L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: July 2017

Monday, 31 July 2017

Last day of July, hari Isnin, aku ambik cuti sebab aku nak buat akaun bank baru. Semalam lambat jugak aku tidoq, pukui 4 lebih, maklum lah hari ni cuti so dapat la aku tidoq lambat. Aku set alarm pukui 9 pagi, aku plan nak jalan-jalan kat area Summit, saja nak mengimbas kembali nostalgia masa zaman sekolah dulu. Jauh jugak aku jalan, aku jalan sambil dengaq lagu-lagu dari band Estrella degnan Liyana Fizi (boleh tengok kat aku punya playlist kat YouTube). Penat memang penat tapi aku rasa puas hati jugak, rasa macam diri aku ni dekat time 10 tahun lepas, padahal time tu aku tak pernah dengaq pon lagu-lagu Liyana Fizi. Tak banyak sangat perubahan yang ada dekat area yang aku selalu jalan kaki dari sekolah p naik bas. 

Sunday, 30 July 2017

Sebekum aku confess kat 'dia' aku ingat 'dia' ni "She's the one", tapi lepas dia reject aku rasa macam "Must be another girl" pulak. Dia kata kat aku dia pon tak tau apa yang akan berlaku in future. Dia mungkin tak rasa and yakin yang aku ni jodoh dia, or mungkin dia lebih prefer laki yang better dari aku, tak pon dia malas nak pikiaq pasai cinta lagi. aku pon konfius jugak, and lepas dia reject aku jadi tak yakin lak yang dia ni bakal bini aku. Aku refer kat internet macam mana nak deal dengan rejection, dia kata move on and cari orang lain ja, emm macam la senang, bila kita dah attract dengan seorang ni orang lain tak nak dah, tapi kalau si dia tu buat tak tau ja dengan kita lama-lama perasan tu mungkin hilang la, ambik masa jugak la. Buat masa ni aku tunggu ja, let things happen, aku rasa dia pon pikiaq macam tu jugak.

Saturday, 29 July 2017

Time aku nak balik baru la si Zul nak bagi aku keja, dari pagi tadi aku punya la dok boring tadak keja nak buat, layan video kat YouTube ja. Time tu dah pukui 12, lagi setengah jam aku nak balik baru la si Zul suruh tengok e-mel ada job kena buat. E-mel tu aku punya tauke yang antaq, aku pon baca la, dia suruh aku buat sample 5 set, pergh 5 set!? Memang tak la aku nak buat, dan memang tak la aku nak ot hari Sabtu, aku nak mai keja hari Sabtu pon dah baloq pastu nak suruh aku ot lak, hahaha sorry la. Kat bawah e-mel bos aku antaq ada e-mel customer, aku tengok tarikh yang customer request barang tu 17 hari bulan, dah lama dah rupanya, dekat 2 minggu, takkan bos aku baru reply kot? Pastu suruh siapkan hari Isnin, gila ka apa, lol. Aku buat la dia punya open size, si Zul kata nanti dia p potong sendiri. Aku chow terus pukui 12 setengah, p ambik Tan, nak kluaq tengok wayang. 


Kami p lepak kat Quesnbay, sebab aku ada nak beli baju yang ngidam nak beli sejak minggu lepas (time tu aku lupa nak bawak duit lebih so terpaksa tangguh beli). Kami tengok cita Valerian, lepas beli tiket kami pon p singgah kat kedai yang jual baju yang aku nak beli tu. Aku try size M, test pakai tengok cermin tanya Tan dia kata okay aku pon bel la. Harga dia RM150, baju paling mahai yang aku pernah beli, dan bagi aku baju ni aku paling selesa pakai, boleh kata baju ni dah jadi baju yang aku paling suka. 



