L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: My Favourite Shirt Of All Time

Saturday, 29 July 2017

My Favourite Shirt Of All Time

Time aku nak balik baru la si Zul nak bagi aku keja, dari pagi tadi aku punya la dok boring tadak keja nak buat, layan video kat YouTube ja. Time tu dah pukui 12, lagi setengah jam aku nak balik baru la si Zul suruh tengok e-mel ada job kena buat. E-mel tu aku punya tauke yang antaq, aku pon baca la, dia suruh aku buat sample 5 set, pergh 5 set!? Memang tak la aku nak buat, dan memang tak la aku nak ot hari Sabtu, aku nak mai keja hari Sabtu pon dah baloq pastu nak suruh aku ot lak, hahaha sorry la. Kat bawah e-mel bos aku antaq ada e-mel customer, aku tengok tarikh yang customer request barang tu 17 hari bulan, dah lama dah rupanya, dekat 2 minggu, takkan bos aku baru reply kot? Pastu suruh siapkan hari Isnin, gila ka apa, lol. Aku buat la dia punya open size, si Zul kata nanti dia p potong sendiri. Aku chow terus pukui 12 setengah, p ambik Tan, nak kluaq tengok wayang. 


Kami p lepak kat Quesnbay, sebab aku ada nak beli baju yang ngidam nak beli sejak minggu lepas (time tu aku lupa nak bawak duit lebih so terpaksa tangguh beli). Kami tengok cita Valerian, lepas beli tiket kami pon p singgah kat kedai yang jual baju yang aku nak beli tu. Aku try size M, test pakai tengok cermin tanya Tan dia kata okay aku pon bel la. Harga dia RM150, baju paling mahai yang aku pernah beli, dan bagi aku baju ni aku paling selesa pakai, boleh kata baju ni dah jadi baju yang aku paling suka. 



0 comments:

Post a Comment