info.

Saturday, 19 August 2017

Bos aku dah bagi warning dah kat aku suruh mai hari Sabtu, selalu aku ponteng ja, so hari ni terpaksa la aku p keja dengan rasa malas. Hari ni aku kena dok dalam bilik meeting ja, sebab aku ngan si Dila kena attend kursus CPR dengan member-member yang lain. Lebih kurang pukul 8:40 ada dua orang laki India mai dengan baju kemeja masuk bilik meeting. Kami pon masuk la dalam bilik meeting. Bila semua orang yang terlibat dah ada dalam bilik salah sorang laki India tu pon introduce diri depa. Yang introduce dia bos besaq company yang handle kursus CPR yang sorang lagi tu dia yang ajaq tentang CPR. Aku ingat boring kursus ni tapi dah sebab dia dok buat lawak hilang sikit rasa boring tu. Lagipon kami kena praktis buat CPR kat patung ikut teknik yang dia ajaq. Aku rasa nervous jugak bila mai turn aku sebab orang ramai dok tengok aku tapi aku berjaya jugak buat dengan teknik yang betui. Aku ingat kursus ni sampai tengah hari ja, tapi dia cakap lepas lunch sambung lak, aku dah la half-day hari Sabtu, rasa macam nak ponteng pon ada tapi depa takut-takutkan aku lak nanti kehadiran kena tolak so aku pon terpaksa la stay sampai abih kursus. Kami rehat pukui 12:45, dia kata pukul 2 baru sambung. Aku, Dila, Kak Eisha, Ira ngan Mus kami makan kat Warung Bonda, tempat kebiasaan kami makan, kira first time Mus ikut kami p makan kat Warung Bonda sekali, lol. Pukul 2 kami sambung sampai la pukui 4 setengah. Masa tu big bos kilang aku mai tengok kami, pastu bila dah abih kursus dia belanja kami makan pizza, dia tapau kami pon makan la. Next week ada lagi kursus CPR, kira dia buat 2 hari la kursus CPR, tapi next week dia cakap lebih kepada kecederaan. Walaupon terpaksa balik lambat hari Sabtu tapi aku rasa berbaloi jugak sebab dapat belajaq benda baru.





Satu-satunya gambaq yang aku ambik masa kursus CPR.

Wednesday, 16 August 2017

Hari ni aku blajaq camna nak guna spray dengan betui. Zharif jadi si tukang ajaq aku, sebab aku dok suruh dia tolong spray foam sample aku, dia tak boleh tolong aku sebab dia ada keja lain, tu la yang dia ajaq aku, so lepas ni aku dah tau camna nak spray tanpa bantuan si Zharif. Aku praktis spray kat belakang kilang, aku practice spray atas foam yang dah tak guna dah (waste). Mula-mula Zharif tunjuk kat aku dulu cara dia spray. Pastu dia suruh aku lak. Aku pon spray la. Aku guna text mould letak atas foam. Lepas spray aku angkat mould tu text tu kembang. Zharif pon teguq aku bila nak spray tu kena angkat tinggi sikit, tak boleh dekat sangat ngan foam, nanti dia kembang. Dia pon demonstrate lagi kat aku camna dia spray. Kali ni dia spray dua cara, satu tarik dari kiri ke kanan, satu lagi cara tarik dari kiri and ulang balik dari kiri. Aku pon try buat tapi aku miss spray satu spot, sebab masa aku tarik tu aku lepas tekan spray. Dia tak boleh tekan kuat sangat masa nak spray tu, jari tu kena letak kat hujung tempat tekan tu, kalau jari letak kat tengah memang senang la nak tekan dalam-dalam. Aku pon praktis la lagi, praktis punya praktis akhirnya aku berjaya jugak. Rasa satisfy jugak aku dapat spray, lepas ni abih la spray aku dok main kat belakang kilang, hahaha.





Sunday, 6 August 2017

Semalam kami plan nak p daki bukit Cerok Tokun, pagi hari ni, dalam pukui 7 lebih camtu. Aku, Haziq ngan Tipi, si Ali dah tolak siap-siap dah, malas nak bangun pagi kot, hahaha. Pukui 7 tadi Haziq call aku kata Tipi dah otw. Aku set alarm pukui 7 setengah tapi dah Haziq call aku p mandi terus, bersiap nak p daki Bukit Cerok Tokun. Pukui 7:40 camtu Tipi ngan Haziq pon mai, naik keta Tipi. Kami sampai kat Cerok Tokun dalam pukui 8 lebih. Kami singgah kedai dulu beli ayaq ngan pisang sorang sebijik. Kami naik bukit slow-slow, sampai la dekat satu pondok tu kami stretching dulu, takut nanti krem lak. Sejam setengah jugak la kami sampai kat puncak, memang letih jugak sebab dah lama aku tak daki bukit. 


View dekat atas puncak




Mandi peluh budak ni, hahaha.






Sukses!!! Dah sampai kat atas puncak,
ambik feel dulu sebelum turun bawah balik.



Masa nak turun bukit lagi sakit, sebab nak kena tahan kaki turun bukit. Turun bukit sat ja, lebih kurang 40 minit camtu dah sampai kat bawah dah. Time kami dah turun dah nak masuk tengah hari dah so kami pon p la lunch kat nasi kandaq. Aku sampai tertidoq dalam keta sebab penat sangat, hahaha. Puas hati jugak aku dapat sampai kat puncak, first time kot aku daki sampai puncak, sebelum ni daki sekerat jalan ja, hahaha.