L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: Watch Dogs 2 (2016)

Sunday 15 January 2017

Watch Dogs 2 (2016)

Tahun ni aku beli PS4, and the first game aku beli game Watch Dogs 2. Semalam aku dah abih main dah game ni, semua main mission aku dah complete. Yang first punya version aku main kat pc ofis aku tapi tak abih main lagi, sebab aku jarang main game kat ofis, kantoi ngan bos nanti mampus, hahaha. Yang tak tau lagi pasai game ni meh aku nak cita sikit.

Marcus Holloway adalah seorang hacker. Marcus menyertai group hacker yang bernama DedSec. Marcus sedar akan Church yang dipanggil New Dawn, sebuah organisasi jenayah. Deadsec tersandung atas kewujudan satu perutusan bawah sedar dan Bellwether, program pengolahan data yang diberi data ctOS oleh Dušan Nemec, CTO Blume, untuk memanipulasi kewangan dunia dan politik. Deadsec kemudian mengekrut Raymond "T-Bone" Kenney yang juga mahu lawan Blume. Dengan bantuan T-Bone, Deadsec berjaya mendedahkan korupsi FBI dan syarikat-syarikat Silicon Valley. Deadsec juga berjaya menjatuhkan ketua penjenayah Tezcas, salah satu geng tempatan yang menculik Horatio (salah seorang ahli Deadsec) dan membunuhnya selepas dia menolak untuk bekerjasama dengan mereka. Deadsec mengetahui rancangan Blume untuk memasang satu rangkaian satelit untuk melangkau kabel-kabel maklumat bawah laut yang akan bagi Blume satu kuasa monopoli di data elektronik dan pasaran saham seluruh dunia. Untuk menjatuhkan rancangan jahat Blume, Deadsec menyusup kawasan pelancaran salah satu satelit Blume dan memasang "backdoor" (satu ciri atau kecacatan oleh satu sistem komputer yang membenarkan akses tidak sah untuk mencuri data). Misi terakhir game ni Marcus memecah masuk ke dalam ibu pejabat San Francisco Blume dan menggodam pelayan-pelayan mereka, mendedahkan kewujudan korupsi Bellwether and Dušan. Dušan ditahan atas sebab penipuan dan Blume diletakkan di bawah siasatan.

 



Overall game ni okay jugak, grafik dia lawa dan gameplay pon agak mencabar, sebab bila time hacking kita kena solve macam puzzle so memang agak mencabar jugak la. Game ni ada jugak online tapi tak best sangat. Okay berapa rating yang aku nak bagi untuk game ni? 7/10 is fair enough.

0 comments:

Post a Comment