Thursday, 27 July 2017

Semalam hari Rabu, 26 haribulan Julai, macam biasa aku balik keja pukui 8 setengah malam. Masa tu jam lebih kurang pukui 6:45 si Adila tanya aku nak pakai sat komputer aku, dia nak buat jadual untuk geng assembly punya. Tambahnya lagi Abang Ucop nak jumpa aku so aku pon bagi la si Adila guna komputer aku sat, lagi pon aku tadak barang urgent. Aku pon p turun bawah (ofis aku ada kat tingakt atas) jumpa Abang Ucop. Dia tanya aku ada barang urgent tak kat atas aku kata la tak. Dia suruh aku tolong jalan sat mesin sample cutter aku pon tolong la dia jalan barang assembly. Aku memang boring dok kat dalam ofis lama-lama sekali sekala jalan mesin tak la boring sangat. Masa tengah jalan mesin sambil tu kami sembang-sembang. Tengah dok sembang Abang Ucop boleh lak ajak aku p tengok bola kat Stadium Batu Kawan, game antara Penang dengan Pahang. Aku pon agak surprise jugak la sebab rare kot orang ajak aku p stadium bola, ni kira first time orang ajak aku p stadium. Aku pon agak excited la nak p tengok sebab aku pon dah lama tak jejak kaki kat stadium, last aku p pon aku dah lupa bila. Kami plan p tengok lepas balik keja. 

Pukui 8 setengah lepas punch card kami pon bertolak ke Stadium Batu Kawan. Baru aku tau yang stadium ni dekat ja dengan kilang aku, haha aku tak tau pon jalan nak p Stadium Batu Kawan aku ikut je la arahan Abang Ucop. Sampai sana kami makan dulu kat kedai dalam kawasan stadium tu. Nasi Goreng Ayam ngan Teh Ais, agak berselera jugak aku makan, maklumlah time tu tengah lapaq. Time tengah makan orang dah bersorak dah, time tu game dah start kami masuk lambat sikit sebab tengah dok makan. Aku makan cepat-cepat sambil dok pikiaq team mana dah leading dulu, tapi deria aku mengatakan Penang yang leading dulu sebab agak kuat jugak orang bersorak tadi. 

Lepas makan kami pon masuk la dalam stadium sambil bawak botol air, Abang Ucop yang suruh aku beli sebab takut kat dalam nanti tadak orang jual air. Masa nak masuk pak guard tak bagi bawak masuk botol lak, mungkin untuk keselamatan orang awam kot, takut nanti orang dok main baling-baling botol air kat atas padang rasanya. Kami pon terpaksa la letak botol air dekat pintu masuk. Penat jugak nak berjalan masuk, jalan dia memang luas, dua bijik keta pon boleh lepas dan dia ada lebih kurang 2-3 tingkat baru boleh tengok padang. Sangkaan aku memang tepat bila aku tengok scoreline Penang tengah leading 1-0. Kami pon cari la tempat duduk. Fuh.. memang cerah gila kawasan padang sebab ada spotlight 4 tiang, dah macam main dalam dewan lak aku tengok. Macam biasa la kat stadium mesti ada ja orang dok jerit memaki hamun aku ngan Abang Ucop dok gelak ja dengan gelagat penonton yang lain. Masa second half Penang menggandakan jaringan, sapa skor ntah aku tak kenai mamat tu, hahaha. Coach Penang pon aku tak tau sapa dia, aku ingat si Zainal tu dok coach Pahang lagi, rupa-rupanya dia dah jadi coach Penang lak, kira malam tu dia fight dengan pasukan lama dia la. Lebih kurang pukui 10:45 camtu referee pon tiup masa penamat, Penang menang 2-0 ke atas Pahang. AKu rasa hepi jugak walaupon Penang dok kat bawah sekali dalam liga. Tinggai 2 game ja lagi aku harap Penang dapat menang 2 game tersebut. Haria Penang Haria!!!

