L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: I Wanna Tell You A Story But You Have To Listen... Ugh I Mean.. 'READ'

Wednesday, 12 July 2017

I Wanna Tell You A Story But You Have To Listen... Ugh I Mean.. 'READ'

Masa kat ofis Abang Nazri (manager design) tanya aku ada projek apa (biasanya kalau dia tanya dia nak bagi keja la tu). Aku cakap la aku ada sample nak buat. Pastu Abang Nazri suruh aku ajak si Adila (tak tau betui tak aku eja nama dia) buat sample sekali, tunjuk ajar sikit camna cara nak buat sample sebab si Adila ni baru masuk keja bulan ni, dia kira under team design la. Dia tua 2 tahun dari aku menurut sumber daripada geng-geng production, maknanya aku still paling mua la dalam team design ni, hahaha.  Lepas lunch aku kat mesin sample cutter nak buat sample. Aku suruh si Dekya panggil Adila turun bawah tengok aku buat sample. Dekya pon p la naik atas ofis panggil Adila. Pastu Dekya turun cakap yang Adila taak kat atas, mungkin dia tak balik dari lunch lagi kot. So aku pon jalan la mesin sat. Dah siap potong pizza box satu baru si Adila muncul. Aku pon ajaq la dia sikit-sikit. Boleh kata semua benda yang aku buat masa aku buat sample si Adila ikut ja aku. Dekat 2 jam lebih jugak la kami dok buat sample, sebab aku buat 3 model sebab tu la lama, kalau setakat 1 model ja tak la lama sangat. 


Aku merancang nak overtime hari ni tapi tengok wasap ayah aku ajak makan pukui 7 sebab ayah aku posa 6. Aku pon balik la awai hari ni, pukui 6 setengah punch card pastu p kat AEON Big Seberang Jaya, ayah aku tunggu kat sana. Jalan agak jem jugak la tapi aku sampai jugak on time. Tengok-tengok ayah aku dok tunggu sorang-sorang kat food court. Aku nampak ada plastik kecik atas meja aku pon usha la benda apa ayah aku beli tengok-tengok fon cokia rupanya, ayah aku beli untuk adik aku yang dok asrama tu (adik yang paling last sekali). RM80 je fon cokia yang ayah aku beli, ngan tak boleh wasap punya cukup, wakaka. Yela, kalau beli canggih sangat nanti adik aku main game lak, kan? Lepas makan kami pon balik la, aku p la ATM sat nak cucuk duit. Masa otw nak p kat ATM si Renggos teguq aku, aku pon terkejut jugak la, sebab aku jalan tengok bawah, jalan selisih pon aku tak tau sapa dia. Lama jugak tak jumpa ngan si mamat ni, setahun dah kalau tak silap aku, kira tahun ni first time jugak aku jumpa dia. DIa ngan awek dia tadi, tak tau buat pa, shopping kot. Aku tanya dia keja kat mana dah sekarang dia cakap keja kat Kulim. Aku agak surprise jugak la, dalam masa yang sama aku rasa hepi jugak sebab dia dah ada keja, sebelum ni masa lepak ngan dia dok menganggur ja. Aku tanya dia si Paih dok buat pa dia cakap dia dok kat Pahang. Sebab selalunya kami 3 orang selalu hang out, reaksi aku bila Renggos cakap yang si Paih kat Pahang lagi terkejut, dah lama tak contact tiba-tiba lepas kat Pahang, lol. 


Itu la stori untuk hari ni, hari ni agak surprise jugak la bagi aku, masa kat tempat keja kira first time aku cakap ngan budak design baru. Pastu malam ni lak aku jumpa ngan si Renggos. Life is so full of surprise...well, ini patut jadi tajuk post aku hari ni, lol. 

0 comments:

Post a Comment