L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Unexpected Things Happen

Monday, 17 July 2017

Unexpected Things Happen

Hari ni, 17/07/17, tarikh yang agak unik bagi aku. Semalam dekat nak masuk waktu Subuh baru aku tidoq, memang tak la aku p keja hari ni. Aku memang merancang nak ambik MC pon hari ni. Dekat pukui 12 baru aku bangun, lepas bangun mandi aku p klinik ambik mc. Lepas tu aku p cuci keta sat, sejam jugak cuci keta sebab aku ambik pakej polish sekali. RM130 total aku kena bayaq, agak mahal jugak, naik harga aku rasa sebab tahun lepas RM100 ja aku kena. Dah settle cuci dengan polish keta aku p makan kat Kapitan. Balik rumah aku main game. Masa nak dekat masuk waktu Maghrib aku call Tan nak ajak kluaq, tiba-tiba aku ngidam nak makan kat Seoul Garden lak. Aku call dia kali pertama tak angkat, aku pon p la mandi sat, pukui 8 camtu aku call balik baru Tan jawab. Dia kata masa aku call tadi dia tengah drive, ada roadblock masa tu, sebab tu dia tak jawab call aku, nanti tak pasai-pasai kena saman lak, dah la saman RM300, Tan kata ada seorang brader kat depan dia tu dah kena tahan dah sebab dok cakap ngan fon, lol.


Pukul 8 stgh aku gerak dari rumah aku p ambik Tan. Pukui 9 dah sampai dah kat rumah dia kami p la kat Seoul Garden yang terletak kat Auto City, Juru. Time nak cari parking aku agak lucky jugak sebab ada keta kluaq dari parking yang terletak betui-betui depan Seoul Garden. Aku pon masuk parking ngan hati yang gembira. Tapi rasa gembira tu cuma bertahan sat ja sebab aku tengok kat pintu kedai Seoul Garden tu tulis 'CLOSED'. Aku masuk jugak kedai takut depa tersilap letak sign tu tapi tanya cashier dia kata tutup. Aku rasa frust jugak la sebab dah la aku ngidam nak makan kat Seoul Garden, aku marah jugak depa tutup awai, baru pukui 9 stgh kot, kedai lain rileks ja bukak sampai pukui 11. Aku ngan Tan terpaksa makan kat tempat lain. Kami dok pikiaq nak makan kat mana, tapi kami pikiaq nak makan kat area situ jugak, dah alang-alang kat sana, ada banyak lagi kedai makan bukak. Pikiaq punya pikiaq kami makan kat Sushi King, aku tak pernah lagi makan kat Sushi King aku rasa nak try jugak makan. Aku tak reti makan guna chopstick aku suruh Tan ajaq aku camna nak guna chopstick. Mula mula agak kekok jugak la, nak kepit sushi pon susah, lama lama aku dah reti dah nak guna, makan nasi pon aku guna chopstick, kira hebat jugak la aku, hahaha.


Lepas makan kami ronda ronda kat kedai jual fon. Aku lalu kedai fon ingat nak beli cable fon, aku pon beli la. Lepas beli cable tiba-tiba aku teringat nak beli spinner lak, hahaha. Kami pon cari la kedai yang jual spinner. Mula-mula p satu kedai tu dia jual mahal, 1 dalam RM40. Kami pon p la cari kat kedai lain lak. Jumpa satu kedai kat penghujung dia jual satu RM10. Ada banyak pattern dan kaler, yang boleh kluaq lampu punya pon ada. Aku ambik kaler hitam, Tan ambik yang boleh kluaq lampu punya. Dah pukui 11:15 kami pon balik. Hari ni boleh kata banyak benda yang aku tak expect boleh buat. First yang aku tak expect aku boleh kluaq ngan Tan hari Isnin, selalu kami kluaq time weekend ja. Second thing aku merancang nak dinner kat Seoul Garden tapi kedai tutup awai, kami terpaksa makan kat tempat lain. Yang tak expectnya kami makan kat Sushi King, kira first time jugak la aku makan kat situ, dan yang aku tak expect aku boleh makan guna chopstick, for the first time! Aku mana pernah makan ngan chopstick sebelum ni. And then yang last aku tak expect aku boleh pulak beli spinner, saja ja syok-syok beli, follow trend, bukannya ada penyakit autistic pon, tapi seriously syok jugak main spinner, rasa statisfying gila bila spinner pusing atas jari aku, hahaha.

0 comments:

Post a Comment