Tuesday, 25 July 2017





INFO

  • Directed by: Edgar Wright
  • Released date: 28 Jun 2017
  • Running time: 113 minutes
  • Country: United States, United Kingdom 
  • Budget: $34million
  • Box office: $118.7million


CAST


  • Angel Engsort as Baby
  • Kevin Spacey as Doc
  • Lily James as Debora
  • Jamie Foxx as Bats
  • Jon Hamm as Buddy
  • Eiza Gonzalez as Darling


RATING



  • IMDb : 8.2/10
  • Rotten Tomatoes: 94%
  • Metacritic: 86%

Pergh... cuba tengok rating yang movie ni dapat, tinggi kot, really deserved sebab bagi aku movie ni one of the best movie tahun ni. One of the reason aku suka movie ni gabungan antara Engsort dengan Lily James serasi, cute couple la katakan. Aksi lawan-lawan ngan kejar mengejar dengan polis pon agak gempak. Jalan cita dia pon menarik. Adegan lucu mesti la ada, dan yang paling best lagu-lagu klasik yang digunakan dalam movie ni layan jugak, sampai masa balik dari tengok wayang aku terus pasang lagu soundtrack layan dalam keta, hahaha. 

Sunday, 23 July 2017

Setiap kali aku main snooker mesti tapak tangan aku lebam. Aku pon pelik jugak sebab apa jadi macam tu. Tadi main ngan Bullah abaru aku tau sebab apa tapak tangan aku selalu rasa sakit. Sebab cara aku pegang cue tu salah. Dia ada teknik dia macam mana nak pegang cue dengan betui. Sambil main tadi Bullah ajaq aku camna nak pegang cue cara yang selesa. Aku pon try la ikut cara yang dia ajaq. lepas pukui baru rasa macam selesa sikit, bola pon laju ja. Bullah ni pro sebab dia rajin tengok video orang main snooker. Kalau nak tau snookre ni ada banyak teknik untuk kita nak bagi bola tu bergerak camna. lepas ni kalau ada masa kau pon nak try tengok video skill skill main snooker, baru dapat tau cara main snooker dengan betui, dan yang paling penting tangan aku dah tak sakit setiap kali aku main, hahaha.

Friday, 21 July 2017

Hari ni dunia digemparkan dengan kematian seorang artis, Chester Bennington yang merupakan vokalis kumpulan Linkin Park. Dia ditemui mati bunuh diri di Los Angeles County semalam sebelum pukui 9 pagi. Aku baru tau berita ni pukui 3 pagi tadi dekat Twitter, aku tengok dekat trending, aku nampak ada #LINKIN PARK dengan #RIPCHESTER. Aku macam tak pecaya jugak pastu aku bukak dekat twitter oficial Mike Shinoda, member Chester, aku tengok tweet dia yang latest pastu baca reply dekat tweet tu ramai yang ucap takziah. Walaupon aku ni bukanlah peminat setia Linkin Park tapi kematian Chester memang terasa sedih di lubuk hati. Yela kan, dari masa kecik sampai sekarang dok dengaq lagu Linkin Park tiba-tiba dapat tau hari ni vokalis dia mati memang sedih la. Apa-apa pon aku harap ahli kumpulan Linkin Park, keluarga Chester dan juga peminat setia Linkin Park dapat terima berita sedih ni dan move on dan yang aku paling harap kumpulan Linkin Park dapat meneruskan karier musik depa. 


Monday, 17 July 2017

Hari ni, 17/07/17, tarikh yang agak unik bagi aku. Semalam dekat nak masuk waktu Subuh baru aku tidoq, memang tak la aku p keja hari ni. Aku memang merancang nak ambik MC pon hari ni. Dekat pukui 12 baru aku bangun, lepas bangun mandi aku p klinik ambik mc. Lepas tu aku p cuci keta sat, sejam jugak cuci keta sebab aku ambik pakej polish sekali. RM130 total aku kena bayaq, agak mahal jugak, naik harga aku rasa sebab tahun lepas RM100 ja aku kena. Dah settle cuci dengan polish keta aku p makan kat Kapitan. Balik rumah aku main game. Masa nak dekat masuk waktu Maghrib aku call Tan nak ajak kluaq, tiba-tiba aku ngidam nak makan kat Seoul Garden lak. Aku call dia kali pertama tak angkat, aku pon p la mandi sat, pukui 8 camtu aku call balik baru Tan jawab. Dia kata masa aku call tadi dia tengah drive, ada roadblock masa tu, sebab tu dia tak jawab call aku, nanti tak pasai-pasai kena saman lak, dah la saman RM300, Tan kata ada seorang brader kat depan dia tu dah kena tahan dah sebab dok cakap ngan fon, lol.


Pukul 8 stgh aku gerak dari rumah aku p ambik Tan. Pukui 9 dah sampai dah kat rumah dia kami p la kat Seoul Garden yang terletak kat Auto City, Juru. Time nak cari parking aku agak lucky jugak sebab ada keta kluaq dari parking yang terletak betui-betui depan Seoul Garden. Aku pon masuk parking ngan hati yang gembira. Tapi rasa gembira tu cuma bertahan sat ja sebab aku tengok kat pintu kedai Seoul Garden tu tulis 'CLOSED'. Aku masuk jugak kedai takut depa tersilap letak sign tu tapi tanya cashier dia kata tutup. Aku rasa frust jugak la sebab dah la aku ngidam nak makan kat Seoul Garden, aku marah jugak depa tutup awai, baru pukui 9 stgh kot, kedai lain rileks ja bukak sampai pukui 11. Aku ngan Tan terpaksa makan kat tempat lain. Kami dok pikiaq nak makan kat mana, tapi kami pikiaq nak makan kat area situ jugak, dah alang-alang kat sana, ada banyak lagi kedai makan bukak. Pikiaq punya pikiaq kami makan kat Sushi King, aku tak pernah lagi makan kat Sushi King aku rasa nak try jugak makan. Aku tak reti makan guna chopstick aku suruh Tan ajaq aku camna nak guna chopstick. Mula mula agak kekok jugak la, nak kepit sushi pon susah, lama lama aku dah reti dah nak guna, makan nasi pon aku guna chopstick, kira hebat jugak la aku, hahaha.


Lepas makan kami ronda ronda kat kedai jual fon. Aku lalu kedai fon ingat nak beli cable fon, aku pon beli la. Lepas beli cable tiba-tiba aku teringat nak beli spinner lak, hahaha. Kami pon cari la kedai yang jual spinner. Mula-mula p satu kedai tu dia jual mahal, 1 dalam RM40. Kami pon p la cari kat kedai lain lak. Jumpa satu kedai kat penghujung dia jual satu RM10. Ada banyak pattern dan kaler, yang boleh kluaq lampu punya pon ada. Aku ambik kaler hitam, Tan ambik yang boleh kluaq lampu punya. Dah pukui 11:15 kami pon balik. Hari ni boleh kata banyak benda yang aku tak expect boleh buat. First yang aku tak expect aku boleh kluaq ngan Tan hari Isnin, selalu kami kluaq time weekend ja. Second thing aku merancang nak dinner kat Seoul Garden tapi kedai tutup awai, kami terpaksa makan kat tempat lain. Yang tak expectnya kami makan kat Sushi King, kira first time jugak la aku makan kat situ, dan yang aku tak expect aku boleh makan guna chopstick, for the first time! Aku mana pernah makan ngan chopstick sebelum ni. And then yang last aku tak expect aku boleh pulak beli spinner, saja ja syok-syok beli, follow trend, bukannya ada penyakit autistic pon, tapi seriously syok jugak main spinner, rasa statisfying gila bila spinner pusing atas jari aku, hahaha.

Wednesday, 12 July 2017

Masa kat ofis Abang Nazri (manager design) tanya aku ada projek apa (biasanya kalau dia tanya dia nak bagi keja la tu). Aku cakap la aku ada sample nak buat. Pastu Abang Nazri suruh aku ajak si Adila (tak tau betui tak aku eja nama dia) buat sample sekali, tunjuk ajar sikit camna cara nak buat sample sebab si Adila ni baru masuk keja bulan ni, dia kira under team design la. Dia tua 2 tahun dari aku menurut sumber daripada geng-geng production, maknanya aku still paling mua la dalam team design ni, hahaha.  Lepas lunch aku kat mesin sample cutter nak buat sample. Aku suruh si Dekya panggil Adila turun bawah tengok aku buat sample. Dekya pon p la naik atas ofis panggil Adila. Pastu Dekya turun cakap yang Adila taak kat atas, mungkin dia tak balik dari lunch lagi kot. So aku pon jalan la mesin sat. Dah siap potong pizza box satu baru si Adila muncul. Aku pon ajaq la dia sikit-sikit. Boleh kata semua benda yang aku buat masa aku buat sample si Adila ikut ja aku. Dekat 2 jam lebih jugak la kami dok buat sample, sebab aku buat 3 model sebab tu la lama, kalau setakat 1 model ja tak la lama sangat. 


Aku merancang nak overtime hari ni tapi tengok wasap ayah aku ajak makan pukui 7 sebab ayah aku posa 6. Aku pon balik la awai hari ni, pukui 6 setengah punch card pastu p kat AEON Big Seberang Jaya, ayah aku tunggu kat sana. Jalan agak jem jugak la tapi aku sampai jugak on time. Tengok-tengok ayah aku dok tunggu sorang-sorang kat food court. Aku nampak ada plastik kecik atas meja aku pon usha la benda apa ayah aku beli tengok-tengok fon cokia rupanya, ayah aku beli untuk adik aku yang dok asrama tu (adik yang paling last sekali). RM80 je fon cokia yang ayah aku beli, ngan tak boleh wasap punya cukup, wakaka. Yela, kalau beli canggih sangat nanti adik aku main game lak, kan? Lepas makan kami pon balik la, aku p la ATM sat nak cucuk duit. Masa otw nak p kat ATM si Renggos teguq aku, aku pon terkejut jugak la, sebab aku jalan tengok bawah, jalan selisih pon aku tak tau sapa dia. Lama jugak tak jumpa ngan si mamat ni, setahun dah kalau tak silap aku, kira tahun ni first time jugak aku jumpa dia. DIa ngan awek dia tadi, tak tau buat pa, shopping kot. Aku tanya dia keja kat mana dah sekarang dia cakap keja kat Kulim. Aku agak surprise jugak la, dalam masa yang sama aku rasa hepi jugak sebab dia dah ada keja, sebelum ni masa lepak ngan dia dok menganggur ja. Aku tanya dia si Paih dok buat pa dia cakap dia dok kat Pahang. Sebab selalunya kami 3 orang selalu hang out, reaksi aku bila Renggos cakap yang si Paih kat Pahang lagi terkejut, dah lama tak contact tiba-tiba lepas kat Pahang, lol. 


Itu la stori untuk hari ni, hari ni agak surprise jugak la bagi aku, masa kat tempat keja kira first time aku cakap ngan budak design baru. Pastu malam ni lak aku jumpa ngan si Renggos. Life is so full of surprise...well, ini patut jadi tajuk post aku hari ni, lol. 

Wednesday, 5 July 2017

Memang ramai yang tanya aku bila nak khawin, walaupon umuq aku still 23, aku rasa memang lambat lagi la nak khawin, bukan sebab faktor umur, tapi faktor kewangan dan calon. Bukan nak kata yang aku ni tadak calon, ada tu ada cuma calon tu tak tau lagi yang aku ni minat kat dia (or mungkin dia dah tau cuma aku ja yang tak tau yang dia tau). Aku macam malas dah nak confess perasaan aku ni, sebab asyik kena friendzoned ja lol. Baik aku pendam ja perasaan ni buat sementara waktu, nanti bila dah nak khawin kalau la 'calon' aku tu still single lagi baru aku bagitau dia nak masuk meminang. Apa yang aku cuma boleh buat sekarang ni focus keja dulu dan simpan duit untuk khawin. Ramai yang kesian ngan aku ni bila aku kata aku tadak awek, depa siap nak tolong aku lagi cari awek tapi aku tak mau, sebab hati aku ni dah 'reserved' untuk future wife aku.